Esei Berpasangan Kemahiran Komunikasi

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 22

BMK 3023

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENYALURAN MAKLUMAT DARIPADA TELEGRAM


KEPADA PENGGUNA DARI SUDUT KOMUNIKASI
MODEL BALL-ROKEACH & DEFLEUR

ALANIS BINTI WILLIE (D20171077570)

KRISTY ALISYA KITAP (D20171077576)

KUMPULAN A

ISMP KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

SEM 2, SESI 2018/2019


SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat
BAB 1: PENDAHULUAN
Penghargaan

Dedikasi

1.0 Pengenalan 1

1.1 Penyataan Masalah 2


1.2 Objektif Kajian 2
1.3 Definisi Konsep 3

BAB 2: HURAIAN DAN PERBINCANGAN


2.0 Model Ball-Rokeach dan Defleur 5
2.1 Hubungan Antara Sistem Sosial, Sistem Media Dan
Khalayak Terhadap Penyebaran Maklumat Melalui
Telegram.
2.1.1 Sistem Sosial 7
2.1.2 Sistem Media
9 2.1.3 Khalayak
11

2.2 Keberkesanan Penyaluran Maklumat Daripada Telegram


Pada Peringkat Kognitif, Afektif Dan Tingkah Laku
2.2.1 Kognitif 13
2.2.2 Afektif 14
2.2.3 Tingkah Laku 15

BAB 3: KESIMPULAN
3.0 Rumusan 16

Bibliografi
PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat

menyiapkan esei berpasangan yang bertajuk ‘Penyaluran Maklumat Daripada

TelegramKepada Pengguna Dari Sudut Komunikasi Model Ball-Rokeach & Defleur’.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu yang banyak membantu kami

sepanjang menyiapkan esei ini. Pertama sekali kepada Dr. Zulkeflee bin Hj. Yaacob

kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat yang sangat berguna

sepanjang menyiapkan kerja ini.

Sekalung penghargaan juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan

sokongan dan dorongan sepanjang menyiapkan esei ini. Terima kasih yang tidak

terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama

berhempas pulas dalam menyempurnakan esei masing-masing. Bantuan kalian dari segi

informasi terkini mengenai esei ini amat kami hargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara

langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan esei ini.


DEDIKASI

Ya Allah

Berdoaku panjatkan kesyukuran

atas rahmat dan berkatmu

masih memberi peluang untuk aku

untuk melakukan kewajipan sebagai penuntut ilmu

Mak dan ayahku

walaupun kalian jauh dariku

dorongan dan doa sentiasa kalian kirim untuk diriku

diriku takkan mampu membalas jasa kalian

hingga hari kiamat

Khas buat Dr. Zulkeflee bin Hj. Yaacob

terima kasih tidak terhingga atas segala

bantuan, curahan idea yang

menjadi pembakar semangat buatku untuk

meneruskan perjuangan ini.


BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pada zaman serba canggih ini, komunikasi alam maya lebih kerap dilakukan

berbanding secara bersemuka. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai aplikasi sosial

yang telah dicipta bagi memudahkan komunikasi. Aplikasi sosial merupakan sebuah

media atas talian yang menyediakan ruang kepada pengguna untuk berhubung dan

berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira waktu, batasan, dan sempadan.

Aplikas-aplikasi ini amat terkenal kerana berupaya menyediakan satu platform

komunikasi atas talian untuk aktiviti interaksi dan penyebaran maklumat antara

pengguna. Aplikasi-aplikasi sosial yang kerap digunakan dalam kalangan masyarakat

ialah Telegram, Whatapps, Facebook, Instagram dan sebagainya.

1.1 Penyataan Masalah

Telegram ialah aplikasi penghantaran mesej pantas yang menghubungkan individu

melalui rangkaian pusat data di seluruh dunia. Kecanggihan ini memudahkan setiap

orang untuk menyalurkan maklumat dengan mudah dan pantas. Namun begitu, setiap

komunikasi sama ada secara berhala ataupun alam maya mempunyai gangguan yang

tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, sarjana komunikasi telah membina pelbagai jenis model komunikasi

untuk memahami proses komunikasi yang dijalankan dalam pelbagai suasana dan

keadaan. Watson dan Hill (2000) mengatakan bahawa;

Model merupakan satu alat yang digunakan untuk menerangkan dan


menganalisis sesuatu dalam bentuk diagram yang bertujuan menunjukkan
hubungan elemen-elemen dalam sesuatu situasi kajian. Sesuatu model hanya

