Anda di halaman 1dari 1

KAWAL EMOSI KETIKA KERJA

UMPAMA menyiam air di daun keladi. Begitulah


ibaratnya masayarakat kita sekarang. Kempen yang
dijalankan bersungguh-sungguh masih tidak menjadi. Tak
ubah macam anak kecil nak belajar berdiri. Hampir
berjuta ringgit kerajaan belanjakan semata-mata untuk
menegakkan sesuatu asas bagi kita, namun hasilnya tidak
berubah. Takkan sampai nak kena buka satu kelas
bimbingan hanya sekadar mengajar mengenai inti pati
khazanah bangsa turun temurun serta cara melaksanakannya.
Sia-sia jika belajar tinggi sampai ke puncak menara gading, menutut jauh beribu batu
tapi budi pekerti, kesopanan, dan kesusilaan yang menjadi rukun kepada negara langsung
sejengkal pun tiada dalam diri. Kalau pembaca masih ingat, saya pernah mengutarakan topik
mengenai budi bahasa di kalangan masyarakat kita dan izinkan sekali lagi saya mengisi
ruangan ini dengan topik sama tetapi dengan edisi terkini.
Saya sedih dan terkilan kerana masih ada segelintir masyarakat bangsa kita yang
keciciran. Di kala dunia rancak melonjak jauh mencapai alaf yang semakin hari semakin
unggul, sikap segelintir kita masih tidak berubah, seperti manusia pada zaman batu. Kita akan
kerugian besar jika khazanah yang dianggap harta paling berharga lenyap begitu saja tanpa
usaha pembendungan serta amalan di dalam diri. Disebabkan sibuk menjaga status, perkara
asas disisihkan dan dianggap remeh. Saya benar-benar kesal dengan segelintir sikap
masyarakat yang tidak ambil peduli masalah berhubung kait budi Bahasa. Kenapa ia terjadi?
Saya ingin mengambil satu contoh tetapi sebelum itu saya meminta maaf jika
menyinggung perasaan pihak tertentu. Saya dapati masalah ini sering timbul pada segelintir
kakitangan kerajaan dan pasukan seragam. Kenyataan ini hasil kajian saya serta aduan orang
awam yang sering tersiar di dalam akhbar. Aduan yang boleh dikategorikan popular adalah
berkaitan sikap biadap dan layanan kurang memuaskan jururawat terhadap pesakit. Boleh
dikatakan setiap minggu masalah sama dibangkitkan. Persoalannya, sejauh mana mereka
terhadap tanggungjawab yang diamanahkan?
Sikap ini sukar dihakis jika individu itu hanya melakukan tugasan atas dasar ‘hujung
bulan dapat gaji’ dan gagal menghayati erti sebenar tanggungjawab. Keadaan ini juga boleh
dikaitkan dengan emosi. Manusia tidak dapat lari daripada kesulitan tetapi dalam situasi
bekerja, kita harus professional. Jangan campur adukkan masalah peribadi dengan tugas.
Jangan biarkan emosi menguasai fikiran. Emosi yang tidak stabil mengakibatkan fikiran

Anda mungkin juga menyukai