Anda di halaman 1dari 11

Kudapkudap.

krepek
5 Resepi Kerepek Pelbagai Jenis

Ada pelbagai jenis kerepek di Malaysia ini. Orang-orang Malaysia


sememangnya sangat kreatif terutamanya apabila membuat
kudapan atau makanan ringan untuk dimakan secara santai atau
sebagai makanan kegemaran. Resepi-resepi ini dikongsikan oleh
pengguna-pengguna Fb dan menerima sambutan yang sangat hebat
oleh pembaca. Ribuan perkongsian dan kami kumpulkan khas untuk
pembaca!
Jom tengok cara nak buat 5 resepi kerepek yang best seperti di
bawah ini!
 Resepi Kerepek Biji Durian
 Resepi Kerepek Crabstick
 Resepi Kerepek Pisang Tanduk
 Resepi Kerepek Bawang
 Resepi Kerepek Kentang Cheese

Kudapkudap.krepek
1
1- Resepi Kerepek Biji Durian

Bahan-bahan
Biji durian
Tepung goreng bestari
Cara Menyediakan
Basuh biji durian dengan bersih.
Biji durian kemudian direbus dan dibuang kulit.

Hiris nipis biji durian tersebut.


Kemudian gaulkn dgn tepung BESTARI dan
digoreng. Biji durian biasanya berlendir,
oleh itu bila bersalut dengan tepung,
rasanya lebih

2
Kudapkudap.krepek
2- Resepi Kerepek Crabstick

Bahan-bahan
 1kg Crabstick
 Tepung goreng ayam (3 – 4 sudu besar)
 Daun kari
Cara Menyediakan
Belah dan kopek crabstick yang telah lembut. Crabstick tu kluarkan
awal 2-3 jam dr peti ais sebelum kopek.
Tabur dan gaulkan tepung goreng ayam.
Goreng dalam minyak yang banyak.
Masukkan daun kari bila dah hampir garing. Pastikan tidak terlalu
awal untuk elakkan ia daripada hangus.

3- Kerepek Pisang Tanduk

Bahan-bahan
 Pisang tanduk (siap dibuang kulit)
 Bawang putih
 Majerin
 Air garam ( buat semangkuk * sekali goreng akan guna dalam
sesudu)

3
Kudapkudap.krepek
Cara Menyediakan
Panaskan minyak. Kemudian, masukkan secawan marjerin (250 ml)
ke dalam minyak tersebut. Pastikan marjerin betul-betul cair
bersama minyak.
Sagatkan pisang ke dalam minyak panas tersebut. Pastikan nipis
menjadikan ia lebih rangup. Penuhkan kuali dengan sebatang atau
dua batang pisang.
Gaulkan kerepek tersebut dan kemudian masukkan air garam dalam
satu sudu.

Kemudian, masukkan bawang putih yang sudah siap dihiris nipis


dalam 1 atau 2 sudu ( anggaran 2 atau 3 ulas, tak perlu terlalu
banyak nanti hilang kemanisan pisang namun bawang putih ini
adalah rahsianya. )
Balik-balikkan kerepek tersebut sampai ianya kekuningan dan
kelihatan rangup.
Kemudian angkat dan toskan
minyaknya. Siap dan sedia
untuk dimakan!

4
Kudapkudap.krepek
4- Resepi Kerepek Bawang

Bahan-Bahan
DOH PEDAS
 3 cawan tepung gandum
 2 sudu cili boh
 Bawang besar 2 biji (kisarkan)
 Bawang putih 6 ulas (kisarkan)
 Garam
 Sedikit serbuk Ajinomoto
 Air
DOH PUTIH
 3 Cawan tepung gandum
 2 sudu marjerin
 Garam
 Sedikit serbuk Ajinomoto
 Air

Cara Menyediakan
-Campurkan bahan-bahan untuk doh pedas dan
doh putih, dan uli sehingga menjadi 2 doh.-
Kemudian canaikan doh putih dan doh pedas
sehingga nipis.
-Ambil doh putih dan letakkan di atas doh
pedas, dan gulungkan.
-Hiris nipis secara melintang sehingga menjadi
kepingan nipis.
-Goreng dalam minyak sehingga kekuningan.

5
Kudapkudap.krepek
5- Resepi Kerepek Kentang Cheese
Bahan-bahan
 Kentang
 2 sudu besar cuka makan
 Minyak
 500 ml Air
 Garam
 Serbuk cheese ( nak ganti dengan lain pun boleh contoh :
serbuk lada hitam, serbuk cili)
Cara Menyediakan
Koyak kulit kentang.
Guna pisau kupas kulit untuk hiris kentang halus-halus.
Rebus air bersama 2 sudu cuka makan, bila dah gelegak masukkan
kentang, biarkan selama 3 minit (Tips untuk kentang kekal rangup
dan tidak lembik bila di goreng)
Basuh dan toskan kentang, biarkan kentang kering seketika.
Panaskan Minyak dan pastikan minyak panas baru goreng kentang
yang dah di tos sehingga kering airnya.
Goreng sehingga warna bertukar kuning
keemasan and gelap sedikit.
Tapis dengan tisu dapur, biarkan minyak
serap di tisu.
Masukkan kentang ke dalan bekas tertutup,
Tabur garam sedikit with serbuk cheese.
Tutup Bekas and goncang bekas. Siap!

