Anda di halaman 1dari 32

PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

TOPIK 2 PERANAN AKIDAH DAN


KESANNYA
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Pelajar dapat menjelaskan peranan aqidah dan kesannya dari sudut asas aqidah
Islamiyah, syahadah dan rukun Iman
2. Menjelaskan tentang perkara-perkara yang merosakkan aqidah dan langkah
pencegahan serta pengukuhannya
3. Menghuraikan konsep Rabbani, Nubuwwah, Kehidupan dan Kematian
4. Mengaplikasikan konsep Rabbani, Nubuwwah, Kehidupan dan Kematian
dalam memperkukuhkan aqidah
5. Menghuraikan konsep Ilmu dan Insan

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

2.1 Peranan Aqidah dan Kesannya

Konsep Ilmu dan


Insan

Asas Aqidah Rukun Iman


Syahadah Kerosakan Aqidah
Islamiyah

Konsep Rabbani dan Konsep Kehidupan


Nubuwwah dan Kematian
Langkah Pencegahan
dan Pengukuhan Aqidah

JAPIM Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

PENGENALAN

Topik 2 ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek akidah
yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang
peranan akidah dari sudut asas aqidah Islamiah, syahadah dan rukun Iman serta kesannya
terhadap kehidupan seseorang muslim. Topik ini juga akan membantu pelajar untuk
mendapatkan maklumat berkaitan perkara-perkara yang merosakkan aqidah dan langkah-
langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan . Diterangkan juga bagaimana cara yang
diperlukan oleh seseorang individu muslim untuk mengukuhkan akidah mereka. Pelajar juga
akan dapat mengetahui cara mengaplikasikan konsep Rabbani, Nubuwwah, Kehidupan dan
kematian serta konsep ilmu dan insan dalam kehidupan mereka seharian.

1. ASAS AKIDAH ISLAMIYAH

1.1 Definisi

Aqidah (‫ )العقيدة‬dari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab (‫ )دعقددد‬bermakna 'ikatan' atau
'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. Perkataan akidah selalunya dikaitkan dengan
perkataan iman seperti “aqaidul iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau
kepercayaan. Aqidah ertinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil
keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan
keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul.
Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.
Menurut Abu Bakar Jabir al-Jazairy: "Aqidah adalah sejumlah kebenaran yang dapat
diterima secara umum oleh manusia berdasarkan akal, wahyu dan fitrah. Kebenaran itu
dipatrikan oleh manusia di dalam hati serta diyakini keshahihan dan keberadaannya secara
pasti dan ditolak segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran itu. Berpandukan
kepada asal perkataan tadi maka perkataan ‘aqidah’ boleh difahamkan sebagai kepercayaan
yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau
terhurai.
Manakala definisi akidah dari sudut istilah pula bermaksud perkara-perkara yang
dibenarkan oleh jiwa, melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada syak dan ragu. Para
ulamak bersepakat memberikan definisi akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati

JAPIM Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan
sebarang keraguan. Akidah juga dita’rifkan sebagai kepercayaan yang pasti dan muktamad,
tidak bercampur dengan sebarang syak atau ragu di dalam hati seseorang. Melalui ta’rifan
tersebut kita dapat mengelaskan bahawa akidah ialah satu keyakinan terhadap sesuatu perkara
yang dipegang dengan kuat tanpa sebarang keraguan.
Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad
SAW di Mekah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya
melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan
dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya
walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik.
Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan
ancaman maut. Oleh itu, kita mestilah jadikan peristiwa di atas sebagai pedoman hidup
kerana sesungguhnya pembinaan akidah dapat mengubah keperibadian manusia.

1.2 Asas aqidah Islamiyah


Asas aqidah seseorang muslim itu terdapat pada rukun Iman. Rukun Iman itulah yang
menjadikan seseorang itu berpegang kepada aqidah Islam atau tidak.
Rukun Iman :
1- Beriman kepada Allah
2- Beriman kepada malaikat
3- Beriman kepada kitab-kitab
4- Beriman kepada Rasul
5- Beriman kepada hari qiamat
6- Beriman kepada qada dan qadar

Rukun Iman yang telah kita pelajari sejak dari kecil lagi inilah yang menjadi
pegangan hidup, dalam menjadikan asas dan panduan dalam kehidupan seharian agar tidak
terbabas dan terpesong ke jalan yang tidak mendapat redha Ilahi. Akan tetapi adakah kita
benar-benar mempraktikkanya dalam amalam kita seharian dan adakah kita mengerti apa
yang di sabdakan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda ditanya oleh Malaikat Jibril
mengenai Iman yang mafhumnya :

JAPIM Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

“Iman itu adalah kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-
rasulNya, hari akhirat dan ketentuan yang baik mahupun yang buruk.”
(Riwayat Muslim).
Ismail Omar (1999) menegaskan bahawa tauhid terbahagi kepada beberapa bahagin
seperti berikut :
1. Tauhid Uluhiyyah atau tauhid ibadah iaitu mengesakan Allah SWT yang berhak
disembah atau diabadikan dalam segala jenis ibadat dan tidak kepada selain dariNya.
2. Tauhid ma’rifah (mengetahui) dan membenarkan iaitu membenarkan hakikat zat
Allah SWT serta segala nama-nama, sifat-sifat dan pebuatanNya. Bahagian ini
dibahagikan kepada tauhid Rububiyah dan tauhid nama-nama dan sifat-sifat (Tauhid
al-Asma’ Wassifat)
a. Tauhid Rububiyah iaitu mengetahui dan mengakui bahawa Allah SWT
berkuasa mencipta, memati dan menghidupkan, memiliki dan memberikan
manfaat serta menjauhkan mudarat dan segala sesuatu adalah milik Allah.
b. Tauhid al-Asma’ Wassifat iaitu percaya dan membenarkan segala nama-
nama dan sifat-sifat Allah SWT

a. Tauhid uluhiyah

Uluhiyah berasal dari kata ‘al-ilah’ yang bererti Tuhan yang disembah.
Uluhiyah adalah nisbah kepada al-ilah karena ia merupakan sifat Allah yang
ditetapkan oleh nama ”Allah”. Jadi yang dimaksud dengan Tauhid Uluhiyah adalah
mengesakan Allah dalam ketuhananNya dengan memberikan hakNya berupa berbagai
macam ibadah hanya kepadaNya semata. Menurut Ismail Omar (1999) tauhid
uluhiyyah ialah mengesakan Allah SWT dalam jenis ibadat. Bermakna kita hanya
perlu mengabdikan diri kepada Allah sahaja dan tidak selain dariNya.

‫إعيياَّدك ندسعبنند دوإعيياَّدك ند س‬


‫ستدععينن‬
Maksud: Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah Kami
meminta pertolongan”
(Al Fatihah: 5)

Tauhid ini juga dikenal dengan tauhid ibadah, kerana ia bererti memberikan
ibadah hanya kepada Allah semata dan meninggalkan ibadah kepada selainNya.
Firman-firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berikut membuktikan hal tersebut:

JAPIM Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

‫سوُلل عإلِ ننوُعحيِ إعلدسيعه أدنيهن لِ إعلدهد عإلِ أدنداَّ فداَّسعبنندوعن‬ ‫دودماَّ أدسر د‬
‫سسلنداَّ عمسن قدسبلعدك عمسن در ن‬
Maksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan
Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu
sekelian hendaklah menyembah Aku”.
(Al-Anbiya': 25)

Tauhid uluhiyyah merupakan perkara yang pertama dalam agama. Terdapat


dalil mengatakan Rasulullah SAW telah bersabda kepada Mu’az bin Jabal apabila
mengutuskan kepada golongan Ahli Kitab di negeri Yaman bahawasanya:“ Maka
hendaklah perkara pertama sekali kamu seru kepada mereka ialah mengucap
syahadah laa ilaahaillah “. Tauhid uluhiyyah juga merupakan perkara yang akhir
dalam agama. Sabda Rasulullah SAW :“ Sesiapa yang pada saat akhir berkata-kata
laa ilahaillah, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga”.
Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah SWT bererti beriktikad bahawa hanya
Allah SWT sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan meminta pertolongan.
Bermakna meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku di atas
petunjuk dan perintah Allah SWT semata-mata. Tauhid uluhiyyah menuntut seseorang
menyakini bahawa Allah SWT menyakini bahawa Allah SWT menguasai alam
semesta ini. Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak selain dari Allah
SWT dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah laailaahaillallah.
Tauhid (pengesaan) tidak akan sempurna selagi tauhid uluhiyyah ini tidak
dihimpun sama dengan tauhid rububiyyah kerana dengan tauhid rububiyyah sahaja
tidak memadai dan orang-orang musyrik telah pun mengakui. Orang Nasrani tidak
mengingkari Allah SWT itu Tuhan langit dan bumi tetapi mempersekutukan-Nya
dengan menganggap Nabi Isa sebagai tuhan selain daripada Allah SWT.
Dr. Muhammad Naim Yasin (2001) menjelaskan tauhid uluhiyyah menuntut kita
supaya menghadap kepada Allah SWT dalam setiap bentuk ibadat dan menuntut kita
supaya membersihkan hati dari menerima pihak atau pengaruh lain. Ibadat
mengandungi pertalian yang luas, di antaranya:
i. Wajib ikhlas dalam mencintai Allah SWT
ii. Wajib mengesakan Allah SWT dalam berdoa, bertawakal dan mengharapkan
sesuatu kerana Allah maha berkuasa.
iii. Wajib mengesakan Allah SWT dalam takut.

JAPIM Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

iv. Wajib mengesakan Allah SWT dalam melakukan segala jenis ibadat badaniah
seperti solat, rukuk, sujud, puasa, sembelih dan tawaf: serta segala ibadat
qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain-lain.

b. Tauhid Rububiyyah
Ismail Omar (1999) menjelaskan bahawa tauhid rububiyyah ialah iktikad yang
kukuh bahawasanya Allah SWT itu adalah Tuhan (ar-Rab) bagi segala sesuatu dan
tiada tuhan selain dari-Nya. Dari segi bahasa Arab, perkataan “Ar-Rab” bermakna
“yang mengatur”. Tauhid Rububiyyah ialah mengakui bahawa sesungguhnya Allah
SWT pencipta segala makhluk, pemilik segala-galanya, yang menghidup dan
mematikan mereka.
Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Syahadah Laa ilahaillallaah
menyatakan perkataan al-Rabb mengandungi beberapa erti. Antaranya, tuhan (al-
sayyid) pemilik sesuatu, pencipta sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang lain,
yang menjaga muslihat insan, yang mempunyai kuasa, yang menjadi tuan, yang
melaksanakan perintahNya kepada orang lain. Dia ialah pencipta yang
menghidupkan dan mematikan, melaksanakan perintah dan hukum-hukum kepada
semua makhluk. Allah menguasai pemerintahan dan berkuasa atas segala sesuatu.
Allah mengurus dan mentadbir alam menurut kehendakNya dan berkuasa memberi
manfaat serta mendatangkan mudarat. Firman Allah :

‫ض قنعل ان‬
‫ت دوسالِدسر ع‬ ‫قنسل دمسن يربب ال ي‬
‫سدماَّدوا ع‬
Maksud : “Katakanlah!: Siapakah Rabb (Tuhan pencipta) langit dan bumi?
Katakanlah: Allah”
(Ar-Ra'd:16)
Perkataan ‘Rabb’ ada mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah :
1. Pencipta
2. Pemilik segalanya
3. Pemberi rezeki
4. Pentadbir
5. Penguasa
6. Pengabul doa-doa
7. Penjaga.

JAPIM Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Firman Allah:
‫صاَر ومن يلخءرج ا لحسي ءمن ا لميم ء‬
‫ت‬ ‫سلممع مواللمبل م م م م ل ق ق م م م‬ ‫ك ال س‬ ‫ض امسملن يململء ق‬ ‫سممآَءء مواللملر ء‬
‫ققلل مملن يميلرقزقققكلم ممن ال س‬
‫ت ءممن المحمي مومملن يقمدبميقر اللملممر فممسيميقلولقلومن الق فميقلل امفملم تميتَسيقلومن‬ ‫ج ا لمميم م‬
‫مويقلخءر ق‬.
Maksud : “Katakanlah! Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan
bumi atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan
siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang
mengatur segala urusan? Maka mereka akan katakan Allah! Mengapa kamu tidak
bertakwa kepadanya.”
(Yunus:31)
Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya
serta berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan
pinjaman. Oleh itu jika manusia mempunyai sifat berkuasa dan memiliki, maka sifat itu
hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT.
Begitu juga dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki manusia, semuanya
datang dari Allah SWT. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai
makhluk. Dia tidak mempunyai apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak
nafasnya datang dari Allah SWT. Dengan keyakinan itu, maka timbul kesan syahadah tauhid
dalam diri seseorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah SWT dan berani untuk bertindak
melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah

c. Tauhid Asma’ Wassifat

Tauhid Asma’ wassifat membawa maksud mengesakan Allah dari sudut segala nama-
Nya dan sifat-Nya. Di mana Allah hanya layak bersifat dan memiliki sifat-sifat
kesempurnaan serta layak bagi-Nya sahaja. Maka kita wajib dan diwajibkan
mempercayai dan beriman dengan segala nama dan segala sifat Allah. Firman Allah
dalam surah al-Isra’ ayat 110 :

‫صلمتء م‬
‫ك مولم‬ ‫ققءل الدقعوال ال لهم أمءو الدقعوال السرلحمميمن أميياَ سماَ تملدقعوال فميلمهق الملسمماَء ا لقحلسمنىَ مولم تملجمهلر بء م‬

‫ت بءمهاَ موابليتَمءغ بميليمن مذلء م‬


‫ك مسءبيلل‬ ‫تقمخاَفء ل‬

JAPIM Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau


nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama
itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang
baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah
sahaja satu cara yang sederhana antara itu.”
(Al-Isra’ : 110)

Kita tidak seharusnya mengubah maksud atau menyerupakan sifat dan nama tersebut
dengan makhluk. Kita juga hendaklah menyerahkan hakikat dan maksud sebenar sifat serta
nama tersebut kepada Allah dan Allah sahaja yang mengetahui sebenar sifat dan zat-Nya.
Contohnya seperti sifat mendengar, kita yakin Allah maha mendengar, namun bentuk dan
keadaan atau cara Allah mendengar tidak sama dengan pendengaran makhluk yang lain dan
tidak boleh memikirkan keadaannya sama sekali.

2. SYAHADAH

2.1 Kalimah Syahadat

Syahadat bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Oleh itu,


orang-orang yang bersyahadat dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau
memberitahu apa yang dia ketahui. Membuat persaksian, kenyataan atau perkhabaran boleh
dilakukan dalam bentuk perkataan dan boleh juga dilakukan dalam bentuk perbuatan. Firman
Allah SWT :
‫سعهسم بعاَّسلنكسفعر أنسولدئعدك دحبع د‬
‫طست‬ ‫شعهعديدن دعدلىَ دأنفن ع‬ ‫شعرعكيدن أدسن يدسعنمنروا دم د‬
‫سعجدد ي‬
‫اع د‬ ‫دماَّ دكاَّدن لعسلنم س‬
‫أدسعدملننهسم دوعفيِ النياَّعر نهسم دخلعندودن‬

Maksud : Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan


(menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan
kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang Yang rosak binasa amal-
amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”

(At-Taubah : 17)

Syahadatain merupakan asas yang terpenting dalam menegakkan Islam secara


menyeluruh. Islam tidak akan berdiri kukuh jika tidak tegaknya rukun Islam dan rukun Islam
JAPIM Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

juga tidak akan tegak jika tidak sempurna syahadatain. Pengakuan tiada tuhan melainkan
Allah, memerlukan cara-cara tertentu dalam menegakkannya, dan orang yang
menegakkannya terikat kewajipannya ke atas serta mereka mendapat balasan dari Allah SWT.
Konsep syahadat tidak dapat ditegakkan kecuali dengan dalil-dalil naqli dan aqli yang
bersumberkan Rasulullah SAW. Sekiranya kita tidak mengiktiraf Rasulullah SAW itu benar,
kalimah ‫ لِإله إلِ ا‬tidak akan tegak dengan sendirinya. Ini menunjukkan terdapat pertalian
diantara syahadat ‫ لِإله إلِ ا‬dengan syahadat ‫محمدا رسوُل ا‬. Makna Syahadat (‫ )لِإله إلِ ا‬iaitu
iktiqad dan berikrar mengakui bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima
ibadah kecuali Allah s.w.t, mentaati hal tersebut dan mengamalkannya. La ilaaha (‫)لِإللله‬
menafikan hak penyembahan terhadap yang lain dari Allah, siapa pun subjeknya. Illallah (ِ‫إل‬
‫ )ا‬adalah penetapan hak ke atas Allah semata-mata untuk disembah.
Menurut Ustaz Ramli Awang dalam kitabnya Roh Tauhid Dalam Gerakan Islam
menjelaskan ‫ لِإللله إلِ الل‬ialah ucapan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ yang mesti difahami
maknanya, diamal dengan kandungannya samada lahir atau pun batin. Tidak dikatakan
syahadat tanpa pengetahuan, keyakinan dan amal. Menurut ijmak ulamak, seseorang yang
tidak mengetahui makna kalimah syahadat ‫ لِإله إلِ ا‬tidak yakin dan tidak beramal dengan isi
kandungannya maka dianggap syirik.

