Anda di halaman 1dari 1

A.

SIFAT-SIFAT TERPUJI MUKMININ

1. Taubat artinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan
niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-
syarat berikut :
a) Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf artinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din
dan melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud artinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta
tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang
dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar artinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur artinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir
mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu serta
bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas artinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan
yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.

7. Tawakal artinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah artinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat
dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari
melakukan maksiat.

Anda mungkin juga menyukai