Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A

(20 markah)

Soalan 1 – 6
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu C terimbas
B terngiang D terkenang

2. Ibu membeli ____________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak C seikat
B selonggok D setangkai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Bendahara Ali ____________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.

A menusukkan C menyusupkan
B menyisipkan D menyarungkan

4. Suasana di rumah Puan Shanti ____________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang
bercuti.
A riuh-rendah C kelam-kabut
B kucar-kacir D huru-hara

5. Para penonton yang hadir terhibur ____________ persembahan kumpulan nasyid itu.

1
A oleh C akan
B dengan D atas

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Pokok yang tumbang itu telah ____________ beberapa buah kereta di tempat letak kereta
itu.
A menghempap C menghenyak
B menghempas D menghimpit

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

7. Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.

A B C D

8. Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan
A B C
diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

Soalan 9

2
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9. I. Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

II. Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III. Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV. Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan

10. Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

A. dari dua kilometer setengah.
B. daripada dua kilometer setengah.
C. daripada dua setengah kilometer.
D. dari dua setengah kilometer.

11. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A. Gula-gula yang saya belikan
B. Gula-gula yang dibeli oleh saya
C. Semua gula-gula yang saya beli
D. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 12

3
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hamper dengan ayat
yang dicetak tebal.

12. “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman Satria,”
kata Aiman kepada Hafiz.
A. Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang.
B. Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang, datanglah ke
rumahnya di Taman Satria.
C. Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang
itu jika dia ada masa lapang.
D. Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang ini jika dia kelapangan.

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14. I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

4
II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya
mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
C pucuk dicita ulam mendatang.
D pungguk merindukan bulan.

Soalan 16 - 20

5
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sungai Layong yang mudah banjir itu menerima tetamu. Ada yang berenang, ada juga yang
duduk berceratukan di tebingnya. Ibu-ibu separuh umur terbongkok-bongkok mencuci pinggan-
mangkuk. Anak-anak muda sibuk mengangkat air. Ada yang sempat mengusik seorang dua anak
gadis yang menuju ke sungai. Beluntung membeliakkan matanya. Apa yang terjadi? Mengapa tiba-
tiba sahaja orang kampung berada di halaman rumahnya?
Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai. Mereka segera naik ke
tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar. Perasaan ingin tahu menguasai hatinya. Dia terjun dari
belakang Tuyog lalu berlari ke rumah.
“Mana ibu?” Mereka yang berada di dalam rumah itu tertinjau-tinjau ke arahnya. “Ibu kamu di
dapur memasak.” Beluntung diam dan terus ke dapur. Dia mendapati ibu tertawa riang bersama
jiran-jiran.
Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum sendirian.
Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya kenapa ramai
orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak
mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah.
“Kenapa ramai orang di sini?”
“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia
mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung tersungkur
dan tidak sedarkan diri buat beberapa seketika. Setelah sedar, dia berada di pangkuan bapanya.

(Dipetik daripada cerpen Bawod,

antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

16. Bagaimanakah perasaan Beluntung ketika ramai orang kampung berada di halaman

6
rumahnya?
A Beluntung terlalu risau terhadap keselamatan ibu dan bapanya.
B Beluntung berasa gembira.
C Hati Beluntung tertanya-tanya perkara yang terjadi di rumahnya.
D Jantung Beluntung berdenyut-denyut.

17. Antara yang berikut, manakah perwatakan Beluntung berdasarkan petikan di atas?
A Seorang yang penyayang terhadap ibu bapa.
B Seorang yang prihatin akan keselamatan ibu bapa.
C Seorang yang penyayang terhadap haiwan.
D Seorang yang lemah semangat.

18.

“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.”

Singkatan perkataan kau dan nak merupakan unsur gaya bahasa __________
A metafora C hiperbola
B personifikasi D sinkope

19. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.

A Selepas sampai ke rumah, Beluntung terus berlari mendapatkan Bawod.
B Beluntung berasa takut untuk balik ke rumah setelah mengetahui ramai orang
kampung berada di halaman rumahnya.
C Bapa Beluntung berasa gembira kerana dia lulus dalam peperiksaan darjah enam.
D Ketika Beluntung sampai di rumah, ibunya sedang melayan tetamu yang hadir.

20. Apakah kesudahan cerpen ini?

A Tuyog sudah disembelih.
B Beluntung menganggap Bawod seperti manusia dan sahabatnya sendiri.
C Beluntung sambung belajar ke menara gading.
D Beluntung berasa gembira kerana lulus dalam peperiksaan darjah enam.

7
Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1. A B C D 11. A B C D

2. A B C D 12. A B C D

3. A B C D 13. A B C D

4. A B C D 14. A B C D

5. A B C D 15. A B C D

6. A B C D 16. A B C D

7. A B C D 17. A B C D

8. A B C D 18. A B C D

9. A B C D 19. A B C D

10. A B C D 20. A B C D

20
BAHAGIAN B
(25 markah)

SOALAN 1 : SISTEM BAHASA

Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan atau ayat permintaan.

i. Jemput ke majlis perkahwinan saya.

_________________________________________

ii. Jangan lalu di kawasan peperiksaan.

_________________________________________

iii. Buang sampah ke dalam tong sampah.

_________________________________________

8
iv. Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku.
_________________________________________

v. Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya.

_________________________________________

[5 markah]

SOALAN 2 : PEMAHAMAN KOMSAS

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
BAHAN 2 yang berikutnya.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai

BAHAN 1 pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil daripada aktiviti manusia ke alam sekitar
Sesekali kuingin berterima kasih menyebabkan keselesaan atau kemandirian
Kepadamu hujan bagai tetamu kehidupan terganggu. Terdapat pelbagai bentuk
Jiwa pun menjadi dingin pencemaran alam seperti pencemaran udara,
Api amarah pun terpadam. pencemaran air, pencemaran bunyi,
pencemaran tanah, pencemaran haba dan
Sesekali kuingin menyemai budi pencemaran cahaya.
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan Konsep pencemaran sangat bergantung
Rezeki buat petani. pada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah
ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang
Sesekali kuingin berbisik kepadamu menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa
Ikan-ikan yang riang pengukuran ini, konsep pencemaran menjadi
Liar di belantara samudera kabur. Sebagai contohnya, buah-buahan
Kerana sudi membebaskan derita menjadi tercemar hanya apabila didapati
Nelayan tua di pondoknya. daripada pengukuran bahawa kandungan
sesuatu bahan kimia di dalam buah itu telah
(Dipetik daripada sajak Kuingin melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang
Berterima Kasih, Antologi Kuingin 9
berbeza memberikan paras bahaya yang
Berterima Kasih, Tingkatan 1) berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain
diukur dengan unit-unit tertentu.
BAHAN 3

i. Bahan 1 menggambarkan anugerah alam yang indah, bahan 2 berkaitan dengan

pencemaran alam dan bahan 3 ialah gambar pencemaran alam.

Berdasarkan bahan-bahan tersebut, nyatakan kesan pencemaran alam sekitar.

[3markah]

__________________________________________________________________________

ii. Apakah yang patut kita lakukan sebagai tanda menghargai alam sekitar yang bersih?

[3markah]

10
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

iii. Banjir kilat boleh dikaitkan dengan pembangunan yang tidak terancang dan pencemaran

alam sekitar.

Berikan pendapat anda berkaitan punca-punca masalah tersebut.

[4markah]

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

SOALAN 3 : NOVEL

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah
(iv) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim

Perwatakan dapat melengkapkan watak sampingan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan perwatakan yang dinyatakan, nyatakan tiga peristiwa lain yang dapat mengukuhkan
perwatakan tersebut.

NOVEL WATAK PERWATAKAN CONTOH PERISTIWA

11
SAMPINGAN
Syahir dan memuji-muji Syed Amiri yang
dianggap sebagai anak emas dan sering
Justeru Impian Seorang yang suka
Engku Aiman dijulang sebagai pemain yang paling
di Jaring mencemuh
meningkat prestasinya berbanding
dengan pemain-pemain lain.
Komander Caucasus bersikap kejam dan
Tawanan Seorang yan
Komander zalim dengan menculik dan mengurung
Komander bersikap kejam
Caucasus Kim Yong dan Farhani di dalam tabung uji
Caucasus dan zalim
untuk dijadikan bahan uji kajinya.
Cikgu Sunan akan memarahi murid yang
Seorang yang tidak menyiapkan latihan yang diberikan
Chot Cikgu Sunan
tegas seperti Som pernah dimarahi kerana tidak
menyiapkan kerja sekolah.
Mukhtar busuk hati dengan menawarkan
Hempasan Seorang yang keuntungan kepada ejen sehingga 35
Mukhtar
Ombak busuk hati peratus agar ejen lebih mengutamakan
batik keluarannya.

______________________________________________________________________________

12

[10 markah]

BAHAGIAN C : PEMINDAHAN MAKLUMAT

(15 markah)

Pilih satu soalan sahaja.

Pilih soalan 1 atau soalan 2.

SOALAN 1 : ULASAN
Lihat gambar piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberikan,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

13
SOALAN 2 : RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia” merupakan slogan yang sering kita dengar
sama ada di televisyen atau di radio. Barangan buatan Malaysia ialah barang yang dihasilkan di
dalam negara. Kini, sudah tiba masanya masyarakat mengubah sikap dengan menerima dan
menghargai barangan buatan tempatan. Masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijak.

Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika membeli barangan buatan tempatan. Harga
barangan buatan tempatan lebih murah berbanding dengan harga barangan buatan import.
Sebagai contoh, harga motosikal buatan tempatan jenama Modenas lebih murah berbanding
dengan harga motosikal buatan import jenama Honda atau Yamaha. Oleh itu, dengan membeli
barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain.
Dalam hal ini, kita dapat menabung wang untuk masa depan, seperti kata orang tua “sedikit-sedikit

14
lama-lama menjadi bukit”.

Selain itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menggalakkan
pembangunan yang berkaitan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan berdaya
saing. Melaluinya, banyak industri desa muncul seperti industri batik, kraf tangan, songket dan
tembikar. Perkembangan industri desa turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.
Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri
tempatan secara tidak langsung.

Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang
bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import. Sebagai contoh,
barangan daripada kulit seperti kasut, beg dan dompet menjadi buah tangan pelancong yang
datang ke negara kita untuk dibawa pulang ke negara mereka. Malaysia dikenali dalam kalangan
pelancong asing kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.

Jelaslah bahawa industri barangan tempatan memberikan banyak kebaikan kepada pelbagai
pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita
bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan
negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barangan buatan Malaysia menjadi
kebanggaan kita semua.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada www.coursehero.com)

Nombor pilihan soalan :

15

_____________________________________________________________________________
KERTAS SOALAN TAMAT

16