Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Laporan ini adalah mengenai amali yang telah ditugaskan di dalam kerja kursus RBTS3213
iaitu pengenalan kepada teknologi bahan dan pembuatan. Amali ini dilakukan berdasarkan lakaran
yang di berikan. Pelajar-pelajar juga telah di bekalkan dengan bahan dan peralatan yang digunakan
dalam menjalankan amali tersebut. Setiap bahan dan peralatan yang digunakan mempunyai
fungsinya yang tersendiri. Projek amali yang dihasilkan ialah rak cermin. Rak cermin ini
mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya. Antaranya ialah dapat meletakkan barangan seperti
alat solehk di atas rak cermin itu dan kegunaan cermin yang merupakan alat untuk melihat atau
bersolek.

2.0 Senarai bahan dan pengikat

Peralatan Kuantiti Fungsi


Kayu berketam 20 mm X 100 mm 1 • Bahan asas pembuatan hasil-
X 300 mm hasil kayu atau pembinaan,
Kayu berketam 20 mm X 100 mm 1  Bahan asas pembuatan hasil-
X 250 mm hasil kayu atau pembinaan,
Kayu berketam 20 mm X 100 mm 2  Bahan asas pembuatan hasil-
X 100 mm hasil kayu atau pembinaan,
Cermin Muka 3 mm x 90mm x  Untuk melihat wajah atau
180mm 1 bersolek
Kepingan Atuminium 0.5 mm X  Ringan dan mudah dibentuk
250 mm X 250 mm 1  Mudah dipotong
Skru ? 4  Mengikat kepingan-kepingan
kayu dan logam
Double Side Tape (3M) 13/25 mm 1  Untuk melekatkan cermin
pada kayu
Paku panel bersaiz 8  digunakan untuk kerja halus
 Digunakan untuk
mencantumkan kayu
 Digunakan untuk menguatkan
tanggam

3.0 Alatan tangan mesin dan tungsi

Peralatan Gambar Fungsi


Tukul • Merupakan satu alat
kuku untuk mengetuk dan
kambing mencabt paku pada
kayu
• Mempunyai 4 bahagian
iaitu kepala kuku
kambing muka dan
hulu.
Gandin  Digunakan untuk kerja
kayu pemasangan atau
menukul pahat

Mesin  Digunakan untuk


gerudi membuat lubang pada
meja kayu atau logam
Kikir rata  Untuk memotong,
menipiskan atau
melicinkan sesuatu
bahan.

Kikir  Digunakan untuk


parut merata dan mengikir
kayu kayu dengan cepat
 Membentuk lengkuk
pada tepi kayu

Gunting  Digunakan untuk


logam memotong kepingan
logam seperti
aluminium

Pembaris
keluli  Digunakan untuk
mengukur dan menanda
jarak
 Membuat garisan lurus
serta memindahkan
ukuran
Sesikul L  Membuat garisan
bersudut tepat 90o
 Menguji kepersegian
 Menguji kerataan
permukaan kayu

Pensil  Untuk membuat tanda


pada kayu sepeti
garisan pada kayu yang
ingin dipotong

Tolok  Digunakan untuk


penanda membuat garisan selari
dengan muka atau tepi
kayu

Mesin  Digunakan untuk


memasang dan
pemutar
melonggarkan skru
skru pada logam dan kayu
tanpa
wayar
Kakak tua  Kakak tua digunakan
untuk mengeluarkan
paku, memotong dawai,
dan sebagainya

Apit-F  Memegang kayu yang


hendak digerudikan,
dipahat, atau
digergajikan

mata  Menghasilkan lubang


gerudi pada kepingan logam
pintal 10 atau kayu
mm
JANGKA  Untuk menanda
TOLOK lengkungan pada
SUKU kepingan logam
BULAT
Penggarit  Untuk membuat
penanda pada kepingan
logam supaya
mendapatkan garisan
yang jelas

Mesin  Digunakan untuk


pemotong memotong kayu dan
kayu membuat tanggam

Pahat tepi  Digunakan untuk


serong ¼ memahat,meraut,
inci menatal dan
membersihkan bucu
tanggam.
4.0 Kekemasan
Bahan Kemasan Gambar Fungsi
Cat tin aerosol  Untuk mewarnakan
permukaan kayu dan
 logam yang licin

Kertas Las Gred 00  Meratakan dan


atau 0 melicinkan
permukaan kayu
sebelum disapu
dengan bahan
kemasan
 Dapat
membersihkan
calar,garisan dan
tanda pada
permukaan bahan

5.0 Langkah langkah pembinaan


Langkah-langkah pembinaan Huraian
Mengukur dan menanda 1. Setelah kayu dipilih berdasarkan kuantiti
yang telah ditetapkan, kayu tersebut ditanda
menggunakan pensel tukang dan pembaris
keluli untuk membuat tanggam.

