Anda di halaman 1dari 3

APAKAH MAKSUD PERPADUAN?

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau


bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat
untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api
dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum
di Malaysia.

KEPENTINGAN PERPADUAN

.
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat yang harmoniI dan isu perkauman
ataupun 'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat membantu kerajaan
untuk mencapai aspirasi sepert Transformasi Nasional.

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatf pembangunan negara yang
merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Ini merupakan satu inisiatf pembangunan negara jangka
panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana
Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia
dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan
dan aktvit-aktvit wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta
menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan
alam sekitar.
Perpaduan juaga dapat mengamankan negara dan ini dapat mengelakkan pergaduhan ataupun
perbalahan sepert peristwa huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada
13 Mei.

Peristwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu ttk hitam dalam
sejarah negara Malaysia.

Di samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana peduduk Malaysia 
yang hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari 
luar negara untuk datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum­kaum yang ada di 
Malaysia. Ini dapat menjayakan Program Kerajaan Malaysia seperti Visit Malaysia seperti yang 
diadakan pada tahun 2014 dan akan diadakan pada tahun 2020 anjuran pihak Tourism Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai