Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID

KALI KEDUA SESI 2018

Tarikh : 15 Mei 2018


Masa : 2.00 p.m
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran :
1. En Mohammed Sobri Bin Dato Hj Termizi (Pengerusi)
2. Pn Nor Hidayu Binti Jamali ( Naib Pengerusi )
3. Pn Norazkiah Binti Azahari (PK KoKurikulum)
4. Pn Masitah Binti Mohmad Shakore (Setiausaha)
5. Pn Nooraishah Binti Ahmad (N.Setiausaha)
6. Semua guru
Tidak Hadir 1. En. Ahmad bin Man
2. En. Mazlan bin Mat Hasan
3. En. Mohd Nazri bin Salleh
4. Pn Ramizah binti Zulhaimee( cuti bersalin)
5. Cik Norehan binti Yunus ( pertandingan memanah)
6. Pn. Shuhaily binti Yazid
7. En. Abu Bakar bin Mad Isa (CRK)
8. En. Mohamad Faiz bin Abdol Samad ( Kursus)
9. En. Ahmad Zaini bin Rejab Ali PK1( Kursus)
Agenda Mesyuarat:-
• 1. Ucapan Pengerusi
• 2. Perbentangan minit mesyuarat yang lalu
• 3. Perkara berbangkit
• 4. Laporan setiap unit
• - Pengawas dan Disiplin
• - Bimbingan dan Kaunseling
• - SPBT
• - PPda
• - Kesihatan, Keceriaan & Kebersihan
• - Sekolah selamat
• - Sekolah penyayang
• - Mento Mentee
• - Kantin
• - RMT
• - Hari kanak-kanak
• - Program susu 1M
• - Kwapm dan Kebajikan
• - Data APDM
• 5. Hal-hal lain.

1.0 Ucapan aluan Pengerusi (Guru Besar)


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat HEM.
1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua
AJK unit HEM yang telah memberi kerjasama dalam menyediakan dan
mengemaskini data HEM serta program di bawah unit HEM telah
berjalan dengan lancarnya.
1.3 Unit Kauseling akan mengenal pasti warga emas dari kampung
sekitar Trong untuk diberikan bantuan/sumbangan pada bulan
Ramadhan ini.
1.4 Kutipan derma/sedekah setiap hari Jumaat adalah untuk menerapkan
nilai murni di kalangan murid.
1.5 APDM kena kemaskini selalu . SSDM- amalan nilai murni perlu diisi
selain dari masalah disiplin kebanyakan guru tidak memasukkan
maklumat murid. Perlu masukkan sahsiah murid yang berbuat baik.
1.6 Peralihan kerajaan – kita sebagai warga pendidik perlu ikut sahaja
arahan yang diberikan.
1.7 Masalah tandas – telah dimaklumkan kepada pihak PPD.

2.0 Ucapan Pengerusi 1 (PK HEM)


Pn Nur Hidayu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua unit di bawah HEM kerana memberikan kerjasama dan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang baik bagi melancarkan
program yang dirancangkan dengan jayanya.

2.1 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


Pn. Masitah binti Mohmad Shakore, Setiausaha HEM, telah
membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan.
Cadangan untuk diterima : En. Azmin bin Ismail
Cadangan untuk disokong : Pn. Shahpina binti Shahrin
3.0 Perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4.0 Laporan Setiap Unit


4.1 Pengawas Dan Disiplin
-Perlantikan pengawas dengan rasminya selesai pada 5 Feb 2018,
diucapkan terima kasih kepada AJK yang terlibat.
-Ingatkan pengawas untuk mengawasi murid di perhimpuan
terutama pada setiap hari Isnin.
-Minta pengawas yang bertugas menjaga kelas untuk mengikut murid
kelas tersebut hingga ke kelas setiap kali selesai perhimpunan.

4.2 Bimbingan Dan Kaunseling


-Beberapa program unit HEM dibantu oleh unit Bimbingan dan
Kaunseling telah selesai dijalankan dengan jayanya. Antaranya
a) Motivasi tahun 6 untuk murid sederhana dan harapan lulus di Kem
Motivasi Kelana Pecah Batu Trong pada 5 April 2018.
b) Kursus Kepimpinan pada 27 Feb 2018
c) IKEP tahun 6 selesai diadakan pada 10 April 2018. Markah telah
dimasukkan Cuma belum dicetak lagi.
d) Ujian Aptitut tahun 3 masih belum diadakan lagi.

4.3 SPBT
-Semua murid telah menerima satu set buku teks, dengan ini telah
tercapai motto SPBT iaitu ”1 Murid 1 Set Buku Teks”
-Semua guru diminta sentiasa mengingatkan murid untuk menjaga
buku teks masing-masing.
-Pn Hashibah memberitahu minggu depan akan membuat
Pelupusan.

4.4 Ppda dan Denggi


-Pelancaran belum lagi dapat dijalankan atas sebab kekangan masa.
InshaAllah akan diadakan lepas raya.
-Buat masa sekarang sedang menaik taraf laluan Ppda yang sudah
berubah tempat laluan sepanjang bilik guru.

4.5 Kesihatan , Keceriaan & Kebersihan


- Pemeriksaan gigi sedang dijalankan yang sepatutnya telah selesai
pada minggu lepas disebabkan kekangan masa .
- Pemeriksaan imunisasi untuk murid tahun satu dan 6 telah selesai
pada 2/5/2018 kecuali 4 orang murid tahun satu yang belum
terima imunisasi kerana tidak hadir. Semua murid pra sekolah
belum terima lagi imunisasi.
- Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nazri dan Cikgu Mariani
telah membenarkan penggunaan bilik KH dan Makmal Sains
untuk pemeriksaan ini.

4.6 Sekolah Selamat


- Latihan kebakaran fasa 1 selesai dijalankan pada 14/2/2018.
- Terima kasih kepada Cikgu Abu Bakar, pekerja sekolah serta guru
-guru yang menjayakan program tersebut.
- Latihan kebakaran fasa ke dua akan dijalankan selepas cuti
pertengahan tahun.
- Jadikan sekolah sebagai zon selamat
4.7 Sekolah Penyayang
- Terima kasih kepada cikgu Uma kerana setiap pagi menyambut
kedatangan murid ke sekolah.
- Ucapan terima kasih kepada setiausaha sekolah penyayang Pn.
Shahpina yang bekerjasama dengan Pn Uma bagi menjayakan
pelaksanaan program penyayang dan program 3S pada
22/1/2018
- Pn Uma meminta kerjasama semua guru kelas untuk menampal
mini poster program 3S di kelas masing – masing. Masih terdapat
guru kelas yang belum menampal mini poster tersebut di dalam
kelas.
- Program sambutan hari lahir fasa 1 telah selesai dijalankan
pada 23/3/2018. Program ini akan dijalankan 4 fasa seperti
-Fasa 1 – Januari – Mac
-Fasa2 – April – Jun
-Fasa 3 – Julai – September
-Fasa 4 – Oktober - Disember
4.8 Mentor Mentee
- Program ini telah bermula pada 23/3/2018 dan seterusnya
Akan dijalankan setiap hari Isnin minggu ketiga pada jam 7:40
Pagi.
- Terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang baik dalam
program ini.
4.9 Kantin
- Syukur kerana kantin kita telah berjaya berubah wajah. Terima
kasih kepada AJK kantin dan AJK RMT atas kerjasama yang
membantu secara tidak langsung.
- Pastikan pengusaha kantin mengisi Penilaian kendiri kantin
setiap hari.
- Pemantauan- telah didatangi oleh Jabatan Kesihatan yang
memantau dan kantin kita belum mencapai target sebab kantin
menjual cordial, dan akan didatangi semula pada bulan Julai.
4.10 RMT
- Pada bulan puasa RMT diteruskan untuk seorang murid India
( Kaliswary)
- Di beri roti dan air kotak milo/ vico.
4.11 Hari Kanak-kanak
- Mengikut takwim sekolah akan diadakan pada hari Rabu
bersamaan 24/10/2018 , UP En Muhamad Faiz b. Muhamed Yusop
4.12 Program Susu 1M
- Murid yang layak terima susu untuk tahun 2018 adalah seramai
149 orang.
Tahun 1 – 23 orang
Tahun 2 – 15 orang
Tahun 3 – 19 orang
Tahun 4 – 24 orang
Tahun 5 – 26 orang
Tahun 6 – 29 orang
Pendidikan Khas – 13 orang
- Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat mengenai pemberian
susu.
4.13 KWAPM / Kebajikan
- KWAPM telah selesai pada 29/3/2018
- BAP juga telah selesai pada 23/2/2018
- Terima kasih kepada AJK dan semua guru kelas atas kerjasama
yang diberikan.
- Pada bulan Ramadhan ini, seramai 38 orang murid ASWAP akan
terima bantuan beras dan 2 orang murid yatim juga akan terima
bantuan. Terima kasih kepada Ustazah Latipah atas daya usaha
untuk dapatkan bantuan ini.
- Mulai Jumaat ini, semasa bacaan yasin, tabung akan diletakkan di
hadapan dan murid boleh memberikan sumbangan seberapa
banyak yang mereka mampu.
4.14 Data APDM
- Jumlah murid sekolah yang terkini adalah seramai 396 orang,
Aliran perdana – 333 orang
Prasekolah - 64 orang
- Mohon kerjasama guru kelas supaya memastikan ketua kelas
menghantar rekod kehadiran sebelum @ pada jam 9:00a.m.
- Guru kelas tolong kemaskini data murid terutama bahagian
pendapatan ibu bapa.
5.0 Hal-hal lain
- Mohon kerjasama guru kelas supaya mengenal pastikan nama
murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut atau 10
hari berkala.
- Tahniah diucapkan kepada guru kelas 6 Ibnu Sina kerana berjaya
memastikan rekod kehadiran murid mencapai KPI iaitu 95% ke
atas.
- Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama semua
guru dalam menjayakan program-program di bawah unit HEM.
Jasa dan budi cikgu-cikgu tidak mampu dibalas hanya Allah S.W.T
yang membalasnya sebagai saham akhirat.

Mesyuarat tamat pada pukul 4:00 ptg

Disediakan oleh, Disemak oleh,


………………………………………………. …………………………………….
Masitah binti Mohmad Shakore Pn Nor Hidayu binti Jamali
Setiausaha Hal Ehwal Pelajar Penolong Kanan HEM
SK Toh Johan. SK Toh Johan.

Anda mungkin juga menyukai