2.3 Tuntutan Dua Kalimah Syahadat


Tuntutan syahadat boleh dibahagikan kepada tuntutan secara khusus dan secara umum.
2.3.1 Tuntutan secara khusus
- Redha
- Takut kepada Allah
- Menerima sepenuhnya syariat Allah
- Bersyukur kepada Allah
- Me ngikut dan mengamalkan Sunnah Nabi.
- Mencintai Allah SWT
- Mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT
- Bertawakkal kepada Allah
- Taat kepada pemimpin
- Menyakini hukum atau peraturan Allah
2.3.2 Tuntutan syahadat secara umum
- Akidah
- Syariat
- Akhlak
- Ibadat

JAPIM Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

2.4 Syarat-Syarat Syahadatain


Syarat-Syarat “‫ – ”لِإله إلِ ا‬Laa ilaaha illallah
Bersaksi dengan “‫ – ”لِإله إلِ ا‬Laa ilaaha illallah wajib dengan tujuh syarat. Tanpa syarat-
syarat itu, syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya. Secara global, tujuh
syarat itu adalah :
2.4.1 Ilmu
Ertinya memahami makna dan maksudnya. Mengetahui apa yang ditiadakan dan apa
yang ditetapkan, yang menafikan ketidaktahuannya dengan hal tersebut. Allah berfirman:
‫ق دونهلللللللسم يدسعلدنملللللللوُن‬ ‫شلللللللفداَّدعةد عإلِ دملللللللسن د‬
‫شلللللللعهدد عبلللللللاَّسلدح ق‬ ‫دولِ يدسمعللللللللنك ايللللللللعذيدن ديلللللللسدنعوُدن عملللللللسن ندوعنلللللللعه ال ي‬
Maksud: Tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali
sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan
yang sebenar-benarnya yang mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata
orang(Az-Zukhruf 86).
Maksudnya orang yang bersaksi dengan “‫ ”لِإله إلِ ا‬dan memahami dengan hatinya
apa yang diikrarkan oleh lisannya. Seandainya ia mengucapkannya, tetapi tidak mengerti apa
yang dimaksudnya atau maknanya, maka persaksian itu tidak sah dan tidak berguna.

2.4.2 Yakin
Mereka yang mengikrarkannya wajib meyakini kandungan syahadat itu. Manakala jika ia
meragukannya maka sia-sia belaka persaksian itu. Allah s.w.t. berfirman:
‫اع نأولدئعدك نهنم ال ي‬
‫صاَّعدنقوُن‬ ‫سعبيعل ي‬ ‫سوُلععه ثنيم لدسم يدسرتداَّنبوُا دودجاَّدهندوا بعأ دسمدوُالععهسم دوأدسنفن ع‬
‫سعهسم عفيِ د‬ ‫إعنيدماَّ اسلنمسؤعمننوُدن اليعذيدن آدمننوُا بعاَّيلع دودر ن‬
Maksud : Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah;
mereka itulah orang-orang yang benar (Al-Hujuraat : 15)

2.4.3 Qabul
Menerima kandungan dan kehendak syahadat; menyembah Allah semata-mata dan
meninggalkan ibadah kepada selain-Nya. Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima
dan menta’ati, maka ia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t.:

‫(دويدنقوُنلوُدن أدئعنياَّ لدتداَّعرنكوُ آلعدهتعنداَّ لع د‬٣٥) ‫ستدسكبعنرودن‬


‫شاَّععلر دمسجننوُلن‬ ‫إعنينهسم دكاَّننوُا إعدذا عقيدل لدنهسم لِ إعلدهد عإلِ ي‬
‫ا ن يد س‬
Maksud : Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa)

JAPIM Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah" - mereka bersikap
takbur mengingkarinya, - serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-
tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (Ash-Shaffat : 35-
36)
Ini seperti sesetengah masyarakat yang menyembah kubur keramat. Mereka
mengikrarkan “‫”لِإله إلِ ا‬, tetapi masih menyembah kubur yang kononnya keramat bagi
mereka. Ini bermakna mereka belum menerima makna “‫”لِإله إلِ ا‬.

2.4.4 Inqiyad (Tunduk dan Patuh Dengan Kandungan Makna syahadat )

‫سدك بعاَّسلنعسردوعة اسلنوُسثدقىَ دوإعدلىَ ي‬


‫اع دعاَّقعبدةن النموُعر‬ ‫سنن فدقدعد ا س‬
‫ستدسم د‬ ‫سلعسم دوسجدههن إعدلىَ ي‬
‫اع دونهدوُ نمسح ع‬ ‫دودمسن ين س‬
Maksud : dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada allah (dengan ikhlas) sedang ia
berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan “ .
(Luqman : 22)
َ‫ اسلنعسردوعة اسلنوُسثدقى‬adalah laa ilaaha illallah. Dan makna ُ‫سلعسم دوسجدهه‬
‫ ين س‬adalah patuh, tunduk.

2.4.5 Ikhlas.
Iaitu membersihkan amal dari segala yang boleh membawa kepada syirik, dengan
jalan tidak mengucapkannya kerana mengingkari isi dunia, riya’ atau sum’ah. Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫قإن ا حرم علىَ الناَّر من قاَّ ل لِإله إل يبتغىَ بذ لك وجه ا‬


Maksud : Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan laa
ilaaha illallah kerana menginginkan redha Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

2.4.6 Shidq (jujur)


Iaitu mengucapkan kalimat ini dan hatinya juga membenarkannya. Manakala lisannya
mengucapkan, tetapi hatinya mendustakan, maka ia adalah munafik dan pendusta.
Allah s.w.t. berfirman:
‫ب لدنكسم أدقنيِ نمعمبدنكسم بعأ دسل ل‬
‫ف عمدن اسلدملَئعدكعة نمسرعدعفيدن‬ ‫ستددجاَّ د‬ ‫(إعسذ تد س‬٨) ‫ق دوينسبعطدل اسلبداَّعطدل دولدسوُ دكعرهد اسلنمسجعرنموُدن‬
‫ستدعغينثوُدن دربينكسم فداَّ س‬ ‫ق اسلدح ي‬
‫لعينعح ي‬
‫اد دععزينز دحعكينم‬ ‫اع إعين ي‬ ‫صنر عإلِ عمسن ععسنعد ي‬ ‫شدرىَ دولعتدسطدمئعين بععه قننلوُبننكسم دودماَّ الني س‬ ‫(دودماَّ دجدعلدهن ي‬٩)
‫ان عإلِ بن س‬
Maksud : Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur

JAPIM Page 11
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) Yang berdosa itu tidak menyukainya.
(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan
permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan
seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. dan Allah tidak menjadikan
(bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang
tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana “. (Al-Baqarah : 8-10)

2.4.7 Mahabbah (kecintaan).


Maksudnya mencintai kalimat ini serta isinya, juga mencintai orang-orang yang
mengamalkan isi kandungannya.
‫شبد نحبباَّ عيلع دولدسوُ يددرىَ اليعذيدن ظدلدنموُا إعسذ يددرسودن‬
‫اع دواليعذيدن آدمننوُا أد د‬ ‫اع أدسنددابدا ينعحببوُندنهسم دكنح ق‬
‫ب ي‬ ‫س دمسن يدتيعخنذ عمسن ندوعن ي‬
‫دوعمدن النياَّ ع‬
‫شعديند اسلدعدذا ع‬
‫ب‬ ‫اد د‬ ‫ب أدين اسلقنيوُةد ع يل دجعميبعاَّ دوأدين ي‬‫اسلدعدذا د‬
Maksud : (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu
lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik)
itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya
kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah
Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) “ .
(Al-Baqarah : 165)
Maka, ahli tauhid adalah orang yang mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih.
Sedangkan ahli syirik mencintai Allah dan mencintai yang lainnya. Hal ini sangat
bertentangan dengan isi kandungan laa ilaaha illallah - “‫”لِإله إلِ ا‬.

