Anda di halaman 1dari 10

Muka surat : 1 drpd

Kod WIM IKBN/ DLC4831/KP(1/3)


10

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


KURSUS/COUR DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
SE CODE AND (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
NAME

SEMESTER 8

KOD DAN NAMA


SUBJEK / SUBJECT’S DLC4831 TEKNOLOGI TENAGA ALTERNATIF
CODE & NAME
BAB 1: PENGENALAN SUMBER TENAGA

PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN DENGAN JENIS- JENIS TENAGA


OBJEKTIF /OBJECTIVE
YANG BERADA DISEKELILING KITA

TAJUK/TITLE SUMBER TENAGA

Kertas Penerangan ini akan menerangkan berkaitan dengan :


TUJUAN/PURPOSE
1. SUMBER- SUMBER TENAGA
2. JENIS TENAGA

DLC4831 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 2 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

PENGENALAN SUMBER TENAGA

Sumber-sumber Tenaga - Pelbagai Sumber Tenaga


Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol,
menunggang basikal, dan mendayung sampan. Semua hidupan memerlukan tenaga bagi
melakukan aktiviti harian mereka. Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan
yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.
Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses
fotosintesis . Tenaga diukur dalam unit Joule (J).

Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:

Tenaga bunyi.
Tenaga kinetik. Tenaga kimia.
Tenaga keupayaan. Tenaga elektrik.
Tenaga nuklear.
Tenaga Haba . Tenaga mekanikal.
Tenaga cahaya.

Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh jasad yang bergerak. Tenaga kinetik sesuatu
objek adalah bergantung kepada jisim dan halaju. Tenaga kinetik akan meningkat jika:

 Jisim sesuatu objek itu bertambah.


 Halaju sesuatu objek itu meningkat
 Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun adalah sifar.
Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:

 Sistem aliran.  Kipas yang berputar.


 Gerakan jarum jam.  Kenderaan yang bergerak.
 Angin.
 Guli yang bergolek.

Kegunaan tenaga kinetik


Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin. Air yang mengalir
boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak di dalam industri pembalakan. Jarum jam yang
bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk mengetahui

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 3 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

masa/waktu pada bila-bila masa sahaja. Air sungai yang mengalir deras boleh digunakan untuk
menjana kuasa elektrik.

Berlari - Salah satu contoh tenaga kinetik.

Tenaga Keupayaan

Tenaga keupayaan adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya
(tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).
Tenaga keupayaan sesuatu objek bergantung kepada:

 Jisim objek.
 Jarak objek dari permukaan bumi.
 Kuasa tarikan graviti ke atas objek itu.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek meningkat jika:

 Jisim objek bertambah.


 Semakin tinggi jarak objek dari permukaan tanah.
 Daya tarikan graviti pada objek bertambah.

Tenaga keupayaan graviti sesuatu objek yang berada betul-betul di atas permukaan bumi
adalah sifar. Sesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik dan kehilangan
tenaga keupayaan. Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat
tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik. Contoh-contoh objek yang mempunyai
tenaga keupayaan graviti:

 Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.


 Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.
 Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.
 Kipas yang tergantung pada siling.

Kegunaan tenaga keupayaan graviti:

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 4 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

Seorang penyelam/penerjun boleh terjun menjunam ke dalam air dari papan menyelam/anjal.
Kanak-kanak boleh meluncur dengan mudah menuruni papan gelongsor. Air di empangan
boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di stesen hidroelektrik.

Penerjun di papan anjal ini memiliki tenaga keupayaan kerana kedudukannya yang tinggi dari
permukaan bumi.

Tenaga keupayaan elastik hanya wujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring
atau getah. Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:

 Segulung spring kereta mainan.


 Gelang/gelung getah yang diregangkan.
 Spring yang dimampatkan.

Kegunaan tenaga keupayaan elastik:

 Tenaga keupayaan yang tersimpan di dalam spring sebuah kereta mainan boleh
membuatkan kereta tersebut bergerak.
 Spring digunakan untuk menggoncang/menghayun buaian. Spring yang diregangkan
dan dimampatkan boleh menghasilkan pergerakan yang berterusan.
 Gelung getah yang diregangkan boleh mengikat barangan dengan ketat.
 Tali getah lastik boleh melontarkan batu apabila ditarik dan dilepaskan.
 Anak panah bergerak ke arah sasarannya apabila dilepaskan dari busur pemanah.

Contoh tenaga keupayaan elastik yang terdapat di dalam spring kereta.

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 5 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

Tenaga Haba

Tenaga haba adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas. Tenaga haba sesuatu
badan/jasad adalah bergantung kepada suhu dan isipadu badan/jasad tersebut. Tenaga haba
mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi, perolakan dan sinaran/radiasi.
Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas.

Contoh-contoh sumber tenaga haba:


 Api.
 Matahari.
 Kolam air panas.
 Air yang mendidih.
 Pemanas elektrik.
 Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:

 Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan airkepada stim .
Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan enjin stim.
 Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
 Untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan.
 Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan air laut di bawah matahari.
 Untuk mengeringkan pakaian yang basah.

