Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahwabarakatuh dan salam sejahtera….

- Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Puan
Naterah binti Jusoh,
- Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbir, Tuan Hj. Nasir bin Jamaludin,
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norzizan binti Abdullah,
- Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shaari bin Ismail,
- Para jemputan khas,
- Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, waris, anak-anak pelajar yang saya kasihi seterusnya
hadirin sekalian.

Alhamdulillah, setingi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan
izin-Nya dapatlah kita bersama-sama sekali lagi pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun
2011. Ucapan terima kassih dan penghargaan yang tidak terhingga saya lafazkan kepada barisan
Jawatankuasa Majlis kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk berucap pada majlis
penuh bermakna buat anak-anak dan para ibu bapa.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saban tahun pihak sekolah mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang sebagai tanda
penghargaan dan pengiktirafan atas kecemerlangan anak-anak kita khususnya dalam akademik.
Anugerah ini juga dapat menjadi peransangdan motivasi kepada para pelajar supaya terus
berusaha agar maju dalam pelajaran. Kepada ibu bapa dan para waris pula, majlis ini dapat
merangsang mereka agar sentiasa memberi perhatian, bimbingan dan galakan kepada anak-anak
supayaterus berjaya. Di samping itu, majlis ini juga menjadi medan kepada pihak sekolah
sebagai menghargai para waris yang berjaya mendorong anak-anak mereka sehingga maju dan
cemerlang dalam akademik. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyediakan
‘Anugerah Waris Jaya’ pada setiap kali Hari Anugerah Cemerlang diadakan. Setingi-tinggi
tahniah dan syabas kepada para pelajar dan para waris yang menjadi penerima anugerah pada
tahun ini.kepada yang gagal pula, usahlah berputus asa. Anak-anak masih boleh berjaya,
seandainya ada usaha dan kesungguhan. Ingatlah ‘ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ dan ‘
jika tidak dipecahkan ruyung, di ama akan dapat sagunya’.

Hadirin yang dihormati,


Sesungguhnya peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga
bukanlah kecil. Sebagaimana kita sediamaklum. Ibu bapa merupakan pendidik dan pembimbing
yang utama bagi anak-anak. Anak-anak yang sentiasa mendapat perhatian, b imbingan dan kasih
saying akan membesar menjadi generasi yang akan dapat memberikan sumbangan bermakna
kepada agama, bangsa dan negara.

Masa yang terluang bagi ibu bapa khususnya ibu bapa yang bekerja untuk mendidik
anak-anak amat terhad. Jadi, masa yangterhad itu hendaklah diurus dengan sebaik mungkin agar
menjadi masa yang berkualiti dan bermanfaat kepada keluarga. Sebaliknya, masa yang sedikit itu
akan menjadi sia-sia seandainya ibu bapa tidak mempunyai pemahaman yang mendalam dan
perancangan yang sistematik untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas sebenar mereka.
Natijahnya, anak-anakterus membesar menjadi remaja yang mudah menerima dan mengamalkan
nilai-nilai negative yang mereka peroleh daripada media dan rakan sebaya. Maka, ibu bapa
haruslah menyedari hakikat tersebut agar mereka tidak terlalu ghairah mengejar kebendaan
sehingga alpa menunaikan kewajipan dan tanggungjawab hakiki mereka.

Para hadirin sekalian,

Tidak salah kita mencari kesenangan hidup jika tujuaan utama kita adalah untuk
memenuhi keperluan keluarga khususnya menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak agar
mereka tidak menjadikan alasan tiada kemudahan pembelajaran sebagai penghalang
kecemerlangan akademik mereka. Namun, harus disedari bahawa keasyikan mencari kemewahan
hidup boleh menyebabkan ibu bapa lalai akan tanggungjawab mereka memenuhi tuntutan rohani
dan emosi anak-anak. Situasi ini bukan saja boleh meninggalkan kesan negatif dan merosakkan
anak-anak malah dalam jangka masa panjang boleh merujudkan masyarakat yang pincang.
Sesungguhnya, haruslah kita menyeimbangkan antara tugas mencari harta dengan
tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak.

