Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM AMALI

SEMBELIHAN 2018

TEMPAT:
MASJID AS-SALAM

PADA:
6 SEPTEMBER 2018

ANJURAN:
PEJABAT i-MiTS DUN RHU RENDANG
I. PENGENALAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita
rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang
dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori, tetapi ia perlu dipraktikkan dan
dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Institut Modal Insan Terengganu
Sejahtera Dun Rhu Rendang di bawah Unit Penyediaan Latihan dengan kerjasama Unit Belia
ingin mengisi ruang untuk menganjurkan Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan
agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para peserta untuk
dijadikan bekalan di masa akan datang.

II. OBJEKTIF

 Memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara-cara melakukan


sembelihan dengan betul.
 Memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktikkan ilmu berkaitan
dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
 Memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta melalui proses
sembelihan.
 Memupuk semangat kerjasama di antara peserta.

III. TARIKH DAN TEMPAT

BIL. TARIKH TEMPAT


1. 6 Sep 2018, Khamis Sekitar Kawasan Masjid As-Salam

IV. GOLONGAN SASAR

AJK masjid Dun Rhu Rendang dan masyarakat setempat.

V. TENAGA KERJA

Kakitangan i-MiTS Dun Rhu Rendang dan pemimpin setempat.


VI. KEPERLUAN PROGRAM

Program yang dirancang oleh i-MiTS Dun Rhu Rendang diharap dapat mencapai
objektif serta mendapat kerjasama dari semua pihak i-MiTS dan masyarakat
setempat. Semoga program ini yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat
memberi impak yang positif kepada semua pihak.

VII. TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA TINDAKAN

7.45 pagi Peserta berkumpul Di Masjid As-Salam


8.15 pagi Taklimat Program Penyelaras
8.45 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan Penceramah:
dan demonstrasi sembelihan
9.00 pagi Praktikal penyembelihan oleh para peserta Semua AJK masjid dan
jemputan
12.00 Majlis Bersurai
tengahari

VIII. ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH


(RM)
1. Sarapan Pagi 50 RM3.00 RM150.00

2. Ayam 50 RM15.00 RM750.00

3. Air Mineral 50 RM1.00 RM50.00

4. Pisau Belah 50 RM3.00 RM150.00

5. Plastik Sampah 10 RM2.00 RM20.00

6. Bayaran Penceramah - - RM200.00

JUMLAH RM 1320.00
IX. PENUTUP

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat
semua puhak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan
mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t

DISEDIAKAN OLEH; DISEMAK OLEH;

…………………………………………… ……………………………................
(MOHD BIN EMBONG) (HARUN BIN JUSOH)
PENYELIA KETUA PENYELIA PARLIMEN
i-MiTS DUN RHU RENDANG i-MiTS DUN RHU RENDANG

DILULUSKAN OLEH:

………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai