Anda di halaman 1dari 9

BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN

PENDAPATAN INDIVIDU
Sektor ekonomi terdiri kepada tiga sektor iaitu:
2.1.1. Sektor Utama/ Primer
- Kegiatan pengeluaran hasil alam semulajadi
- ia berkaitan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan,
- Contoh jenis pekerjaan iaitu pelombong, petani, penternak

2.1.2 . Sektor Kedua/Sekunder


- Pemprosesan hasil alam semulajadi untuk menghasilkan barang siap atau separa siap
- ia berkaitan aktiviti perkilangan/perindustrian dan pembinaan
- Contoh jenis pekerjaan iaitu operator kilang, penyelia pembinaan, buruh binaan.

2.1.3. Sektor Ketiga/Perkhidmatan


- Memberi sokongan kepada sektor utama dan sektor kedua
- ia berkaitan aktiviti perkhidmatan, pengangkutan, pergudangan, dan peruncitan .
- Contoh Pekerjaan
1) Perkhidmatan peribadi : Cth : doktor, peguam, dan lain-lain
2) Perkhidmatan perdagangan : Cth : peruncit, akauntan dan lain-lain
3) Perkhidmatan sosial : Cth : polis, bomba, posmen dan lain-lain

2.1.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan:


1. Upah wang
- Semakin tinggi kadar upah,semakin banyak yang berminat untuk memohon pekerjaan tersebut.

2. Faedah sampingan
- ganjaran yang diberikan untuk menarik minat individu memilih sesuatu pekerjaan
- contoh bonus, kemudahan tempat tinggal, kemudahan pinjaman dan lain-lain

3. Minat
- individu yang berminat dalam bidang perubatan akan menceburkan diri dalam pekerjaan doktor

4. Suasana tempat kerja


- seseorang individu akan memilih pekerjaan keadaan yang bersih, nyaman, selesa dan selamat

5. Kelayakan akademik dan kemahiran/pengalaman


- Memiliki Sijil SPM, Diploma, Ijazah pertama memberi prospek pekerjaan yang berbeza

6. Jarak ke tempat kerja


- Individu cenderung memilih tempat kerja yang berdekatan dengan kediamannya

7. Prospek pekerjaan
- Merujuk kepada masa depan yang cerah dan berpotensi
- Peluang kenaikan pangkat dan peluang melanjutkan pelajaran adalah daya penarik

8. Keadaan ekonomi semasa


- Ekonomi meleset, pemilihan pekerjaan adalah terhad
- Ekonomi melambung, permintaan pekerjaan adalah tinggi

9. Pengaruh keluarga
- Jika ayahnya bekerja sebagai doktor, kemungkinan anaknya juga akan bekerja sebagai
seorang doktor

1
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
2.2 Pendapatan Individu:
2.2.1 Jenis pendapatan individu
1. Upah
- Ganjaran kepada faktor buruh
- menyumbang tenaga mental dan fizikal di dalam aktiviti pengeluaran
- Contoh : gaji bulanan, elaun dan bonus tahunan
- Upah juga dibayar mengikut tempoh masa bekerja & bergantung jumlah keluaran yang dihasilkan
1.1 Upah Nominal
- Dinyatakan dalam wang semasa dan mengambil kira tingkat harga
1.2 Upah benar
- Kuasa beli upah wang/ kemampuan upah wang untuk membeli barang dan
perkhidmatan
- Upah benar = Upah wang
Harga purata barang
2. Sewa
- Individu yang mempunyai tanah atau bangunan
-Ganjaran kepada pemilik faktor tanah

3. Faedah
- Ganjaran kepada faktor modal
- Diperolehi ke atas simpanan di bank perdagangan,

4. Dividen
- Ganjaran kepada pemilik faktor modal wang tetapi mengikut hukum Islam
- Tiada unsur riba
- Ganjaran yang diterima oleh pemilik unit saham amanah

5. Untung
- Individu yang bekerja sendiri
- Ganjaran kepada usahawan
- menanggung risiko aktiviti pengeluaran yang tidak dapat diinsuranskan

6. Bayaran pindahan
- Tidak memberi sumbangan dalam aktiviti pengeluaran
- Contoh : Bayaran pencen, biasiswa, wang saku, subsidi, bantuan kebajikan

2.2.2 Sumber Pendapatan Individu:


1. Bekerja Sendiri
 Cth : petani, nelayan, peniaga, golongan profesional
 Individu yang bekerja sendiri perlu mempunyai sifat-sifat berikut:
(i) mempunyai modal
(ii) sanggup menanggung risiko
(iii) mempunyai kelayakan profesional
(iv) mempunyai kemahiran khusus
(v) mempunyai harta benda seperti tanah dan ladang

2. Bekerja Dengan Org Lain


 Bekerja dalam sektor swasta atau kerajaan
 Individu yang bekerja dengan orang lain terdiri daripada individu yang
(i) tidak mempunyai modal
(ii) tidak sanggup menanggung risiko
(iii) tidak mempunyai kemahiran dan kelayakan tertentu

2
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
3. Punca-Punca Pendapatan Lain
(a) Tabungan – simpan di bank
– menerima faedah / dividen
(b) Pelaburan – di dalam saham amanah
– menerima dividen
(c) Pembelian saham – menerima keuntungan
(d) Pendapatan harta benda – sewa / jual beli harta seperti rumah dan tanah
(e) Bayaran pindahan, contoh pencen – iaitu pesara yang telah berkhidmat dengan sektor awam
selama 10 tahun dan telah menyertai skim pencen

2.3 Pendapatan Boleh Guna:


Pendapatan boleh guna ialah baki pendapatan yang diterima setelah ditolak potongan wajib.
Mewrupakan pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membeli barang-barang atau
perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendak dan tabungan

Potongan Wajib
(i) Caruman KWSP
(ii) Bayaran zakat
(iii) Cukai pendapatan perseorangan
(iv) PERKESO

RUMUS
Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan individu – Potongan wajib

2.4 Penggunaan Pendapatan Boleh Guna


Pendapatan boleh guna digunakan untuk perbelanjaan penggunaan dan tabungan.

2.4.2 Perbezaan antara keperluan dengan kehendak

Keperluan Kehendak
Mesti dipenuhi Untuk terus hidup Tidak semestinya dipenuhi Untuk keselesaan
Harganya dikawal oleh Kerajaan Harga ditentukan oleh pasaran/Tidak dikawal oleh kerajaan
Penggunaan kuantitinya terhad Penggunaan kuantitinya Tidak terhad
Sama untuk semua orang Pelbagai dan tidak sama bagi setiap orang
Contoh: makanan & tempat tinggal Contoh: kereta mewah dan computer riba

2.5 Belanjawan Peribadi


Belanjawan peribadi ialah anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan dalam suatu
tempoh masa tertentu, contoh satu bulan.

2.5.1 Kepentingan Belanjawan Peribadi

a. Merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatannya.


b. Mendahulukan perbelanjaan penting / keperluan
c. Dapat membuat tabungan
d. Mengelakkan individu daripada berhutang
e. Mengelakkan inflasi
f. Dapat mengelakkan pembaziran

3
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
2.5.3 Langkah Penyediaan Belanjawan Peribadi
a. Mengenalpasti punca pendapatan dan potongan wajib
b. Mencatatkan semua perbelanjaan yang diperlukan
c. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
d. Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan
e. Mencatatkan Tabungan
f. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan

CONTOH BELANJAWAN PERIBADI


BUTIRAN RM RM
Pendapatan 3,000
Tolak potongan wajib
KWSP 305
Zakat 100
Perkeso 45
Cukai 150 600
Pendapatan Boleh Guna 2,400

Perbelanjaan Harian
Makanan 450
Surat Khabar 150

Perbelanjaan Tetap
Sewa Rumah 300
Ansuran Kenderaan 600
Bil elektrik dan air 100

Perbelanjaan tidak tetap


Perubatan 250

Perbelanjaan Sampingan
Hiburan 150

Jumlah Perbelanjaan 2,000


Tabungan (2,400 – 2,000) 400

2.6 Tabungan
Tabungan ialah pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.
Tabungan = Pendapatan boleh guna – perbelanjaan penggunaan

2.6.1 Tujuan Tabungan


a. Bagi tujuan awasan seperti sakit dan kecemasan
b. Pembelian barang tahan lama - contoh untuk membeli kereta dan rumah
c. Memenuhi cita-cita tertentu contohnya melancong atau menunai fardu haji di Makkah
d. Sebagai modal untuk memulakan atau membesarkan perniagaannya
e. Untuk dapat pulangan dalam bentuk faedah atau dividen
f. Untuk tujuan pendidikan, contohnya melanjut pelajaran ke luar Negara
g. Untuk jaminan hari tua.