 Syarat-Syarat “‫ ”محمد رسوُل ا‬Muhammadar Rasulullah


1 – Mengakui kerasulan dan meyakininya di dalam hati.
2 – Mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisan.
3 – Mengikutinya dengan mengamalkan ajaran keebnaran yang telah
dibawanya serta meninggalkan kebatilan (larangan) yang ditegahnya.
4 – Membenarkan segala apa yang dikhabarkan dari hal-hal yang ghaib, baik
yang sudah lewat mahupun yang akan datang.
5 – Mencintainya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, harta, anak, orang

JAPIM Page 12
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

tua, serta seluruh umat manusia.


6 – Mendahulukan sabdanya atas segala pendapat dan ucapan orang lain serta
mengamalkan sunnahnya.

3. RUKUN IMAN

Iman adalah kepercayaan yang teguh di dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan
hak. Akidah adalah yang paling asas dalam Islam. Bertitik tolak dari keimanan dan keyakinan
kepada Allah SWT akan lahirnya keimanan kepada malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari
akhirat, alam barzakh, padang mahsyar, syurga neraka, serta keimanan kepada qada’ dan
qadar Allah.

3.1 Rukun Iman : Asas Akidah Orang Islam


Rukun Iman ialah asas-asas yang membentuk iman. Kalau diibaratkan dengan
sebatang pokok, rukun-rukunnya ialah ialah akar, batang dan dahan-dahan yanng bergantung
kepadanya daun-daun. Begitulah dengan rukun iman , iaitu asas-asas yang dibina di atas
segala kepercayaan manusia yang beragama Islam. Apabila seseorang ingin membentuk
pandangan, sikap dan buah fikirannya mengenai masalah-masalah hidup, maka dia hendaklah
melakukannya dengan berasaskan Rukun Iman itu . (Dr haron Din et al, 1985)

3.1.1 Beriman kepada Allah SWT


Beriman kepada Allah SWT adalah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan penuh teguh
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara yang mustahil dan perkara-perkara yang harus
bagi Allah SWT. Kita hendaklah beriktiqad secara ijmal dan yakin kepada Allah.SWT.
bersifat dengan segala yang sempurna sesuai drengan ketuhanannya. Adalah mustahil Allah
SWT bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan harus bagi Allah SWT melakukan semua
perkara atau meninggalkannya.
Iman kepada Allah SWT tegak di atas dua asas:
- Mengimani Rububiyyatullah.
Dengan kata lain mengimanai bahawa Allah SWT yang menjadikan
sesuatu, yang menghidupkan dan mematikan, yang memiliki dan yang
berkuasa dan juga sifat-sifat Allah yang lain.
- Mengimani Uluhiyyatullah

JAPIM Page 13
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

- Iaitu mengimani bahawa Allah SWT sahaja yang berhak menerima


pengabdian dan inilah pengertian ‫ لِإله إلِ ا‬. Pengabdian tidak seharusnya
diberikan kepada selain daripada Allah SWT. Firman Allah :

Di antara sebesar-besar bukti tentang wujudnya keesaan Allah ialah penciptaan alam
yang terbentag luas. Segala cakerawala dan seluruh isinya membuatkan kita rasa kagum,
bercampur takut, maka bertambah kuat iman kita terhadap Allah SWT.

3.1.2 Beriman kepada Malaikat


Kewujudan malaikat tidak dapat dikesani dengan mata kasar, penyelidikan dan
pemikiran. Sumber pengetahuan utama mengenai malaikat ialah Al-Quran dan cerita
daripada Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut adalah benar.
Beriman kepada malaikat ialah satu daripada rukun iman di dalam Islam.
Kepercayaan kepada malaikat termasuk di dalam perkara ghaib. Malaikat tidak dapat dilihat
dengan menggunakan mata kasar atau kaedah lain. Beriman kepada malaikat bermaksud
iktikad tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Bilangan malaikat hanya
diketahui oleh Allah SWT sahaja. Allah SWT telah menentukan bahawa malaikat berada di
alam ghaib dan tabiatnya tidak dapt dilihat dengan mata kasar.
Firman Allah :
‫ماَّ ديلفعظن عمن دقوُلل إعبلِ لددديعه درقي ن‬
‫ب دعتيند‬
Maksud : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia menulisnya
(Surah Qaf, ayat: 18).
Malaikat adalah sejenis makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan persediaan-
persediaan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Malaikat dijadikan Allah SWT daripada
cahaya yang bersih daripada kekotoran jasmani dan diberikan kuasa boleh mengubah rupa.
Mereka merupakan hamba-hamba allah SWT yang dihormati kerana kesucian jiwanya
daripada melakukan dosa. Mereka tidak pernah menderhakai perintah-perintah Allah.

3.1.3 Beriman kepada Kitab


Kepercayaa kepada kitab-kitab Allah SWT merupakan Rukun Iman yang ketiga.
Kitab Allah mengandungi segala pengajaran Allah SWT yang disampaikan oleh nabi-nabi
dan rasul-rasul sama ada titah perintah, larangan, panduan dan sebagainya kepada umat

JAPIM Page 14
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

manusia. Oleh itu setiap orang muslim wajiblah percaya kepada kitab Al-Quran da kitab-
kitab yang terdahulu seperti zabur, taurat dan injil yang telah diturunkan kepada umat-umat
terdahulu.
Orang mukmin yang beriman kepada kitab Allah hendaklah mengamalkan segala
ajaranNya yang bertujuan menunjukkan manusia kepada jalan yang benar yang diredainya.
Orang yang mengaku beriman tetapi tidak patuh kepada ajarannya maka tidak boleh
dikatakan sebagai beriman. Keimanan muslim terhadap kitab-kitab Allah merupakan
kefahaman, kesedaran dan pelaksanaan ajaran-Nya . Maka ayat-ayat Al-Quran tidak boleh
boleh dibuat azimat untuk menolak syaitan atau dijadikan tangkal . Hal ini bertentangan
dengan dasar kesusilaan dan dasar membesarkan ayat-ayat suci itu.
Kita memerlukan wahyu Allah SWT yang yanag dapat menghindarkan mereka
daripada kesesatan dan memimpin mereka supaya kembali ke jalan yang benar yang boleh
membawa kepada kesejahteraan baik di dunia atau pun di akhirat. Kita juga hendaklah sedar
dan memahami bahawa kitab Allah yang terakhir diturunkan ialah Al-Quran. Oleh itu lafaz
dan makna al-Quran adalah daripada Allah SWT. Al-Quran telah disempurnakan oleh Allah
SWT dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan . Mereka yang beriktikad
bahawa tambahan atau kekurangan berlaku dalam Al-Quran boleh dianggap terkeluar
daripada landasan Islam.

3.1.4 Beriman Kepada Rasul


Setiap muslim mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah SWT mengutuskan
para Rasul dan menurunkan kitab bagi tujuan mengajar manusia mengenal Allah SWT dan
memberithu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana akhirnya
penghidupan mereka. Muslim mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad SAW ialah rasul
yang terakhir daripada rasul yang diutuskan Allah SWT . Baginda dibantu dan diperkuatkan
Allah SWT dengan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal abadi. Firman Allah:
‫ضلدلدةن فد ع‬
‫سينروا‬ ‫ت فدعمسننهسم دمسن دهددىَ ي‬
‫ان دوعمسننهسم دمسن دحقيست دعلدسيعه ال ي‬ ‫اد دواسجتدنعنبوُا الطينغوُ د‬ ‫دولدقدسد بددعسثنداَّ عفيِ نكقل أنيملة در ن‬
‫سوُبلِ أدسن انسعبنندوا ي‬
‫ف دكاَّدن دعقعبدةن اسلنمدكقذعبيدن‬ ‫عفيِ اسلدسر ع‬
‫ض فداَّسنظننروا دكسي د‬
Maksud : Dan sesungguhnya ami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan
menjauhi Thaghut. Maka antara mereka ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada
pula yang berhak ditimpa kesesatan (Surah An- Nahl : 36).

