Anda di halaman 1dari 4

Menara Chimney

Persatuan Pandu Puteri sekolah kami mengadakan lawatan


Sambil belajar ke Menara Chimney. Walaupun kampungku
terletak berhampiran dengan Menara Chimney Labuan tapi ini
merupakan kali pertama aku ke sana. Pengalaman melawat
bersama-sama rakan dan guru kali ini sungguh bererti buatku..

Langit yang membiru mengiringi perjalanan kami ketika


lawatan.Sebaik bas berhenti di hadapan muzium, pandangan
terlontar ke monumen menara setinggi 32.5 meter yang terletak
di kawasan berbukit di sebelah kanan muzium.

Berbentuk segi empat, batu-bata merah yang membentuk


menara itu mencuri tumpuan siapa sahaja yang datang ke
sini.Tidak hairanlah Muzium Chimney, yang turut menempatkan
menara itu, menjadi lokasi wajib bagi mereka yang berkunjung
ke pulau bebas cukai ini.

Sepanjang lawatan kami, guru-guru pengiring tekun


memberikan penerangan. Tambahan lagi, pegawai Muzium
yang mengiring kami juga tidak lokek memberi ilmu kepada
kami. Menurut kata salah seorang pegawai Muzium, dahulu di
Tanjung Kubong pernah menjadi pusat simpanan arang batu
yang sangat besar sehingga syarikat Inggeris datang untuk
mengeksploitasi hasil bumi ini selama 65 tahun bermula 1847
sehingga 1911. Kami terkejut mendengar kata-kata pgawai itu.
Lantas aku dan rakanku teruja untuk menngetahui sejarah
Chimney selanjutnya.

Sambil meneruskan perjalanan, kami diberitahu walaupun


kegiatan perlombongan itu telah lama berlalu namun kesan
peninggalannya tetap terhimpun dalam Muzium Chimney yang
dibina di atas tapak bekas lombong itu. Di tapak itu turut
terdapat Menara Chimney yang dibina syarikat Inggeris sekitar
tahun 1880an yang tujuan serta peranan menara itu masih
menjadi misteri yang belum terungkai. Ada yang mengatakan
bahawa chimney ini merupakan rugam agam yang belum siap
untuk kapal-kapal yang lalu lang.. Terang pegawai itu kepada
kami semua.

Cikgu Maznah turut memberitahu kami bahawa dikenali sebagai


“Punil" oleh masyarakat tempatan. Kata cikgu lagi,Menara
chimney menjadi mercu tanda bersejarah Labuan yang dibina
menggunakan 23,000 batu-bata merah dengan reka bentuk
Inggeris. Walaupun tarikh pembinaannya belum dapat dikesan
namun kajian ahli sejarah percaya ia dibina sekitar tahun
1880an.
Aku tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri apa
yang terdapat di dalam chimney.Di dalamnya terdapat lubang
serta dua pintu berbentuk melengkung atau gerbang setinggi
2.2 meter yang menghadap ke barat dan selatan. Menariknya,
sehingga kini masih belum ditemui jawapan tujuan sebenar
pembinaan menara berkenaan hingga ada yang membuat
pelbagai andaian. Antara andaian itu, ia sebagai tempat
pengalihan udara untuk terowong bawah tanah namun kerja-
kerja ekskavasi pada 1997 tidak menemui sebarang struktur
terowong di bawahnya. Itulah penerangan yang ku dengar
daripada pegawai-pegawai yang bertugas.

Sebahagiannya pula menyatakan ia adalah rumah api


berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat
sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang dekat situ suatu
ketika dahulu. Penduduk tempatan pula pernah menyebut
bahawa ia sebagai sebuah menara loceng yang berfungsi
memaklumkan ketibaan kapal.

Namun andaian chimney sebagai sebuah mercu tanda lebih


mudah diterima kerana berdasarkan kedudukan persekitarannya
yang berdekatan dengan pusat perlombongan dan
pengumpulan arang batu di Tanjung Kubong.

Setelah puas menyelami sejarah, kami diberi peluang boleh


menikmati pemandangan indah di pantai Tanjung Kubong,
yang terletak kira-kira 500 meter dari Muzium Chimney. Bagiku
pengalaman ini sangat bererti dan memberikan pengetahuan
tentang salah satu warisan sejarah di Labuan.