4
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
2.7 Pinjaman
Pinjaman ialah sejumlah wang diterima oleh individu daripada sumber tertentu yang perlu dibayar balik.

2.7.1 Tujuan-tujuan Pinjaman


Sebagai Pengguna:
a. Menampung kekurangan wang apabila menghadapi kecemasan, contoh jatuh sakit
b. Membeli barang tahan lama atau harta seperti beli kereta atau rumah
c. Membeli barang harian melalui kad kredit
d. Membiayai kos pendidikan di Institusi pengajian tinggi

Sebagai Pengeluar:
a. Memulakan perniagaan
b. Menambah modal dan meningkatkan produktiviti melalui pembelian jentera atau mesin
c. Mengurangkan pembayaran cukai syarikat

2.8 Pelaburan

Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang-barang modal atau penambahan stok modal.

2.8.1 Cara-cara Pelaburan/ Bentuk-bentuk pelaburan


a. Pembelian aset tetap – contoh bangunan, tanah, rumah kediaman
- bertujuan untuk disewakan/ dijual pada harga yang lebih tinggi dari harga asal(kos)
b. Pembelian bahan mentah/ barang niaga
- untuk melicinkan proses pengeluaran
- beli pada harga rendah serta jual pada harga yang lebih tinggi
c. Pembinaan kilang atau pembelian alat jentera baru / mesin
- Untuk menambahkan stok modal / produktiviti / keuntungan
d. Peningkatan sumber manusia/ modal manusia
- seperti dalam pendidikan / kemahiran / pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti

2.8.2 Tujuan-tujuan Pelaburan


a. Untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan
b. Untuk menggantikan barang modal yang telah haus atau usang
c. Untuk meningkatkan daya pengeluaran / produktiviti
d. Untuk menggerakkan ekonomi ke arah kemajuan

2.9 Perbandingan Pulangan Daripada Pelaburan Dan Pulangan Daripada Tabungan

Pulangan Pelaburan Pulangan Tabungan


Pulangan dalam bentuk untung Pulangan dalam bentuk faedah
Kadar pulangannya tidak tetap Kadar pulangannya tetap, contoh 4% setahun
Melibatkan risiko yang tinggi Melibatkan risiko yang rendah

5
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
LATIHAN PENGUKUHAN

1. Terangkan 3 sektor ekonomi di Malaysia?

a) Sektor Utama/ Primer


- Kegiatan pengeluaran hasil alam semulajadi
- ia berkaitan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan,
- Contoh jenis pekerjaan iaitu pelombong, petani, penternak

b) Sektor Kedua/Sekunder
- Pemprosesan hasil alam semulajadi untuk menghasilkan barang siap atau separa siap
- ia berkaitan aktiviti perkilangan/perindustrian dan pembinaan
- Contoh jenis pekerjaan iaitu operator kilang, penyelia pembinaan, buruh binaan.

c) Sektor Ketiga/Perkhidmatan
- Memberi sokongan kepada sektor utama dan sektor kedua
- ia berkaitan aktiviti perkhidmatan, pengangkutan, pergudangan, dan peruncitan .

2. Lengkapkan rajah di bawah ini nuntuk menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang
individu memilih sesuatu pekerjaan.

a)

Faktor-faktor lain

c)
Faktor- b)
faktor
d)
pemilihan
pekerjaan
e)

f)

6
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
3.
En Rasyid merupakan seorang pegawai di salah sebuah bank di Kuala Kangsar. Pendapatan
bulanan beliau adalah sebanyak RM 4 200. Beliau mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja
dan 4 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang daripada anaknya mengalami
kecacatan fizikal sejak dari lahir.

Beliau telah mencarumkan sebanyak 11% daripada pendapatannya di dalam KWSP. Sebagai
langkah bijak, En Rasyid telah membeli insurans nyawa anak-anaknya dengan bayaran RM100
sebulan. Sebagai anak sulung, beliau memikul tanggungjawab untuk membiayai kos ubatan
dan rawatan ibunya sebanyak RM 200 sebulan.

Pada tahun lepas En Rasyid baru membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Harmoni
dengan ansurans pinjaman bank RM 1 000 sebulan. Setelah berpindah ke rumah baru,rumah
pusaka ibunya disewakan dengan kadar bulanan RM400. En Rasyid juga membayar zakat
sebanyak RM500 setahun

Maklumat tambahan
Diri RM8 000
Isteri RM3 000
Anak RM1 000 seorang
Anak OKU RM5 000 seorang
KWSP & Insurans nyawa RM5 000 maksimum
Perubatan ibu bapa RM5 000 maksimum

Kadar cukai yang ditentukan oleh kerajaan


RM 2 500 pertama 0%
RM 2 500 berikut 1%
RM 5 000 berikut 3%
RM10 000 berikut 3%
RM20 000 berikut 5%

Berdasarkan kes di atas, jawab solan-soalan berikut:

a) Hitungkan:
i. Jumlah pendapatan
ii. Jumlah pelepasan
iii. Pendapatan boleh cukai
iv. Jumlah cukai yang dibayar
v. Pendapatan boleh guna

7
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
Jawapan no. 3

Penyata Cukai Pendapatan


a) Gaji ( RM4 200 X 12 bulan) 50 400 (1m)
Sewa (RM 400 X 12 bulan) 4 800 (1m)
(i) Jumlah pendapatan 55 200 (1m)

(ii) Tolak: Pelepasan


Diri 8 000 (1m)
Isteri 3 000 (1m)
Anak 3 000 (1m)
Anak(OKU) 5 000 (1m)
Perubatan ibu 2 400 (1m)
KWSP & Insurans nyawa 5 000 26 400 (1m)
(iii) Pendapatan boleh cukai 28 800 (2m)

(iv) Pengiraan cukai


RM 2 500 X 0% 0.00 (1m)
RM 2 500 X 1% 25.00 (1m)
RM 5 000 X 3% 150.00 (1m)
RM10 000 X 3% 300.00 (1m)
RM 8 800 X 5% 440.00 (1m)
915.00
Tolak: rebat zakat 500.00 (1m)
Cukai yang dibayar 415.00 (1m)

(v) Pendapatan boleh guna


Pendapatan 55 200 (1m)
Tolak: Potongan wajib (1m)
KWSP 5 676 (1m)
Zakat 300.00 (1m)
Cukai 830.20 6 806.2 (1m)
44
Pendapatan boleh guna 793.20 (1m)

8
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN
PENDAPATAN INDIVIDU
4. Situasi di bawah menunjukkan perbualan dua orang sahabat tentang pinjaman. *Klon SPM

Anafi : Wah, kereta baru Padli! Berapa harganya?


Padli : RM70000. Aku bayar pendahuluan RM 10000 dan bakinya aku pinjam daripada bank
dengan kadar faedah 4% setahun. Kau buat apa sekarang, Anafi?
Anafi : Aku sambung belajar selepas dapat pinjaman.

i. Terangkan tujuan Anafi dan Padli membuat pinjaman. (4 markah )


Tujuan Padli membuat pinjaman adalah untuk :
Membeli barang tahan lama atau harta iaitu membeli kereta baru.
Membiayai kos pendidikan di Institusi pengajian tinggi bagi menyambung pengajian

ii. Hitungkan jumlah faedah yang perlu dibayar oleh Padli jika tempoh pinjamannya ialah
tujuh tahun.
Jumlah Faedah ialah: (2 markah)
= (RM70 000 – RM10 000) X 4% x 7 tahun
= RM16 800

5. Jadual dibawah menunjukkan upah wang & harga dua jenis barang pada tahun 2015 & 2017.

Harga Barang (RM)


Tahun Upah Wang
(RM)
Barang X Barang Y

2015 4000 150 250

2017 5000 160 400

i. Hitungkan:
(a) Harga purata barang pada tahun 2015 [2 markah]
=(RM150+RM250) /2 = RM200

(b) Upah benar pada tahun 2017 [2 markah]


= Upah Wang/Harga Purata Barang
= RM5000 = RM5000 = 17.86
( RM160+RM400)/2 RM280

ii. Jelaskan keadaan upah benar pada kedua-dua tahun tersebut. [2 markah]

Upah benar 2015 ialah RM4000/RM200 = 20 dan Upah benar 2017 ialah 17.86.

Jadi keadaan ini menunjukkan upah benar jatuh

Anda mungkin juga menyukai