Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1 – APAKAH YANG DIMAKSUDKAN TERAPI

BERMAIN. JELASKAN CARA PELAKSANAAN TERAPI INI.


SETERUSNYA BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN
TERAPI INI.
 Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk
membentuk proses interpersonal
 Terapi bermain terlatih menggunakan kuasa terapeutik
bermain,untuk menolong klien mencegah atau
menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai
pertumbuhan dan perkembangan optimum.
 Terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan
komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti
yang dijalankan.
 Cara pelaksanaanya ialah pertama, guru perlu kenalpasti
kanak-kanak yang boleh dapat manfaat daripada terapi ini.
kedua, guru hendaklah buat keputusan untuk sesi
berasingan atau duduk berasingan dengan kanak-kanak
lain kemudian pilih dan dapatkan bahan yang sesuai dan
berfaedah kepada perkembangan kanak-kanak. Bahan
konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk
menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang paling
penting ialah permainan itu menarik minat dan
menggembirakan kanak-kanak. Terdapat beberapa cara
untuk bermain seperti bermain air, meneroka alam dan
bermain pasir. Ketiga, perkenalkan tempat bermain serta
maklum tempoh masa dan benarkan pelajar memilih bahan
yang mereka ingini. Keempat, gunakan teknik refleksi
apabila pelajar bertanya serta maklumkan tempoh yang
tinggal. Akhir sekali, maklum masa tamat dan minta pelajar
berkumpul untuk maklum sesi seterusnya.
 Dalam masa yang sama, terapi ini juga hendaklah
dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan.
 Melalui pendekatan ini juga akan dapat
mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari
umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat
meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini
juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi,
mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai
kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara
konstruktif dan menyatakan perasaan sendiri.
 Kelemahannya ialah kos kewangan yang tinggi, kesukaran
mendapatkan alatan, kos peralatan yang mahal, tempat
yang besar dan luas, penyelenggaraan alatan yang
berjadual, kepakaran yang terhad, pematuhan kepada
jadual dan rutin aktiviti terapi serta memerlukan kerjasama
ibubapa , guru dan murid.

SOALAN 2 – JELASKAN MAKSUD TERAPI BERCERITA.


JELASKAN KELEBIHAN TERAPI BERCERITA DALAM
MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH
 Terapi bercerita merupakan suatu aktiviti yang digunakan
untuk menyampaikan peristiwa dalam cerita dengan
perkataan, imej dan suara.
 Terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling untuk
kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
bermasalah kerana terapi ini menggambarkan emosi
dalaman.
 Antara elemen-elemen penting yang terkandung dalam
cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-
nilai murni.
 Kelebihannya ialah terapi ini membantu pelajar
menggambarkan emosi dalaman. Pendengar dapat
menolong kanak - kanak memahami perasaan serta
merangkumi pengalaman emosi mereka. Pendengar juga
perlu membantu dengan memberi perkataan untuk
menggambarkan emosi mereka. Selain itu, bercerita juga
menyediakan pengalaman. Kanak - kanak dapat
mengadaptasi cara menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian. Cerita juga secara
tidak langsung membantu pendengar menghayati langkah
untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Melalui jalan
cerita juga, pelajar turut dapat mentafsir atau mempelajari
kesan dan akibat daripada peristiwa yang didengar. Hal ini
menunjukkan tindakan dan akibat daripada sesuatu
tindakan.
SOALAN 3 – JELASKAN MAKSUD DAN TUJUAN TERAPI
MUZIK. BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN
TERAPI MUZIK.
 Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan
satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik
klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar
dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
 Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran
tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga
yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.
Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan
dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap
sebagai ubat yang memulihkan.
 Tujuan terapi muzik adalah untuk mengurus tekanan,
memulihkan kesihatan, mengekspres perasaan,
meningkatkan ingatan, menambahbaikan komunikasi, dan
menggalakkan pemulihan fizikal.
 Bagi kelebihannya, terapi ini dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi sama ada dalam bentuk verbal
dan bukan verbal. Selain itu, terapi ini juga dapat
meningkatkan kemahiran berkaitan yang melibatkan
psikomotor, bersosial dan emosi termasuk membantu
meningkatkan kawalan tingkahlaku dan penumpuan, hal
ini dapat meningkatkan daya penglihatan dan
pendengaran.pelajar semasa belajar disamping
menyokong pendidikan muzik.
 Namun begitu, terapi ini memerlukan masa yang banyak
untuk melaksanakan sesi. Setiap terapi muzik
memerlukan masa yang lama untuk rawatan. Selain itu,
kaedah yang digunakan juga perlu berbeza kerana setiap
orang berbeza. Di samping itu, terapi ini juga tidak dapat
membantu sepenuhnya semasa rawatan terutamanya
untuk hilangkan tekanan. Jaminan terapi ini hanyalah
membantu mengurangkan sahaja sekiranya kanak-kanak
itu focus dan bergantung pada masalah yang dialami
berat atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai