Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH 2019

PENGUMUMAN : FADZLI

Para hadirin yang dihormati. Bagi memastikan kelancaran program pada pagi
ini, majlis ingin memaklumkan kepada para hadirin sekalian bahawa
pengambilan gambar semasa upacara penyampaian sijil adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Para hadirin juga diminta untuk mematikan telefon bimbit
masing-masing atau menetapkan nada dering dalam mode senyap.

Untuk perhatian hadirin dan hadirat sekalian, sekiranya berlaku se


b a r a n g kebakaran atau kecemasan, diharapkan agar jangan panik.
Sila berjalan dengan tenang dan teratur ke pintu keluar kecemasan yang
terdapat di kanan dan belakang dewan. Kerjasama hadirin sekalian adalah
sangat dihargai.

Juga di ingatkan kepada hadirin supaya berdiri sebaik sahaja VIP masuk ke dewan
kerana nyanyian lagu Negaraku akan di mainkan sebaik sahaja VIP sampai ke
tempat duduk. Mohon kerjasama kepada para hadirin sekalian.

QUE : VIP MASUK. (FADZLI)

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin,


Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3 diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke dewan.

QUE : MUZIK GAMELAN (FAIZ)

KETIKA BERJALAN:

(BUNGA TELUR MELAMBANGKAN ADAT KEMELAYUAN YANG TINGGI


DARJATNYA DI SISI NILAI KEMASYARAKATAN. BUNGA TELUR INI JUGA
MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA SETIAP MAJLIS-MAJLIS KERAMAIAN.
PENGGUNAAN BUNGA TELOR DI ANGKAT SEBAGAI SALAH SATU NILAI
ESTATIKA DALAM ADAT ISTIADAT MAJLIS GRADUSI KALI INI)

QUE : VIP SAMPAI KE TEMPAT DUDUK (NYANYIAN BANGSA JOHOR DAN


LAGU NEGARAKU
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS (AIN)

-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan Salam


Apresiasi.

Yang Berusaha, Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3,
Yang Dihormati, Dr Hajah Yuslina binti Mohd Yusuf,
Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Taman Johor Jaya 3,
Encik Samsudin bin Mohd Yusof,
Pengerusi Majlis Permuafakatan Tahun 6
Encik
Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah
Cikgu Faridah bt Abd Rahman,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Johor Jaya 3,
Tn Hj Omar bin Alivi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Hisaruddin b Ab Hamid,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru SK Taman Johor Jaya 3
Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Apresiasi,
Ibu bapa,
dan pastinya putera puteri tersayang, para cendekiawan yang kita raikan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Apresiasi Tahun 6
dan Prasekolah pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak
sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk
memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan Prasekolah yang telah
berjaya menamatkan sesi pembelajaran di SK Taman Johor Jaya 3 bagi tahun
2019.
QUE : BACAAN DOA, (Fadzli)

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Ustaz _________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
atas bacaan doa itu tadi.

QUE: TARIAN PEMBUKAAN

Hadirin sekalian,
Bagi menghangatkan suasana ceria kita di dewan yang indah ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan pembukaan oleh murid-murid tahun SK Tmn Johor
Jaya 3. Mereka akan mempersembahkan tarian Zapin Johor. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

(Selesai persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman
hadirin sekalian, persembahan tersebut telah dibimbing oleh Cikgu Faizul Zahin bin
Hirjohari. Beliau merupakan guru ganti yang bertugas semasa PN Rusida bercuti
tempoh hari. Terima kasih cikgu, atas komitmen yang diberikan.

QUE : UCAPAN GB (FADZLI)

Marilah mari menyorong papan,


Papan disorong ke pohon kuini,
Marilah puan mari ke depan,
Melafazkan rasmi majlis ini.

Warga dewan yang dimuliakan,


Kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan ucapan Apresiasi.
Oleh Yang Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Maslia bt Mohd Yasin, Guru
Besar SK Tmn Johor Jaya 3 atas ucapan perasmian sebentar tadi. Majlis dengan ini
diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada semua murid.

QUE :Penyampaian Skroll

Hadirin sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Cikgu Maslia bt Mohd Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3., di iringi oleh
Cikgu Faridah bt Abd Rahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman
Johor Jaya 3, untuk menyampaikan sijil kepada semua murid pada hari ini. Majlis
dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

QUE: PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH (SYIDA)

Hadirin sekalian, mari kita sama-sama kita menyaksikan persembahan Prasekolah.


Mereka akan mempersembahkan nyanyian yang bertajuk : Bagaikan Langit. Tanpa
melengahkan masa, majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman
hadirin, persembahan tersebut telah mendapat sentuhan oleh Puan Norhana.

QUE : PENYAMPAIAN TOKOH

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah tokoh akademik
tahun 6, untuk itu majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati, Dr Hajah Yuslina binti Mohd Yusuf, Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SK Taman Johor Jaya 3, di iringi oleh Yang Berusaha Cikgu Maslia bt Mohd
Yasin, Guru Besar SK Tmn Johor Jaya 3, untuk menyampaikan sijil kepada murid
prasekolah. Majlis dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
QUE : PERSEMBAHAN PENUTUP (FADZLI)

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita tumpukan perhatian kepada persembahan


yang akan dilakukan sebentar nanti. Persembahan yang dikhususkan khas buat
tatapan semua rakan dan guru SK Tmn Johor Jaya 3. Marilah sama-sama kita
saksikan dan berikan tepukan yang gemuruh.

QUE: TAYANGAN MULTIMEDIA (AIN)

Hadirin sekalian,

Kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan lagi dengan pesembahan
multimedia.Tayangan multimedia ini berkisarkan tentang suka duka pelajar tahun 6
berprogram sepanjang tahun ini. Untuk itu, mari kita sama-sama saksikan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas tayangan multimedia sebentar tadi. Untuk
makluman hadirin sekalian, tayangan tersebut telah mendapat sentuhan oleh Ustaz
Fahmi Faez dan Cikgu Othman. Tahniah dan syabas di atas video yang sungguh
mampan.

QUE : SESI FOTOGRAFI

QUE : BACAAN DOA MAKAN/JAMUAN AKHIR TAHUN 6 DAN PRA (FADZLI)

Akhir acara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
.

Anda mungkin juga menyukai