Anda di halaman 1dari 29

DAKWAH :PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB PELAJAR
KURSUS : PENGUCAPAN AWAM

KOD KURSUS : USN 3082

SESI PENGAJIAN : SEMESTER I (2015/2016)

NAMA PENSYARAH : AIDA HARTINI BINTI NAN

NAMA NO. MATRIK


MUHAMAD NAZMI BIN KAMARUDDIN 2013004926
MUHAMMMAD NA’IM BIN AB RAZAK 2013004681
ABDUL MUIZZ BIN MD SUKURI 2013004370
MOHAMAD NURUL AZMI BIN KOYUBE 2012003646
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Pendahuluan 3
1 Definisi 4
2 Fiqh Dakwah 5-10
3 Peranan Dan Tanggungjawab Pelajar Dalam Dakwah 11-24
4 Peranan Pelajar Wanita Dalam dakwah 25-27
5 Kesimpulan 28
6 Rujukan 29

2
Pendahuluan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Dengan nikmat-Nya telah menjadikan kebaikan menjadi sempurna, dan
dengan rahmat-Nya kebaikan akan berlipat ganda dan dosa-dosa akan diampuni. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallahu’alaihiwassalm yang telah diutus oleh
Allah sebagai rahmat dan petunjuk yang menerangi hati manusia, sehingga mereka dapat melihat
kebenaran dan memperoleh hidayah-Nya. Sebelum penulis memulakan perbincangan berkenaan
tajuk yang dipilih dengan lebih serius, penulis berhajat untuk menceritakan sedikit keadaan
semasa perjalanan dakwah di Malaysia tertutama di sekolah menengah dan institut pengajian
tinggi awam dan swasta. Penulis beranggapan, berita gembira kepada umat Islam pada zaman ini
kerana masih ramai jumlah pendakwah di kalangan pelajar yang aktif berdakwah di Malaysia ini.
Hal ini mampu memberikan kesan yang positif kepada masyarakat majmuk di Malaysia tentang
kebenaran Islam. Bermacam-macam jenis metode yang telah dipilih oleh mereka untuk
menyampaikan dakwah. Diantaranya, mengedarkan risalah-risalah berkenaan ilmu dunia dan
akhirat, menziarahi rumah-rumah Muslim, mengadakan program-program berkaitan dakwah dan
lain-lain. Sebaiknya, Muslim yang lain mestilah bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta’ala
kerana dengan hidayahNya perjuangan dakwah Islam ini tidak pernah terhenti. Usaha dakwah ini
mampu menjadi lebih produktif apabila masyarakat Muslim disekeliling bersifat ringan tangan
dan ringan mulut untuk membantu mereka dari segi idea dan perlaksanaannya agar metode
dakwah yang dipilih itu sesuai dengan zaman. Hal ini telah membuktikan bahawa pelajar Muslim
di Malaysia ini mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah
Islam. Semoga Allah meredhoi dan mempermudahkan usaha mereka. Sehubungan dengan itu,
tajuk penulisan kali ini adalah ‘Dakwah : Peranan dan Tangunggjawab Pelajar.” Mudah-
mudahan Allah memberikan kami bantuanNya.

3
DEFINISI DAKWAH

1. DEFINISI DAKWAH

Menurut Syeikh Ali Mahfuz (Ghazali Darusalam 1996: 1), Al Bustaniy (1973:216) dan
Al-Razi (1981:205), perkataan dakwah berasal daripada perkataan Arab iaitu da’a, yad’u,
da’wah yang membawa maksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada
sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan. Maksud firman Allah SWT:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha Suci Allah (dari segala iktikad dan
perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain. Yusuf (12): 108.

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dakwah merupakan suatu proses untuk
mengajak orang orang beriman kepada Allah, percaya dan mentaati apa yang telah
diberikan oleh Rasulullah SAW serta mengajak agar menyembah kepada Allah seakan-
akan melihat-Nya (Amin, 2009: 3-5).

Menurut penulis, dakwah ini adalah usaha yang dilakukan oleh individu atau gerakan
untuk mengajak orang lain mentauhidkan Allah SWT dan berpegang teguh dengan
sunnah Nabi Muhammad SAW yang sahih. Mengajak orang lain melakukan kebaikan
dan meninggalkan kejahatan juga adalah satu usaha dakwah.

4
2. FIQH DA’WAH

Seorang muslim wajib menjalankan tugas menyampaikan da’wah kepada manusia


lainnya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:

kewajipan dalam berdakwah ini berlaku dalam keadaan individu, kelompok mahupun
rakyat dan pemerintahnya. Setiap pendekatan, bahan dan sistem yang digunakan dalam
menyampaikan da’wah mestilah wajib menepati syari’at Islam dan tidak lari daripada
maqasid syari’ah yang telah digariskan didalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia
merupakan penyebab kepada sesuatu perkara itu berlaku dan setiap manusia sama sekali
akan menanggung segala akibat daripada perbuatannya. Oleh itu, semua manusia terlibat
dalam melakukan usaha yang baik untuk mendapatkan akibat yang baik. Hal tersebut
pasti akan dicapai apabila semua manusia kembali mengamalkan syari’at Islam secara
menyeluruh.

Da’wah ini tidak hanya dilakukan apabila berlakunya sebuah masalah di kalangan
masyarakat. Sedangkan setiap masalah yang berlaku itu disebabkan sifat manusia yang
berpaling daripada syari’at Islam. Oleh demikian, dakwah ini bertujuan mengajak
manusia yang masih ragu-ragu dan sesat agar kembali untuk beriman kepada Allah SWT
dan mengikuti keseluruhan syari’at Islam.

Seterusnya, untuk mencapai tujuan tersebut sebelum usaha da’wah dilakukan hendaklah
disusun strateginya dengan teliti dan bijaksana supaya sebarang kebarangkalian yang

5
bakal berlaku semasa menyampiakna da’wah nanti dapat diuruskan dengan baik
seterusnya mudah-mudahan penyusunan yang adil itu dapat menghasilan dapatan yang
cemerlang.

Seiring dengan kewajipan melaksanakan da’wah, ada lagi perkara yang wajib ada iaitu
metodologi/kaedah da’wah. Kaedah dan kemudahan yg ada adalah berperanan untuk
membantu kejayaan sesebuah da’wah.

Berikut merupakan ringkasan rentetan yang perlu diutamakan apabila berdakwah:

Ilmu: Aqidah,
Ibadah, Akhlaq

Sasaran dan
tujuan da'wah FOKUS Pendakwah

Fiqh/kefahaman
da'wah

Di atas, empat perkara yang perlu difokuskan oleh penda’wah apabila berda’wah.

6
Seterusnya, memahami ruang lingkup (manusia) dan keperluan. Dibahagikan kepada 2
bahagian iaitu individu dan masyarakat serta dinyatakan keperluannya.

Hal di atas perlu difahami supaya penda’wah dapat menyampaikan sesuatu men

gikut keperluannya.

Selain itu, penda’wah perlu menyampaikan da’wah sesuai dengan tingkatan usia mad’u.
seperti berikut:

1Perkataan sifat telah ditukarkan kepada keperluan, perorangan bermaksud individu, mayoritas
bermaksud majoriti, minoritas bermaksud minoriti, heterogin bermaksud orang awam.

7
Apabila da’wah disampaikan, pastikan setiap apa yang disampaikan itu ada diterapkan
nilai-nilai berikut:

 Nilai yang mengajak manusia mentauhidkan Allah.


 Nilai yang mengajak manusia memahami Islam, meningkatkan dan meyakini
Iman serta membentuk Ihsan dalam diri individu.
 Nilai yang mengajak manusia berpegang dan mencontohi Sunnah.
 Nilai yang mengajak manusia bertaqwa kepada Allah SWT.

Proses yang dipilih untuk berda’wah wajib dipilih berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
dan tidak terlibat dengan hal yang syubhat. Sila pastikan perkara berikut diikuti:

 Prinsip yang digunakan patuh syari’ah.


 Metodologi yang dipakai patuh syari’ah dan bijaksana.
 Tujuan da’wah menuju kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Prinsip, metodologi dan tujuan di atas hanya boleh dicapai oleh seorang penda’wah yang
mempelajari ilmu dan memahami ilmu Islam dengan baik. Jika seorang penda’wah itu
tidak mampu memahaminya, maka hendaklah individu itu merujuk kepada ahlinya yang
bersifat adil.

Usaha da’wah boleh dimulakan dengan cara berikut:

8
 Penyampaian
 Pengajaran
 Pembentukan Peribadi
 Pembentukan Ummat
 Penyusunan Kekuatan
 Menuju Optimum

Penyampaian bermaksud menyampaikan sesuatu hal kebaikan itu dengan mengggunakan


lisan. Contohnya seperti membacakan Al-Quran dan Hadis kepada rakan, berkongsi
cerita yang baik.

Pengajaran bermaksud manusia mengajarkan kepada manusia lain tentang sebuah ilmu
yang bermanfaat, tidak ada unsur syirik dan penipuan.

Pembentukan peribadi bermaksud manusia itu mengamalkan apa yang sudah


disampaikan dan dipelajari. Contohnya memberi sedekah dan menunaikan solat sunat
witr sebelum tidur.

Pembentukan ummat bermaksud mengajak dan menyebar luaskan lagi kebaikan yang
disampaikan supaya dapat melahirkan masyarakat yang baik seterusnya manusia dapat
meneruskan kehidupan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.

Penyusunan kekuatan bermaksud melakukan penambahbaikkan dalam berda’wah,


membetulkan kesalahan, meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian bentuk da’wah.
Contohnya, menghasilkan produk, menyediakan perkhidmatan yang dapat memudahkan
manusia lain melakukan kerja dan meneruskan kehidupan dengan baik.

Menuju optimum bermaksud meningkatkan dan memperkukuhkan lagi usaha da’wah


supaya mampu menjadi budaya masyarakat dan seterusnya mencapai tujuan da’wah.
Contohnya, penglibatan dalam hal politik untuk melakukan Islah.

Seterusnya, isi da’wah yang meluas dapat membantu pergerakan da’wah menjadi lebih
luas dan terbuka. Selain itu, isi da’wah juga berperanan dalam membentuk jiwa dalaman
idividu. Penigisian seperti berikut:

9
 Allah adalah tujuan hidup kami.
 Rasulullah adalah tauladan kami.
 Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan kami.
 Jihad adalah cara hidup kami.
 Gugur di jalan Allah adalah cita-cita hidup kami.

10
3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR DALAM DAKWAH

Peranan bermaksud fungsi dan kegunaan yang ada pada sesuatu objek. Manakala
tanggungjawab pula adalah sesuatu perkara dan kerja yang wajib dilakukan.2 Umumnya,
setiap apa yang diciptakan oleh Tuhan itu tidak ada yang sia-sia. Semua ciptaanNya ada
manfaat dan peranannya masing-masing.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu.”

Az-Zariyat ayat 56

Justeru, manusia itu sendiri (termasuk pelajar) bertanggungjawab untuk melakukan setiap
apa yang Allah suruh dan meninggalkan larangan. Ganjaran yang baik akan diberikn
kepada mereka yang taat dan azab yang sangat pedih menanti mereka yang ingkar. Allah
menciptakan manusia semuanya mencintai hal kebaikan dan membenci kejahatan.
Kebaikan dan kejahatan itu boleh kita ketahui melalui Al-Quran dan Hadis Sahih. Itulah
panduan yang sebenar untuk manusia. Menariknya, perkara kebaikan sebenarnya lebih
banyak berbanding perkara kejahatan.

Antara kebaikannya adalah. berda’wah iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan seperti contoh memudahakan hal pernikahan kerana boleh
menutup pintu zina. Serta membantu manusia meyakini kekuasaan Allah dan menghayati
Islam dengan bahagia. Jika diperincikan satu persatu da’wah yang kita boleh lakukan
sangatlah banyak jumlahnya. Diantaranya, memberi salam, menyediakan makanan,
membahagiakan ibu bapa, menderma, menegur pemerintah dan berperang
mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Namun, terdapat perbezaan dalam melakuakn da’wah. Perbezaannya ialah:

2 Kamus pelajar edisi kedua.

11
 Orang Islam
 Bukan orang Islam

Perbezaan ini dapat dilihat dari aspek metod dan tahap ilmu. Contohnya, penda’wah
mesti mempelajari ilmu Perbandingan Agama apabila hendak berdakwah kepada
golongan kafir..

3.1 Golongan Pelajar Mempunyai Kekuatan

Mengapa golongan pelajar pula yang mempunyai kekuatan? Kerana majority


golongan pelajar adalah pemuda. Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan
dari sudut fizikal, mental, pemahaman budaya dan zaman serta kekuatan hubungan
sosial dengan masyarakat. Segala kekuatan tersebut sangat diperlukan dalam
berda’wah kerana pejuang yang lemah tidak mampu memberi kejayaan dalam
perjuangan. Cubalah kita bayangkan jika realiti sekarang pelajar dan pemuda Islam
bersifat lemah, kelak akan memberikan kesan yang teruk kepada agma bangsa dan
tanah air kerana pada masa yang akan datang pemerintahan akan diteruskan oleh
golongan pelajar dan pemuda masa kini.

Oleh itu, semua pelajar mesti mampu untuk membina kekuatan-kekuatan tersebut
sebaiknya kerana saingan dan cabaran da’wah akan menjadi semakin dasyat.
Kekuatan-kekuatan inilah yang akan digunakan nanti untuk menegakkan kebenaran
sama ada dengan cara berhujjah, menulis buku atau berperang.

3.2 Kembali Mengamalkan Gaya Hidup Islam

Realitinya, pelajar Islam sekarang masih belum berjaya mengamalkan gaya hidup
yang patuh syari’ah kerana gagal memahami kepelbagaian sifat dan latar belakang
manusia lain. Gaya hidup Islam perlu dilihat dgn lebih luas untuk mengelakkan
manusia itu berasa payah dan lari dari agama.

Bagaimanakah gaya hidup yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah?

12
Apabila membincangkan tentang gaya hidup, pembaca akan cuba untuk bermain teka
teki serta berharap supaya gaya hidup yang sedang dilalui sekarang ini adalah yang
paling islamik. Mudah-mudahan. Agama Islam sinonim dengan ungkapan Inggeris
“The Way of Life”, benarkah? Jika benar mengapa ada pelajar yang sanggup untuk
murtad? Fikirkan…

Gejala murtad ini berlaku disebabkan ketidakpuasan hati seorang Muslim itu dengan
undang-undangnya yg menyekat kebebasan dan menganggap Islam ini adalah agama
yang bersifat anti-sosial. Persepsi ini boleh wujud apabila penganut sebuah agama itu
sendiri malas untuk mempelajari dan memahami agama itu sendiri. Hal ini terjadi
disebabkan sumber rujukan-rujukan Islam itu sudah menjadi jauh dengan diri kita
sendiri dan realitinya budaya Islam itu sudah semakin hilang pada zaman kini.
Seorang penganut agama yang benar-benar ikhlas tidak akan membenarkan budaya
agamanya hilang begitu sahaja. Ingatlah saudaraku! Dengan izin-Nya, hanya orang
Islam sahaja yang akan memikirkan keadaan orang Islam yang lain dan hanya orang
Islam sahajalah yang akan menyebabkan agamanya itu dipandang baik oleh
masyarakat.