6
Kudapkudap.krepek
5 Cara Rangupkan Semula Biskut, Kacang, Kerepek & Popcorn
Yang Lemau
Aduh, siapalah tak tutup kuat-kuat bekas ni. Dah lemau rasa
keropoknya. Dahlah penat aku goreng semalam. Dah tu takkan nak
buang aja? Apa cara nak rangupkan semula keropok ni ya?”
Kadang-kadang makanan yang kita simpan baru 1-2 hari pun boleh
lemau sebab tak perasan tak tutup semula dengan kedap. Ada tu
bekasnya yang kurang elok dan masuk angin macam kuih raya kita
biasa simpan. Yang paling frust tu kalau kita baru beli tapi dapat yang
lemau – contohnya popcorn!
5 TIPS MERANGUPKAN SEMULA BISKUT, KEROPOK, KEREPEK &
POPCORN YANG LEMAU
1. PANASKAN DALAM OVEN
Tips yang pertama mudah saja. Cuma perlu sediakan alas / tray dan
masukkan semula makanan selama 3-5 minit dengan suhu 180
darjah celcius. Pastikan biskut tadi dijarakkan sedikit atau ditabur
rata-rata.
Tunggu sejuk dan anda boleh menikmatinya macam biasa. Selalunya
orang buat cara ini untuk rangupkan biskut. Ia akan menjadi rangup
di luar dan lembut di dalam. Boleh juga guna untuk kerepek atau
popcorn asalkan kena adjust sikit suhunya supaya tak hangus.

7
Kudapkudap.krepek
2. GUNA MICROWAVE
Bagi yang tak ada oven, boleh juga guna microwave. Caranya lebih
kurang sama, cuma anda perlu letakkan sehelai tisu di sebagai alasnya.
Tisu ni fungsinya nak menyerap kelembapan supaya makanan jadi
garing semula.
Lepas tu microwave pada suhu Medium / High selama 40 saat. Masa
keluarkan dari microwave tu awalnya akan nampak lembut, tapi bila dah
sejuk sikit ia akan kembali rangup!

3. MASUKKAN DALAM RICE COOKER


Cara seterusnya ni pun mudah sebab hampir semua rumah ada rice
cooker kan?
Mula-mula pastikan bahagian dalam periuk tu kering. Kemudian
masukkan apa-apa jenis
kudapan kering ke dalam periuk
tersebut. Yang jenis basah tak
bolehlah ya. Kemudian tekan
butang ‘warm’ dan biarkan
selama 1 jam dan cuba rasa
apabila dah sejuk sedikit. Kalau
masih lemau boleh tambahkan
lagi setengah jam hingga betul-
betul rangup.

8
Kudapkudap.krepek
4. GUNA AIR FRYER
Selalunya kita takut nak goreng semula kerepek atau keropok sebab
nanti terlalu berminyak. Takut juga kalau-kalau terlebih kolesterol pula.
Jadi bolehlah guna air fryer untuk kes-
kes macam ni. Boleh ‘gorengkan’ 2-3
minit dengan suhu 180-200 darjah
celsius. Tunggu sejuk dan enjoy! Cara
ini juga boleh digunakan untuk kes-kes
popcorn yang asyik lemau walaupun
baru dibeli.

5. PANGGANG ATAS API PERLAHAN


Akhir sekali, mungkin ramai dah biasa guna cara ini terutamanya untuk
biskut raya yang dah lemau. Caranya panggang semula atas api
dengan non-stick pan atau pemanggang ajaib. Gunakan api paling
rendah dan panaskan selama lebih kurang 5-10 minit.

SEELOKNYA DIHABISKAN TERUS LEPAS DIPANASKAN


Bagi yang nak cuba teknik-teknik ini, seeloknya ambil portion yang nak
dimakan saja untuk dirangupkan semula. Sebab selalunya kalau dah
sejuk balik, ia mungkin akan jadi lemau atau keras semula. Jadi, tak
sedaplah kalau dipanaskan berulang kali. Rasanya pun kurang segar
nanti.
Lagipun, tak elok simpan makanan lama-lama sangat kan? Tapi sesuai
sangatlah apply tips ini kalau nak elakkan pembaziran.
Selamat mencuba!
9
Kudapkudap.krepek
10
Kudapkudap.krepek

Anda mungkin juga menyukai