Tenaga Cahaya

Tenaga cahaya adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya. Tenaga
cahaya boleh dikesan oleh mata. Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek
sekeliling. Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum dan didalam satu garis lurus dalam
bentuk gelombang Objek bercahaya merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga
bahayanya tersendiri. Contohnya, bintang dan matahari. Objek tidak bercahaya merupakan
suatu objek yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh
memantulkan cahaya. Contohnya, cermin dan logam.

Sumber-sumber tenaga cahaya:

 Matahari.
 Api.

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 6 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

 Kilat.
 Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:

 Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap.


 Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis.
 Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
 Menayangkan filem.

Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Sesuatu objek yang bergetar
menghasilkan pergerakan yang berulang. Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya
juga turut bergetar. Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan
didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium
seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak di dalam vakum.

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:

 Wisel yang ditiup.


 Dram/gendang yang dipukul.
 Gitar yang dipetik talinya.
 Tali biola (violin string) yang digesek.
 Loceng yang dibunyikan.
 Siren kereta polis.

Tenaga Kimia

Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia. Apabila sesuatu
bahan mengalami tindak balas kimia, tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan
ditukarkan kepada bentuk tenaga. Tenaga kimia didapati pada bahan api seperti petroleum,
gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan seperti beras, daging, buah-buahan dan
jagung;sel-sel elektrokimia seperti bateri sel kering dan akumulator. Semasa pembakaran,
tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan
cahaya. Dalam pengoksidaan makanan, tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan
ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan. Apabila sesuatu sel kimia
digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba,
dan lain-lain.

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 7 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

Kegunaan tenaga kimia:

 Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan
mendidihkan air.
 Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
 Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk
memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
 Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga Elektrik

Tenaga elektrik ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik. Tenaga elektrik dibekalkan
dalam bentuk kuasa elektrik, yang kemudiannya ditukar kepada bentuk tenaga yang lain untuk
melaksanakan kerja.

Contoh-contoh tenaga elektrik:


 Dinamo.
 Bateri/sel kering.
 Sel solar.
 Penjana-kuasa elektrik.

Kegunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian:

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 8 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

 Untuk menyalakan lampu.


 Untuk membolehkan kita menggunakan perkakas elektrik seperti periuk nasi, cerek
elektrik, dan pengekstrak jus.
 Untuk memisah/mengasingkan air kepada hidrogen dan oksigen dalam proses
elektrolisis air.
 Untuk mengendalikan motor dan enjin elektrik.

Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear adalah tenaga yang tersimpan dalam nukleus atom. Tenaga nuklear juga
dikenali sebagai tenaga atom . Contoh-contoh tindak-balas yang menghasilkan tenaga
nuklear:

 Pembelahan nuklear
Satu proses di mana atom yang besar dipecahkan kepada dua atau lebih atom yang
lebih kecil dan ringan, yang mana tenaga juga dibebaskan.

 Pelakuran nuklear
Satu proses di mana unsur-unsur yang lebih kecil dan ringan bergabung dengan satu
sama lain untuk membentuk elemen baru dan lebih besar. Tenaga juga dibebaskan
semasa proses tersebut.

Kegunaan tenaga nuklear dalam kehidupan seharian:

 Untuk menjana tenaga bagi mengendalikan mesin dan kapal selam.


 Untuk menjana tenaga elektrik, seperti di stesen-stesen kuasa nuklear.
 Untuk menghasilkan senjata seperti bom atom.

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 9 drpd
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
10

Tenaga Mekanikal

Tenaga mekanikal dihasilkan apabila sesuatu mesin atau objek berubah kedudukannya. Tenaga
mekanikal juga dikenali sebagai tenaga gerakan. Tenaga mekanikal terdiri daripada tenaga
kinetic dan tenaga keupayaan.

Contoh-contoh tenaga mekanikal:

 Sebiji bola yang dilontar ke udara/atas.


 Ayunan bandul ringkas
 Pergerakan gergaji yang sedang digunakan.
 Menunggang basikal.

Kegunaan tenaga mekanikal:

 Menunggang basikal.
 Permainan yo yo.
 Permainan buaian.

Tenaga Solar

Tenaga solar adalah tenaga yang dihasilkan semasa proses pelakuran nuklear di dalam teras
matahari. Hampir kesemua tenaga yang wujud adalah berasal daripada matahari.

Kegunaan tenaga solar:

 Untuk membolehkan sel-sel solar menjana tenaga elektrik.


 Untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis .
 Untuk membolehkan air menyejat dan kemudiannya membentuk awan.
 Untuk mengeringkan pakaian.

RUJUKAN:

i. http://e-tenaga.blogspot.com/p/tenang-boleh-diperbaharui.html
ii. https://www.majalahsains.com/22-soalan-lazim-tentang-nuklear/

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Muka surat : 10
Kod WIM IKBN/DLC4832/ KP(1/3)
drpd 10

iii. Buku nota chargeman A4 IKBN

DLC4832 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Anda mungkin juga menyukai