2. Sesiku L digunakan untuk menguji


ketepatan garis lurus pada garisan tersebut.
3. Kepingan logam ditanda dengan membuat
segi empat sama berukuran 25 mm pada
kedua-dua belah sisi atas aluminium.

4. Seterusnya tolok penanda dibuka selebar 25


mm dan menanda lengkungan pada sisi kiri
dan kanan aluminium.

5. Kepingan aluminium juga ditanda dengan


menggunakan penggarit untuk meletakkan
skru bagi tujuan menyambungkan logam dan
kayu.

Memotong bahan untuk menyediakan 1. Amali yang dilakukan ini tidak menjalani
bahagian-bahagian proiek proses pemotongan bagi bahagian-bahagian
kayu kerana kayu yang disediakan telah
mengikut ukuran yang telah disediakan.

2. Namun begitu, bagi kepingan logam,


proses memotong bahagian atas logam bagi
membuat lengkungan telah dilakukan.
aluminium itu digunting menggunakan
gunting logam.
Membina tanggam 1. Selepas itu, garisan yang telah ditanda pada
kayu itu dipotong menggunakan mesin
pemotong kayu untuk membuat tanggam.

2. Kedalaman mata gergaji untuk memotong


kayu dilaraskan supaya mendapat kedalaman
tanggam yang ingini.
4. Keempat-empat lubang tersebut dipotong
dengan mengambil langkah-langkah
keselamatan semasa memotong untuk
mengelakkan kecederaan.

5. Pahat serong dan gandin kayu digunakan


bagi memahat kayu pada lubang yang
disediakan supaya mendapat lubang tanggam
yang kemas.
Memasang projek 1. Apabila tanggam telah siap dibina, projek
dicantumkan dengan mengemaskan tanggam
menggunakan paku panel.

2.Seterusnya, lubang juga dilakukan pada


logam yang telah ditanda dengan penggarik
menggunakan mesin gerudi meja.

3. Proses pencantuman antara logam dan kayu


dilakukan selepas projek telah siap dicat.
Cermin juga dipasang selepas pemasangan
antara logam dan kayu dilakukan.
Kekemasan 1. Aluminium dikemaskan dengan meratakan
lengkungan yang dipotong menggunakan
kikir rata.

2. Kayu digosok menggunakan kertas las bagi


mendapatkan permukaan yang licin pada kayu
tersebut.
3. Setersnya, projek dicat menggunakan cat
penyembur aerosol dan dibiarkan sehingga ia
kering.

6.0 Refleksi
Setelah menyiapkan projek amali yang ditugaskan, saya sangat bersyukur kerana mampu
menyiapkan tugasan bagi kursus kerja kursus RBTS3213 iaitu pengenalan kepada teknologi bahan
dan pembuatan dalam masa yang ditetapkan. Projek amali yang dihasilkan terbentuk dengan baik
seperti yang dirancang. Ia dapat dilaksanakan dengan baik. Sepanjang melaksanakan tugasan,
pengalaman-pengalaman baharu dapat diperoleh. Terdapat juga kekangan dan halangan dalam
melakukan tugasan ini.

Pendedahan awal mengenai bahan pembuatan dan alatan telah didedahkan terlebih dahulu
oleh Encik Manaf bin Bejau mengenai bahan-bahan yang digunakan, jenis tanggam, alatan angan,
alatan mesin dan sebagainya. Langkah keselamatan juga diterangkan bagi mengelakkan kesilapan
berlaku semasa amali dilakukan bagi mengelakkan kecederaan. Setelah mendapat maklumat
tentang tugasan yang hendak dilakukan, perancangan awal mula dilakukan. Perancangan masa
juga dilakukan bagi mengelakkan daripada tugasan yang diberikan tidak sempat disiapkan kerana
masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan projek ini adalah hanya 3 jam sahaja.

Projek ini dilaksanakan menggunakan aplikasi tanggam dan menggunakan bahan-bahan


seperti kayu dan logam. Bahan pengikat yang digunakan adalah seperti skru dan paku. Kayu
digunakan sebagai bahan asas dalam projek ini kerana kayu merupakan bahan semulajadi yang
unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit
dan keluli. Kayumempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan
bahan binaan yang lain. Dalam melaksanakan projek ini, tanggam dilakukan. Tanggam adalah
salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang
diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam yang
dibina ialah tanggam parit dimana tanggam Parit adalah lebih kukuh dari tanggam temu. Ia biasa
digunakan untuk pemasangan tetingkat, almari dan rak. Tanggam parit terdiri daripada 2 jenis iaitu
tanggam parit terus dan tanggam parit buntu. Namun begitu, tanggam parit yang digunakan ialah
tanggam parit terus.
Terdapat halangan dalam melaksanakan tugasan. Antarannya ialah masa. Hal ini kerana
masa 3 jam yang diberikan adalah terlalu padat menyebabkan kesukaran bagi menyiapkan tugasan
mengikut perancangan yang dibuat. Jadi, ia hendaklah dilakukan dengan cepat dan mengurangkan
kesilapan-kesilapan supaya tidak berlak kecacatan pada projek yang dilaksanakan. Selain itu,
disebabkan ia merupakan satu kemahiran dan memerlukan penelitian, ia menjadi cabaran kepada
saya untuk melakukannya dengan yang terbaik. Tambahan lagi, ia merupakan kali pertama bagi
saya untuk melakukan kerja kayu menggunakan alatan seperti mesin.

Di sebalik halangan dan cabaran yang dihadapi, ia memberi suatu pengalaman yang
berharga kepada saya dimana saya belajar untuk membahagikan masa dengan sebaiknya untuk
menyiapkannya. Selain itu, pengalaman yang diperoleh ialah saya dapat belajar teknik-teknik asas
dalam proses membuat tanggam dan ia dapat digunakan dalam mengaplikasikannya di sekolah. Ia
juga dapat membantu saya melatih diri untuk lebih fokus kerana semasa melakukan tanggam kita
hendaklah berhati-hati dan fokus terhadap kerja yang dilakukan untuk mengelakkan kesilapan
seperti salah menanda berlaku. Kita juga hendaklah fokus bagi mengelakkan kecederaan berlaku.
Sikap tanggungjawab dan bertolak ansur juga dapat ditingkatkan dalam diri apabila saya dan
rakan-rakan seperjuangan berkongsi alatan bersama-sama dan bergilir-gilir menggunakan alatan.

Terdapat kelemahan dan kelebihan pada projek yang dilakukan. Antara kelebihan projek
amali yang dilakukan ialah ia kelihatan menarik apabila dicat. Hal ini akan menarik perhatian
pemerhati untuk melihatnya. Selain itu, ia juga kukuh kerana tanggam yang dilakukan tidak
longgar dan dikemaskan lagi dengan menggunakan paku. Namun begitu, terdapat juga kekurangan
pada projek yang dihasilkan. Antara kekurangannya ialah Kayu berketam 20 mm X 100 mm X
100 mm yang diperoleh tidak sama lebar menyebabkan ia kelihatan kedalam daripada kelebaran
kayu berketam Kayu berketam 20 mm X 100 mm X 300 mm. Jadi ia kelihatan kurang kemas.
Selain itu, kemahiran-kemahiran dalam membuat tanggam dan mencantumkan projek boleh
diperbaiki untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas dan menarik.

Kesimpulannya, penghasilan projek amali ini memberikan saya ilmu baru dan kemahiran
baru yang dapat digilap lagi pada masa akan datang supaya saya menjadi lebih mahir dan mampu
menghasilkan pelbagai jenis tanggam lagi sera menghasilkan lebih banyak produk. Diharapkan
pada masa akan atang, lebih banyak kemahiran-kemhairan seperti ini diajar bagi mengukuhkan
pengetahuan.
Rujukan

Azman, M. N. A., Isa, N. H. M., Sharif, A. M., & Mustapha, R. (2014). Mini Meja Tanggam

(MMT). Jurnal Teknologi, 72(1).

Azman, M. N. A., Azli, N. A., Mustapha, R., Balakrishnan, B., & Isa, N. K. M. (2014).

Penggunaan alat bantu mengajar ke atas guru pelatih bagi topik kerja kayu, paip dan

logam. Sains Humanika, 3(1).

Ibrahim, N., & Azmi, K. A. (2013, October). Preserving Malay architectural heritage through

virtual reconstruction. In 2013 Digital Heritage International Congress

(DigitalHeritage) (Vol. 1, pp. 739-742). IEEE.

Norasimah, S., & Tahib, M. (2015). Pengolahan senibina pertukangan tanggam dalam kajian

rekabentuk perabot(Doctoral dissertation, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisa).

Sabil, A. B., & Utaberta, N. (2011). Documentation and analysis of sustainable design and

apllication of tanggam system in Malay traditional house. In Advanced Materials

Research (Vol. 291, pp. 984-987). Trans Tech Publications.

Anda mungkin juga menyukai