Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN
Program kokurikulum adalah program terancang yang menjadi sebahagian daripada agenda
pendidikan negara yang menyokong proses pembelajaran murid-murid di sekolah. Dasar
kokurikulum ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Justeru
penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif adalah sangat digalakkan dan
disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah, dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang
sepatutnya supaya perancangan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya
mencapai matlamatnya.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah sangat penting dalam membina prestasi murid yang
berbakat dan berpotensi seperti bakat kepimpinan, tanggungjawab sosial serta mendidik murid
menjadi warganegara yang berbakti di samping dapat memupuk semangat integrasi dan interaksi
antara semua kaum bagi mendokong aspirasi Satu Malaysia yang menjadi hasrat murni
pemimpin negara. Oleh yang demikian penyertaan setiap murid dalam aktiviti kokurikulum
adalah amat penting bagi merealisasikan matlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
cergas, sihat, hidup dalam komuniti yang harmoni dan bekerjasama memajukan negara tercinta.

Karnival Kokurikulum ini adalah satu perkhemahan yang melibatkan semua unit beruniform
dalam kokurikulum. Karnival kokurikulum ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik
darjah yang amat berkesan dalam usaha melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, para peserta akan didedahkan dengan
suatu persekitaran baru. Ini akan dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal
dan intrapersonal dalam kalangan peserta.
Dengan semangat dan kepercayaan ini, adalah diharapkan program ini mencapai objektifnya.
Selain itu, adalah diharapkan juga agar karnival ini dapat memberi peluang kepada para peserta
menonjolkan bakat dan kemampuan diri masing-masing. Di samping menimba pengalaman,
karnival ini juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta dan guru-guru.
2. MATLAMAT

2.1 Melestarikan dan memperkasakan pencapaian kokurikulum SBT melalui aktiviti


pembangunan modal insan dengan menggunakan dana peruntukan khas SBT

2.2 Mewujudkan suasana yang seimbang antara perkembangan mental dengan perkembangan
sosial, rohani dan jasmani murid-murid.

2.3 Memperkukuhkan interaksi dan integrasi antara berbilang kaum.

2.4 Melahirkan generasi muda masyarakat Malaysia yang berketrampilan, mempunyai jati
diri, berupaya memimpin, bertanggungjawab, berdaya saing dan berkemampuan
melestarikan kecemerlangan diri dan pendidikan negara.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyemai rasa cinta dan bangga pada negara Malaysia yang mempunyai rakyat
berbilang kaum, agama dan budaya serta mampu menwujudkan sikap bekerjasama dan
suasana muhibah secara sedar dan teranvang melalui semangat 1Malaysia;

3.2 Menggalakkan penyertaan semua pihak terdiri daripada guru, murid, ibubapa, masyarakat
setempat, agensi bukan kerajaan dan suasana muhibah secara sedar dan terancang melalui
semangat 1Malaysia;

3.3 Melahirkan generasi 1Malaysia yang menyedari kewujudan kepelbagaian warganya dan
boleh menerima kepelbagaian tersebut;

3.4 Melahirkan generasi 1Malaysia yang menyedari kefahaman murid-murid mengenai


pelbagai budaya masyarakat Malaysia serta menanam kesedaran bahawa Negara
Malaysia mempunayi unsur kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum;

3.5 Melahirkan persefahaman dan toleransi dalam kalangan murid bagi merealisasikan
“Prinsip-Prinsip Rukun Negara” yang menjadi panduan kehidupan harmoni masyarakat
majmuk dalam sebuah negara yang sedang membangun;

3.6 Menjadikan sekolah sebagai institusi yang mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan
serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera;

3.7 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup.
3.8 Melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma dan kredibiliti yang tinggi dalam
memimpin kumpulan serta sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran
hidup.

4. TEMPAT
4.1 Tempat Aktiviti : Caravan Park, Taman Tasik Taiping

4.2 Penginapan peserta : Kamalodge Taiping, Taman Tasik Taiping

5. TARIKH PELAKSANAAN

5.1 23 HINGGA 25 MEI 2014

6. PENYERTAAN
6.1 Penyertaan adalah terdiri daripada murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di
sekolah bantuan penuh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli badan
beruniform sekolah.
6.2 Peserta hendaklah sihat dan bebas dari sebarang penyakit yang kronik serta
mempunyai perlindungan insurans.
6.3 Setiap pasukan hendaklah menghantar empat (4) orang peserta dan seorang guru
pengiring.

7. KONSEP

7.1 Kelestarian Kokurikulum Sekolah Berprestasi Tinggi melalui seni warisan yang
mencitra alam sekitar.

8. PENGANGKUTAN
8.1 Pengangkutan sepanjang program adalah ditanggung oleh pihak pengelola.
Pembiayaan pengangkutan berdasarkan pengisian program / aktiviti sepertimana
dalam jadual karnival sahaja.
8.2 Bagi tujuan lawatan di luar jadual karnival, ianya adalah di bawah tanggungan
sendiri.
9. PENYEDIAAN MAKAN MINUM PESERTA

9.1 Penyediaan makan minum peserta akan diuruskan oleh pihak pengelola sepanjang
program.
9.2 Peserta akan membuat pembayaran kepada pihak yang menyediakan makan
minum sepanjang program.

10. PEMERIKSAAN KESIHATAN

10.1 Semua peserta yang mewakili pasukan hendaklah sihat tubuh badan dari sebarang
penyakit atau terlibat dalam kemalangan.
10.2 Semua peserta yang mewakili pasukan hendaklah membuat pengesahan kesihatan
yang diperakui sihat oleh ibubapa / penjaga.
10.3 Surat Kebenaran Ibubapa / Penjaga hendaklah diisi dan ditandatangani.

11. PENGINAPAN

11.1 Semua pasukan akan tinggal di tempat yang diuruskan oleh pihak pengelola.
11.2 Semua pasukan perlu membuat bayaran penginapan sendiri kepada pihak
penginapan.

12. MODUL AKTIVITI

12.1 Pertandingan Lagu Puisi berkumpulan


12.2 Pertandingan Chef Cilik
12.3 Bengkel dan Pertandingan Labu Sayong
12.4 Pertandingan Pakaian Beragam menggunakan bahan kitar semula
12.5 Pertandingan Memasang, Menghias Khemah dan Gajet
12.6 Bengkel Kepimpinan dan Pertandingan Buku Skrap
13. SENARAI JAWATANKUASA

13.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Zakiah bt Ghazali


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Timbalan Pengerusi : Puan Samsiah bt Din


Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Naib Pengerusi : Puan Tay Siau Eng


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Puan Pauziah bt Mohd Serji


Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Setiausaha : Puan Haniza bt Abdul Hamid


Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Pen. Setiausaha : Puan Ong Yu Swan


Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping

Ahli Jawatankuasa : Guru-guru Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping


Kakitangan Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa
Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping
13.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Zakiah bt Ghazali


Guru Besar

Setiausaha : Puan Haniza bt Abdul Hamid


Penolong Kanan Kokurikulum

Pen. Setiausaha : Puan Ong Yu Swan

Kem Komandan : Encik Mohamad Hafiz b. Ali

Timbalan Komandan : Puan Rohaya bt Ahmad


Puan Asmah Lailee bt Baharuddin

Bendahari : Puan Sapura bt Taib

Ahli Jawatankuasa :

JAWATANKUASA KETUA JAWATANKUASA


Pendaftaran Puan Napisah bt Ismail Hajad
Peralatan / Goodies / T-Shirt Puan Khairunnisa bt Mohamad Sharip
Penginapan Puan rahmah bt Zakaria
Makan dan minum Puan Norshila bt Kontak
Logistik / Keselamatan / SOP Puan Kalai Mugila
Penyelaras Aktiviti Semua unit uniform
Kecemasan Puan Jancy Pusparani
Hadiah / Sijil / Cenderamata Puan Wan Nur Elyza bt Md Nor
Buku program Puan Nora’ssikin bt Abdullah
Ibadah Encik Azahari b. Abdullah
Moral Puan Yeoh Swee Fong
Helwani Puan Rashidah bt Hussein
Perasmian penutup Puan Normala bt Ishak
Laporan Bergambar Puan Norsyamsidar bt Mukhtar
14. PENUTUP

Semoga dengan penyertaan murid dalam program ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru
dan memperkembangkan potensi diri dalam bidang kokurikulum. Program jaringan muhibbah
antara sekolah-sekolah SBT ini akan mengukuhkan lagi kerjasama antara semua pihak yang
terlibat dan mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah disusun bagi menjayakan
program tersebut.

Disediakan oleh :
Haniza bt Abdul Hamid
Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh :
Zakiah bt Ghazali
Guru Besar Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai