Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG ULASAN WEBINAR

Nama Sekolah: SK Cahaya Baru Kod Sekolah: JBA1015

1. Nama Guru Wan Nur Asma Amira bt Wan Zulkifli

2. Judul Bersara: Awal atau Pada Waktunya? 3. Bidang: Perkhidmatan

4. Tarikh Pembentangan 16 Julai 2019 5. Masa: 2.30pm

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Video ini menerangkan tentang persaraan. Melalui video ini guru dapat pengetahuan tentang
bebearapa jenis persaraan yang wujud dalam sesebuah perkhidmatan. Seperti yang kita sedia
maklum, persaraan sering dikaitkan dengan berakhirnya tempoh berkhidmat seseorang pegawai.
Kebiasaannya, seseorang pegawai diberi pilihan umur untuk menamatkan perkhidmatan (55
tahun, 58 tahun dan 60 tahun). Terdapat juga pegawai yang bersara atas sebab masalah kesihatan
yang telah disahkan oleh Lembaga Kesihatan. Selain itu, ada juga pegawai yang ditamatkan
perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu.

Video ini banyak mengaitkan isu di antara tempoh perkhidmatan dengan pencen (faedah/duit)
seseorang pegawai. Seseorang pegawai akan mendapat wang pencen berserta beberapa ganjaran
atau keistimewaan yang lain seperti (GCR). Jumlah pencen seseorang pegawai ditentukan
berdasarkan tempoh perkhidmatan. Namun begitu, hutang KWSP atau pengambilan cuti yang
berlebihan akan memberi kesan kepada pencen tersebut.

Kupasan video ini, sedikit sebanyak dapat menerapkan ilmu tentang persaraan kepada guru
supaya lebih bersedia di kemudian hari. Selain itu, kefahaman ini sedikit sebanyak memberi ruang
kepada pegawai untuk menarik nafas lega kerana kehidupan mereka selepas bersara kelak masih
lagi terjamin.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

 Guru dapat memahami tentang perbezaan di antara bersara dan pencen. Bersara lebih
bertumpu kepada tempoh tamat perkhidmatan seseorang pegawai. Manakala, pencen pula
lebih bertumpu kepada faedah persaraan seseorang pegawai.
 Guru memastikan urusan sepanjang perkhidmatan dilaksanakan dan dikemaskini dengan baik
seperti buku rancangan mengajar, urusan taraf berpencen dan urusan kwsp bagi
memudahkan proses tamat berkhidmat kelak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Guru lebih memahami kepentingan cuti seperti CRK dan memanfaatkan cuti-cuti yang diberikan
dengan baik dan sewajarnya.
 Guru menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan sebaiknya supaya dapat menamatkan
tempoh berkhidmat dengan cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ........................................................
( W Nur Asma Amira bt W Zulkifli ) ( )