Budaya dan gaya hidup yang digariskan oleh Islam adalah model yang terbaik di
dunia. Buktinya, Islam menyuruh manusia bersikap adil, tidak menzalimi diri dan
orang lain serta Islam adalah agama yang memelihara semua hal yang ada di dunia
ini. Untuk membantu pelajar mengembalikan semual budaya dan gaya hidup Islam
yang sebenar, pelajar wajib untuk mempelajari dan memahami tujuan undang-
undang Islam itu di wujudkan. Tujuan-tujuan itu adalah:

 Menjaga akal.
 Menjaga agama.
 Menjaga harta.
 Menjaga keturunan.
 Menjaga nyawa.
 Menjaga maruah.

13
Jadi, jika disana nanti terdapat hal yang berkaitan dengan Islam tetapi hal itu tidak
ada langsung berkaitan dengan tujuan di atas, maka pelajar perlu untuk meragui hal
tersebut.

Budaya dan gaya hidup Islam pasti boleh dikembalikan di setiap institut pendidikan,
dengan cara pelajar Islam wajib mengikuti syari’at secara keseluruhan, kembali
mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkannya, menyebarkannya dan
seterusnya akan dapat membudayakannya. Pelajar boleh memulakannya dengan cara
menyebarkan berita gembira kepada kawan-kawan, memberi makan ketika lapar,
memudahkan setiap urusan yang baik, tolong-menolong dalam kebaikan, jangan
menghina orang lain, menagawal kemarahan, berani mengtakan kebenaran, dan lain-
lain.

Islam juga menggalakkan ummatnya melakukan riadah, mewajibkan ummatnya


membaca dan Islam juga menggalakkan ummatnya untuk menjadi manusia yang
aktif dan prihatin. Contohnya, Islam menyuruh kita bersedekah dan berbakti kepada
orang lain. Tangan yang menulis ini terasa sangat seronok apabila menulis hal
kebaikan, keseronokan ini akan dilipat gandakan lagi apabila kita melakukannya.
Jom! Kita lakukannya bersama.

Jika masih ada lagi pelajar Islam yang mencari keseronokan dengan mendengar lagu
jiwang dan ‘raggae’, penulis ingin mengajak kalian untuk mencari keseronokan
dengan cara melakukan hal kebaikan, membaca hal kebaikan, mendengar hal
kebaikan dan kurangkan mendengar, melihat dan membaca hal berkaitan hiburan.
Kayu ukur yang boleh digunakan untuk mengenal pasti budaya dan cara hidup
mengikut Islam adalah apabila kita melakukannya, kita akan rasa tenang dan suka
mendegar hal kebaikan.

14
3.3 Kembali meletakkan unsur tauhid kepada Allah SWT dalam silibus
pembelajaran

Penyelewangan dalam silibus pembelajaran dengan mengasingkan unsur


mentauhidkan diri indivudu kepada Allah SWT dan seolah-olah ingin menafikan
kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mentadbir alam ini.

Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan ilmiah


bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia mengecut
kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia menjadi
salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan air. Ini
adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan eksperimen.
Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;
Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi sifat dan
hakikat air itu. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah
mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan ketuhanannya
yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak- lopak dan di sungai-
sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat sedemikian
tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah dan akhirnya
lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu yang tiada
didiami oleh makhluk yang hidup.
Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua orang
dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang berlainan
juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang berbeza
dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat yang
berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah
mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar- pelajar.
Pentafsiran yang satu lagi membayangkan hakikat yang berlaku, tetapi dengan
tafsiran ini orang perseorangan tidak dapat membayangkan konsep ketuhanan.
Lebih jauh dari itu tafsiran ini juga membayangkan satu pendapat yang berbunyi:
Sesungguhnya segala yang berlaku diatas dunia ini adalah berlaku dengan

15
sendirinya tanpa campurtangan dari hikmat pencipta yang maha bijak dan
ketuhanan Tuhan yang maha berkuasa.
Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara
mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama- ulama
kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam.
Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan
keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian-
bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak,
maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat-
hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar-
benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman
dengan Allah selain daripada melalui hakikat-hakikat ilmu pengetahuan.
Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh
al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan
hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini
menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada
pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari
wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek-ngejekkan
tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.
Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini
dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang-
orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian
tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan
yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan
mengakui adanya Tuhan.
Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita
segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan
struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku-
buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra-
sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama
dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.

16
3.4 Peranan pelajar dalam menjalankan dakwah pada masa kini.

peranan utama pelajar-pelajar yang tidak dinafikan penglibatannya dalam dakwah Islam
kini iaitu pembersihan akidah atau penerapan Tauhid yang sebenar. Mereka mesti
berusaha menghapuskan segala macam gerakan penentangan kepada Tuhan.