Pada zaman yang seba mencabar ini, kita sebagai ibu bapaperlulah memastikan bahawa
anak-anak kita bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga perlu cemerlang dan
gemilang akhlak dan perlakuannya. Justeru, harus diingat bahawa kita tidak boleh mengharapkan
para guru di sekolah sahaja sebagai pembimbing dan pendidik anak-anak sedangkan kita
langsung tidak memerhati dan mengikuti perkembangan pelajaran dan pembentukan sahsiah
mereka. 7 jam sahaja masa anak-anak kita di sekolah sedangkan selebihnya 17 jam lagi adalah
bersama ibu bapa. Apa yang kerap terjadi, jika anak-anak gagal dalam matapelajaran dan jika
timbul kes-kes disiplin, para guru dan piuhak sekolah yang dipersalahkan. Hal ini boleh
dielakkan sekiranya ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak di samping peka dengan
masalah mereka. Anak-anak yang berhadapan dengan masalah jika tidak ditangani sebaik
mungkin oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka mencari jalan keluar dengan mencurahkan
masalah mereka kepada rakan sebaya. Seandainya rakan mereka bertanggungjawab dan
terpelihara akhlaknya, selamatlah anak-anak kita. Malangnya, kerap terjadi dan terbukti anak-
anak kita yang bermasalah tadi terus menghadapi masalah seandainya rakan yang mendampingi
anak kita turut bermasalah dan buruk sahsiahnya. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu
mengawal pergerakan anak-anak di samping memastikan siapakah kawan mereka. Salah satu
cara mengawal pergerakan anak-anak adalah dengan meluangkan masa bersama-sama mereka
dengan melakukan aktiviti sihat yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan
menyuburkan kasih saying anak-anak terhadap ibu bapa dan begitu sebaliknya. (ikutilah pesanan
Lukman yang menasihati anaknya dalam surah Lukman ayat:17)

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 ini. Antara usaha PIBG bagi
membantu kecemerlangan pelajar ialah menganjurkan perjumpaan waris pelajar PMR dan SPM
serta STPM dengan guru-guru. Tujuaan murni perjumpaan ini adalah untuk berbincang dari hati
ke hati antara ibu bapa dan guru bagi sama-sama mencapai kata sepakat membantu
menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak. Mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan solat
hajat untuk pelajar agar berjaya dalam pelajaran. Di samping itu juga, kita telah banyak
menyumbangkan bantuan berupa kewangan kepada pihak sekolah bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi membantu mengatasi kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
Sais, dan Matemati, PIBG telah dan akan bersama-sama pihak sekolah menganjurkan kelas
tuisyen mata pelajaran tersebut. Justeru, pemantauan ibu bapa tentang kehadiran anak-anak ke
kelas tuisyen tersebut amatlah perlu.
Sebagai orang yang mengepalai PIBG SMK Kota Kuala Muda ini, tanggungjawab saya
amat besar untuk memastikan segala program dan aktiviti yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Namun, tanpa sokongan dan penglibatan ahli-ahli PIBG
khususnya tuan-tuan dan puan-puan, perancangan kita sudah tentu tidak akan membuahkan hasil
yang membanggakan. Jadi, dengan rendah hati saya menyeru dan merayu tuan-tuan dan puan-
puan agar turut serta bersama-sama pihak sekolah menjayakan aktiviti program kita.

Hadirin yang dihormati,

Pada kesempatan ini juga, ingin saya kalungkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
pernghargaan kepada puan pengetua, barisan penolong kanan dan seterusnya guru-guru yang
tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa mendidik dan membimbing anak- anak sehingga
mencapai kejayaan.

Sebelum menamatkan ucapan saya pada pagi yang indah ini, sekali lagi saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang bakal menerima anugerah atas
kecemerlangan mereka. Teruskan usaha gigih anak-anak agar mencapai kecemerlangan hingga
ke peringkat yang paling tinggi. Kepada calon-calon PMR, SPm, dan STPM pada tahun ini,
tingkatkan jaya juang anda agar memperoleh kejayaan yang cemerlang. Doa saya agar ppelajar-
pelajar SMK Kota Kuala Muda akan menjadi generasi cemerlang, gemilang dan terbilang baik
dari aspek pelajaran mahupun sahsiahnya.

Maaf dipinta sekiranya ucapan saya menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan dan
hadiriin sekalian.

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalam mualaikum warah
matullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai