Anda di halaman 1dari 54

ISI KANDUNGAN

Setinta Kata iii


Teks Ucapan 1
• Ucapan alu-aluan 3
• Ucapan Perasmian 4
Format Penulisan
• Rencana 7
• Berita 8

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


• Surat Rasmi 11
Panggilan Hormat 15
Penggunaan Tanda Baca 23
Sistem Penomboran 27
Penulisan Kata Majmuk 30
Ejaan Kosa Kata 36
Penggunaan Tanda Sempang (-) 40
Masalah Umum Penulisan Kosa Kata 43
Rujukan 46
Sidang Redaksi 47

iii
Cetakan Pertama 2017

Hak Cipta Terpelihara


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

mana bahagian artikel, ilustrasi dan


kandungan buku manual ini dalam apa jua
samada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengurusan UiTM.

Sebarang pertanyaan berkaitan isi kandungan


buku panduan ini hendaklah dirujuk terus
kepada Bahagian Canseleri dan Komunikasi
Korporat Aras 2, Canseleri Tuanku Syed
Sirajuddin Universiti Teknologi MARA 40450
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

iv
Setinta Kata
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, buku Garis Panduan Format Penulisan Rasmi telah dapat
dihasilkan dengan jayanya. Syabas saya ucapkan kepada Bahagian Canseleri dan Komunikasi
Korporat atas usaha menerbitkan buku garis panduan ini.

Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang
ingin menghasilkan penulisan khususnya dalam penulisan rasmi. Saya berharap dengan adanya
Garis Panduan Format Penulisan ini, segala hal yang berkaitan dengan protokol penulisan rasmi
dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Saya juga berharap dengan adanya Garis Panduan ini ianya dapat membantu warga UiTM
menghasilkan dan menerbitkan penulisan yang lebih komprehensif dan informatif serta dapat
dijadikan sebagai rujukan kepada para pelajar mahupun staf dalam proses penulisan.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat atas
kejayaan menerbitkan buku Garis Panduan Format Penulisan Rasmi ini.

Sekian, terima kasih

Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said


Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

v
vi
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Teks
Ucapan

www.uitm.edu.my
Teks Ucapan
Ucapan merupakan sejenis teks yang berformat. Namun demikian, setakat ini tiada satu format
yang khusus dan seragam bagi penulisan teks ucapan. Oleh itu, format yang dimaksudkan itu
dapatlah dirujuk kepada struktur teks itu sahaja yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup.

Secara umum, format teks ucapan bagi satu taraf hadirin adalah sama dengan teks ucapan dua
taraf hadirin, melainkan pada aspek protokol dan salutasi bagi hadirin terdapat sedikit perbezaan,
iaitu dengan melihat kehadiran tetamu dalam majlis tersebut.

UCAPAN SATU TARAF HADIRIN

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Ucapan satu taraf hadirin dihadiri oleh pemimpin, menteri, orang kenamaan/ pegawai tinggi
kerajaan atau swasta, pegawai kanan dalam organisasi, ketua-ketua jabatan, orang-orang bergelar
dan hadirin.

Pendahuluan
• Dimulakan dengan kata-kata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau tingkat
kedudukan.
• Diikuti dengan pembuka kata syukur kepada Allah.
• Rasa penghargaan dan terima kasih
Isi
• Dimulakan dengan kata-kata penghadapan- Kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara
sekalian dan sebagainya bertujuan untuk menarik perhatian audien.
• Menyentuh hal-hal berkaitan dengan majlis seperti objektif, tema, aktiviti yang dijalankan
dan kepentingan majlis.
• Menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan majlis.
• Semasa berucap, perucap juga boleh menyelitkan pantun, kiasan, peribahasa atau
simpulan bahasa untuk mencantikkan lagi daya tarikan ucapan tersebut supaya kelihatan
lebih menarik.

1
Penutup
• Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan
akan diakhiri. Misalnya: “Akhir sekali… Akhir kata…, Sebelum saya mengakhiri ucapan…”
• Penutup turut merupakan segmen untuk menyatakan penghargaan, pujian, hasrat dan
salam kepada orang yang diraikan juga audien.
• Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun untuk mewujudkan kesan yang lebih menarik.
• Lafaz perasmian (sekiranya ucapan adalah untuk majlis perasmian)
• Wasalam

UCAPAN DUA TARAF HADIRIN


Dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada dua peringkat. Peringkat pertama terdiri daripada Raja
yang memerintah/raja muda/Tengku mahkota serta Raja Perempuan/Tengku Ampuan dan Raja
Puan Muda. Manakala, peringkat kedua pula dibarisi oleh pemimpin-pemimpin kerajaan, menteri,
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan/swasta dan sebagainya.

Pendahuluan
• Dimulakan dengan ucapan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan
puji-pujian kerana sudi berangkat ke majlis.
• Memohon keizinan untuk meneruskan ucapan kepada para hadirin.
• Ucapan alu-aluan kepada tetamu kehormat dan hadirin.
• Diikuti dengan pembuka kata syukur kepada Allah.
• Rasa penghargaan dan terima kasih.
Isi
• Dimulakan dengan kata-kata penghadapan- Kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara
sekalian dan sebagainya bertujuan untuk menarik perhatian audien.
• Menyentuh hal-hal berkaitan dengan majlis seperti objektif, tema, aktiviti yang dijalankan
dan kepentingan majlis.
• Menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan majlis

Penutup
• Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis.
• Hasrat dan salam kepada hadirin.
• Ucapan menjunjung kasih.
• Wasalam

2
Ucapan Alu-aluan
PENGENALAN

•• Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu
majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang
bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis.
•• Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) dipertanggungjawab menyemak dan
menyunting teks ucapan perasmian dan teks ucapan alu-aluan Naib Canselor.
•• Deraf teks ucapan perlu dimajukan kepada BCKK dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum
sesuatu majlis/program diadakan.

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Majlis atau program di peringkat:

•• Bahagian
•• Fakulti
•• Cawangan
•• Universiti (Istiadat Konvokesyen)

Tumpuan teks ucapan alu-aluan:

•• Ucapan penghargaan
•• Ucapan terima kasih (Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan
ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan)
•• Pengharapan terhadap majlis (Dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan
harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu
melaksanakan majlis)
•• Kadang kala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu
organisasi atau institusi.

3
Teks ucapan alu-aluan:

•• Tidak melebihi lima (5) muka surat


•• Jenis fon: Times New Roman, bersaiz: 18 atau Arial, Saiz: 16
•• Ruang antara baris – 1.5

Penyedia teks perlu melampirkan:

•• Nama dan Jawatan atau kedudukan dif-dif jemputan (untuk disebut dalam salutasi)
•• Bagi tujuan penyelarasan, hanya British English digunakan untuk teks dalam bahasa Inggeris
gunakan.

Ucapan Perasmian
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

PENGENALAN

•• Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tetamu kehormat bagi
sesuatu majlis.
•• Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.
•• Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) dipertanggungjawab untuk menyemak
dan menyunting teks ucapan perasmian dan teks ucapan alu-aluan Naib Canselor.
•• Deraf teks ucapan perlu dimajukan kepada BCKK dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum
sesuatu majlis/program diadakan.

Majlis atau program di peringkat:

•• Bahagian
•• Fakulti
•• Cawangan
•• Universiti (Istiadat Konvokesyen)

4
Kandungan teks ucapan perasmian:

•• Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang
mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang
mengundang dan harapan tetamu.
•• Isi kandungan perlu lebih menyeluruh, bersesuaian serta relevan dengan tujuan dan
matlamat acara
•• Pihak yang menyediakan draf teks ucapan harus menyertakan lampiran nama dan juga
jawatan/kedudukan dif-dif jemputan, yang ingin dialu-alukan di awal ucapan (Salutasi)
•• Bersesuaian dengan tujuan majlis
•• Relevan dengan matlamat majlis
•• Bagi tujuan penyelarasan, bahan yang disediakan dalam bahasa Inggeris perlu ditulis
dengan menggunakan British English sahaja

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Teks ucapan perasmian:

•• Tidak melebihi sepuluh (10) muka surat


•• Jenis fon: Times New Roman, bersaiz: 18 atau Arial, Saiz: 16
•• Ruang antara baris – 1.5

5
6
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Format
Penulisan

www.uitm.edu.my
Rencana
PENGENALAN

•• Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan
sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta.
•• Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan
yang dilakukan oleh penulis rencana.
•• Fakta-fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai
pertalian atau hubungan dengan topik rencana.
•• Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang
khusus.

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Peringkat Penulisan
Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian, iaitu bahasa dan isi
kandungan rencana.

Bahasa
Bahasa rencana hendaklah ringkas, tepat dan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang
digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan
kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

Kandungan Rencana
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, tubuh rencana dan penutup rencana.

Pendahuluan
•• Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Untuk menarik
minat pembaca, bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang
menarik seperti data, madah, peribahasa, persoalan, kecindan dan sedutan kata-kata.

Tubuh rencana
•• Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa peranggan yang dapat merangkumi
keseluruhan tema rencana.

7
•• Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka, fakta, carta,
rajah dan sebagainya.
•• Namun begitu, tiga prinsip iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama
perlu diadakan pada setiap perenggan.
•• Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan perkataan dan rangkai kata yang
sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat.

Penutup rencana
•• Merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan.