Peranan kedua : bagi pelajar ialah persiapan akhlak dan nilai-nilai Islam kerana akidah
yang benar akan mencerminkan akhlak yang mulia dan luhur. Orang Islam tidak akan
melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan
memberontak kepada Allah dan RasulNya serta perasaan yang tidak memperhitungkan
lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Begitulah penjelasan Al
Maududi pada peringkat kedua peranan pelajar dan akibat dari tidak adanya akidah dan
akhlak yang mulia.

Ketiga : pelajar-pelajar haruslah memahami serangan tamadun-tamadun barat dan insan


lain yang bertentangan dengan Islam dan fitrah insan itu sendiri dihapuskan. Kita
hendaklah menyedari sejarah ummat kita terdahulu yang hanyut dalam arus tamadun
yang merosakkan itu. Ianya merosakkan akidah dan prinsip-prinsip Iman. Akhirnya
melahirkan manusia yang mengingkari hukum Allah dan perintah RasulNya.

Masalah tamadun merupakan masalah yang amat besar. Ummat Islam telah begitu sebati
dengan fahaman-fahaman yang disebut moden dan maju. Dari segi cara berfikir
hinggalah kepada cara hidup. Sesuatu yang bukan diistilahkan sebagai moden, bukan
datang dari kemajuan orang-orang barat atau ciptaan orang barat, tidak ' up to date ' tidak
akan diterima dan ditolak sama sekali. Kenyataan-kenyataan seperti ini timbul apabila
adanya usaha-usaha mengajak mereka kembali kepada peradaban timur / sendiri dan cara
hidup Islam.

Muhammad Iqbal dalam menghuraikan pengaruh peradaban barat ' Sebagai semboyan
yang menyerang perikemanusiaan dan membunuh setiap keperibadian, sedang usaha-
usahanya yang tidak henti-henti ialah berdagang '. Iqbal menyatakan lagi bahawa

17
manusia moden telah menjadi rabun disebabkan kegiatannya dalam berfikir, tiada
mengharapkkan rohnya kepada kehidupan kerohanian yang sempurna, yakin terhadap
kehidupan kejiwaan yang meresap dalam lubuk hati.

Kesimpulannya, Iqbal telah menyarankan dalam ucapannya sebagai pemimpin dari Liga
Partai-Partai Islam di Delhi tahun 1939 yang ditujukan kepada kaum Muslimin :

" Agama yang panji-panjinya tuan-tuan pikul ini mengakui harga diri peribadi dan
melatihnya hingga rela memberikan apa juga yang dimilikinya fi sabilillah dan untuk
kepentingan hamba-hambanya "

Tiga peranan yang telah dijelaskan tadi merupakan penyatuan kesimpulan kepada
masalah pendidikan. Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam menentukan usaha-
usaha penerapan akidah, kemuliaan akhlak dan keluhuran peradaban Islam yang
sebenarnya. Allah telah menganugerahkan insan dan memuliakannya dengan akal serta
kemampuan untuk berilmu. Ilmu dijadikan sebagai pensyaratan atau sebab manusia itu
diangkat menjadi khalifah dimuka bumi.

3.5 Dasar-dasar pendidikan yang sewajarnya.


Pendidikan untuk semua anak-anak samada lelaki atau perempuan dalam usia
persekolahan - haruslah diwajibkan. Ini kerana " Menuntut ilmu adalah wajib bagi
setiap kaum Muslimin dan Muslimat " - hadith. " Malah ayat Al-Quran yang pertama
turun yang membawa maksud : " Bacalah dengan nama Tuhanmu".

Menyusun suatu perencanaan yang kemas dan terperinci untuk menghapuskan buta huruf
yang merata dikalangan ummat.

Mempelbagaikan bidang pendidikan hingga merangkumi berbagai cabang yang bersifat


ke agamaan atau keduniaan.

Seterusnya tiga belas saranan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qarwadi dalam penyelesaian
mengenai pendidikan.

18
Disinilah letaknya peranan guru-guru dalam usaha mendidik anak-anak kerana tujuan
pendidikan mengikut kata sepakat ahli-ahli pendidikan Islam adalah pendidikan dan
pengajaran bukanlah memenuhi otak anak iaitu dididik dengan segala macam ilmu yang
belum mereka ketahui tetapi mendidik akhlak dan jiwa mereka dengan kesopanan yang
tinggi dan mempersiapkan untuk sesuatu kehidupan yang suci seluruhnya dengan ikhlas
dan jujur.

Al Maududi dalam melanjutkan saranannya terhadap peranan pelajar ialah


menghapuskan guru-guru yang dicurigai merbahayakan kepada Islam. Maksud beliau
bahawa terdapat guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam yang
menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai tamadun, kemajuan, dasar politik dan
ekonomi. Apa yang lebih daripada itu ialah pelajar-pelajar dilalaikan pemikiran mereka
dengan galakan kepada penceburan dalam aktiviti-aktiviti sukarela.

Aktiviti-aktiviti seperti kelab drama, tarian, muzik, pertunjukkan pentas, majlis keraian
atau jamuan yang kesemuanya menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dengan
perempuan. Islam tidak menggalakkan percampuran bebas kerana dikhuatiri
mendatangkan fitnah dan zina.

" Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan
yang amat jahat "

Surah Al-Israk: Ayat 32}

Malahan manusia berkeinginan antara lelaki dan wanita tetapi ditakuti nanti mencetuskan
kerosakan ummat yang tidak dapat diubati lagi.

" Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat ( keinginan nafsu ) seperti


perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas,
perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman.
Demikian itulah kesukaan hidup didunia dan disisi Allah tempat yang sebaik-
baiknya (Syurga) "

{Surah Ali Imran: Ayat 14}

19
3.7 Sifat –sifat dan ciri-ciri kepimpinan dalam organisasi islam.

Apabila pelajar-pelajar telah memahami peranannya kepada masalah yang berlaku


terhadap Agama, Islam dan masyarakatnya, dengan sendirinya pelajar-pelajar itu akan
melibatkan diri mereka dalamorganisasi Islam iaitu suatu organisasi yang bergerak
melancarkan revolusi menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Suatu
organisasi yang bergerak dan berusaha meluntur dan meruntuhkan segala macam perkara
yang menyeleweng dari konsep akidah, menyesat dari program yang diatur oleh program
Islam yang benar dan mampu menyelesai dan memenuhi kehendak fitrah insan bersama
alam sekitarnya.

Organisasi pelajar hendaklah berusaha ke arah menghapuskan kebatilan dan menegakkan


yang hak. Organisasi ini merupakan organisasi yang bersifat ketahanan kerana persoalan
ketahanan adalah yang bersifat 'global' dan ianya persoalan yang paling mendesak yang
harus segera digarap dengan penuh rasa tanggung jawab.

Organisasi Islam adalah organisasi atau gerakan yang mendokong cita-cita Islam.
Angkatan yang dipilih khusus untuk memikul tugas jihad, ummat Islam harus sentiasa
dalam keadaan siap sedia dengan segala keperluan yang maksima - rohani dan jasmani.

Pelajar-pelajar hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad. Semoga


organisasi yang dipimpin akan berjaya membawa masyarakat pelajar dan umum kepada
beriman kepada Allah. Susunan organisasi hendaklah teratur dan padu antara individu
pimpinan organisasi itu. Allah berfirman yang membawa maksud :

" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjihad di jalanNya dalam


keadaan barisan yang teratur atau tersusun seumpama bangunan yang tersusun
kukuh "

{Surah As Shaf: Ayat 4}

Sifat-sifat organisasi Islam itu tentunya berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah.
Malahan bukan sahaja kepada gerakan atau organisasi sahaja tetapi kepada individu

20
dalam organisasi juga diserapkan atau panduannya Al Quran dan As Sunnah. Dalam
gerakan pelajar, ianya mestilah bersifat yang telah dijelaskan tadi. Cuma dalam cara dan
metodnya agak berbeda dengan gerakan-gerakan Islam yang lain.

Gerakan pelajar Islam ini meneliti dan memahami keadaan-keadaan di bawah yang
memberi pengertian mengenai gerakan atau harakah Islam :

1. Fikrah - fahaman-fahaman yang ada dalam masyarakat Islam baik dari segi
duniawi atau ukhrawi.
2. Tujuan - menjayakan cita-cita Islam dari segi pengalaman sifat-sifat individu,
masyarakat dan negara yang kesemuanya berjalan atas aturan-aturan hukum
Illahi.
3. Wadah - menyampaikan wadah Islam yang sempurna dan lengkap mencangkupi
segala bidang rohani dan jasmani insan.
4. Tenaga Kerja - menyediakan tenaga-tenaga kerja yang menjadikan perjuangan
Islam ini sebagai suatu yang mesti kepadanya sehingga mati dalam menegakkan
Agama Allah iaitu mati syahid.
5. Uslub - mengatur kaedah-kaedah bagaimana hendak menyampaikan dan
menerapkan nilai-nilai Islam kepada manusia.
6. Wasilah - menentukan cara-cara dalam bertindak menyampaikan wadah Islam
dan persiapan kepada individu serta organisasi itu.
7. Bidang Operasi - menentukan tempat, masa, pendengar, kedudukan kawasan -
kampung atau bandar, kehidupan dan cara hidup masyarakat untuk
menyampaikan dakwah Islam.

Ianya akan kembali kepada persoalan peribadi manusia atau penerima dakwah iaitu :

i. Akal
ii. Perasaan
iii. Amalan-amalan

21
Kesemuanya bertujuan untuk mengisi hati dan akal manusia dengan kehalusan jiwa dan
peribadi. Agar setiap individu itu akan melaksanakan :

i. Taubat - apabila merasai atau melakukan dosa atau kesalahan.


ii. Zikir - sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dengan penuh rasa
tawaduk. Semoga hati dan jiwanya tenteram dan tergolong dalam hamba-hamba
yang soleh.
iii. Perkara Amaliah - memakan makanan yang halal dan melakukan perbuatan
yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.
iv. Berilmu - bertujuan membimbing dan mengetahui rahsia-rahsia penciptaan Allah
di atas muka bumi serta menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Kita tidak mahu masyarakat manusia Muslim atau golongan pelajar Islam tergolong ke
dalam golongan yang dimurkai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam api neraka kerana
tidak mensyukuri nikmat Allah seperti firman Allah yang bermaksud :

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk ( isi neraka Jahannam ) kebanyakkan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk
memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata ( tetapi ) tidak
dipergunakan untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai. "

{Surah Al Araaf: Ayat 179}

22
3.4 Pelajar menggunakan media massa sebagai alat dakwah.

Dakwan merupakan ajakan atau seruan kearah kebaikan. Dalam melaksanakan


tuntuan dakwah , pendakwah harus menguunakan segala metod yang ada mengikut
kesesuaian zaman. Pada zaman modenisasi pada masa kini,media massa merupakan
salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia. Menggunakan media
massa sebagai salah satu metod dakwah adalah relevan pada masa kini. Ini kerana,
manusia pada masa kini dapat berhubung atau berkongsi maklumat dengan hanya
menggunakan media massa walaupun dalan jarak yang sangat jauh.

Pengaruh media massa kepada pelajar pada masa kini adalah sangat besar dan
umpama makanan harian bagi mereka. Dengan adanya telefon pintar, mereka dengan
mudahnya mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja dan
dimana sahaja. Dakwah menggunakan media massa sedikit sebanyak akan
mempengaruhi pelajar. Ia lebih mudah untuk digunakan oleh para pelajar dalam
berdakwah kerana media massa denga pelajar amat sinonim pada masa kini.

Penggunaan media seperti internet yang meluas melalui laman


blog,Facebook,Twitter,Skype, Instagram dan lain-lain disamping media massa yang
sedia ada seperti akhbar, radio dan televisyen meluakan lagi penyebaran maklumat
dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Justeru itu, media massa memainkan
peranan dan tanggungjawab yang amat berat dalam menyampaikan maklumat yang
benar,tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, dakwah
menggunakan media massa ini juga haruslah diteliti asal usul dakwah yang ingin
disampaikan itu kerana pada masa kini terlalu banyak dakwah yang terpesong dari
ajaran Islam yang sebenar.

Terdapat beberapa syarat yang harus pendakwah turuti jika berdakwah menggunakan
media massa yang selari dengan syariat Islam iaitu :

1.Membetulkan niat dalam melakukan dakwah menggunakan media semata-mata


kerana Allah. Dalam melaksanakan tuntutan dalam dakwah, setiap perkara yang
dilakukan hedaklah semata-mata kerana Allah. Niat yang betul akan mendatangkan
hasil dan memberi kesan yang baik kepada golongan sasaran.

23
2.Perkara yang disampaikan mestilah yang dibenarkan oleh syarak. Perkara yang ingin
disampai oleh pihak yang menggunakan metod media sebagai saluran dakwahharuslah
teapt dan tidak cenderung kepada sesetengah pendapat sahaja. Ianya haruslah bersifat
menyeluruh dan tidak lari dari ajaran Islam.

3.Tidak meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras keimanan seseorang


sepanjang proses penyediaan media berkenaan. Dalam menjalankan aktiviti dakwah, para
pendakwah diingatkan supaya tidak sesekali meninggalkan perkara asas yang menjadi
tungguk keimanan umat islam.

Dakwah dalam konteks masa kini haruslah lebih praktikal. Para pendakwah haruslah
menggunakan kesemua cara yag lebih efektif dan rapat dengan masyarakat. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan haruslah
dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin.

24
4. Peranan pelajar wanita dalam dakwah

Dalam surah al-imran,terdapat hukum dan persoalan amal dakwah ke jalan Allah s.w.t ta’ala
secara khusus dan kewajipan berdakwah di atas pundak setiap muslim yang mengaku beriman
kepadaNya. Di samping itu, pendekatan Rasulullah s.a.w secara khusus dalam berdakwah yang
diutarakan dalam surah ini sewaktu baginda menangani masalah yang timbul pada ketika itu
harus dikaji dan dipersembahkan serta dijadikan amalan kepada umum agar usaha dakwah umat
islam terutamanya dari kalangan wanita muslimah semakin bertambah baik dan berkesan.

4.1 Persoalan

4.1.1. Apakah peranan wanita atau pelajar perempuan dalam dakwah ?

Peranan perempuan dalam dakwah sangat penting,kita boleh ingat pada zaman Rasulullah
dahulu, isteri baginda iaitu saidatina Khadijah binti khuwalid menjadi tulang belakang iaitu
memberi semangat dan dorongan dalam Rasulullah berdakwah serta pemangkin semangat
kepada Rasulullah walaupun Raulullah dicaci dan di hina ketika baginda berdakwah .”
sesungguhnya gadis itu adalah pendamping peria “ HR AHMAD BIN ABU DAUD

Banyak tokoh-tokoh menjadi penting dan terkenal lantaran ditopang oleh peranana wanita.
Maka, atas perananya yang demikian, wanita sering disebut sebagai tokoh penting di belakang
layar.Peranan wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah amat signifikan. Sebagian besar mereka
yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama istri-istri mereka. Bahkan sejarah Islam mencatat
bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu
Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga
seorang wanita, yaitu Sumayyah.

4.2 Objektif

1. Untuk memahami peranan yang perlu dimainkan oleh pendakwah perempuan dalam dakwah.

2. untuk menjelaskan pendekatan berdakwah yang dianjurkan dalam surah al-imran.

25
4.3 Kepentingan

1. Membantu perempuan dalam mempelajari dan mengenalpasti peranan mereka dalam dakwah
sebagaimana yang disarankan didalam al-quran.

2. mempekenalkan pendekatan dakwah yang dianjurkan dalm al-Quran.

3. Mengaplikasikan pendekatan berdakwah sebagaiman yang dianjurkan dalam surah al-Imran


sebagai satu pendekatan yang boleh digunapakai dan membuat sebarang pengubahsuaian yang
bersesuaian.

4. Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa kewajipan berdakwah itu tidak terbatas
kepada golongan tertentu sahaja.

5. Menyumbang kearah kegiatan dakwah kepada golongan wanita dengan lebih efektif dan lebih
komidted lagi.

4.4 Dakwah wanita dalam al-quran

Dalam al-quran banyak disebut wanita , peranan mereka dalam masyarakat dan agama amat
besar sehinggakan ada kalangan sahabiah menjadi guru kepada tabi’in.Bermula dari institui
keluarga sehinggalah kepada masyarakat amnya.wanita telah menunjukan bahwa kehadiran
mereka amat diperlukan. Dan setiap manusia yang bernama lelaki sangat-sangtalah memerlu
wanita dalam kehidupan.

4.5 Peranan yang lain

4.5.1. Sebagai pembantu kaum lelaki.

Tugas dan peranan utama wanita dalam dakwah islam ialah menjadi pembantu atau penolong
kaum lelaki sahaja dalam semua aspek . peranana wanita adalah amat penting kerana mereka
adalah sebahgian daripada umat dan suara mereka diperlukan dalam memastikan misi dakwah
tercapai.seorang wanita tugasnya adalah sama pentingnya dengan kaum lelaki,diibaratkan
sebagai satu unsur yangpenting dalam satu-satu Jemaah atau gerakan.

26
4.5.2. Sebagai pembantu pentadbir rumahtangga suaminya

Tugas berdakwah tidak meliputi semua apek tidak hanya terhad kepada perkataan baik berupa
nasihat ,malah merangkumi semua aspek dalam kehidupan seorang insan . dalam hal ini,seorang
wanita hendaklah menjalankan perananya dengan berkesan dalam menyeru kearah kebaikan
yang berupa semua perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepada ahli rumahnya dalam
perkara dan keduniaan.

4.5.3. Sebagai seorang isteri

Seorang wanita itu dicipta sebagai sakinah yang beerti memberi ketenangan dan kentetraman
.bagi kaum lelaki,setiap hari mereka berhadapan dengan pancaroba kehidupan diluar apabila
mencari nafkah .Dirumah dia memerlukan kasih sayang ,sambutan senyum ceria dan kelembutan
tegur sapa daripada isteri untuk memulihkan kesegeran jiwa dan rohani.

27
5. Kesimpulan
Dalam usaha untuk menyampaikan dan menjalankan kerja dakwah ini memerlukan
semangat, kerjasama, ilmu, kreativiti dan akal yang cerdas dan waras. Sebahagian
pendakwah mengalami masalah dari aspek semangat untuk istiqomah menyampaikan
dakwah. Hadis Nabi Muhammad SAW,

Abdullah Ibn Amr r.a meriwayatkan dari Nabi s.a.w:-


“Bagi semua amalan itu ada masa kesungguhannya…”
Dalam hidup ini, ada masa kita amat suka lakukan kerja dengan rajin dan bersungguh-
sungguh.
“Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya…”
Emosi atau semangat manusia akan ada turun naiknya. Macam mana kita bersemangat
tinggi pun, rasa lemah tetap akan hadir.
“Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk..”
Dalam keadaan lemah, dia masih terikat dengan amalan yang baik. Dia kembali kepada
ajaran Nabi dan pengharapan kepada Tuhan. Dia tak rasa putus asa.
“Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari
itu), maka dia rosak”

Baginda SAW mengingatkan kepada semua manusia apabila berasa lemah, maka
kembalilah kepada Sunnah dan barangsiapa yang tidak kembali, maka dirinya rosak.
Yakinlah dengan pertolongan kuasa Allah SWT apabila melakukan kerja dakwah. Setiap
perkara kebaikan yang dilakukan pasti hasilnya juga akan baik. Bersabarlah kerana Allah
SWT akan bersma dengan orang yang sabar dan Allah SWT menjanjikan berita yang
gembira kepada mereka yang sabar.
Wallahu’alam

28
6. Rujukan
 Dakwah Islamiyyah, Nor Aida Hartini bt Nan.
 Peranan Wanita dalam Dakwah mengikut perspektif Al-Quran: Kajian Surah Ali
Imran, Nor Hanani bt Mohd Noor.
 Peranan Pelajar, Abu ‘Ala al Maududi.
 Tanggungjawab Puemuda, Abu ‘Ala al Maududi.
 Fiqh Dakwah, M. Anas Adnan.

29

Anda mungkin juga menyukai