Anda di halaman 1dari 4

20/07/2019 Syaitan bakal dilepaskan, bersediakah anda?

 ­ Agama ­ Utusan Online

Mega › Agama Rona Sains Teknologi Wira Kesihatan Permotoran Pelancongan Rekreasi

Syaitan bakal dilepaskan, bersediakah anda?

SYAITAN amat membenci manusia yang ikhlas beribadah kepada Allah. ‐ GAMBAR HIASAN

Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al‐Hafiz


11 Jun 2018 4:00 PM

BEBERAPA hari lagi, musuh sejati manusia bakal dilepaskan. Apabila bebas, dia akan
masuk pejabat seperti biasa untuk merosakkan manusia melalui semua lubang, pintu,
tingkap dan bumbung. Apa nak buat itu adalah janji yang diikatnya selepas dilaknat
oleh Allah SWT.

“Iblis berkata: Oleh kerana Engkau ﴾wahai Tuhan﴿ menyebabkan daku tersesat ﴾maka﴿
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka ﴾daripada
menjalani﴿ jalan‐Mu yang lurus; “Kemudian aku akan datangi mereka ﴾dari segenap
penjuru, iaitu﴿, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka
serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur,” ﴾al‐
A’raf 7: 16‐17﴿.

Antara keistimewaan syaitan dalam menggoda dan merosakkan jiwa manusia adalah
kemampuan mereka meneroka segenap tubuh manusia melalui pembuluh darah
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya syaitan ﴾mampu﴿ bergerak dalam ﴾tubuh﴿ manusia melalui pembuluh


darah,” ‐ Sahih Bukhari dan Muslim.
U

 lama berselisih pandangan tentang hadis ini:

1. Ada memahaminya secara zahir iaitu


syaitan memang bebas bergerak dalam
pembuluh darah manusia seperti lebuh
raya.

2 . Ada juga yang memahaminya secara


kiasan iaitu kemampuan syaitan
menghasut manusia dalam berbagai cara
seolah‐olah mereka mampu bergerak
bebas dalam pembuluh darah ﴾Syarh
Sahih Muslim oleh Imam al‐Nawawi﴿.

Ketika manusia berpuasa, pergerakan syaitan dalam tubuh manusia agak terbatas
kerana sumber makanan yang melancarkan perjalanan darah berkurang ﴾Lata’if al‐
Ma’arif oleh Ibn Rajab al‐Hanbali, ms 291﴿. Ini antara sebab mengapa pengaruh syaitan
agak lemah ketika manusia berpuasa.


KENAPA MAKSIAT MASIH BERLELUASA

Berbalik kepada tajuk di atas, perihal syaitan ditambat pada bulan Ramadan adalah
perkara ghaib yang kita imani melalui wahyu iaitu sabda Rasulullah SAW:
“Apabila
masuk bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan

https://www.utusan.com.my/mega/agama/syaitan­bakal­dilepaskan­bersediakah­anda­1.689515 1/4
20/07/2019 Syaitan bakal dilepaskan, bersediakah anda? ­ Agama ­ Utusan Online

dibelenggu,” ‐ Sahih Bukhari.

Juga sebuah hadis lain yang lebih terperinci:

“Abu Hurairah r.a. melaporkan Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila tiba malam
pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu. Pintu neraka juga ditutup dan
tidak ada satu pintu pun dibuka. Semua pintu syurga pula akan dibuka. Kemudian satu
suara ﴾malaikat atau suara hati manusia﴿ melaungkan seruan berbunyi – Wahai pencari
kebaikan, majulah anda melakukannya. Wahai pencari kejahatan, tahanlah dirimu
﴾daripada sebarang kejahatan﴿. ﴾Ketahuilah﴿ bagi Allah ada ramai hamba yang
dibebaskan daripada azab neraka ﴾semoga kamu termasuk dalam kalangan ini﴿.
Pembebasan ini berlaku pada setiap malam,” ‐ Sunan Tirmizi.

Ketika mendengar hadis ini, pasti ada yang bertanya: jika benar syaitan diikat mengapa
masih banyak jenayah dan dosa dibuat dalam Ramadan? Mengapa masih ada
gangguan jin kepada orang yang sakit? Perkara ini sudah dibincangkan oleh para ulama
dan antara jawapan yang mereka berikan:

1. Syaitan yang dibelenggu hanya syaitan yang paling jahat.

2. Belenggu syaitan adalah suatu kiasan Rasulullah SAW tentang lemahnya gangguan
dan hasutan mereka dalam bulan Ramadan lantaran umat Islam berpuasa.

3. Ia adalah suatu petanda tentang banyaknya tawaran pahala dan keampunan dalam
bulan Ramadan sehingga aktiviti syaitan semakin berkurang.

4. Syaitan tidak mampu mengganggu umat Islam dengan hasutan mereka seperti biasa
dalam bulan lain kerana umat Islam sibuk dengan puasa pada siangnya dan ibadat
pada malamnya.
* Rujuk Tuhfat al‐Ahwazi Syarah Sunan al‐Tirmizi dan Fath al‐Bari
Syarah Sahih Bukhari. 


LATIHAN TERBAIK

Walau apa pun kefahaman kita terhadap hadis di atas, yang pasti kekangan dan
belenggu syaitan akan terbuka apabila Syawal menjengah. Adakah kita mampu
berhadapan dengan serangan dan tipu daya mereka kelak?

Ini antara sebab mengapa Ramadan turut dikenali sebagai madrasah atau sekolah
Ramadan. Seperti lazimnya mana‐mana sekolah, pelajarnya dipersiap bagi menghadapi
cabaran di luar sekali.

Ketika mengikat janji mahu merosakkan anak Adam, Iblis mengakui tidak mampu
merosakkan hamba Allah yang ikhlas:

“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah jadikan daku sesat, ﴾maka﴿ demi
sesungguhnya aku akan perelok segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di
dunia ini, dan aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali antara zuriat Adam itu
hamba‐Mu yang ikhlas dalam ibadah atau dibersihkan daripada sebarang syirik,” ﴾al‐
Hijr 15:39‐40﴿.

Puasa Ramadan adalah ibadah paling berkesan memupuk sifat ikhlas seorang hamba.
Walau di mana pun berada, dia tetap menjaga puasanya kerana tahu Allah sentiasa
memerhati dan menilai puasanya. Si hamba juga sanggup berdiri panjang solat tarawih
kerana Allah. Keikhlasan puasa dan qiyam sebegini sangat dibenci syaitan.

Selain itu, puasa juga mampu memupuk sifat takwa sebagaimana ayat yang popular
berkaitan puasa:

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang yang dahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa,” ﴾al‐Baqarah 2:183﴿.

Insan bertakwa memiliki kemampuan menapis baik buruk sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia
mengadakan bagi kamu ﴾petunjuk﴿ yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah, dan menghapuskan kesalahan kamu, serta mengampunkan ﴾dosa﴿ kamu. Dan
Allah ﴾sememangnya﴿ mempunyai limpah kurnia yang besar,” ﴾al‐Anfal 8:29﴿.

Inilah sebabnya kita perlu sentiasa peka dengan kedatangan Ramadan. Bila Allah beri
kita bonus pemenjaraan syaitan dalam bulan Ramadan, jangan pula kita ambil alih
tugas si syaitan dengan menghasut, mengapi‐api permusuhan dan sebagainya dalam
alam nyata serta alam maya.

Sepatutnya antibodi ikhlas dan takwa yang dilatih tubi sebulan Ramadan boleh menjadi
bekal dan senjata menghadapi nafsu serta syaitan dalam bulan mendatang.

Tag Berkaitan Nilai‐nilai Islam Quran dan Hadis Rencana

https://www.utusan.com.my/mega/agama/syaitan­bakal­dilepaskan­bersediakah­anda­1.689515 2/4
20/07/2019 Syaitan bakal dilepaskan, bersediakah anda? ­ Agama ­ Utusan Online

What is your reaction? 3 votes

67% 0% 0% 33% 0% 0%

Gembira Tak Kisah Terhibur Teruja Marah Sedih

Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan


Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

Comments (0)

Write a comment

Be the first to comment

Add Vuukle Privacy

ARTIKEL BERKAITAN
Haji 2019 /
Semangat
sukarelawan
terbawa ke tanah
Refleksi al‐ Tidak ada halangan [VIDEO] Perluas suci
Quran / wakaf saham ibadah korban ke
luar negara Didik jiwa remaja
Hanya Allah
mampu hapus dengan agama dan
kesusahan kasih sayang
ABDULLAH
BUKHARI ABDUL Idlib terus
diselubungi
RAHIM AL-HAFIZ
ketakutan

'Tidak salah Azmin buat sumpah laknat'


Utusan Online

Bekas isteri Jimmy Shanley mula dipenjara hari ini


Utusan Online

Monitor Tekanan Darah Paling Tepat Dunia Untuk Kegunaan Rumah.


https://www.utusan.com.my/mega/agama/syaitan­bakal­dilepaskan­bersediakah­anda­1.689515 3/4
20/07/2019 Syaitan bakal dilepaskan, bersediakah anda? ­ Agama ­ Utusan Online

Cuzera | Sponsored

This Is the Home of the World’s Sweetest Mango


CNBC International for DOTP | Sponsored

Thailand in Gear For Major Economic Growth


CNN International for TCEB | Sponsored

Sell in 24 hours, instant payment, no paperwork


Carsome | Sponsored

New WiFi Booster Everybody in Malaysia is Talking About


Ultra Fast WiFi Booster | Sponsored

With this unique device you will start saving energy immediately!
Power Saver | Sponsored

Genius Japanese Invention Allows You To Instantly Speak 43 Languages


Instant Voice Translator | Sponsored

23 gambar yang tidak boleh dilupai yang membuat kami kagum


Dobuhdo.com | Sponsored

Hotels In Malaysia At Ridiculously Low Prices


TripsInsider | Sponsored

From Italy, the Elegant and Safe Solution for your money and cards.
Shopping Today | Sponsored

How to open food cans without a can opener!


Tips and Tricks | Sponsored

Putri Mardiana mengaku khalwat


Utusan Online

'Macam mana boleh jadi Hakim, tak tahulah' - KJ


Utusan Online

Play this Game for 1 Minute and see why everyone is addicted
panzerrush.com | Sponsored

Rolex: A Timepiece For The Top Guy


Portfolio Magazine | Sponsored

50 Amazing Places To See In Australia


Go! | Sponsored

SEKSYEN KUMPULAN UTUSAN MENGENAI KAMI

Berita Kosmo Kumpulan Utusan


Rencana Tutor Polisi Privasi
N0. 44, Jalan Utusan. Off
Hiburan Saji Online Terma Dan Syarat
Jalan Chan Sow Lin, 55200
Bisnes disini.my
Kuala Lumpur , Malaysia
Sukan MyBooks    
03‐92322600 Mega Siber Media
TV Utusan Jom Iklan

WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997 ‐ 2019 UTUSAN MELAYU ﴾MALAYSIA﴿ BERHAD

https://www.utusan.com.my/mega/agama/syaitan­bakal­dilepaskan­bersediakah­anda­1.689515 4/4

Anda mungkin juga menyukai