EMPAT KONSEP PENULISAN RENCANA

•• Perkara yang perlu diambil kira dalam penulisan rencana adalah dengan menekankan
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

empat konsep seperti menarik perhatian (Attention), bertepatan (Relevance), meyakinkan


(Confidence) dan memuaskan (Satisfaction).
•• Setiap penulisan itu juga harus memuatkan kaedah pendahuluan (Introduction), isi kandungan
yang merangkumi fakta, contoh dan huraian (Body) serta kesimpulan (Conclusion).
•• Penulisan rencana hendaklah tidak melebihi tiga (3) muka surat.

Berita
PENGENALAN

•• Berita ialah pelaporan kejadian atau peristiwa yang berlaku berdasarkan fakta-fakta.
Berita biasanya ringkas, padat dan tepat; mudah dibaca dan mudah difahami. Berita
memaklumkan khalayak terhadap sesuatu yang berlaku.
•• Penulisan berita hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) hingga lapan (8) perenggan.
•• Elemen Penting dalam penulisan berita hendaklah menggunakan teknik penulisan 5W 1H:

Who Siapa When Bila


What Apa Why Kenapa
Where Di mana How Bagaimana

8
Contoh
•• Di Mana (Where):
- Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam

•• Bila (When):
- 01 hingga 05 April 2013

•• Siapa (Who):
- Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

•• Apa (What):
- Maklumat/Info mengenai program/majlis Pameran yang diadakan dengan kerjasama
Jabatan Komunikasi Korporat, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta GESTURZ.

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


- Pameran dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato’ Tun Hisan Dato’ Hj Tun Hamzah.
- Pameran tersebut menampilkan 20 poster grafik dan tayangan video yang penuh dengan
elemen komunikasi, seni visual serta psikologi dalam pelbagai komposisi poster grafik yang
dinamik dan kreatif.
- Hadir sama memeriahkan majlis ialah Naib Canselor, YBhg Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid
Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Azni Zain Ahmed,
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof Dr Norsaadah
Ismail serta Dekan FKPM, Prof Dr Azizul Halim Yahya.

•• Kenapa (Why)
Matlamat/Objektif Program diadakan
- Pameran diadakan bertujuan menyampaikan mesej penting bahawa seluruh rakyat
Malaysia perlu mempertahankan kedaulatan negara.
- Semua poster yang dipamerkan turut dijual bagi tujuan sumbangan amal. 
- Pameran ini untuk menunjukkan rasa keprihatinan dan penghargaan terhadap
pengorbanan wira-wira yang berjuang di Lahad Datu, Sabah

•• Bagaimana (How):
- Huraian mengenai program/majlis/aktiviti yang dijalankan

9
a) Memuatkan kenyataan yang diucapkan oleh tetamu kehormat bagi menyokong matlamat
atau objektif program.

Contoh:
Menurut Naib Canselor, sekiranya wira negara di sana berjuang dengan nyawa, keringat
dan keberanian, maka kami di sini berjuang secara kreatif melalui penghasilan pelbagai
visual metafora sebagai pembakar semangat kepada perajurit dan rakyat Malaysia.

b) Mengarang berita sesuai dengan atur cara program dan mesej yang hendak disampaikan
dalam program tersebut.

Contoh:
Salah seorang anggota Pasukan Keselamatan Negara, Inspektor Mohd Hasnal Jamil, 31,
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

yang menjadi mangsa pengganas Sulu turut dijemput untuk berkongsi pengalamannya
semasa bertugas di Lahad Datu.

c) Menyampaikan informasi yang boleh dijadikan teladan atau pengajaran kepada pembaca.
Sama ada dalam bentuk penghargaan atau sumbangan.

Contoh:
Sumbangan amal Tabung Wira Lahad Datu sejumlah RM33,000 daripada pihak UiTM juga
disampaikan kepada Ketua Polis Selangor untuk disalurkan ke Tabung Kebajikan Polis DiRaja
Malaysia dan diagihkan kepada keluarga wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat di
Sabah.

10
Surat Rasmi
Laras Bahasa Surat Rasmi
Peranan surat-menyurat sebagai penghubung antara yang jauh dengan yang dekat memang jelas
dan dianggap penting walaupun terdapat pelbagai peralatan moden untuk memenuhi keperluan
hidup manusia. Justeru, keupayaan menulis dan mengarang surat tertentu harus ditingkatkan kerana
bukan sahaja perlu untuk menyelesaikan masalah personal, tetapi juga kerap terlibat dengan hal
pentadbiran, pengurusan dan urusan rasmi kerajaan.

Surat rasmi ditandai oleh suasana yang formal atau tidak bersahaja walaupun penulis dan
penerimanya mengenali antara satu dengan yang lain. Surat ini ditulis adalah untuk urusan rasmi
yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, perdagangan dan sebagainya.

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Ciri Bahasa Surat Rasmi
Laras Bahasa surat rasmi ditentukan oleh pemilihan yang dilakukan secara berhati-hati terhadap
unsur dan struktur tertentu yang digunakan dalam bahasa. Hal ini melibatkan banyak perkara
dan antaranya ialah penggunaan kata ganti nama diri , penggunaan perkataan atau ungkapan
khusus, penanda wacana dan sebagainya. Surat rasmi ialah cerminan peribadi seorang penulis.
Sekiranya penulis menulis atas nama jabatan atau organisasi, surat rasmi akan membeawa citra
organisasi. Penggunaan budi Bahasa yang elok dan baik akan mengangkat citra organisasi
yang diwakilinya (Ismail, 2005).

Penggunaan Perkataan atau Ungkapan Khusus


Ungkapan atau perkataan seperti difahamkan, disahkan, dinyatakan, memohon dan makluman
boleh digunakan dalam surat rasmi dan berfungsi sebagai penanda wacana. Hasan Mohd.
Ali telah membahagikan penggunaan ungkapan tersebut kepada tiga bahagian mengikut
bahagian kerangka surat rasmi, iaitu bahagian pembukaan isi surat, bahagian isi surat dan
bahagian akhir surat.

11
Bahagian Pembukaan Isi Surat
•• Merujuk perkara yang tersebut di atas…
•• Dengan hormatnya merujuk kepada permohonan tuan/puan…
•• Saya diarah menarik perhatian tuan/puan…

Bahagian isi Surat


•• Berdasarkan pada maklumat diatas …
•• Adalah diingatkan dengan kebenaran ini…

Bahagian Akhir Surat


•• Atas kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan kami mengucapkan ribuan
terima kasih
•• Sekian sahaja dimaklumkan dan diharapkan tuan/puan akan hadir untuk menjayakan majlis ini.
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

•• Semoga permohonan ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Terdapat banyak penanda wacana menurut jenis makna dan perkataan yang digunakan dalam
surat rasmi, misalnya:

Penanda Rujukan

Contoh :
a) merujuk kepada perkara yang tersebut di atas…
b) Menurut perlembagaan…
c) (berhubung dengan perkara itu…

Penanda Makluman

Contoh :
a) Adalah dimaklumkan (bahawa)
b) Sukacita dimaklumkan (bahawa)

Penanda Sebab-Musabab

Contoh:
a) Berhubung dengan keputusan mensyuarat
b) Atas kerjasama puan itu saya…

12
Harapan

Contoh:
a) Adalah diharapkan bahawa...
b) Harap maklum bahawa…

Penanda Sikap
Penanda ini diwujudkan oleh kata-kata emotif (emosi) yang menggambarkan perasaan iaitu
perasaan sikap positif dan negatif.

Sikap positif
- Dihargai
- Terima Kasih
- Menyampaikan penghargaan

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Sikap Negatif
- Dukacita dimaklumkan bahawa
- Saya tidak bersetuju dengan cadangan
- Pihak kami berhalangan untuk membenarkan

Penanda Penamat
Penanda ini mengandungi ungkapan yang menunjukkan kandungan akhir surat. Misalnya :
a) Sekian, terima kasih.
b) Sekian untuk makluman dan tindakan tuan

Penggunaan Struktur Ayat

Dalam penulisan surat rasmi, ayat pasif lebih banyak kekerapan penggunaannya jika dibandingkan
dengan jenis ayat yang lain. Ayat-ayat seperti ini dapat menimbulkan suasana tak peribadi dan
tidak bersahaja dibandingkan dengan ayat aktif (Husin, 1995). Dalam ayat pasif pelaku tidak
perlu disebut. Selain itu, ayat pasif digunakan kerana dalam ayat jenis ini objek lebih dipentingkan
daripada bahagian-bahagian lain.

13
14
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Hormat
Panggilan

www.uitm.edu.my
Panggilan Hormat
Prinsip Penetapan Panggilan Hormat

Penetapan panggilan hormat ini berasaskan kepada kesesuaian panggilan kepada orang yang
dipanggil atau dihormati, sebagai contoh:

•• Yang Amat Mulia / Yang Mulia


Anak-anak Raja memerintah dan kerabat Raja yang dianggap oleh masyarakat Melayu
sebagai golongan yang dimuliakan

•• Yang Amat Berhormat

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan mereka yang
dipilih sebagai wakil rakyat

•• Yang Berhormat
Panggilan untuk ahli politik seperti Menteri dan Timbalan Menteri

•• Yang Amat Berbahagia


Pembesar-pembesar negara yang membawa gelaran Tun dan orang-orang kenamaan
yang menerima gelaran Tan Sri dan Datuk

•• Yang Berbahagia
Golongan Kehormat

15
Panggilan-Panggilan Diraja

Penyandang Panggilan Hormat

Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda

Raja Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda

Raja memerintah dan Permaisuri – Kebawah Duli Yang Maha Mulia / Duli
Permaisuri Yang Maha Mulia

Tengku Mahkota / Raja Muda dan


Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Ampuan Mahkota
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Bekas Raja Permaisuri Agong dan


Duli Yang Maha Mulia
Pemangku Raja

Anakanda-Anakanda Raja yang


memerintah dan penerima-penerima
Yang Amat mulia
gelaran tertentu dalam perlembagaan
negeri

Keluarga Diraja Yang Mulia

16
Panggilan Anggota Badan Pentadbiran

Panggilan Penjawat Awam Eksekutif

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri Yang Berusaha

Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan & Yang Berusaha


Negeri

Perundangan

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Mahkamah Persekutuan
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Semenanjung
Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif


Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Syariah
Presiden Mahkamah Seksyen
Majistret (di Negeri)

17
Penerima-Penerima Darjah Kebesaran

Penerima Anugerah yang membawa gelaran TUN Yang Amat Berbahagia

Penerima Anugerah yang membawa gelaran Tan Yang Berbahagia


Sri dan Datuk

Penerima Anugerah Negeri Pahang Yang Hormat




Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Panggilan Keagamaan

Mufti Sahibus Samahah

Kadi Sahibul Fadillah

Guru-Guru Agama Al Fadil / Al Ustaz

Mereka yang telah menunaikan Ibadah haji Haji


Hajah

18
Penggunaan Tingkatan / Ketinggian Dalam Panggilan Hormat

Perkataan `AMAT’ pada panggilan hormat telah menjadi kebiasaan tetapi penggunaannya
hendaklah sesuai dan selari dengan kedudukan dan jawatan seseorang seperti:

Yang Amat Berhormat Seseorang yang paling dihormati dalam


kumpulannya seperti Perdana Menteri / Tim.
Perdana Menteri, Menteri Besar & Ketua
Menteri

Yang Amat Arif Seseorang yang paling arif dikalangan


kumpulanya seperti Ketua hakim

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Negara,Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Malaya, hakim Besar sabah dan Sarawak

Yang Amat Berbahagia Isteri kepada YAB, YAA dan TYT. Seseorang
Kenamaan yang menerima anugerah tertinggi
yang membawa gelaran TUN dan isterinya Toh
Puan

19
Panggilan hormat kepada penerima darjah yang memiliki gelaran akademik

Panggilan hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu darjah kebesaran, manakala
gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai sesuatu tingkat dalam bidang akademik.
Anugerah-anugerah tersebut membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik
tiada. Oleh itu penggunaan panggilan hormat bagi golongan akademik ialah seperti berikut :

Yang Berbahagia Datuk Dr Ibrahim Bin Samad

Walau bagaimanapun panggilan hormat untuk mereka yang bergelar Profesor menggunakan
gelaran akademik mereka sebelum gelaran anugerah yang diterima misalnya:

Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Awang Had Salleh


Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Yang Berbahagia Prof. Diraja Ungku Aziz


Yang Berbahagia Prof. Dato Ismail Hussein

Panggilan Hormat untuk Hakim-Hakim dan Senator juga menggunakan gelaran jawatan mereka
sebelum gelaran anugerah yang diterima misalnya:

YAA Hakim Tan Sri Dato Seri Ahmad Fairuz bin Dato Sheikh Abdul Halim
YB Senator Tan Sri Dato Haji Mohamed bin Yaacob

20
Penggunaan kurang tepat panggilan hormat pada penulisan dan sebutan

Seringkali diucapkan atau ditulis dalam memo-memo jabatan panggilan hormat sesorang dengan
diikuti nama jawatannya tanpa menyebut atau menulis nama penjawat jawatan tersebut. Perkara
ini tidak tepat kerana penggunaan panggilan hormat adalah untuk penjawatnya bukan jawatan
yang disandang seperti berikut :

YBhg. Datuk Ose Murang


Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Keselamatan, Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat)

bukannya
YBhg. DatukTSUK

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Jabatan Ketua Menteri

Panggilan hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu hendaklah tepat dan betul. Penggunaan
panggilan hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau merendahkan martabat VIP yang
berkenaan.

21
Penggunaan
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Tanda Baca

22 www.uitm.edu.my
Penggunaan Tanda Baca
Tanda titik atau noktah

a. Singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik.

Contohnya :

• Sdr. (Saudara)
• En. (encik)
• Prof. (Profesor)
• Kol. (Kolonel)

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


b. Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau
lebih menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja.

Contohnya :

• b.p. (bagi pihak)


• s.k. (Salinan kepada)
• u.p. (untuk perhatian)
• m.s. (muka surat)
• dsb. (dan sebagainya)
• dll. (dan lain-lain)
• hlm. (halaman)
• spt. (seperti)

23
c. Singkatan bagi nama negara, jabatan, institusi, organisasi dan pertubuhan dan peristiwa
yang terdiri daripada huruf pertama ditulis tanpa titik.

Contohnya:

JPM DBP SPM

SM EON BBMB

MRSM TM UMNO

PPM SMK PBB

GPMS
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

d. Singkatan gelar, jawatan dan sapaan yang terdiri daripada huruf pertama tidak
menggunakan tanda noktah.

Contohnya:

YAB AMN YB

KSU YDP

Tanda sempang (-)

a. Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ganda.

Contohnya:

Surat-surat tiba-tiba

pelabur-pelabur berbagai-bagai

Tercari-cari kedua-dua

minum-minum tulis-menulis

24
b. Tanda sempang juga digunakan apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang
dimulai dengan huruf besar.

Contohnya:

Anti-Israel pro-Bosnia

petunjuk-Nya hamba-Mu

c. Tanda sempang turut digunakan untuk merangkaikan huruf dengan angka dan angka
dengan akhiran –an.

Contohnya :

Ke-2 tahun 90-an

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


ke-100 awal 30-an

25
26
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Sistem
Penomboran

www.uitm.edu.my
Sistem
Penomboran
Penomboran Muka Surat

• Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut:


- Bahagian permulaan Laporan Akhir, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor
dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dan sebagainya); bahagian teks dan selepasnya
hendaklah menggunakan angka Arab (1,2,3 dan sebagainya).
- Halaman pertama Laporan Akhir ialah halaman judul, dianggap sebagai muka surat ”i”
tetapi tidak ditaip.
- Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman ”1” tetapi nombornya

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis
nombor muka surat berikutnya.
- Jika Laporan Akhir terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian
boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran muka
surat.

Penomboran Bab dan Sub-Judul dalam Bab

• Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan
angka besar Roman iaitu BAB I, BAB II, BAB III dan sebagainya dan sub-judul dalam bab
menggunakan angka Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab disusun mengikut
urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut:

- BAB II Tahap pertama (Judul Bab)


- 2.1 Tahap kedua (sub-judul)
- 2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul)

• Jika judul bab atau sub-judul pada mana-mana tahap di atas melebihi satu baris, maka
langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks.
- Sub-judul seterusnya boleh diberi nombor dengan huruf abjad.

27
Contoh Penomboran Mengikut Bab

BAB I ..................................(Judul Bab)

1.0 Pengenalan
1.1 ..................................(subjudul)
* Jadual 1.1/gambar rajah 1.1/rajah 1.1
1.1.1 ..........................(subjudul-subjudul)
1.2 ......................................
1.2.1 ..........................
* Jadual 1.2/gambar rajah 1.2/rajah 1.2
1.2.1.1 ..........................
a) ..........................
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

b) ..........................

BAB II ..................................(Judul Bab)

2.0 Pengenalan
2.1 ..................................(subjudul)
* Jadual 2.1/gambar rajah 2.1/rajah 2.1
2.1.1 ..........................(subjudul-subjudul)
2.2 ......................................
2.2.1 ..........................
* Jadual 2.2/gambar rajah 2.2/rajah 2.2
2.2.1.1 ..........................
a) ..........................
b) ..........................

*(Sekiranya berkaitan)

28
Penulisan

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Kata Majmuk

www.uitm.edu.my 29
Penulisan
Kata Majmuk
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kata majmuk merupakan dua atau tiga perkataan yang
mempunyai satu pengertian. Tatabahasa Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan kata majmuk
sebagai bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
yang membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contoh
Kerusi malas, merupakan kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti
‘yang’.
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Contoh
Pinggan mangkuk, bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’.

Berikut merupakan contoh Kata Majmuk:

• kuat kuasa
• tunjuk ajar
• sapu tangan
• kereta api
• campur aduk
• sama ada
• kapal terbang
• ambil alih
• urus setia
• ulang kaji

30
Perbincangan Kata Majmuk

Terdapat tiga perbincangan yang kata majmuk iaitu:

• Bentuk yang telah mantap


• Penggandaan kata majmuk
• Pengimbuhan kata majmuk

Bentuk Kata Majmuk Yang Telah Mantap

Terdapat sebilangan kecil penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang
utuh walaupun mengandungi dua kata dasar.

• Antarabangsa

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


• olahraga
• beritahu
• matahari
• bumiputera
• setiausaha
• kakitangan
• sukarela
• kerjasama
• tandatangan
• jawatankuasa
• tanggungjawab
• warganegara
• pesuruhjaya
• suruhanjaya

31
Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya;

• guru-guru besar
• ketua-ketua jabatan
• balai-balai raya
• menteri-menteri besar

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap dan
melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya;

• pesuruhjaya-pesuruhjaya
• setiausaha-setiausaha
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

• tandatangan-tandatangan
• warganegara-warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.


Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

1) Apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran, ejaannya tetap dieja terpisah.

campur aduk ► bercampur aduk


ambil alih ► mengambil alih
temu bual ► ditemu bual
daya serap ► daya serapan
urus niaga ► berurus niaga

32
2) Apabila menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya;

campur aduk ► mencampuradukkan


daya serap ► kedayaserapan
ambil alih ► pengambilalihan
urus niaga ► diurusniagakan

Penulisan Kata Majmuk Yang Mantap

Salah Betul

antara bangsa antarabangsa

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


bumi putera bumiputera

olah raga olahraga

pesuruh jaya pesuruhjaya

warga negara warganegara

Penulisan Kata Majmuk

Salah Betul
kuatkuasa kuat kuasa
aturcara atur cara
tengahari tengah hari
samada sama ada
kemaskini kemas kini
maklumbalas maklum balas
usahasama usaha sama

33
Penulisan Penggandaan Kata Majmuk

Salah Betul
balai raya-balai raya balai-balai raya
menteri besar-menteri besar menteri-menteri besar
kapal terbang-kapal terbang kapal-kapal terbang
naib canselor- naib canselor naib-naib canselor

ketua menteri-ketua menteri ketua-ketua menteri

Pengimbuhan Kata Majmuk


Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Salah Betul
bercampuraduk bercampur aduk
dayaserapan daya serapan
reka bentuk mereka bentuk
diurus niagakan diurusniagakan
menyatu padukan menyatupadukan

Mohd Nor Firdaus M

34
Ejaan
Kosa Kata

www.uitm.edu.my
35

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Ejaan
Kosa Kata
Penggunaan Awalan Pinjaman

SALAH BETUL

anti agama antiagama


anti dadah antidadah
anti-Israel anti-Israel
anti kapal selam antikapal selam
anti komunis antikomunis
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

anti lelaki antilelaki


anti nuklear antinuklear
anti perang antiperang
anti periuk api antiperiuk api
anti sosial antisosial
anti-apartied antiapartied
anti jenayah antijenayah
dwi bahasa dwibahasa
dwi budaya dwibudaya
dwi bulanan dwibulanan
dwi cabang dwicabang
dwi cara dwicara
dwi fokus dwifokus
dwi fungsi dwifungsi
dwi guna dwiguna

36
dwi huruf dwihuruf
dwi jalur dwijalur
dwi lambang dwilambang
dwi logam dwilogam
dwi standard dwistandard
dwi tahunan dwitahunan
dwi-arah dwiarah
dwi-bentuk dwibentuk
eka atom ekaatom
eka Bahasa ekabahasa
eka fungsi ekafungsi
eka suku kata ekasuku kata

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


eka-warna ekawarna
pasca ijazah pascaijazah
pasca merdeka pascamerdeka
pasca mensyuarat pascamensyuarat
pasca modenisme pascamodenisme
pasca penerbitan pascapenerbitan
pasca projek pascaprojek
pra kata prakata
pra Olimpik pra-Olimpik
pra sejarah prasejarah
pra wacana prawacana
pra-moden pramoden
pra-sekolah prasekolah
pra-siswazah prasiswazah
pra-syarat prasyarat

37
pro aktif proaktif
pro Barat pro-Barat
pro kemerdekaan prokemerdekaan
pro Malaysia pro- Malaysia
proAmerika pro-Amerika
pro-kerajaan prokerajaan
pro pembangkang propembangkang
sosio budaya sosiobudaya
sosio ekonomi sosioekonomi
sub tajuk sub tajuk
sub-judul subjudul
sub-kelas subkelas
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

sub-kontraktor subkontraktor
sub-kumpulan subkumpulan
sub-seksyen subseksyen
sub-sektor subsektor
sub-sistem subsistem
sub-standard substandard
tata nama tatanama
tata rias tatarias
tata susila tatasusila
tata urusan tataurusan
tata-tertib tatatertib
tatatur / tata atur tataatur

38
Penggunaan

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Tanda Sempang (-)

www.uitm.edu.my 39
Penggunaan
Tanda Sempang (-)
SALAH BETUL

1800an 1800-an
50 an 50-an
adik beradik adik-beradik
anak beranak anak-beranak
awan gemawan awan-gemawan
bantu membantu bantu-membantu
benci membenci benci-membenci
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

bertungkus lumus bertungkus-lumus


gilang gemilang gilang-gemilang
gotong royong gotong-royong
hambaMu hamba-Mu
hasut menghasut hasut-menghasut
hormat menghormati hormat-menghormati
ipar duai ipar-duai
ke 12 ke-12
kejar mengejar kejar-mengejar
keramahtamahan keramah-tamahan
lama kelamaan lama-kelamaan
mandi manda mandi-manda
membolakbalikkan membolak-balikkan

40
memporakperandakan memporak-perandakan
menantu menantunya menantu-menantunya
menggembargemburkan menggembar-gemburkan
menghuruharakan menghuru-harakan
mengucarkacirkan mengucar-kacirkan
mundar mandir mundar-mandir
samah tamah samah-tamah
sabung menyabung sabung-menyabung

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


semalaysia se-Malaysia
serta merta serta-merta
simpang perenang simpang-perenang
surat menyurat surat-menyurat
susup sasap susup-sasap
tali temali tali-temali
tari menari tari-menari
tegur menegur tegur-menegur
tembak menembak tembak-menembak
tolong menolong tolong-menolong
ulang alik ulang-alik
Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong

41
Masalah Umum
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Penulisan Kosa Kata

42 www.uitm.edu.my
Masalah Umum
Penulisan Kosa Kata

SALAH BETUL

75% dari kadar sebenar 75 peratus dari kadar sebenar


banyak premis-premis banyak premis
berbanyak terima kasih berbanyak-banyak terima kasih
bermacam barang bermacam-macam barang
bilangan pekerja-pekerja bilangan pekerja

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


dalam kawasan di dalam kawasan
dari tuan daripada tuan
demi untuk negara demi negara / untuk negara
di alaf pada alaf
di beri diberi
di berikan diberikan
di daftarkan didaftarkan
di dalam usaha dalam usaha
di hempap dihempap
di jangka (masa) dijangka (masa)
di kategorikan dikategorikan
di kurniakan dikurniakan
di pelajari dipelajari
di pelihara dipelihara
di perolehi diperoleh
di persalahkan dipersalahkan
di raja diraja
di syorkan disyorkan
di tahun pada tahun

43
di tubuhkan ditubuhkan
di zaman pada zaman
di zaman diatas kejayaan (sebab) atas kejayaan
diatas almari (tempat) di atas almari
dibahu di bahu
dibawah di bawah
didalam bangunan di dalam bangunan
dikawasan di kawasan
dikenalpasti dikenal pasti
dikiri di kiri
dilipat gandakan dilipatgandakan
dipelan di pelan
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

diperbuat dari kulit diperbuat daripada kulit


direstoran di restoran
dirumah di rumah
disamping di samping
disebelah di sebelah
disekitar di sekitar
ditempat di tempat
ditunjukkan ditunjukkan
diubah suai diubahsuai
empat Salinan dokumen- empat salinan dokumen
dokumen ke arah
kearah ke atas
keatas kedua adiknya
kedua adiknya arahan-arahan lain
lain-lain arahan bangunan-bangunan lain
lain-lain bangunan cadangan-cadangan lain

44
lain-lain cadangan cara-cara lain
lain-lain cara faktor-faktor lain
lain-lain faktor hal-hal lain
lain-lain hal kehendak-kehendak lain
lain-lain kehendak konsep-konsep lain
lain-lain konsep mensyuarat-mensyuarat
lain-lain mensyuarat lain
lain-lain sumber sumber-sumber lain
lain-lain syarat syarat-syarat lain
lain-lain usul usul-usul lain
mengikut kepada alamat mengikut alamat
oleh kerana oleh sebab

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


segala aduan-aduan segala aduan
segala butir-butir segala butir
segala syarat-syarat segala syarat
semua kerja-kerja semua kerja
semua pelajar-pelajar semua pelajar
semua taman-taman semua taman
senarai barang-barang senarai barang
sepertimana seperti / yang
surat dari pihak berkuasa surat daripada pihak
berkuasa
terdiri dari 14 orang terdiri dari 14 orang
terlepas dari tindakan terlepas daripada tindakan
tertumpu kepada tertumpu pada
tiada didiami tidak didiami
walaubagaimanapun walau bagaimanapun

45
Rujukan
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Adenan Ayob. (2009). Bahasa kebangsaan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jeniri Amir. (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan Bahasa.
Jilid 5(4).

Mokhtar Haji Mohd Tohar& Ahmad Fawzi M.Basri. (2007). Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan.
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Nawi Ismail. (1996). “Kesalahan Ejaan: Suatu Permasalahan yang Tidak Berkesudahan” dlm. Jurnal
Dewan Bahasa, 40 (3) : 39-44.

Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2011). Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Md Salleh et al., (1997). Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

46
Penasihat
Sidang Redaks Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said

Ketua Projek
Alfina Bakar

Editor
Datin Umminajah Salleh

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi


Penulis
Nurul Afnieza Md Zain

Pereka Grafik
Mohd Nor Firdaus Mohd Isa

Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

47
48
Garis Panduan Format Penulisan Rasmi

Anda mungkin juga menyukai