Anda di halaman 1dari 98

Tutup


AYAM • DAGING • IKAN • MAKANAN LAUT



20 Resipi Mudah & Cepat Masak Guna
Pemanggang Ajaib
Nur  June 23, 2019  12500 views 3  Add to favorites

Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih
lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus
atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak
menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar
malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan
yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.


1. AYAM PANGGANG MADU 

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
2cm lengkuas | dikisar
1cm halia | dikisar
12 biji bawang merah | dikisar
2 sudu makan asam jawa
Sedikit gula melaka
4 sudu makan madu
1 sudu makan garam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada
hitam dan garam. Gaul rata.
2. Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam
selama dua jam.
3. Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun
ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20
minit.
4. Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.

Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah
antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.

2. AYAM PERCIK MERAH


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | dipotong empat

BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah


1 batang serai
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
2cm halia

BAHAN KUAH PERCIK:

3 cawan santan pekat


1 batang serai
2cm halia
5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama lebih
kurang satu jam setengah. Lagi lama diperap, lagi terasa keenakan perapannya.

2. Untuk menghasilkan kuah percik, kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah
hingga halus.
3. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
4. Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga
kuah menjadi pekat.
5. Panggang ayam di dalam pemanggang hingga hampir masak. Kemudian celup
ayam di dalam kuah percik dan panggang lagisehingga garing dan masak
sepenuhnya.
6. Setelah ayam masak, celupkan sekali lagi ke dalam kuah percik dan sedia untuk
dihidangkan.


3. AYAM PANGGANG HALIA 

BAHAN UTAMA:
4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula melaka
1 sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

10cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam
1cm kunyit hidup
3 biji cili merah

BAHAN KUAH:

1 ulas bawang merah | dihiris halus


1 ulas  bawang putih | dihiris halus
1cm halia | dipotong julliene
1 biji cili merah | dipotong serong
2 sudu makan madu
125ml air asam jawa

CARA MEMASAK: 
1. Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih
sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
4. Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan
bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
5. Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar
menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak.
Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.

Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama
tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.


4. SIAKAP BAKAR PETAI 

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah


1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.


2.  Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak.  Perasakan
dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.

3. Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang
dimasak tadi dan ratakan.
4. Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan
secukupnya.
5. Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit
atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
6. Angkat dan nikmati bersama nasi putih.

Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1
sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.


5. KETUKA BAKAR BERSAMBAL 

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan ketuka
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5cm kunyit
25 biji cili kering
4cm halia
2 helai daun kunyit | diracik halus
Sedikit udang kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah
minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sebati
dan padamkan api. Bahagikan sos kepada dua bahagian.
3. Untuk menyediakannya, alas aluminium foil dengan daun pisang dan letakkan
sebahagian sambal diikuti ikan ketuka diatasnya.
4. Kemudian letakkan lebihan sambal. Ratakan.
5. Kemaskan aluminium foil dan bakar dalam pemanggang dengan api perlahan
sehingga masak.

Info chef: Jika guna ikan pari, potong isi ikan dengan nipis agar mudah masak.
Untuk rasa lebih enak, perah jus limau kasturi sebelum dinikmati.
6. KUIH BAKAR JAGUNG 
BAHAN-BAHAN:

200gm tepung jagung


170gm gula pasir
200ml santan pekat
25gm tepung kastard
350ml air
2 sudu makan mentega
4 biji telur
1 tin jagung manis
Sedikit bijan
Pewarna kuning secukupnya

CARA MEMASAK:

1.  Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam
pengisar.
2. Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
3. Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
4. Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di
permukaan adunan dengan secukupnya.
5. Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna
keemasan. Guna api kecil sahaja.
6. Sedia untuk dinikmati.
7. Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di
atas api sehingga mentega cair.
8. Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
9. Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau
sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.

Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak,
pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.


7. KUIH BAKAR DAGING 

BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
720ml santan cair
720ml air
5 biji telur
350gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang besar  | dimayang
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan
rempah kari dan goreng sampai naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit
garam dan gula. Sejukkan.
3. Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air.
Kacau rata.
4. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan 

tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
5. Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
6. Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah
disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan
cili. Tutup pemanggang.
7. Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk
dinikmati.
8. Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan
masak diatas dapur seketika.
9. Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah
dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas
sahaja.


8. PAIS DAGING 

BAHAN-BAHAN A:
30gm daging | cincang kasar
3 sudu air asam jawa
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit |dihiris
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang secukupnya

BAHAN B (KISAR KERING):

5 tangkai cili kering |kisar kering


1cm halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.


2. Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
3. Bungkus di dalam daun pisang.
4. Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
5. Keluarkan dan sedia dihidangkan. 
9. SIAKAP STIM CENDAWAN 

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
100gm cendawan tiram |carik kasar
100gm lada benggala |potong
40gm bawang besar |belah enam
5 ulas bawang putih |belah dua
2 inci halia  |hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa

BAHAN SOS:

100ml kicap cair


10gm cili padi |hiris halus
5gm air perahan limau kasturi

CARA MEMASAK:

1. Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas


ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
2. Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran
satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
3. Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
4. Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas
ikan ketika menghidang. 
10. PAIS TELUR MASIN 

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti mangkuk.


2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecah dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin
tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus
telur tersebut.
6. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dialas dengan aluminium foil,
tuang sedikit air dan kukus kira-kira 5 minit atau hingga air kering.
7. Kemudian teruskan membakar (tanpa air dalam pemanggang) sekitar 5 minit lagi.
8. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Info chef:  Hidangan ini tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia 
masin.

11. AYAM BAKAR BERKUAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | belah empat


2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos soya pekat
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
8 biji bawang merah | kisar
5 biji bawang putih | kisar
2 biji buah keras | kisar
1 batang serai | kisar
2cm halia | kisar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam
pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. 
Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di
dalamnya tidak masak.
2. Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali,
tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
3. Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua
bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula
mengikut cita rasa.
4. Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang.  Tuang
kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.


12. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR

BAHAN-BAHAN:

2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang


½ biji kelapa parut | ambil putihnya
4 biji cili merah | tumbuk
6 biji bawang merah | tumbuk
4 biji bawang putih | tumbuk

1 batang serai | mayang halus
1 sudu teh air asam jawa
Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
Daun pandan secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.


2. Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut
dan serai. Gaul rata.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
5. Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika
perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.  


13. DAGING BAKAR AIR ASAM 

BAHAN-BAHAN:
400gm daging
Garam dan lada sulah secukupnya

Bahan-bahan B (air asam):

300ml air asam


6 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm belacan bakar
1 biji tomato | cincang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam
atau lebih.
2. Bakar daging di dalam pemanggang hingga masak dan hiris nipis-nipis. Ketepikan.
3. Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.
4. Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, kerisik, air asam, garam
dan gula secukupnya.  Kacau sebati.
5. Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.


14. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA

BAHAN-BAHAN:

1 –2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung


½ biji kelapa parut – sangai
Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
Garam dan serbuk kunyit secukupnya

BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):

250ml air asam jawa


1 biji tomato | cincang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1 biji cili merah | mayang halus
3 biji cili padi  | hiris nipis
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan
kemaskan balutan. Bakar di atas pemanggang ajaib hingga masak. Setelah masak,
angkat dan ketepikan. 
3. Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan
rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.

Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.


15.  IKAN LIKING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung | belah belakang


8 biji bawang merah | mayang halus
4 biji bawang putih | mayang halus
2 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam
mangkuk.  Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).

2. Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian
belakang.
3. Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia
dihidangkan.

Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar.
Ia akan menjadi lebih sedap.

16. KAMBING BAKAR LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

4-5 keping kambing (bahagian rusuk/bahu)


1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh madu
Daun rosemary segar | cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Lumur kambing dengan semua bahan dan perap selama sejam atau semalaman.
2. Panaskan pemanggang dan bakar kambing hingga masak.
3. Hidangkan bersama sos pilihan

Info chef: Boleh juga dihidangkan dengan perahan lemon.


17. SOTONG BAKAR PAPRIKA 

BAHAN-BAHAN:
6-8 ekor sotong saiz besar
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz
sederhana, tidak perlu kelar.
2. Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan
lada sulah secukup rasa.
3. Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
4. Angkat dan sedia dihidangkan

Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.


