Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SABK AL-HIDAYAH PARIT ABAS 34350 KUALA KURAU, PERAK
KOD SEKOLAH: AFT 3001
1. NAMA GURU NURSURIANI BINTI OTHMAN
2. JUDUL KANTA KESEDARAN
3. PENGARANG PROF. DR. MUHAYA HJ. MOHAMAD
4. TERBITAN ASSOHWAH PUBLICATION SDN BHD
5. MUKA SURAT 130 MUKA SURAT
6. SINOPSIS

Buku ini memberikan penekanan terhadap konsep “kesyukuran”. Semakin


hari semakin dekat dengan Allah dan orang yang dekat dengan Allah,
Allah dekat dengannya. Semakin kita dekat dengan-Nya semakin kita
Berjaya dunia dan akhirat. Jika kita menjaga urusan Allah, Allah menjaga
urusan dunia kita, hingga sampai tahap malu kita, hendak meminta
selain daripada Allah. Akidah baik, Ibadah baik dan akhlak baik, hidup
akan tenang dan bahagia. Ibarat sebatang pohon, baik atau buruk
buahnya bergantung kepada pohon. Pada sebatang pohon yang
paling penting dijaga sejak dari awal peringkat pertumbuhan, adalah
akarnya, bukan rantingnya. Akarnya adalah akidah. Kuat akarnya,
bercambahlah rantingnya. Rantingnya adalah ibadah. Banyak
rantingnya, banyaklah buahnya. Buahnya atau hasilnya yang baik
adalah akhlak yang baik. Jaga kualiti tiga perkara ini (akidah, ibadah
dan akhlak) menjadi jaminan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

7. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Pembaca dapat Mengawal minda dan dan mendidik hati dengan


konsep “reset minda” iaitu mengajak pembaca merenung diri sendiri,
melalui konsep kanta kehidupan.
8. Aplikasi Ilmu dalam Organisasi/P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan


yang sesuai untuk mengubah personaliti manusia menjadi lebih baik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia remaja
mempunyai pelbagai cabaran. Pelajar sekolah seringkali melakukan
salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan di tangani
dengan berhemah dan bijaksana.

Selain itu, buku ini juga menyarankan supaya guru sentiasa positif dan
melihat semua pelajar mempunyai potensi untuk berkembang menjadi
pelajar yang baik. Hal ini untuk memastikan pelajar sentiasa merasa diri
mereka dihargai oleh guru-guru.

9. Kesimpulan

Kesimpulannya, Menyarankan agar kita meninggalkan tabiat suka


melihat orang dengan niat atau tujuan mencari kelemahan dan
kekurangan orang, mengumpat orang, melabelkan orang dan
menghukum orang.