Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2019 anjuran unit Kokurikulum


SK Kampung Boyan, merupakan salah satu agenda tahunan sekolah yang paling utama.
Program ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah untuk menyahut seruan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan kepada anjakan
PPPM ketiga - melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, pihak sekolah perlu
memperkembang murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam badan beruniform.

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini menyediakan platform bagi 4 unit beruniform di
SK Kampung Boyan untuk menimba pengalaman melalui pembelajaran di luar bilik darjah.
Peserta-peserta perkhemahan akan dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran, bertukar-
tukar idea dan pengalaman, membina keyakinan diri, serta menjalinkan hubungan kerjasama
yang erat melalui aktiviti-aktiviti mencabar yang akan dijalankan dalam perkhemahan ini.

Harapan pihak sekolah agar perkhemahan ini dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS), seiring dengan pernyataan
Falsafah Pendidikan Negara, serta misi sekolah yang berbunyi “Memberi Pendidikan
Berkualiti Secara Bersepadu bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berlandaskan Misi
Nasional”.

RASIONAL
Memupuk unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan secara terus kepada para
peserta apabila mereka mengalami sendiri situasi yang memerlukan amalan terpuji
seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong- menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
Mendedahkan para peserta kepada cabaran dalam aspek fizikal, mental dan kerohanian
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-
masing.
Memberi kesempatan kepada para peserta untuk menggembleng daya inovasi dan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan
diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.
Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai
aktiviti yang berkonsepkan kemahiran kongnitif, afektif dan psikomotor yang menarik
dan mencabar.

OBJEKTIF
Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
Memupuk semangat bekerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

5.0 TEMA
Berdikari untuk Bermandiri (Independence for Survival)

KONSEP PELAKSANAAN
Perkhemahan ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep “pembelajaran melalui aktiviti”.
Para peserta boleh mempraktikkan konsep ini melalui beberapa aktiviti yang telah dirangka
dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:
a. Pemupukan semangat kerjasama sepasukan
b. Penerapan nilai-nilai murni kemanusiaan
c. Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
d. Pemantapan kemampuan fizikal dan toleransi fisiologi
e. Pengukuhan disiplin kendiri disiplin sepasukan
f. Pembinaan daya saing dan daya juang
g. Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara intergratif dan harmonis.

7.0 CADANGAN AKTIVITI


Unsur-Unsur Pembelajaran Kaedah
Bil Aktiviti Asas Aktiviti
/ Penghayatan Perlaksanaan
Aktiviti Solat berjemaah / Keimanan ketakwaan dan Aktiviti mengikut
1
Kerohanian Ceramah nilai-nilai murni. kepercayaan.
Mempelajarai Menjejak check point
cara dengan menggunakan Mengikut
2 Orienteering
penggunaan kompas. kumpulan
kompas.
Aktiviti Menyedari kepentingan masa
Aktiviti Bantu pertolongan cemas dan kemahiran dalam Station
Mula menyelamatkan nyawa;
3
Melatih murid supaya cekap
dan mahir menyelamatkan
keadaan yang bahaya.
Merekacipta dari
Mendidik cara untuk menjana
LDK 3R bahan terpakai. Mengikut
4 duit daripada bahan terpakai.
kumpulan
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

8.0 TARIKH
11 dan 12 Oktober 2019 (Jumaat dan Sabtu)

9.0 TEMPAT CADANGAN


Ethno Valley Resort Herba Homestay, Chalet Bukit Gantang, Perak..

10.0 PERASMIAN PENUTUPAN


Tarikh : 12 Oktober 2019
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Perasmi : En Khairil Amir bin Abdul Wahab
Guru Besar SK Kampung Boyan

SASARAN
Semua murid Tahap 2, tahun 4, 5 dan 6.
Jumlah peserta adalah 47 orang.
Yuran Penyertaan setiap peserta ialah RM60.00.
Anggaran bilangan peserta

Bil Peserta Jumlah Peserta


a. Tahun 4 22
b. Tahun 5 13
c. Tahun 6 3
d. PPKI 8
JUMLAH 46
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

12.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En Khairil Amir bin Abdul Wahab - Guru Besar


Pengerusi : En Ahzizul Anuar bin Mohd Nordin - Penolong Kanan Kokurikulum
Timbalan Pengerusi : Pn Haslina binti Md. Hashim - Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : Pn Rifhan binti Abdul Jabar - Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi II : Pn Rozita binti Ariffin - Penolong Kanan PPKI
Penyelaras Program : En Muhamad Azli bin Abd Aziz - Penyelaras Unit Beruniform
Kem Komandan : En Rashidi bin Mohd Rashid - Kem Kom 1
: En Mohd Faidz bin Ibrahim - Kem Kom 2
Setiausaha : Pn Nor Faieza binti Mohd Fazli - Setiausaha Kokurikulum
Bendahari : Pn Nor Faieza binti Mohd Fazli

BIL NAMA PEGAWAI SKOP TUGASAN


1. Penyelaras Program  Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
En Muhamad Azli bin Abd Aziz (K) tema untuk perkhemahan
En Mohd Faidz bin Ibrahim  Menyediakan tentatif perkhemahan dan
majlis penutupan
 Memastikan aktiviti berjalan seperti dirancang
 Berhubung dengan semua AJK berkenaan
sebarang perubahan, teguran, pengumuman
dan sebagainya.
 Menyelaras Majlis Penutupan
Perkhemahan Perdana Unit
Beruniform.
2. Setiausaha  Menyediakan kertas kerja perkhemahan.
Pn. Nor Faieza binti Mohd Fazli (K)  Mengurus segala surat-menyurat yang
berkaitan dengan perkhemahan
- Surat Jemputan Perasmi
- Surat Memohon Rondaan Polis Daerah
- Surat Jemputan Fasilitator
- Surat Makluman Ibu Bapa
- Surat Memohon Bekalan Makanan Tentera
 Mengendalikan sekurang-kurangnya satu kali
mesyuarat jawatankuasa
 Menyediakan jadual bertugas guru
 Menyediakan buku kehadiran bertugas
 Menyediakan borang penyertaan perkhemahan
dan edarkan kepada murid selewat-lewatnya 3
minggu sebelum tarikh perkhemahan.
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019
3. Bendahari  Menyediakan anggaran belanjawan
En Muhamad Azli bin Abd Aziz perkhemahan.
 Menetapkan yuran penyertaan.
 Melakukan pembayaran wang kepada pihak
yang berkenaan
 Menyediakan laporan bendahari
4. Kem Komanden  Melantik Penghulu dan Penghuluwati dari
En Rashidi bin Mohd Rashid (K) kalangan peserta.
En Mohd Faidz bin Ibrahim  Menetapkan dan menyediakan
peraturan perkhemahan
 Menetapkan sistem dendaan / merit demerit
Penghulu / Penghuluwati: perkhemahan
1. Murid Tahun 6 (L)  Menyampaikan taklimat keselamatan dan
2. Murid Tahun 6 (P) peraturan sebelum perkhemahan bermula
 Mengurus dan memastikan semua aktiviti
sepanjang perkhemahan berjalan dengan
lancar
 Mengenakan tindakan yang sesuai ke atas
peserta yang melanggar peraturan
5. Pendaftaran  Mengurus pendaftaran peserta
Pn Noorasliza binti Zakaria (K)  Menyediakan borang pendaftaran (nama
Pn. Raniswary a/p Narasuman penuh, no ic, unit, kelas & ruang
tandatangan)
 Menyerahkan salinan senarai peserta berdaftar
kepada AJK Sijil
 Menyediakan tempat berkumpul bagi
peserta dan pegawai semasa aktiviti
dilaksanakan
6. Disiplin, Keselamatan dan Kecemasan  Menyampaikan taklimat keselamatan
En Azahar bin Ahmad Nasri (K) sebelum perkhemahan bermula
Pn Bamavathy a/p Marimuthu  Menyediakan jadual rondaan dan jaga malam
Pn Umikalsum bin Halim (untuk AJK urusetia dan peserta)
 Berhubung dengan balai polis terdekat untuk
memaklumkan perkhemahan dan memohon
khidmat rondaan
 Memastikan keselamatan dan disiplin peserta
dalam keadaan baik sepanjang perkhemahan
 Mengawal & menyelia disiplin dan
keselamatan peserta, pegawai dan petugas
sepanjang aktiviti (meronda kawasan
waktu malam)
7. Buku Aturcara / Pamplet  Menyediakan 5 buku aturcara / pamplet
Cik Aini Iryani binti Ahmad Sapuan Majlis Perasmian Penutupan
Pn Norhamidah binti Yusuf Perkhemahan untuk VIP.
 Menyediakan buku aturcara (mengandungi
tentatif) untuk guru (diedar semasa
pendaftaran).
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019
9. Makanan dan Minuman  Merancang menu makanan untuk 2 hari 1
Disediakan oleh pihak Chalet dan dibantu malam:
oleh... - Makan malam X 1 kali - Jumaat
Pn Nazirah binti Zakaria (K) - Supper X 1 kali - Jumaat
Pn Hjh Zainab binti Fakhuradzi - Sarapan pagi X 1 kali - Sabtu
- Makan Tengah hari X1 kali Sabtu - pek

10. AJK Hadiah  Menyedia, mengurus dan menyusun


Pn Hjh Hasni binti Hasan (K) cenderamata, hadiah dan sijil yang berkaitan
Pn Rezawaty binti Kamaruddin kepada jemputan dan peserta
Pn Norhayati binti Hussain  Mendapatkan senarai nama pemenang yang
muktamad daripada Penyelaras Aktiviti
 Mendapatkan keputusan bagi setiap
pertandingan daripada urusetia
11. Penyelaras Aktiviti :
En Rashidi bin Mohd Rashid  Merancang,mengurus dan memastikan
En Muhammad Farhan bin Saidin aktiviti berjalan dengan lancar tanpa
Pn Norizan binti Dalmizi gagal.
 Menyampaikan taklimat berkenaan
peraturan, langkah berjaga-jaga aktiviti
sebelum aktiviti bermula
 Menentukan tema aktiviti jika berkenaan
 Menyediakan borang penilaian jika
berkenaan Mencari hakim untuk aktiviti
masing-masing.
12. Aktiviti Orientering  Menyediakan borang pertandingan.
En Rashidi bin Mohd Rashid  Mengendalikan aktiviti.
En Mohd Asyraf bin Zhubir  Menyenaraikan peralatan dan bahan yang
Pn Mahani binti Muhammad perlu disediakan oleh setiap unit
Pn Harlinda binti Arshad  Menyediakan manual / langkah-langkah aktiviti
13. Aktiviti Bantu Mula dan Ikatan  Menyediakan borang pertandingan.
En. Muhammad Farhan bin Saidin  Mengendalikan aktiviti.
Pn Junaida binti Osman  Menyenaraikan peralatan dan bahan yang
Pn Magasvari a/p Palakerishnan perlu disediakan oleh setiap unit
Pn Siti Romi binti Che Ghani  Menyediakan manual / langkah-langkah aktiviti
14. Aktiviti LDK - 3R  Menyediakan borang pertandingan
Pn. Norizan binti Dalmizi (K)  Mengendalikan aktiviti.
En Mohd Asyraf bin Yusoff  Menyenaraikan peralatan dan bahan yang
Pn Sivajothimalar a/p Muthusamy perlu disediakan oleh setiap unit
 Menyediakan manual / langkah-langkah
aktiviti
Juruacara Majlis Penutupan  Menyediakan teks juruacara
En Mahathir bin Omar  Melatih peserta yang dilantik sebagai
juruacara untuk mengendalikan majlis
penutupan (jika perlu)
13. Kebersihan  Memastikan kebersihan terjaga
Pn Norhafizah binti Jamaluddin (K) sewaktu perkhemahan diadakan
Pn Nurul Fadhilah binti Abdul Manaf  Menyelaras aktiviti gotong royong dan
Pn Adila binti Adnan persiapan untuk pulang
 Menilai tapak perkhemahan yang paling bersih
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019
14. Kerohanian  Merancang dan melaksanakan aktiviti
Murid Beragama Islam kerohanian termasuklah solat, kuliah subuh,
Ustaz Mohd Razif bin Khalid kuliah Maghrib
Ustaz Mohd Tarmizi bin Ismail  Menyediakan jadual bertugas sebagai
Ustaz Khairul Hasnol bin Abd Kadir Imam dan bilal bagi setiap waktu solat.

