Anda di halaman 1dari 5

MALAYSIA DIHATIKU

Dalam meniti arus pemodenan yang bertunjangkan nawaitu


materialistik dan individualistik ini, semangat cinta akan negara semakin pudar
dalam kalangan rakyat. Hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana pepatah Arab
ada mengatakan bahawa cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada
iman. Tanah air adalah sesuatu yang amat besar maknanya kepada sesuatu
bangsa. Semangat patriotisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan
kasih sayang terhadap tanah air sendiri.Keselamatan sesebuah negara amat
penting untuk dipelihara dan dijaga bagi memastikan keamanan negara dapat
dikekalkan. Jika keselamatan negara dijaga,rakyat dapat menjalani kehidupan
mereka tanpa diganggu,bebas memilih cara hidup,hak individu dihormati dan
tidak dizalimi. Oleh itu, setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas
tugas yang amat besar dengan menunjukkan taat setia dan memberikan kasih
sayang yang tidak berbelah bahagi kepada negara yang cemerlang, gemilang
dan terbilang ini.

Dalam konteks Malaysia, tugas menjaga keamanan dan keselamatan


negara diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia. Amanah itu telah dipikul dengan jayanya oleh kedua-dua organisasi
berkenaan sejak sekian lama.Sesebuah negara yang dikatakan kukuh dan
disegani antara lain mempunyai angkatan tentera yang kuat dan mantap serta
canggih dari segi persenjataan. Sebab itu perkara utama dilakukan oleh
Rasulullah SAW ketika menegakkan kerajaan Islam pertama di Madinah ialah
membentuk jentera pertahanan.Proses menyediakan pasukan keselamatan
yang kuat, profesional dan berwibawa bukanlah sesuatu yang bersifat tabii
semata-mata. Bukan bermakna disebabkan adanya musuh atau terdapat
ancaman sesebuah negara itu membentuk pasukan keselamatan.
Pembentukan pasukan keselamatan dalam sesebuah negara khususnya
negara yang dikuasai umat Islam adalah sesuatu yang diperintahkan oleh
Allah SWT.

Berdasarkan filem tayangan ‘PASKAL’,kita telah diperkenalkan sistem


ketenteraan negara kita.PASKAL bermaksud Pasukan Khas Laut dan ia
merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Pelbagai aktiviti
yang mencabar dan tidak diduga yang pelatih-pelatih terpaksa harungi.
Bukanlah mudah untuk menjadi seorang ‘PASKAL’ yang mempunyai
tanggungjawab sangat besar disamping melalui kejadian yang dapat
mengancam nyawa mereka. Terdapat pelbagai ujian yang mereka harus lalui
seperti berenang, larian, selaman dan ikhtiar hidup. Kita patut berasa bangga
kepada insan-insan yang berjaya menjadi PASKAL dan sentiasa menghargai
dan menghormati mereka. Hal ini kerana, mereka berusaha sedaya upaya
menjaga keamanan negara daripada penceroboh-penceroboh yang
mengancam keamanan negara kita.
Seterusnya, antara rintangan dan juga cabaran PASKAL terpaksa hadapi
berdasarkan tayangan tersebut ialah mereka merasai pergolakan dalam
hubungan keluarga mereka. Seperti yang ditunjukkan dalam filem tersebut,
Leftenan Komander Arman Rahmat yang dilakonkan oleh Hairul Azreen
menghadapi masalah dalam hubungan sebagai seorang anak kepada ibunya.
Ia disebabkan ibunya tidak bersetuju dengan pekerjaan anaknya itu yang
semakin sibuk dan kurang memberi perhatian kepadanya. Malah, dia turut
menggesa anaknya untuk meletak jawatan dan mencari kerja lain. Hal ini
kerana ibunya telah merasai kehilangan suaminya yang turut bekerja dalam
bidang yang sama seperti anaknya itu. Ini menunjukkan,permasalahan dalam
hubungan ahli keluarga dapat memberi sedikit sebanyak kesan dalam menjadi
seorang PASKAL. Mereka, iaitu PASKAL terpaksa mengorbankan masa
mereka demi menjaga keamanan negara berbanding bersama keluarga
mereka sendiri. Konflik ini tmendedahkan bahawa unit PASKAL ini mempunyai
semangat yang kental dan tudak mudah berputus asa walaupun mendapat
tentangan daripada ahli keluarga sendiri.

Selain itu, adegan serangan balas pasukan PASKAL lakukan ke atas


lanun tak akan berjaya jika hanya seorang sahaja yang merancangnya dan
melakukannya. Adegan yang menggunakan peluru hidup, dengan
babak-babak aksi yang mencemaskan bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dilakonkan sendirian.Setiap manusia hanya ada 24 jam sehari dan semua
orang ada limitasi tenaga. Tapi jika 10 orang bekerjasama, anda dah ada 240
jam, kalau 100 orang anda dah ada 2400 jam untuk buat perkara dengan lebih
efektif.Tapi, untuk uruskan satu team anda perlukan kepimpinan atau
leadership. Dan itulah yang dapat anda lihat dalam filem PASKAL. Bagi Adrian
Teh, pengarah filem ini, dia ada motif yang kuat kenapa beliau mahu
menjadikan filem ini filem terbaik, kerana beliau mahu mempamerkan
kekuatan dan kemampuan kumpulan PASKAL yang sebenar dan kerana
cintanya kepada negara ini.Sebagai seorang pemimpin juga, kita perlu
pastikan pasukan sentiasa bersedia untuk selesaikan semua misi. Dalam
PASKAL kita boleh lihat bagaimana pasukan PASKAL disediakan dari segi
mental dan fizikal untuk menghadapi situasi mencabar.

Disamping itu, konflik yang dilalui oleh Leftenan Arman dalam filem
PASKAL adalah terpaksa menghadapi kematian rakan sepasukan dan
seorang lagi berhenti. Ianya sukar bagi seorang manusia biasa untuk
menghadapi perkara sebegitu setelah melalui pelbagai cabaran yang sukar
bersama-sama. Namun, Leftenan Arman tidak goyah akan dengan berita
buruk sedemikian malah Leftenan Arman terus bangkit untuk
mempertahankan negara. Sikap dan contoh ini perlu diterapkan dan di ambil
sebagai contoh yang baik oleh rakyat Malaysia supaya tidak mudah goyah dan
berputus asa. Kesungguhan watak tersebut dalam ingin menjaga keamanan
negara Malaysia patut dibangga oleh semua rakyat Malaysia. Ia merupakan
tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh PASKAL di mana mereka
terpaksa mengorbankan nyawa, masa dan keluarga mereka. Oleh itu, kita
juga harus turut bersama dalam menjaga keamanan negara agar negara kita
terus kekal merdeka selamanya.

Akhir sekali, tayangan filem ini telah menunjukkan cara menangani


masalah-masalah penceroboh yang dapat menjatuhkan negara. Kebanyakan
kegiatan-kegiatan sebegini ialah lanun menyerang pelantar minyak untuk
merampasnya. Kisah penyerang yang dibawa dalam filem tersebut ialah
dimana rakan sepasukannya berpaling tadah dan menjadi pengganas yang
mencabar PASKAL dengan menawan pelantar minyak tersebut. Usaha yang
dilakukan oleh pasukan PASKAL dalam menyelamatkan mangsa tawanan dan
juga menwan kembali pelantar tersebut amatlah begitu genting dan
membanggakan sekali. Pengorbanan yang dilakukan oleh PASKAL telah
menyelamatkan ramai nyawa walaupun mereka terpaksa mengharungi
cabaran dan kesakitan disebabkan kecedaraan yang dialami. Segmen ini juga
memaparkan kehandalan pasukan PASKAL dalam mengatasi lanun-lanun
yang turut handal dalam menggunakan senjata berbahaya seperti bom dan
senapang. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan kewujudan unit
ini kerana mereka telah banyak membantu dan memerangi kuasa jahat demi
mempertahankan negara kita.

Konklusinya, semua rakyat haruslah menjadi golongan dengan


mempunyai semangat cinta akan negara dan patriotik yang tinggi. Semangat
ini merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang sudah mencapai
angka lima puluh enam tahun pada hari ini. Ahli falsafah ada menegaskan
bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para
ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat
setia. Rakyat yang mencintai tanah air ini akan mampu merealisasikan
egalitarianisme Malaysia dan bersatu padu mempertahankan kemakmuran
negara. Oleh itu, terbuktilah bahawa rakyat mestilah menanamkan semangat
cinta akan negara yang mendalam agar masa depan negara dapat terpelihara
daripada jatuh ke tangan musuh sekali gus menyebabkan maruah negara
tercemar di seantero dunia.
ESEI TAYANGAN
FILEM PATRIOTIK

MALAYSIA DIHATIKU

NUR ATHIRAH BINTI MANSUR


2018638442
BHBU112B
Lt. M (PA) YASMIN BINTI AHMAD KUSHAIRI

Anda mungkin juga menyukai