Anda di halaman 1dari 3

HPV dan kanser serviks

Apa itu Human Papilloma Virus (HPV)?


 HPV adalah penyebab utama > 90% kanser serviks yang disebarkan
melalui hubungan seksual
 Setiap individu yang melakukan hubungan seksual berisiko dijangkiti HPV
 Lebih daripada 80% individu yang aktif melakukan hubungan seks
mengalami jangkitan HPV tanpa disedari dan tiada simtom
 Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dalam masa 10 tahun
selepas dijangkiti

Bagaimana HPV menyebabkan kanser serviks ?


 80% wanita akan dapat jangkitan HPV, tetapi system immune dalam
badan akan membersihkan jangkitan tersubut sebanyak 90% dalam
masa 2 tahun
 Kurang imuniti badan dan merokok boleh menyebabkan jangkitan HPV
bertukar menjadi kanser serviks
 Jangkitan HPV boleh merebak dengan hubungan seks dan sentuhan

Apa itu HPV self-test kit?


 Ujian HPV self-test kit diambil melalui faraj tanpa menggunakan
speculum vagina
 Ianya tidak menyakitkan, sangat cepat dan boleh dilakukan oleh anda
sendiri di rumah
 Ujian ini diluluskan oleh WHO (No rujukan : PQDx 0085-028-00) dengan
ketepatan ujian lebih daripada 90%

Apakah yang akan terjadi sekiranya ujian HPV saya positif atau negatif?
 Jika keputusan HPV anda positif, anda akan dirujuk ke pakar sakit puan
untuk pemeriksaan kolposkopi dan dipantau setiap tahun
 Jika keputusan HPV anda negatif, anda boleh mengulangi ujian ini dalam
masa lima tahun

Apakah kempen sigek kitak sigek kamek?


 Dengan setiap satu pembelian HPV self test kit, anda sebenarnya secara
tidak langsung telahpun menderma satu HPV self test kit kepada wanita
yang kurang berkemampuan semasa Pink & Teal melakukan saringan
kanser serviks di kawasan pedalaman.

Di manakah saya boleh dapatkan HPV self-test kit?


Anda boleh menghubungi atau whatsapp Persatuan Pink and Teal Empowher
di talian 014 488 07112 untuk lebih keterangan lanjut

3 things
1) Phamplates
2) Poster (portrait) Ao
3) Banting (fish-tail) 2 x 6

Anda mungkin juga menyukai