15. Bacaan Doa  Membaca doa sebelum dan selepas kem


Ust. Mohd Razif bin Khalid (K)  Menyediakan teks doa majlis perasmian
penutupan untuk wakil peserta.
16. Fotografi, Dokumentasi & Laporan  Membuat rakaman video dan still photo
Pn Nor Faieza binti Mohd Fazli sepanjang perkhemahan bermula daripada
pendaftaran peserta sehingga pelajar kembali
semula ke sekolah.
17. Sijil  Mencetak sijil berpandukan senarai
Cik Aini Iryani binti Ahmad Sapuan nama peserta yang diperolehi daripada
Pn Norhamidah binti Yusof Setiausaha.
Pn Azura binti Abdul Aziz  Pencapai pertandingan juga perlu ditaip.

18. Siaraya  Menyedia, menyelenggara dan mengendalikan


En Muhamad Ali bin Abd Aziz sepanjang aktiviti.
En Mohd Faidz bin Ibrahim  Memastikan semua peralatan berfungsi
dengan baik sebelum program bermula.

19. JK Bermalam  Memantau keadaan kem sepanjang malam


En Mohd Faidz bin Ibrahim mengikut giliran.
Cik Siti Nazifah binti Che Ahmed  Memastikan murid semua dalam keadaan
Pn Kang Yen Yoke selamat.
Pn Maheran  Melakukan rondaan setiap 1 jam.
Pn Siti Suhaini binti Sahrudin
 Menguruskan murid demam / sakit
Pn Umikalsum binti Halim
20. JK Guru Pengiring  Menguruskan perjalanan murid pergi dan
En Ahzizul Anuar bin Mohd Nordin balik kem.
En Khairol Hasnol bin Abd Kadir  Memastikan murid dalam keadaan selamat
En Mohd Tarmizi bin Ismail pergi dan balik.
En Muhammad Azli bin Abd Aziz
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019
13.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Sumber Jumlah (RM)


1 Yuran Penyertaan (RM60.00 / kepala) X 47 2820.00
2 Peruntukkan Kokurikulum 204.00
3. Peruntukan PIBG - Parenton 450.00
JUMLAH RM3474.00

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Harga/ Unit Kuantiti Jumlah Catatan


