Anda di halaman 1dari 2

Nama: Nur Fatin Amira bt Zianal

No Matriks: AF180150
Seksyen: 8
Nama Pensyarah:En Mohd Nizam Attan

Tajuk:Usaha dan perjuangan saya sebagai bukti saya menghargai dan


mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi di Malaysia.

Keamanan dapat didefinisikan sebagai kemakmuran manakala kedamaian


sebagai ketenangan. Pendefinisian secara kolektif dapat diperoleh sebagai
kemakmuran kehidupan tanpa pertumpahan darah di antara kaum. Jelas pada
hari ini semua institusi tidak membenarkan untuk menyentuh isu sensitif setiap
kaum bagi mengelakkan pergaduhan dan sebagainya. Usaha saya ialah
memberi kerjasama yang utuh dengan kerajaan bagi memastikan tiada pihak
yang bersifat racist dan memecahbelahkan setiap kaum. Contohnya menyertai
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dapat input mengenai
kehidupan sesebuah kaum mahupun etnik. Dengan cara ini kita dapat
menghormati budaya dan agama kaum lain.

Selain itu, bersifat terbuka dalam menerima keputusan dan menghormati


keputusan tersebut. Sebagai contoh pada pilihanraya umum yang lepas,
majoriti dimenangi oleh Pakatan Harapan(PH). Semasa peralihan kuasa
tersebut, jelas menunjukkan tiada sebarang provokasi ataupun ancaman yang
melampau terhadap keputusan rakyat sendiri. Ini menunjukkan Malaysia
semakin maju dan matang selari dengan 61 tahun Kemerdekaan Malaysia.
Seterusnya, sokongan saya kepada kerajaan dengan membeli barang-barang
keluaran tempatan bagi melonjakkan ekonomi Malaysia. Antara produk
keluaran tempatan termasuklah roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary),
minyak masak -Tiara (FGV-FELDA) - SAJI (FGV-FELDA) - ALIF (Sime Darby) -
ADELA (FGV-FELDA) dan sebagainya. Dengan menyokong barang keluaran
tempatan dapat memastikan ekonomi bertambah baik. Dengan ekonomi yang
baik, tidak akan berlaku perpecahan dan pergaduhan. Rakyat perlu untuk
bersatu dan bergerak seiring demi memastikan kelangsungan hidup di
Malaysia.

Maka, pelbagai inasiatif yang dijalankan kerajaan hari ini saya yakin
keamanan dan kedamaian dapat dicapai dengan 3 cara. Pertama,
bersatupadu dalam membuat keputusan kerana kuasa memilih di tangan
rakyat. Kedua, bersifat terbuka menerima keputusan kerana kerajaan akan
mengambil pelbagai pendekaatan bagi memastikan Malaysia terus maju.
Ketiga, sokongan kepada barang keluaran Malaysia amat penting bagi
meningkatkan ekonomi semasa.

Anda mungkin juga menyukai