1
dianggap berjaya berkembang selepas beberapa kajian dan ujian dijalankan.
Model ini seterusnya boleh dikembangkan kepada satu teori.
(Muka surat 5)
Saodah (2004) dan rakan-rakan penulis yang lain juga turut mengatakan bahawa;

Model juga menunjukkan gambaran yang mudah dan ringkas. Dalam


konteks komunikasi, model komunikasi cuba menerangkan apa itu
komunikasi dengan mengambil kira semua unsur komunikasi bagi membantu
kita memahami proses komunikasi.
(Muka surat 17)

Terdapat beberapa model yang telah dicipta misalnya Model Lasswell, Model Shannon

dan Weaver, Model Schramm, Model Newcomb, Model Westley-MacLean, dan Model

Ball-Rokeach dan DeFleur. Semua model mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam

sudut komunikasi terutamanya bagi penyaluran maklumat kepada para pengguna.

1.2 Objektif Kajian

1.3.1 Menghuraikan tentang model komunikasi Ball-Rokeach dan Defleur.

1.3.2 Menghuraikan hubungan antara tiga set pembolehubah utama iaitu sistem sosial,

sistem media dan khalayak terhadap penyebaran maklumat melalui Telegram.

1.3.3 Menghuraikan keberkesanan penyaluran maklumat daripada Telegram pada

peringkat kognitif, afektif dan tingkah laku.

2
1.3 Definisi Konsep

1.3.1 Penyaluran maklumat

Penyaluran ialah rangkaian kegiatan yang berkaitan dengan usaha penyampaian sesuatu

daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Maklumat pula ialah data,

bahan dan pengetahuan. Menurut Polri (2017), maklumat ialah data yang tersusun

dalam satu struktur yang mempunyai makna.

1.3.2 Telegram

Telegram adalah aplikasi mudah alih dan pemesejan yang berfokus pada keselamatan

dan kelajuan penghantaran maklumat. Aplikasi ini mampu menghubungkan individu

melalui rangkaian pusat data di seluruh dunia. Menurut Nordin Ahmad (2013), aplikasi

Telegram sangat mudah digunakan kerana hanya memerlukan jaringan internet dan

ianya mampu memberi ruang kepada sesebuah institusi untuk menyediakan

perkhidmatan rujukan secara maya kepada pengguna mereka.

1.3.3 Model Ball-Rokeach dan Defleur

Menurut Jalaluddin (1993), model Ball-Rokeach dan DeFluer ialah model yang

menganggap sistem komunikasi sebagai sebahagian daripada sistem sosial. Kesan

komunikasi amat bergantung pada persekitarannya. Model tersebut beranggapan

bahawa media massa ialah satu sumber yang penting untuk orang ramai bagi

mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, maklumat yang

disebarkan oleh media massa akan sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku sama

ada pada peringkat masyarakat, kumpulan, ataupun individu.

3
BAB 2

HURAIAN DAN PEMBINCANGAN

2.0 Model Ball-Rokeach dan Defleur

Model Ball-Rokeach dan Defleur menganggap bahawa sistem komunikasi adalah

sebahagian daripada sistem sosial.

Sistem sosial Sistem Media

(Darjah (Darjah fungsi


kestabilan sosial) sebagai sumber
berbeza) maklumat yang
berbeza)

Khalayak
(Darjah
kebergantungan pada
media sebagai
sumber maklumat
berbeza)

Kesan
-Kognitif
-Afektif
-Tingkah laku

Rajah 1: Model Ball-Rokeach dan DeFleur

4
Model ini menyarankan perhubungan antara tiga set pemboleh ubah utama iaitu

sistem sosial, sistem media, dan khalayak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Mohammed Zin Nordin (2012) mengatakan bahawa;

Keberkesanan komunikasi bergantung pada interaksi antara tiga pemboleh


ubah tersebut. Sistem sosial bergantung pada sejauh mana ia melalui
perubahan, konflik, dan ketidakstabilan. Sistem media pula bergantung
kepada setakat mana maklumat yang disalurkan oleh media dianggap penting
oleh orang ramai untuk membuat keputusan. Khalayak pula bergantung
setakat mana ia mengharap pada media massa sebagai sumber maklumat,
pengetahuan, bimbingan, dan apa yang berlaku dalam sistem sosialnya.
(Muka surat 14-15)

Model ini memberi tumpuan kepada kesan media ke atas khalayak. Kesan

kepada khalayak tidak semestinya dalam bentuk tingkah laku. Model ini memberikan

kemungkinan kesan terhadap tiga tahap iaitu dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku.

