Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami : IPGKDA 1000-3 ( )

Tarikh : 22 September 2019

Guru Besar,
SK Anak-anak Angkatan Tentera,
Tok Jalai, 06000 Jitra,
Kedah.

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PISMP) Ambilan Jun 2017 dan Program PDPLI PPC Ambilan Jun 2018 Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) Jitra, Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada pihak tuan atas kerjasama yang diberikan untuk kami menjalankan
program bimbingan dan motivasi pada 10 September 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami juga memohon kemaafan jika terdapat
kekurangan pada program yang dijalankan dan semoga hubungan erat serta kerjasama ini
akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

4. Segala jasa baik dan keprihatinan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“ SEHATI SEJIWA ’’
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

( TN HAJI HASHIM BIN ASMAN )

Pengarah.

Anda mungkin juga menyukai