18. TAUHU BAKAR BERSOS CILI 

BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu | potong dua
2 biji cili merah | tumbuk lumat
3 biji bawang putih | tumbuk lumat
3cm halia muda | tumbuk lumat
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos tomato
Daun bawang secukupnya – dicincang
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Tauhu dilumur sedikit garam dan bakar di dalam pemanggang hingga masak.
Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk
hingga wangi.
3. Tuang sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Didihkan.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang campuran sos ke atas tauhu bakar dan tabur cincangan daun bawang.
6. Sedia dihidangkan.


19.  TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH 

BAHAN-BAHAN A:
3 biji terung panjang | belah dua
6 biji kacang bendi
Garam dan lada sulah secukupnya

BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):

1 sudu makan sos cili Thai


1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan air asam jawa
5 biji bawang putih | cincang halus
1biji bawang besar  | dadu kecil
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar di dalam
pemanggang ajaib hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik
bau.
3. Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam.  Didihkan hingga
pekat.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan 
hidangkan.
20. UDANG PERISA TOMYAM BAKAR 

BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz sederhana  | bersih dan buang kulit
2 helai daun limau purut | mayang halus
2 batang serai |  hiris halus
1 biji bawang besar | mayang halus
2 biji cili merah | cincang halus
3 biji bawang putih | cincang halus
2 sudu makan pes tomyam
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang/aluminium foil secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan pes tomyam, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut,
garam dan gula secukupnya di dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Masukkan udang dan gaul rata.
3. Senduk campuran udang ke dalam daun pisang/aluminium foil dan balut kemas.
4. Bakar dalam pemanggang hingga udang masak.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef:  Jangan bakar sehingga udang terlalu lembik.

 

 Related posts

IKAN • RESIPI PILIHAN

Resipi Siakap Masak Pedas, Lauk Untuk


Bangkit Selera
SITI MARIAM  SEPTEMBER 20, 2019

IKAN

Cara-Cara Masak Serunding Untuk Ibu


Berpantang.
NUR  SEPTEMBER 20, 2019


DAGING • RESIPI PILIHAN

3 Menu Daging Kambing Yang Sedap &


Bebas Bau.
NORASIDA MYASIN  SEPTEMBER 20, 2019

DAGING • NASI • RESIPI PILIHAN • SAYUR

Teringin Makan Nasi Briani, Ini Resipinya


Siap Lauk & Sayur Sekali.
NORASIDA MYASIN  SEPTEMBER 20, 2019

AYAM • IKAN • KERABU • MAKANAN LAUT •

RESIPI PILIHAN • TELUR

Meriahkan Hujung Minggu Dengan


Menu Bajet Yang Murah & Sedap.
NORASIDA MYASIN  SEPTEMBER 20, 2019


IKAN • RESIPI PILIHAN

Berbaloi Masak 3 Menu Ikan Autentik Ini


Uols, Sedap & Tak Menyesal Mencuba.
NORASIDA MYASIN  SEPTEMBER 19, 2019











































ARTIKEL POPULAR

Last week Last month All time

Wow! Sedapnya Sambal Sotong Tumis


Berempah
September 17, 2019 
Biskut Guna 4 Bahan, Mudah Dan Sedap
September 19, 2019

Resipi Biskut Guna 4 Bahan, Mudah Dan


Sedap
September 20, 2019 
Rendang Daging Rempah Hitam Memukau
Rasa
September 19, 2019

Cucur Udang Rangup Makan Tak Henti


September 15, 2019

Bingka Durian Lemak Manis Lembut Rasa
September 16, 2019


 

VERSI CETAK | VERSI DIGITAL

Dapatkan Resipi Enak Rasa Terus Ke Email Anda .

Nam

Emai

Su scrib
Anda telah memahami dan bersetuju dengan Polisi Data Peribadi Karangkraf.

FOLLOW KAMI
   

Editorial Rasa
No. Pejabat: 03-51013889
Sambungan: 3844

KORPORAT •   POLISI DATA PERIBADI  •  PENAFIAN   •   LANGGANAN   •   PENGIKLANAN   •   KERJAYA   •    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

Anda mungkin juga menyukai