JAPIM Page 15
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Kepercayaan kepada rasul-rasul ialah Rukun Iman yang keempat, maka setiap orang
muslim wajib percaya bahawa Allah SWT telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan
manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang melakukan kebaikan dan
acaman buruk kepada mereka yang melakukan kejahatan. Para rasul telah menjalankan tugas
mereka untuk memperkenalkan Allah yang maha Esa dan maha berkuasa ke atas seluruh
makhluknya.
Apabila para rasul telah diutuskan manusia tidak dapat berhujah bahawa mereka akan
sesat kerana rasul-rasul dapat membawa mereka ke jalan yang benar.
.
3.1.5 Beriman kepada hari Akhirat
Setiap muslim perlu beriman kepada adanya hari akhirat dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Kiamat adalah hari terakhir dan penghabisan bagi alam ini, iaitu hari
kerosakan serta kehancuran alam, dan satu alam baru akan diadakan. Alam baru ini ialah
alam suci yang akan memisahkan antara manusia rendah budi pekertin dengan manusia yang
baik budi pekertinya. Oleh itu, beriman kepada hari akhirat bermaksud orang Islam wajib
percaya bahawa manusia akan menghadapi satu hari kehancuran alam dan segala yang ada di
dalamnya.
Beriman kepada hari akhirat juga bermaksud membenarkan bahawa disebalik
penghidupan di dunia, masih ada penghidupan di akhirat. Allah akan menghidupkan manusia
sekali lagi dan melakukan perbicaraan terhadap perbuatan dan amalan mereka di dunia. Hasil
dari perbicaraan ini segolongan manusia dimasukkan ke dalam neraka.

3.1.6 Beriman kepada Qadak dan Qadar

Beriman kepada Qadak dan Qadar Allah SWT ialah mempercayai bahawa segala
sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan
ketetapan Allah SWT. Manusia dijadikan Allah dan Dialah yang menentukan perjalanan
hidup mereka. Allah juga berkuasa sepenuhnya ke atas makhluknya.

4. KEROSAKAN AKIDAH

Kehidupan manusia di dunia mempunyai hubungan dengan Allah yang diikat oleh
akidah melalui kalimah tauhid dan juga hubungan manusia sesama manusia yang diikat dua
kalimah syahadah. Akidah menjadi asas agama dan Allah menjadikan manusia untuk

JAPIM Page 16
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

menyembah dan beribadat kepada Nya serta menghubungkan di antara manusia dengan
Allah. Mereka yang mengakui akan kewujudan tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad
utusan Allah dan sama-sama beragama Islam dan sama-sama mendapat petunjuk serta
hidayah daripada Allah ke jalan yang benar, hubungan mereka adalah hubungan keimanan
dan keagamaan. Perkara-perkara yang merosakkan akidah atau dengan kata lain perkara-
perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadat sangat penting untuk diketahui supaya
iman dan akidah seseorang akan betul dan mantap serta menepati akidah ahli sunnah
waljamaah. Ini menjadikan seseorang itu sentiasa menganut akidah yang sahih dalam semua
masa dan keadaan.

4.1 Perkara-perkara yang merosakkan akidah


Dalam ajaran agama Islam terdapat banyak anasir yang boleh menyebabkan iman atau
akidah menjadi rosak. Para ulamak telah lama membicarakannya dan telah banyak buku
mengenainya ditulis dan diterbitkan antaranya buku Batas-batas Iman dan Kufur hasil tulisan
Said Hawa yang menggariskan dua puluh perkara yang boleh membatalkan atau merosakkan
iman seseorang muslim. Terdapat beberapa amalan manusia yang boleh membatalkan
keimanannya pada syahadah dan menjerumuskan mereka untuk menjadi murtad:

4.1.1 Kufur (Ingkar rukun iman)


Kufur pada bahasa bererti “menutupi” atau “mengingkari”. Manakala menurut Ulama
Usuluddin kufur boleh diertikan menurut istilah sebagai “tutup” ini kerana hati orang kafir
tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah SWT. Menurut Ulama Ahli
Sunnah Wal Jamaah, kufur ialah pendustaan kepada Rasulullah SAW dan ajaran yang
dibawanya. Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), mengatakan kufur menurut syara‟ ialah
tidak mempercayai Allah SWT, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-
hukum Allah SWT atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang
Islam.

4.1.2 Syirik
Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa
adanya kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik disebut
Musyrik. Syirik terbahagi kepada dua bahagian:
i.Syirik Akbar terbahagi kepada:
a. Syirik Akbar Jali (yang terang)

JAPIM Page 17
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Syirik besar yang terang ialah mengambil selain Allah SWT sebagai
tuhan dan menyembahnya di samping menyembah Allah SWT dengan
menjadikan sembahan itu sebagai sekutu atau saingan yang disamakan
dan disamakan taraf dengan Allah SWT.
b. Syirik Akbar Khafi (yang tersembunyi)
Syirik besar yang tersembunyi pula menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi
(1999) ialah:
 Meminta pertolongan dari makhluk ghaib seperti jin dengan
meyakini makhluk itu dapat memberi manfaat dan mudharat.
 Berdoa atau memanggil ruh si mati atau meminta sesuatu di
maqamnya atau kuburnya. Syirik ini tersembunyi kerana orang
yang melakukan amalan ini menyangka ia sebagai ibadah
dalam bentuk bertawassul (sebagai perantaraan) antara mereka
dengan Allah SWT.
 Mengambil selain Allah SWT sebagai penggubal undang-
undang. Begitu juga dengan fahaman-fahaman manusia hari ini
yang meletakkan pemikiran manusia lebih baik dari
panduan al-Quran.

4.1.3 Nifaq
Para ulama‟ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengakui dengan lidahnya
pada zahirnya tetapi mendustai di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan iman.
Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik, yang telah dijanjikan oleh
Allah SWT azab yang lebih pedih dari para jahidin (orang-orang yang ingkarkan Allah
SWT), kerana mereka akan berada di dasar neraka.

4.1.4 Bertawakkal dan bergantung pada selain dari Allah.


Barangsiapa yang bekerja, berusaha dan berikhtiar dengan tidak bertawakkal dan bergantung
kepada Allah S.W.T, ia telah merosak syariat tadi dan orang yang bertawakkal dan
bergantung kepada Allah S.W.T semata-mata tanpa daya usaha juga telah merosakkan syariat
tersebut.

4.1.5 Mengingkari nikmat Allah.

JAPIM Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Iaitu ingkar terhadap nikmat Allah, baik yang kelihatan atau yang tidak kelihatan, baik yang
mudah difikirkan atau yang memerlukan pengkajian secara mendalam.

4.1.6 Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain kerana Allah S.W.T
Sesuatu pekerjaan atau apa saja yang dibuat atas dasar kepentingan meninggikan cita-cita
atau syiar negara, kesatuan negara atau berjuang habis-habisan untuk kepentingan negara
adalah syirik.

4.1.7 Berhukum dengan hukum manusia, bukan dengan hukum Allah.


Perbuatan ini melawan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T yang mempunyai hak
menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia, halal, haram, peraturan hidup,
kehakiman dan segala perintah dan larangan. Contohnya dalam menggubal undang-undang
oleh anggota parlimen di mana undang-undang berada di tangan manusia, (pada hal hak
membuat undang-undang adalah hak Allah semata-mata), di sinilah letak kesyirikannya.

4.1.8 Memfokuskan segala kekuatan kepada selain Allah dengan cara tidak
dikehendakiNya.
Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah S.W.T adalah taat kepada RasulNya
kerana bila seseorang mentaati Rasulullah ia bererti mentaati Allah. Taat kepada pemimpin
atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap menjalankan Kitabullah dan Sunah
Rasulullah. Jika mereka keluar dari kerangka Al-Quran dan as-Sunnah maka kita tidak boleh
taat kepada mereka kerana mereka tergolong di dalam pembuat maksiat dan tidak wajib
ditaati.

4.1.9 Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum
Allah sebagai rujukan dalam semua masalah.
Larangan melaksanakan sebarang hukum melainkan hukum Allah atau tidak
menjadikan hukum Allah sebagai rujukan dalam mengatasi masalah berhubung kait dengan
kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

4.1.10 Benci atau menentang salah satu kandungan ajaran Islam atau membenci
seluruh ajaran Islam.
Apa saja corak kebencian atau penentangan terhadap yang terkandung dalam

JAPIM Page 19
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Al-Quran atau al-Hadis yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W samada dalam bentuk kata-kata,
perbuatan, pengakuan atau sifat-sifatnya, maka ia adalah terkeluar dari Islam dan syahadah
yang pernah diucapkannya menjadi batal.

4.1.11 Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan kepada akhirat (gila dunia).
Segala apa yang terdapat di muka bumi ini adalah kepunyaan Allah dan Allah menghalalkan
manusia menikmati kehidupan ini selagi mana ianya tidak melepasi batasan sehingga lupa
kepada keperluan akhirat. Selain daripada itu Allah juga melaknati manusia yang menghalang
manusia lain yang ingin beribadat bagi mencapai kebahagian di akhirat.

4.1.12 Menghina salah satu isi dari Al-Quran atau as-Sunnah atau orang-orang alim
yang menegakkan atau memperolok-olokkan hukum-hukum Allah atau syiar-syiar
Islam.
Memperolok-olokkan atau menghina atau mengejek hukum-hukum Allah termasuk
dalam kategori yang membatalkan syahadah. Ungkapan-ungkapan seperti menganggap
hukum-hukum Allah itu ‘lapuk’ atau kenyataan-kenyataan seperti ‘Apa kita hendak kembali
pada undang-undang qisas yang kejam’ atau ‘Apa kita hendak kembali ke zaman primitif’
boleh membatalkan aqidah kita.

4.1.13 Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.


Antara pembohongan yang paling besar adalah menghalalkan apa yang diharamkan
oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

4.1.14 Tidak beriman dengan seluruh sumber-sumber dari Al-Quran dan as-Sunnah.
Orang yang tidak beriman pada nas-nas Al-Quran dikatakan gugur syahadahnya
kerana bertindak mendustakan Rasulullah S.A.W yang membawa kepada kekafiran.
Termasuk juga dalam kategori ini adalah orang yang menambah Al-Quran dan Al-Hadis.

5. LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH

Sebagai umat Islam kita perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran.
Walaupun begitu, kita juga dikehendaki mengetahui langkah pencegahan daripada rosaknya
akidah sebagai persediaan pada masa hadapan. Tambahan pula, generasi kini terdedah

JAPIM Page 20
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

kepada pelbagai yang mampu menggugat keimanan seseorang. Contohnya ideologi barat
yang diselitkan dalam media hiuran dan sebagainya.
5.1 Amalan rohani ( Roh )

 Kepercayaan kepada Allah s.w.t


 Mengingati Mati
 Sentiasa Berzikir
 Sentiasa Membaca Al-Quran
 Berilmu Pengetahuan

5.2 Amalan Fizikal ( Jasmani )

 Mengerjakan solat
 Berpuasa
 Mengerjakan Haji @ Umrah

5.3 Amalan Hati ( Akhlak )


 Suka memaafkan orang lain
 Bersifat mahmudah
 Amar ma’ruf nahi mungkar

6. KONSEP ILMU DAN INSAN

Sebelum menjalani kehidupan di muka bumi, manusia terlebih dahulu diberi ilmu
pengetahuan yang lengkap. Ini disebabkan dengan ilmu, manusia akan dapat melaksanaka
tugas dengan sempurna. Bagi mendapatkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat,
manusia memerlukan kepada ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan seseorang itu tidak
akan mengenal dirinya dan tidak mengenal Allah SWT.

6.1 Konsep Ilmu dalam Islam


Ilmu dibahagikan kepada 2 iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain
adalah ilmu yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak. Manakala fardhu kifayah
ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh masyarakat Islam secara kolektif dan bukannya sebagai
kewajipan ke atas individu kecuali kalau sekiranya hanya seorang sahaja yang berkeahlian

JAPIM Page 21
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain lagi yang mengetahui bidang itu, maka
kewajipan itu dengan sendirinya menjadi fardhu ain dan menjadi kewajipannya untuk
menyelesaikan masalah masyarakat tersebut. Ilmu fardhu kifayah yang diwajibkan itu ialah
ilmu yang diperlukan untuk kepentingan hidup masyarakat Islam di bidang kebendaan dan
lain-lain untuk mencapai keselesaan dan keamanan hidup masyarakat.

6.2 Tuntutan Berilmu


Allah SWT menurunkan peratura-peraturan yang khusus untuk melaksanakan satu-satu
amalan. Peraturan-peraturan ini perlu diketahui dan dipelajari kerana ilmu merupakan satu
pengetahuan, kebolehan atau pengalaman yang diberi oleh Allah SWT setelah melalui
beberapa proses seperti pembelajaran, pengalaman, latihan, perjalanan dan lainnya. Sabda
Rasulullah s.a.w maksudnya:
“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”.
Wahyu yang mula-mula sekaliditurunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah wahyu
yang menyuruh Baginda membaca dengan nama Tuhannya , Iqra’. Wahyu inilah yang
menandakan permulaan kenabian baginda. Ini menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam.
Sesungguhnya harta dunia ini tidak ada imbangannya sama sekali kalau dibandingkan
dengan ilmu pengetahuan, kerana tanpa ilmu, manusia akan dilaknat oleh Allah SWT kerana
mempunyai hati yang buta dalam memahami Islam.

6.3 Kedudukan Orang Yang Berilmu


Orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya mendapat tempat yang istimewa di
dunia dan di akhirat. Sudah pasti orang yang berilmu akan dapat melaksanakan ajaran Islam
secara lebih baik dan sempurna. Firman Allah:
‫ و السءذيلن اقوتقيوا ا لءعلم مدرج ت‬........
‫ت مو الق بءمماَ تميلعمملقلومن مخءلبييرر‬ ‫م مم‬ ‫م لل‬ ‫م‬
Maksudnya : “Allah meninggikan darjat orang yang berilmu antara kamu, dan orang yang
diberi ilmu pengetahuan aga dan beberapa derajat.”
(Al-Mujadalah : 11)

6.4 Sumber Ilmu


Sumber ilmu dalam Islam ialah Al-Quran dan al-hadis. Di samping itu, rujukan-
rujukan hasil karya manusia secara kaedah saintifik dengan menggunakan akal dan
pemikiran perlu dipelajari sedalam-dalamnya. Disini letaknya kesepaduan sumber ilmu
dalam pendidikan.
Sumber ilmu memerlukan tuntutan roh, akal dan jasad. Bagi santapan roh, sumbernya
ialah ialah sumber wahyu iaitu Al-Quran dan hadis. Manakala akal dan jasmani perlu
disuburkan dengan sumber daya usaha, pengalaman-pengalaman dan pemikiran manusia
berasaskan kawalan hukum-hukum syarak.

JAPIM Page 22
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

6.5 Konsep Insan


Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari hakikat dirinya, hasil daripada naluri
ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam dirinya, namun manusia tetap tidak akan
mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang
dikemukakan oleh Allah SWT. Logiknya ialah Allah SWT yang mencipta manusia sahaja
yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia.
Allah SWT yang mencipta manusia, maka Dialah yang mengetahui asal kejadian
manusia, kelemahan-kelemahan dan kesempurnaannya, tugas dan risalahnya, kedudukan dan
jawatannya, matlamat daripada kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang
kepastian daripada kehidupannya yang abadi.

6.6 Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Al-hadis


Firman Allah:

{7} ‫ساَءن ءملن ءطيتن‬ ‫ت‬ ‫سء‬


‫سمن قكسل مشليء مخلممقهق ۖ موبممدأم مخلمق ا لءلنل م‬
‫الذيِ أملح م‬
{8} ‫ثقسم مجمعمل نملسلمهق ءملن قسمللمتة ءملن مماَتء ممءهيتن‬

{9} ‫صاَمر مواللمفلئءمدمة ۚ قمءليلل مماَ تملشقكقرومن‬ ‫ثقسم مسسواهق مونميمفمخ ءفيءه ءملن قروءحءه ۖ مومجمعمل لمقكقم ال س‬
‫سلممع مواللمبل م‬
{10}‫ض أمإءسناَ لمءفي مخلتق مجءديتد ۚ بملل قهلم بءلءمقاَءء مربمءهلم مكاَفءقرومن‬
‫ضلملمناَ ءفي اللملر ء‬
‫مومقاَقلوا أمإءمذا م‬

{11} ‫ت السءذيِ قومكمل بءقكلم ثقسم إءلمىىَ مربمقكلم تقيلرمجقعومن‬


‫ك ا لمو ء‬
‫ققلل يميتَميموسفاَقكلم مملم ق م ل‬
Maksudnya: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan
dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Ia menjadikan
keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang
orang; Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh
ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap
dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu?
Betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula)
bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. Katakanlah
(wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan

JAPIM Page 23
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Tuhan kamu (untuk menerima balasan)"
(As-Sajadah : 7-11).

Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baiknya. Manusia yang terkenal
sebagai keturunan Nabi Adam a.s. Makhluk yang boleh berfikir, makhluk yang mempunyai
hati nurani. Walau apapun yang dikatakan mengenai manusia, namun satu hakikat yang jelas
ialah manusia adalah sebaik-baik kejadian.

6.7 Keistimewaan dan Kelebihan Manusia

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Antara keistimewaan dan kelebihan manusia ialah:

 Akal fikiran untuk menerima ilmu dan membolehkannya berfikir dengan itu mampu
diajar dan mengajar seseorang insan, juga boleh mendapat hidayat dan petunjuk
melalui akal fikiran.
 Roh. Manusia hidup kerana adanya roh dan nyawa. Terlalu sulit untuk
memperkatakan mengenai roh ini. Sebenarya roh merupakan urusan Allah SWT.
 Jasad atau terkenal dengan tubuh badan. Ada kulit yang membalut isi, ada darah yang
mengalir, ada urat sebagai saluran darah, ada tulang yang menjadi asas kepada
berfungsinya jasad.
 Syahwat. Sebagai manusia mereka mempunyai naluri dan keinginan tabi’i, mereka
mempunyai syahwat seperti binatang yang lain. Keinginan syahwat iniperlu dipenuhi
tetapi dalam masa yang sama perlu dikawal untuk membezakan antara manusia
dengan haiwan. Bagi mematuhi nalurri dan syahwat ini, Islam membenarkan dan
menghalalkan perkahwinan. Dengan adanya syahwat sebagai nikmat Allah ini,
manusia boleh membiak dan berkembang.

7. KONSEP RABBANI DAN NUBUWWAH

Islam sebagai Rabbani atau agama ketuhanan membawa maksud bahawa Islam
berhubung dengan Allah SWT. Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan neraca yang
terdapat dalam agama Islam ialah daripada Allah SWT. Manusia hanya berperanan untuk
menyesuaikan diri dengan Islam dan melaksanakannya sahaja. Seseorang itu disebut
Rabbani apabila dia mempunyai hubungan dengan Allah SWT, arif tentang agama dan kitab
Allah SWT serta mengajarkannya. Firman Allah:

JAPIM Page 24
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

‫ب موبءمماَ قكنتَقلم تملدقرقسومن‬ ‫ء‬ ‫ء ء‬ ‫ء‬


‫مولمكلن قكوقنوا مربسنيممن بمماَ قكلنتَقلم تقيمعلمقمومن ا لكتَم م‬
Maksudnya : Tetapi (sepatutnya ia berkata): “hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Ta’ala – dengan ilmu dan amal yang
sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu
selalu mempelajarinya
(Ali-Imran:79)

7.1 Prinsip-prinsip Utama yang Mendasari Sifat Rabbani


1. Islam adalah agama Allah SWT, bukan agama ciptaan manusia.
2. Islam merupakan satu pegangan yang jitu, yang bersih dari sebarang kekurangan.
3. Allah SWT pemilik mutlak segala yang ada di bumi dan di langit.
4. Allah sahaja yang mencipta hukum-hukum dan peratura hidup kepada makhluknya.

7.2 Konsep Nubuwwah


Antara ciri-ciri pokok yang menjadi hakikat kenabian dan kerasulan ialah :
1. Pelantikan daripada Allah SWT
Nabi dan rasul ialah seorang manusia yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT.
Kerasulan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang itu tidak tertakluk
kepada rupa bentuk, usaha amalan dan ikhtiar individu atau kumpulan untuk
mendapat pelantikan itu.
2. Manusia Lelaki Dan Menerima Wahyu
Semua nabi dan rasul ialah lelaki yang menerima wahyu pemilihan dan pelantikan
sebagai rasul dan menerima wahyu yang mengandungi saripati risalah yang sama
iaitu tauhidullah dan pengabdian diri kepadaNya .
3. Bukti dan Keterangan
Di bawah tajuk bukti-bukti kerasulan, dijelaskan bahawa seorang rasul dapat
dibuktikan kebenarannya melalui 4 aspek sekurang-kurangnya iaitu risalah akhlak,
perkhabaran rasul-rasul terdahulu dan mukjizat.

4. Kesatuan Risalah
Semua nabi dan rasul diutuskan oleh Aallah SWT membawa risalah Allah SWT
kepada kaumnya. Satu pokok persamaan yang menjadi kandungan semua risalah
yaang di bawa oleh semua rasul ialah tauhidillah dan pengabdian diri kepada Allah
SWT seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT. Firman Allah:

JAPIM Page 25
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Maksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)


seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh
itu, beribadatlah kamu kepadaKu
(Al-Anbiya’:25).
5. Sifat Maksum
Semua nabi dan rasul dijelaskan sebagai manusia yang paling sempurna. Oleh itu
semua nabi dan rasul tidak melakukan sebarang perlakuan yang bertetangann dengan
kesempurnaan yang ada pada mereka. Sifat Ismah adalah satu sifat penting yang
boleh menolong semua rasul untuk menjauhi semua perlakuan yang boleh
mencacatkan kesempurnaan pelaksanaan tugas kenabian dan kerasulan yang
diletakkan ke bahu mereka.

6. Mithaq (janji setia)


Semua nabi dan rasul membuat perjanjian atau pengakuan (mithaq) untuk beriman
dana saling membantu antara sesama mereka.

8. KONSEP KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

Ulama’ tafsir membuat penjelasan bahawa Allah menyebut “kematian dan kehidupan”
bertujuan memberi gambaran kepada kita bahawa semua makhluk termasuk kita berasal
daripada keadaan tiada, sehinggalah Allah menciptakan kita. Pada masa itu bermulalah
kehidupan kita dari alam roh, kemudian kita berpindah ke alam rahim, lalu dilahirkan oleh
ibu ke alam dunia.
Di dunia kita melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Kemudian apabila
sampai masa yang ditetapkan kita meninggalkan dunia dan transit di alam kubur, menanti
tibanya Hari Kebangkitan (Qiyamah), hari yang amat dahsyat dan menggerunkan, merupakan
pintu masuk ke sebuah alam yang kekal abadi, itulah alam Akhirat. Apabila berlakunya Hari
Qiyamah berpindahlah kita dari alam kubur ke alam akhirat.

8.1 Alam Ciptaan Allah SWT


Alam serta isinya termasuk langit dan bumi dan segala isi kandungannya iaitu
bintang, matahari dan segala planet lain dan sebagainya, begitu juga manusia, haiwan,
tumbuhan, gunung-ganang dan pelbagai lagi ciptaan Allah SWT secara mutlak. Manusia

JAPIM Page 26
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

ciptaan Allah SWT tidak mampu mencipta sesuatu daripada ciptaan Allah SWT sekalipun
semua manusia bersepakat untuk menciptanya.
Alam tempat kita hidup dan membangun ini telah diciptakan Allah SWT, begitu juga
manusia adalah ciptaan Allah SWT. Allah menciptakan manusia daripada tanah, kemudian
daripada air mani hasil daripada percampuran benih lelaki dan benih perempuan. Allah SWT
mengurniakan nikmat kepada manusia, iaitu ikmat zahir dan batin supaya manusia bersyukur.
Allah SWT mencipta makhluknya secara berpasangan, tumbuh-tumbuhan, haiwan,
manusia, yang kita ketahui dan juga yang tidak diketahui. Allah juga mencipta malam dan
siang, gelap dan terang, bulan dan matahari serta bintang-bintang dan tumbuh-tumbuhan
yang melata dan yang tidak melata. Allah menjadikan siang untuk mencari nafkah kehidupan
dan menjadikan malam silih berganti supaya manusia dapat beristirehat.
Allah SWT yang mentakdirkan bagi setiap yang bernafas atau bernyawa akan
mempunyai mati dan mentakdirkan kepada manusia bahawa selepas kematian mausia akan
dibangkitkan semula dan dihimpunkan semula ke alam mahsyar untuk memberi balasan yang
setimpal ke atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh manuisa di dunia iaitu baik ataupun
jahat.

8.2 Allah Mencipta Alam Ini Untuk Kepentingan Manusia


Allah mencipta alam ini untuk manusia mengambil manfaat daripadanya, dan
memberi kebebasan kepada manusia melakukan apa sahaja daripada alam ini berdasarkan
firman Allah:

‫ض‬ ‫ت لومَا ضفىِ ا ل‬


‫لرَأ ض‬ ‫ال لسسخلر للُكمُ مَا ضفىِ السسوموو ض‬ ‫ألللمُ تللروا ألسن س‬
‫ۗ غوغأسَبغغغ غعلغيَككمُ ننغعغمهك ظظنهغرة غوبَانطنغة‬
Maksud: “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan
kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?”
(Luqman : 20)
Allah memberi kemudahan kepada manusia segala sesuatu yang ada di langit dan di
bumi, di darat dan di lautan. Awan telah ditugaskan untuk berkhidmat kepada manusia kerana
ia membawa air yang dikumpul begitu susah payah daripada lautan dan sungai-sungai lalu
diturunkan semula ke bumi dalam bentuk hujan yang boleh menyebabkan tumbuhnya biji-
bijian dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi rezeki untuk manusia.

JAPIM Page 27
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

Lautan dan sungai yang diciptakan untuk kemudahan manusia mengambil faedah
daripadanya, kerana dengan lautan dan sungai terdapat sumber-sumber pemakanan manusia
seperti ikan, udang dan sebagainya. Lautan dan sungai juga berfungsi menjadi habitat laut
dan menjadi jalan perhubungan umat manusia daripada sebuah negara ke sebuah negara yang
lain. Begitu juga di dasar lautan terdapat berbagai jenis makhluk yang boleh dimakan dan
dijadikan perhiasan oleh manusia.
Matahari dan bulan juga dikurniakan dengan kelengkapan yang beraneka bentuk dan
dapat memberi faedah kepada manusia. Umpamanya menjadi sumber tenaga dan cahaya.
Pendeknya seluruh alam adalah diciptakan oleh Allah SWT sebahagiannya untuk memenuhi
kelengkapan sebagai syarat untuk manusia hidup di bumi Allah SWT.

8.3 Konsep Kematian


Mati ialah tercetusnya hubungan roh dengan jasad zahir batin, perpisahan antara keduanya,
atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan lain. Mati berbeza dengan tidur
kerana tidur berupa terputusnya roh buat sementara dengan hubungan-hubungan lahiriah.
Kita menyedari bahawa dua perkara yang terpaksa dialami oleh setiap manusia ialah
mati dan keduanya ialah sesudah mati akan hidup kembali ke alam barzakh atau alam
akhirat. Kematian adalah satu perkara yang pasti berlaku kepada setiap orang yang bernyawa.
Firman Allah:
‫ش ييدد لة‬
‫ج نم د‬ ‫أدسينددماَّ تدنكوُننوُا ينسد عر سك نك نم اسل دم سوُ ن‬
‫ت دو لدسوُ نك سن تنسم عفيِ بننرو ل‬
Maksud : Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh Surah An-Nisak : 78)

9. PERANAN AQIDAH DAN KESANNYA

Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan
kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang.
Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius
terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera
kehidupannya. Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup

JAPIM Page 28
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

seseorang. Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan seseorang muslim. Akidah
yang lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang.
Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka hendaklah kita
berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita melalui amal soleh yang merangkumi
ibadat umum dan ibadat khusus. Secara ringkasnya antara lain, kita hendaklah berusaha
untuk:
 Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib. Cuba
menghubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
 Mengelakkan diri dari suasana dosa dan maksiat.
 Bermujahadah melawan nafsu (Al-Nafs) dan jihad melawan pujuk rayu syaitan perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan.
 Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram.
 Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah,
bertadabbur Al-Quran dan mengamalkan Sunnah serta melatih diri untuk sentiasa
mengingati Allah S.W.T.
 Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri).
 Sentiasa berdoa.
 Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Akidah juga mempunyai peranan yang penting ke arah membina pandangan alam
yang harmoni terhadap alam sekitar. Pandangan alam seperti yang dikemukakan oleh Islam
begitu menitikberatkan hubungan tiga penjuru, iaitu di antara manusia dengan Allah, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam tabii. Selain daripada itu, akidah juga
memainkan peranan yang penting bagi memupuk falsafah hidup seseorang muslim.
Penganut-penganut Islam ditanam dengan kepercayaan bahawa penciptaan alam semesta
bukanlah tanpa matlamat tertentu.
Bagi memastikan manusia membuat pilihan yang tepat, Allah telah mengurniakan
manusia hikmah (kebijaksanaan) malah mengutuskan para Rasul untuk membawa petunjuk.
Umat Islam juga diyakinkan bahawa kewujudan mereka sendiri mempunyai matlamat, iaitu
untuk menyempurnakan tanggungjawab u’budiyyah, khalifah dan amanah. Mereka mestilah
menyempurnakan tanggungjawab-tangungjawab tersebut, yang juga termasuk di dalamnya
tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.
Akidah boleh merangsang dan memotivasikan seseorang muslim untuk melakukan
amalan baik dan mulia dalam hidupnya. Peranan ini jelas kerana akidah yang tersemat kukuh
dalam diri individu muslim akan menggerakkan seluruh anggota untuk menterjemahkan

JAPIM Page 29
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

secara praktikal seluruh ajaran Allah yang diyakininya sebagai benar dan perlu dihayatinya
dalam kehidupan.
Akidah juga melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan
optimis dalam kehidupan (Ibid). Kepercayaan muslim tentang wujudnya Tuhan dan alam lain
(alam barzakh) yang bakal ditempuhinya kelak selepas meninggalkan dunia ini akan
menjadikannya sebagai manusia yang berpandangan jauh. Bermakna di sini individu akan
melakukan amalan berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima
ketentuan semasa hidup tanpa adanya prasangka buruk terhadap Tuhan.

JAPIM Page 30
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

UJI MINDA

1. Akidah merupakan teras kepada Islam dan iman. Bincangkan.

2. Terangkan bagaimanakah cara beriman kepada tauhid uluhiyyah dan tauhid


rububiyyah.

3. Jelaskan kesan daripada memahami konsep uluhiyyah dan tauhid rububiyyah


dari sudut akidah.

4. Huraikan maksud syahadatain secara meluas mengikut pendapat para ulamak


dengan berpandukan kepada dalil-dalil syarak.

5. Jelaskan maksud ucapan dua kalimah syahadah dan nyatakan perkara-perkara


yang terkandung dalam dua kalimah syahadah.

6. Cadangkan cara-cara untuk melahirkan muslim yang berakidah dan berakhlak.

7. Nyata dan jelaskan ciri-ciri manusia yang beriman kepada Rukun Iman yang
enam.

8. Kerosakan akidah boleh berlaku melalui iktikad, perkataan dan perbuatan.


Jelaskan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas.

9. Kemukakan ciri-ciri kerosakan akidah pada zaman kepesatan teknologi pada


masa kini.

10. Berikan pandangan anda bagaimanakah gejala murtad boleh berlaku dalam
kalangan umat Islam kini.

11. Jelaskan perbezaan antara iman, kufur dan murtad

12. Apakah akibat dari aspek akidah, sekiranya Ali mengeluarkan ucapan “ Hukum
hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan kejam”.

13. Jelaskan maksud insan rabbani .

14. Allah mencipta alam ini untuk manusia. Bincangkan.

15. Jelaskan tentang konsep kematian.

16. Huraikan konsep ilmu sepadu dalam hubungannya melahirkan muslim yang
beriman, bertakwa dan berakhlak.

JAPIM Page 31
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)

RUJUKAN

1. Ahmad bin Mohd Salleh, 1995. Pendidikan Islam- Siri Pendidikan


Perguruan(Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Sulaiman Endut, 1993. Asas-asas Fardu Ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
3. Wahibah Twahir@H.Tahir, Husna Husain dan Dr Ibrahim Hashim, 2012. Iman dan
Kehidupan- Modul Program Pendidikan Jarak Jauh. Perak: Universiti Perguruan
Sultan Idris.
4. Abdul Karim Zaidan, 1984, Usul Dakwah, Kuala Lumpur; Pustaka Al-Ameen.
5. Abu Bakar Jabir Al jazair, 1986, Aqidah Mukmin, (Terjemahan) Ismail Mohd. Hasan.
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
6. Ramli Awang, (1997) Tasawwur Rabbani Menurut al Quran dan alSunnah,
KualaLumpur : al HidayahPublishers.
7. Haron Din, Prof. Dato’ Dr.(1992) Tasawwur Islam, Shah Alam: Hizbi dn. Bhd.
8. Sayed Sabiq. (2007).Akidah Islam Menurut al-Quran dan Al Hadis. Kuala Lumpur :
Pustaka Salam
9. Haji Abdul Hadi Haji Awang, (1985) Muqaddimah Aqidah Muslim, Penerbit Gedung
Gua

JAPIM Page 32