Pada tahap kognitif, kesan boleh dilihat dari sudut penambahan pengetahuan,

perubahan fikiran atau mendapat penjelasan. Peringkat afektif pula merujuk kepada

perasaan seseorang individu seperti bersimpati, perasaan takut atau peningkatan moral

individu. Tahap terakhir ialah tingkah laku yang melibatkan individu melaksanakan

perbuatan seperti yang disarankan oleh media misalnya tingkah laku ganas, membeli

barangan atau menukar cara bekerja.

2.1 Hubungan Antara Sistem Sosial, Sistem Media Dan Khalayak Terhadap

Penyebaran Maklumat Melalui Telegram.

2.1.1 Sistem Sosial

Sistem sosial merupakan kebergantungan pada perubahan, konflik dan ketidakstabilan.

Dari segi perubahan, kita sedia maklum bahawa perubahan yang pesat dapat dilihat

5
melalui kemajuan dalam bidang teknologi. Penyaluran maklumat melalui rangkaian

pelbagai aplikasi misalnya Telegram semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

Melalui kemajuan bidang penyebaran maklumat yang sedia ada ini masyarakat tidak

ketinggalan untuk mengikuti perkembagan semasa dalam pelbagai bidang sama ada

politik, ekonomi, dan sosial. Setiap individu tidak ketinggalan dalam menggunakan

aplikasi ini tanpa batasan usia sama ada tua mahupun muda. Ini menunjukkan

perubahan sistem sosial yang ketara kerana jika dibandingkan dengan zaman dahulu

kita perlu bersua muka atau hanya menggunakan surat untuk menyampaikan sesuatu

kepada individu yang lain. Proses ini memakan masa yang agak lama jika dibandingkan

dengan penggunaan aplikasi yang canggih seperti Telegram. Perubahan ini justeru telah

memberi impak kepada sistem sosial yang sedia ada.

Konflik dan ketidakstabilan yang berlaku dalam sesebuah sistem sosial juga

mengubah sistem sosial yang ada. Konflik sosial merupakan suatu bentuk interaksi

sosial antara satu pihak dengan pihak lain dalam masyarakat kerana adanya sikap saling

mengancam, menekan, hingga saling menghancurkan. Antara konflik sosial yang

terjadi ialah konflik peribadi, ras, kelas, sosial, politik, dan sebagainya. Samsuddin

(1993), menyatakan bahawa;

“Sistem sosial yang telah mantap mungkin tidak memerlukan banyak


maklumat untuk membawa perubahan tetapi sistem sosial yang mengalami
konflik dan tidak stabil mungkin memerlukan banyak maklumat untuk
memantapkan kedudukannya.”
(Muka surat 8)

Dalam konteks ini, aplikasi Telegram mampu menjadi sumber penyaluran

maklumat bagi mengatasi konflik-konflik yang ada dalam sesebuah sistem sosial.

Konflik ini dapat diatasi melalui sharing yang membolehkan satu pihak memberi dan

pihak yang lain menerima. Telegram mampu digunakan sebagai alat sharing atau

6
perkongsian yang berkesan misalnya dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan

sahih, berkongsi maklumat yang positif dan mengelakkan sebarang perkongsian yang

mengandungi unsur sensitiviti bagi mengelakkan sebarang salah faham. Melalui

aplikasi Telegram sistem majority rule juga boleh diaplikasikan. Akhmad Harum (2013)

mengatakan bahawa;

Majority rule membolehkan suara majoriti ditentukan melalui voting sebagai


keputusan tanpa perlu mempertimbangkan konflik.
(Muka surat 35)

Dengan menggunakan aplikasi tersebut bagi menentukan undian untuk majority rule

sudah tentu konflik atau sebarang keputusan yang berat sebelah dapat dielakkan.

2.1.2 Sistem Media

Menurut model Ball-Rokeach dan Defleur sistem media merupakan kebergantungan

kepada setakat mana maklumat yang disalurkan oleh media dianggap penting oleh

pengguna untuk membuat keputusan. Dalam konteks penyaluran maklumat daripada

Telegram kepada pengguna, kebanyakan pengguna berpendapat bahawa aplikasi

Telegram memberi banyak manfaat dalam penyaluran maklumat sama ada untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran, perniagaan, muat turun video atau gambar dan

sebagainya.

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penggunaan aplikasi Telegram

justeru memudahkan penyaluran maklumat atau bahan-bahan pembelajaran. Guru

boleh menggunakan cloud storage iaitu symbol seperti awan di tepi profil telegram

untuk memuatnaik nota-nota, link, gambar atau video yang berkaitan dengan topik yang

ingin diajar. Cloud storage ini berfungsi sama seperti google drive iaitu tempat

penyimpanan data namun ia cuma dalam bentuk chat. Dengan adanya kemudahan ini,

7
guru dapat memberi arahan dengan mudah dengan mencipta satu storyline yang dimulai

dengan objektif pembelajaran, set-set induksi, akktiviti-aktiviti, soalan latih tubi dan

diakhiri dengan penutup. Guru juga boleh memasukkan stickers untuk menjadikan

elemen lebih menarik dan kreatif. Guru dan pelajar juga tidak perlu risau akan

kehilangan maklumat atau nota-nota yang telah disalurkan dalam telegram. Hal ini

demikian kerana semua data telah tersimpan rapi dalam cloud setelah dimuat naik.

Justeru, dengan adanya aplikasi ini bagi penyaluran maklumat pelajar akan lebih

tertarik dan lebih berminat untuk membaca nota-nota yang diberikan oleh guru.

Tambahan pula, nota-nota lebih ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan

tersusun dengan rapi untuk memudahkan mereka membuat rujukan.

Selain itu, penyaluran maklumat menggunakan telegram juga dilakukan dalam

bidang perniagaan. Penggunaan aplikasi Telegram dikatakan lebih berkesan

berbanding aplikasi lain kerana aplikasi ini mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu

yang mampu memudahkan urusan perniagaan. Telegram mempunyai kelengkapan

aplikasi seperti Channel yang mampu memudahkan proses jual beli antara perniga dan

pembeli. Menurut dalam Rohaizan Abdullah dalam Utusan Melayu;

Peniaga atas talian tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang


masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk
kemudahan pengguna seterusnya menguruskan urusan penghantaran
tempahan sebaik sahaja pejabat pos dibuka. Justeru, peniaga yang memilih
kaedah perniagaan ini dapat menikmati kebebasan atau fleksibiliti waktu
kerja tanpa menjejaskan sumber pendapatan mereka.

(Muka Surat 4)

8
Aplikasi Telegram membolehkan pembeli mencari username Channel di

Internet tanpa perlu mendapatkan nombor pihak penjual. Telegram Bot pula

membolehkan seseorang menukar setting dalam telegram dan membolehkan aplikasi

Telegram membuat kerja secara automatic tanpa memerlukan perniaga melakukannya.

Contohnya, menggunakan sebagai pengingat (reminder), berhubung dengan pengguna

lain, membuat broadcasting, dan penjadualan. Tambahan pula, pengguna boleh

menggunakan Telegram untuk pernigaan mereka secara percuma. Dengan adanya

kemudahan cross platform, perniaga tidak perlu risau akan kehilangan data mereka.

Semua data masih tersimpan rapi dan ruangan chat juga akan kekal jika mereka

membuat pertukaran daripada menggunakan telefon bimbit kepada laptop. Justeru,

kelengkapan penyaluran maklumat yang sedemikian menyebabkan kebanyakan

individu yang menjalankan perniagaan lebih memilih untuk menggunakan Telegram

dalam perniagaan mereka.

Di samping itu, Telegram juga digunakan untuk memuat naik video atau

gambar-gambar yang diingini dan diperlukan oleh pengguna sama ada untuk tujuan

hiburan, iklan, atau pembelajaran. Dengan menggunakan Telegram pelbagai jenis file

dengan ukuran yang besar sama ada gambar, video ataupun dokumen (doc, pdf, mp3,

zip) yang mencapai ukuran 1.5 gb dapat dimuat naik jika dibandingkan dengan aplikasi

Whatapps yang hanya mampu memuat naik gambar dan video dengan batasan 16 mb

sahaja. Tambahan pula, kualiti gambar dan video yang dimuat naik melalui Telegram

lebih baik dan jelas jika dibandingkan dengan aplikasi lain.

9
2.1.3 Khalayak

Asas model Model Ball-Rokeach dan DeFleur ialah mempunyai hubungan sistem sosial

yang luas, media masa, dan khalayak yang bergantung sepenuhnya kepada kesan media.

Nadzri Bin Haji Mohd Shari mengatakan bahawa;

Terdapat pautan dan kaitan antara individu, media dan sistem sosial
yang besar. Individu yang mempelajari dari kehidupan sebenar adalah terhad,
jadi individu boleh menggunakan media untuk mendapatkan maklumat lanjut
untuk memenuhi keperluan dan kepuasan mereka. Satu penggunaan meluas
media menjana hubungan bergantung pada penonton dan juga media boleh
dapat mewujudkan hubungan pergantungan dengan sasaran untuk mencapai
matlamat dengan menggunakan kuasa media.
(Muka surat 31)

Kita sedia maklum bahawa khalayak (masyarakat) pada zaman ini lebih bergantung

pada penggunaan pelbagai aplikasi teknologi dalam proses mendapatkan dan

menyebarkan maklumat berbanding mempelajarinya sendiri daripada kehidupan yang

sebenar. Sebagai contoh, kebergantungan terhadap aplikasi Telegram sebagai sumber

untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan bimbingan adalah sangat meluas pada

zaman moden ini. Ironinya, hasil maklumat ini membentuk kepercayaan sepenuhnya

dan mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Semakin ramai individu yang

bergantung kepada penyebaran maklumat dalam aplikasi tersebut maka pengaruhnya

akan terus meningkat dengan drastik.

Model Ball-Rokeach dan DeFleur mengatakan individu dan komuniti

masyarakat lebih bergantung kepada sesebuah aplikasi untuk memenuhi keperluan

akan menjadikan aplikasi tersebut sebagai satu mediun yang penting kepada mereka.

Sebagai contoh, manfaat yang diperolehi melalui penggunaan aplikasi ini dalam

perkembangan pendidikan menjadikan lebih ramai individu bergantung kepada

10
penggunaannya. Pensyarah dan pelajar kerap berkongsi dan menyebarkan bahan-bahan

ilmiah yang mereka perolehi dengan menggunakan aplikasi Telegram.

Namun begitu, kebergantungan terhadap aplikasi ini turut menimbulkan

pelbagai masalah sosial, moral, politik dan ekonomi kepada khalayak. Nadzri Bin Haji

Mohd Sharif ada mengatakan bahawa;

Aplikasi mempunyai pengaruh yang lebih dan kuasa ke atas individu itu. Jika
seseorang itu begitu bergantung kepada media untuk memperolehi maklumat,
dan media adalah hanya satu sumber bagi individu itu untuk mendapatkan
maklumat, maka ia adalah mudah untuk menetapkan agenda. Individu dan
masyarakat akan berpeluang menjadi “mangsa” kepada pengatur media.
(Muka surat 24)

Hal ini demikian kerana aplikasi Telegram ini juga sering digunakan untuk

menyebarkan maklumat atau mesej yang tidak pasti akan kebenarannya kepada

khalayak terutamanya kepada kelompok remaja. Sebagai contoh, pemaparan ubat

melangsingkan badan, sabun memutihkan kulit, ubat menghilangkan parut jerawat dan

sebagainya. Iklan-iklan seperti ini yang banyak disebarkan dan dikongsi kepada

khalayak terutamanya kelompok remaja kerana kebanyakan remaja mudah terpengaruh

dengan iklan-iklan yang sebegini. Kesannya, ramai yang mula terpengaruh dan

membeli produk-produk tersebut tanpa mengambil tahu risiko yang bakal dihadapi

seperti alergik, penyakit kulit dan sebagainya.

11
2.2 Keberkesanan Penyaluran Maklumat Daripada Telegram Pada Peringkat

Kognitif, Afektif Dan Tingkah Laku

2.2.1 Kognitif

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Penyebaran

maklumat melalui aplikasi Telegram mempunyai potensi kesan kognitif yang berupaya

membentuk dan mengembangkan sistem kepercayaan masyarakat. Media boleh

mendapatkan kepercayaan masyarakat dengan menyebarkan maklumat mengenai

sesuatu isu berita terkini, dokumentari dan pengiklanan. Hal ini demikian kerana Mc

Luhan mengatakan bahawa;

Media massa adalah alat deria yang berpanjangan. Dengan media massa
kita memperoleh maklumat tentang benda, orang atau tempat yang belum
pernah kita lihat atau belum pernah kita kunjungi secara langsung. Realiti
yang ditampilkan oleh media adalah realiti yang sudah dipilih.
(Muka surat 32)

Pengembangan sistem kepercayaan masyarakat merujuk kepada memperluaskan atau

membesarkan kepercayaan dalam kategori tertentu. Sebagai contoh, aliran maklumat

berterusan mengenai pemanasan global akan mengembangkan kepercayaan rakyat

mengenai isu pencemaran yang akan menjejaskan atmosfera bumi, implikasi

perdagangan dan dasar-dasar lain.

Tambahan pula, penyebaran maklumat melalui aplikasi ini memberi

pendedahan kepada rakyat dengan meluas dan cepat mengenai konflik-konflik yang

berlaku dalam dunia terutamnya berkaitan dengan nilai kesaksamaan, kebebasan,

kejujuran, pengampunan dan sebagainya. Mansor (1984) mengatakan bahawa;

12
Semua jenis komunikasi melalui aplikasi begini memungkinkan
penyebaran maklumat yang sama dengan meluas kepada penerima yang
ramai dan berselerak di merata-rata tempat.
(Muka surat 51)

Sebagai contoh, maklumat mengenai aktiviti pergerakan Hak Sivil

menyampaikan maklumat mengenai kebebasan individu dan kesaksamaan. Apabila

maklumat sedemikian disebarluaskan, setiap individu akan mula membentuk

kedudukan nilai mereka sendiri. Kesannya, pandangan individu dapat disuarakan.

2.2.2 Afektif

Afektif ialah aspek yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Afektif meliputi watak

perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai. Tujuan penyaluran maklumat

melalui aplikasi Telegram bukan sekadar memberitahu khalayak tentang sesuatu tetapi

khalayak turut dapat merasakan perasaan hiba, terharu, sedih, gembira, dan marah

meelalui maklumat-maklumat yang diterima. Sebagai contoh, penyaluran maklumat

mengenai berita-berita negatif melalui aplikasi Telegram menimbulkan perasaan benci,

sakit hati, marah atau gembira dalam diri khalayak. Oleh itu, kita secara sedar akan

mengalami perasaan sedih dan hiba ketika menyaksikan adegan yang mengharukan

dalam maklumat yang disebarkan melalui Telegram.

Namun begitu, pendedahan yang berpanjangan kepada isi kandungan maklumat

yang berunsur keganasan mendatangkan kesan afekif yang kurang baik kepada individu

dan masyarakat sekeliling. Hasil maklumat itu akan menggalakkan individu dan

masyarakat menjadi tidak sensitif atau kurang keinginan ke arah membantu orang lain

apabila realiti keganasan berlaku dalam kehidupan sebenar. Pada masa yang sama,

gejala ‘cyberbully’ atau buli alam maya turut berlaku melalui penggunaan aplikasi ini.

Kesannya, penggunaan aplikasi ini memberikan kesan afektif yang agak negatif kerana

13
boleh menimbulkan rasa takut atau ragu-ragu, dan mewujudkan perasaan untuk

mengasingkan diri.

Tambahan pula, penyebaran maklumat dalam melalui Telegram mampu

mempengaruhi pembentukan sterotaip dalam sesebuah lingkungan sosial. Menurut

Rakhmat (1985)

Oleh kerana media massa melaporkan dunia nyata secara realiti, maka
sudah tentu media massa akan mempengaruhi pembentukan citra tentang
lingkungan sosial yang lumpuh dan tidak cermat. Oleh kerana itu, muncul apa
yang disebut stereotaip iaitu gambaran umum tentang individu, kelompok
atau masyarakat yang tidak berubah-ubah, bersifat klise dan tidak benar.
(Muka surat 224)

Sebagai contoh, dalam mana-mana filem wanita sering ditampilkan sebagai

makhluk yang suka menangis dan sangat cerewet. Jika penampilan tersebut disebarkan

secara berterusan, sudah tentu satu streotaip akan terbentuk dalam diri setiap individu

yang menontonnya.

2.2.3 Tingkah Laku

Terdapat dua kategori yang kesan tingkah laku dalam model Ball-Rokeach dan DeFleur.

Kategori pertama ialah "pengaktifan" kesan. Menurut Nadzri B Hj Mohd Sharif;

‘Pengaktifan’ merujuk kepada keadaan apabila pembaca maklumat


memilih untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak akan lakukan setelah
membaca maklumat yang disebarkan oleh sesebuah aplikasi.
(Muka surat 16)

Kesan tingkah laku ‘pengaktifan’ ini berlaku apabila berita yang dikongsi dalam

aplikasi Telegram mewujudnya perasaan negatif terhadap pembaca. Sebagai contoh,

video ganas keganasan rumah tangga, kes pembuangan bayi, kes penderaan kanak-

kanak yang disebarkan melalui aplikasi Telegram. Berita-berita seperti ini akan

14
mempengaruhi tingkah laku masyarakat sehingga mereka mengambil keputusan untuk

menyertai kempen-kempen bagi membanteras isu-isu tersebut. Kategori kedua pula

ialah ‘penyahaktifan’. Menurut Nadzri B Hj Mohd Sharif;

Penyahaktifan merujuk kepada keadaan apabila pembaca maklumat yang


sepatutnya melakukan sesuatu, tetapi membatalkan niatnya untuk
melakukannya setelah membaca maklumat atau mesej yang disebarkan.
(Muka surat 18)

Sebagai contoh, pembaca yang membatalkan niatnya untuk makan di restoran yang

telah lama dia ingini setelah membaca berita negatif mengenai restoran tersebut

misalnya dari aspek kebersihan, layanan dan sebagainya.

Penggunaan Telegram sepatutnya dapat memberikan contoh teladan yang bijak

untuk mengubah perilaku masyarakat melalui berita-berita yang dikongsi atau video

yang memberi pengajaran kepada pengguna sekaligus menyebarkan nilai-nilai murni

kepada masyarakat.

15
BAB 3

KESIMPULAN

3.0 Rumusan

Model Ball-Rokeach dan Defleur menunjukkan kepentingan faktor persekitaran

melebihi faktor individu dalam sesebuah proses komunikasi. Hal ini demikian kerana

aplikasi Telegram dilihat sebagai sumber yang penting kepada orang ramai untuk

mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kesannya, penyebaran

maklumat melalui aplikasi ini telah banyak mendatangkan kesan dari segi kognitif,

afektif, dan tingkah laku.

Tuntasnya, penyebaran maklumat melalui Telegram amat berpengaruh dalam

masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah untuk melestarikan kehidupan

masyarakat. Telegram pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan

komunikasi semata-mata. Namun begitu, perubahan zaman turut menjadikan Telegram

sebagai sumber hiburan dan media yang bermanfaat. Hal ini demikian kerana

masyarakat kini menjadikan Telegram sebagai wadah untuk berkongsi maklumat,

memahami perkara-perkara yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan

mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.

Penyaluran maklumat dari Telegram sememangnya memainkan peranan dalam

membentuk kehidupan masyarakat kini. Telegram perlu memainkan peranan dalam

dakwah, penerapan nilai murni dan memberi maklumat yang benar. Inilah teras utama

untuk melahirkan masyarakat yang aman bahagia dan hidup harmoni. Aplikasi

Telegram umpama sebilah pisau yang jika digunakan untuk tujuan yang baik dapat

memberi manfaat, tetapi jika digunakan tujuan jahat, maka akan memberi mudarat.

16
Bibliografi

Dayanto (2013). Teori Komunikasi. Malang: Penerbit Gunung Samudera.

Elvinaro Ardianto, M. Si dan Dra Lukiati Komala Erdinaya, M. Si (2004). Komunikasi

Massa Suatu Pengantar. Bandung: Simbiosa Rekatama Media.

Everette E. Dennis, Arnold H. Ismach, dan Donal M. Gillmor (1994). Isu-isu

Komunikasi Massa. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Henry Nuryanto (2012). Sejarah Perkembangan Tekonologi Dan Komunikasi. Jakarta

Timur: PT Balai Pustaka (Persero).

Khomsahrial Rosli (2016). Komunikasi Massa. Jakarta: PT Grasindo.

Mohammed Zin Nordin dan Mohd Taib (2012). Kemahiran Komunikasi. Selangor:

Pencetakan Zafar Sdn. Bhd.

Morissan (2013). Teori Komunikasi Individu Hingga Massa. Indonesia: Prenadamedia

Group.

Saodah Wok (2005). Teori-teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Publishing Sdn.Bhd.

1
Wilbur Schramm dan Donald F. Roberts (1993). Proses Dan Kesan Komunikasi Massa.

Pulau Pinang: Sinaran Bros. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai