Anda di halaman 1dari 3

Konsep takaful

Takaful berasal daripada perkataan arab yang bermaksud saling menjamin , yang melibatkan
sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesame mereka terhadap kerugian tertentu.
Konsep takaful yang mudah ini menjadi asas kepada perniagaan takaful , yang merupakan insurans
berlandaskan syariah seperti yang diamalkan kini.

Takaful juga merupakan salah satu definisi insurans yang berasaskan muamalat islam yang
berlandaskan hukum syariah . Konsep ini sebenarnya telah wujud sejak lebih 1400 tahun lagi . pada
asasnya system takaful berasaskan konsep kerjasama , tanggungjawab , jaminan , perlindungan dan
saling membantu dalam kalangan pesertanya.

Maksud lain bagi takaful ialah penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu
mereka yang memerlukannya contohnya asnaf , fakir miskin dan banyak lagi. Asas falsafah inilah
berpandukan kepada beberapa hadith rasulullah S.A.W iaitu ;

1. Dalil kerjasama
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(surah al-madiah 5:2)

Allah akan membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain .
(diriwayatkan oleh imam ahmad dan imam abu daud)

2. Dalil tanggungjawab

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad ,
apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan , maka seluruh anggota yang lain juga
akan merasainya. (Diriwayatkan oleh imam al-bukhar dan imam muslim)

3. Dalil saling melindungi


Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah tiada siapa yang akan mask Syurga jika
beliau tida melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan . (Diriwatkan oleh imam
ahmad)
CIRI - CIRI TAKAFUL

 Sistem Islam
Konsep insuran yang diiktiraf Islam ialah apabila golongan ramai yang bernasib baik
membantu golongan yang kurang bernasib baik.

 Sumbangan At- Tabarru’at


Tabbaru’at perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud menderma secara ikhlas. Setiap
individu iaitu peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful hendaklah sentiasa
ikhlas ketika menyumbang untuk membantu sesama para peserta yang lain apabila mereka
menghadapi musibah.

 Pelaburan Halal
Wang yang dilaburkan oleh peserta hanya akan dilaburkan ke kaunter-kaunter pelaburan
yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah. Antara bentuk pelaburan adalah
Bon Kerajaan (Al -Qardul Hassan), akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah), projek
pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil), harta bangunan, pembiayaan perumahan dan sekuriti
saham (berdasarkan senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

 Tiada unsur riba


Riba adalah hasil daripada penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang digunakan
untuk membayar pampasan kepada pemegang polisi. Terdapat unsur riba dalam urusniaga
pinjaman dari polisi atau Policy Loan yang ditawarkan kepada peserta produk insurans hayat
dan caj faedah juga akan dikenakan kepada peserta yang membuat pinjaman. Dalam Islam,
riba adalah diharamkan.

 Tiada unsur Maisir


Maisir iaitu perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud judi. Unsur Maisir wujud dalam
kontrak insurans kerana peserta hanya perlu membayar premium yang kecil dan
mengharapkan jumlah wang yang lebih besar.
 Tiada unsur Gharar
Gharar merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud ketidakpastian. Terdapat
beberapa unsur ketidakpastian dalam kontrak insurans. Antaranya ialah, ketidapastian
tentang kadar bayaran, masa dan tidak pasti sama ada bayaran dapat dijanjikan atau tidak.

 Al-Mudharabah
Al- Mudharabah bermaksud keuntungan di bahagi mengikut nisbah yang telah ditetapkan
dahulu diantara peserta dan pengendali t

Anda mungkin juga menyukai