Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YDP PIBG

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Mohd
Ridhuan bin Yusof, pegawai pendidikan daerah Tenom.Yang Berusaha,Pengetua cemerlang
SMK. Entabuan En.Sunthararajoo Rengasamy,Yang dihormati barisan Guru dan pelajar pelajar
yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera,

Syukur kepada tuhan kerana kurnia dan izin-Nya,kita dapat berkumpul pada Majlis Restu
Ilmu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 2019 . Pertamanya bagi pihak Jawatankuasa PIBG ingin
merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Majlis restu ilmu pada hari ini. Yang saya pasti dan yakin adalah sangat bermakna kepada anak-
anak sekalian.

Program ini merupakan program tahunan SMK Entabuan dengan memberi ruang kepada guru-
guru memberi restu kepada calon-calon PT3 2019 sebelum menduduki peperiksaan.

Sesungguhnya majlis pada hari ini diatur sedemikan rupa sebagai salah satu daripada
program susulan kecemerlangan akademik sekolah ini yang akan menjadi tradisi kita untuk
menzahirkan pengiktirafan kita kepada anak-anak kita untuk menempuh peperiksaan PT3.

Saya juga yakin bahawa majlis ini amat sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan
buat para pelajar PT3 yang akan menduduki peperiksaan nanti. Semoga acara ini menjadi
pendorong untuk anak-anak semua mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki
nanti.

Hadirin sekalian,

Saya percaya sambutan Majlis Restu Ilmu pada hari ini adalah selari dengan matlamat
memberi dorongan dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti. Diharapkan semoga program
seumpama ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Restu Ilmu pada tahun ini.

Sekian,terima kasih.
UCAPAN WAKIL IBU BAPA
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Ridhuan
bin Yusof, pegawai pendidikan daerah Tenom. Yang Berusaha,Pengetua cemerlang
SMK.Entabuan En.Sunthararajoo Rengasamy,Yang dihormati YDP PIBG En Fetree Sarigi, Yang
Dihormati, Barisan Guru dan pelajar pelajar yang dikasihi sekalian.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran kerana


dengan limpah kurnianya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi
melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan sekolah dalam
memastikan kecemerlangan anak anak kita diperingkat PT3

Sebagai wakil ibu bapa pelajar saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini
berjalan lancar dan teratur

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan
yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah
sentiasa mencurahkan ilmu kepada pelajar. Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu
bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-
anak mereka.

Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran
semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan
oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak kita.
Oleh itu, ibu bapa perlulah menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja
di sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada
guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di
sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah
terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri
yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan,
marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-
anak kita.
Sebagai wakil ibu bapa saya berharap agar program seperti ini diteruskan pada masa
akan datang bagi memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar untuk menempuh
peperiksaan nanti.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis restu ilmu pada tahun ini.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai