Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Bil QUE TEKS CATATAN

1 Majlis Bermula Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita


pada hari ini,saya memohon agar para pelajar
memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan
sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, DATIN


JAMNAH@INTAN BINTI IDRUS GURU BESAR SK
TAMAN EHSAN DIIRINGI GURU-PENOLONG KANAN
MASUK KE DEWAN

2 Ucapan Aluan Melati kuntum tumbuh melata


Pengerusi Sayang merbah dipohon cemara
Majlis Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang
diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat
tinggi.

Yang Berbahagia, Datin Jamnah@Intan binti Idrus,


Guru Besar SK Taman Ehsan

Yang Dihormati Encik Norazmi bin Mohd Rejab,


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Shamsiah binti Mad Rais


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Noor Sahasliza binti Mad Rais


Penolong Kanan Kokurikulum

En Mohd Faizal bin Alias


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan warga Pendidik SK Taman Ehsan, seterusnya


murid-murid yang dikasihi sekalian

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurniaNya di hari yang penuh
barakah ini kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul di Majlis Sambutan Israk Mikraj yang
dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Taman
Ehsan bagi tahun 2017

3 Bacaan Doa Menadah tangan pohon perkenan


agar majlis berjalan lancar
al-fatihah kita lafazkan,
apa dihajat moga terpancar.

Bagi memberkati majlis pada pagi , ni majlis dengan


segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd
Hafizan bin Samat@Darawi untuk menyampaikan bacaan
Bacaan Doa doa.
Tamat Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat


keberkatan Robbul izzati.

4 Bacaan Ayat Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian


Suci al-Quran Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat
suci al-quran Surah Isra’ ayat 1-7 yang akan
disampaikan oleh adik Muhamad Hafiz bin Suhairun.
Majlis mempersilakan.

Bacaan al- Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat
Quran Tamat suci al-quran itu tadi.

5 Ucapan Guru Tak molek alu jika tiada lesungnya,


Besar Tak berguna dayung jika tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan


Yang Berbahagia Datin Jamnah@intan binti Idrus untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Penutupan Program Israk Mikraj 2017. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan Tamat Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus atas
perasmian itu tadi

6 Tazkirah Buah langsat di tepi busut


Ringkas mari dimuat di atas peti
besar hajat kami menjemput
besar niat di dalam hati
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan penceramah


kita pada pagi ini, al-Fadhil Ustaz Azreen bin Abdullah
untuk menyampaikan ceramahnya.

Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.

7 Penyampaian
Hadiah Tahap 1 Kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah
dan 2 bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang minggu ini.

Bagi meneruskan acara, majlis


menjemput_________________________selaku
GPK________________________untuk menyampaikan
hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Berikut adalah keputusan bagi


pertandingan____________________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


_______________________________atas kesudian
menyempurnakan majlis.

8 Rehat Tahap 1 -
9 Kuiz Spontan Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, majlis
Tahap 2 seterusnya menjemput al-Fadhil Ustaz Azreen bin
Abdullah untuk pertandingan kuiz spontan Tahap 2

10 Ucapan Dengan berakhirnya kuiz spontan itu tadi, maka


Penutup berakhirlah majlis penutup Israk Mikraj 2017. Saya bagi
pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi
menjayakan majlis penutup Israk mikraj 2017

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian puteri-puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia


wabillahitaufik wal hidayah assalmualaikum w.b

Anda mungkin juga menyukai