(RM) (RM)
SUMBER DARI PERUNTUKAN YURAN PENYERTAAN

1 Penginapan 25.00 47 2820.00

2 Makanan dan minuman 13.00 60 780.00

3 Sewaan Bas 600.00 600.00

JUMLAH 4200.00
SUMBER DARI PERUNTUKAN KOKURIKULUM DAN PIBG
1 Sijil / Hadiah

 Kertas Sijil 50.00 / rim 1 50.00


 Hamper Pemenang
- Kumpulan Terbaik 1, 2, 3 20.00 / unit 3 60.00
- Pertandingan LDP 1,2,3 20.00 / unit 3 60.00
- Pertandingan Orienteering 1,2,3 20.00 / unit 3 60.00
- Pertandingan Bantu Mula 1,2,3 20.00 / unit 3 60.00
- Pertandingan Ikatan 1,2,3 20.00 / unit 3 60.00
- Trofi Tokoh Sahsiah (L & P) 20.00 / unit 2 40.00
JUMLAH 390.00
3 Kecemasan
 Ubat-ubatan 30.00 / unit 1 30.00
4 Publisiti
 Banner 50.00 1 50.00
5 Kerohanian
 Saguhati Penceramah 100.00 1 100.00
(Slot Kerohanian Peserta
Beragama Islam)
6 Minyak Kereta Guru
 Pergi dan balik 10.00 X 2 4 80.00
JUMLAH 260.00
JUMLAH KESELURUHAN 4850.00
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

15.0 TENTATIF PROGRAM

11 OKTOBER 2019 - JUMAAT

MASA PENGISIAN TINDAKAN


2.00pm - 3.00pm Pendaftaran peserta JK Pendaftaran
Pendaftaran Guru-guru JK Penyelaras Program
3.00pm - 4.00pm Bergerak ke Ethno Valley JK Guru Pengiring
2 bas
2 bawa budak dgn kereta
4.00pm - 4.30pm Check in JK Kerohanian
Solat Asar
4.30pm - 6.30pm Aktiviti Orienteering Officer on Duty
JK Orienteering
6.30pm 7.30pm Makan malam JK Makanan
Mandi
Solat maghrib JK Kerohanian
8.00pm - 10.30pm LDK 3R Officer on Duty
JK LDK 3R
10.30pm - 11.00pm Supper JK Makanan
11.00pm Tidur Officer on Duty
JK Bermalam

12 OKTOBER 2019 - SABTU

MASA PENGISIAN TINDAKAN


5.00am Bangun Officer on Duty
Mandi
6.00am - 7.00am Solat Subuh JK Kerohanian
Tazkirah
7.00am - 7.30am Sarapan pagi JK Makanan
7.30am Aerobic JK Hari Sukan Negara
8.00am - 10.00am Larian Merentas Desa JK HSN
10.30am - 11.30am Majlis Penutup JK Majlis Penutup
11.30am Check out JK Penyelaras Program
12.00 tengah hari Tiba di sekolah JK Guru Pengiring
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019

16.0 PENUTUP

Program yang dirancang ini diharap akan memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta,
malahan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Mudah-
mudahan usaha murni ini akan menampakkan impak positif dalam aspek pembinaan diberkati
dan diredhai Tuhan.

Disediakan oleh;

…………………....................................
NOR FAIEZA BINTI MOHD FAZLI
Setiausaha Kokurikulum
SK Kampung Boyan
Taiping Perak.

Disemak oleh,

........................................................................
AHZIZUL ANUAR BIN MOHD NORDIN
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kampung Boyan
Taiping Perak.

Disahkan oleh,

.....................................................................
KHAIRIL AMIR BIN ABDUL WAHAB
Guru Besar
SK Kampung Boyan
Taiping Perak.
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
SK KAMPUNG BOYAN 2019
Aturcara Majlis Perasmian Penutupan
Perkhemahan Kem Perdana Unit Beruniform
SK Kampung Boyan 2019

Tarikh : 12 Oktober 2019


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Ethno Valley Resort Herba Homestay, Chalet Bukit Gantang, Perak

Masa Tentatif

10.30 pagi NyanyianLagu


    Negaraku
 Lagu Sekolah

- BacaanDoa

- Ucapan Alu-aluan Penolong Kanan Kokurikulum

- Ucapan dan Perasmian Penutupan

- Penyampaian Hadiah
- Kumpulan Terbaik 1, 2 dan 3
- Pertandingan LDK 3R 1, 2 dan 3
- Pertandingan Orienteering 1, 2 dan 3
- Pertandingan Bantu Mula 1, 2 dan 3
- Pertandingan Ikatan 1, 2 dan 3
- Peserta Terbaik (Perempuan)
- Peserta Terbaik (Lelaki)

Makan Tengah Hari

- Bersurai

Anda mungkin juga menyukai