Anda di halaman 1dari 12

AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI

SEMESTER II 2018/2019

NAMA PENSYARAH & TUTOR: BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE

SOALAN 17 : BINCANGKAN BENTUK EKSPLOTASI PENEMUAN


ARKEOLOGI DALAM INDUSTRI KOMERSIAL

DISEDIAKAN OLEH;

NAMA NO.MATRIK

ELLSA YUSLINA BINTI SULAIMAN BA18110372


1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘arkeologi’ bermaksud kajian


saintifik mengenai sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah) dengan
cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya atau juga dipanggil
sebagai ilmu kaji purba.1 Arkeologi moden hari ini mempunyai tiga matlamat utama
iaitu mengkaji sejarah budaya manusia, membina semula cara hidup manusia dan
menerangkan setiap perubahan budaya manusia. Seorang ahli arkeologi berperanan
seperti seorang detektif yang mencari bukti-bukti berdasarkan tinggalan manusia
awal untuk memahami sesuatu artifak, tapak dan peristiwa yang telah berlangsung
disesuatu zaman. Ia adalah melibatkan proses mencari kebenaran tentang diri kita dan
manusia silam.2 Perkataan ‘komersial’ pula merupakan apa-apa sahaja yang berkaitan
dengan atau bersifat perdagangan. Kepentingan dan tujuannya merangkumi nilai-nilai
ekonomi dan pembangunan.3 Berbicara mengenai arkeologi bermaksud tidak akan
terlepas daripada disiplin ilmu budaya benda atau material. Pada asasnya, pengertian
arkeologi ialah ilmu yang mepelajari atau menkaji masa lampau melalui peninggalan
manusia pada zaman-zaman dahulu atau prasejarah. Oleh itu, bukan saja ahli
arkeologi malah pelancong tempatan dan antarabangsa juga berminat untuk
mengunjungi dan melihat sendiri tinggalan masa lampau. Sebelum membahas lebih
jauh lagi mengenai eksplotasi arkeologi yang sering dikatakan Cultural Resource
Management (CRM), menurut Daud Aris Tanudirjo Cultural Resource Management
adalah bagaimana mengelola sebuah tapak atau kawasan arkeologi untuk
mengeksplotasi beberapa kepentingan. Pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan
memanfaatkan objek-objek arkeologi, bukan hanya dalam bidang pelancongan, tetapi
dalam pelbagai bidang dan bentuk.4

1 Hajah Noresah bt Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Hlmn 78


2 “Pengenalan Dan Sejarah Arkeologi”https://arkeologi.usm.my/images/nota/101/uaw101%20pengenalan%20
dan%20sejarah%20arkeologi.docx (diakses pada 3 Mei 2019)
3 Ibid. Hlmn 808
4“Fenomena Eksploitasi Sumber Daya Arkeologi Melalui Pemanfaatan Di Bidang Entertaiment”
https://www.
academia.edu/8449929/FENOMENA_EKSPLOITASI_SUMBER_DAYA_ARKEOLOGI_MELALUI_PEMANFAATAN_DI
_BIDANG_ENTERTAINMENT (diakses pada 2 Mei 2019)

1
2.0 BENTUK-BENTUK EKSPLOITASI ARKEOLOGI DALAM INDUSTRI KOMERSIAL

Terdapat beberapa bentuk eksploitasi arkeologi dalam industri komersial. Semua


bentuk eksploitasi ini bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Mungkin
ramai yang tidak mengetahui bahawa bidang arkeologi mampu membawa keuntungan
yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang tahu bagaimana hendak mengeksploitasi
hasil jumpaan arkeologi. Tinggalan-tinggalan zaman silam adalah bernilai tinggi di
pasaran dan sering mendapat permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan
pencinta dan pengumpul barangan antik. Semakin lama atau tua usia sesuatu
tinggalan prasejarah atau sesuatu objek lama itu, semakin tinggi nilainya di pasaran.

2.1 BIDANG PERFILEMAN

Bidang arkeologi digambarkan sesuatu yang adventure, menggabungkan antara


cabaran, bahaya dan berperanan seperti detektif. Ini menjadikan ia satu tarikan
kepada penulis fiksyen dan pengeluar filem menghasilkan karya seperti Indiana Jones
oleh Steven Spielberg dan Murder in Mesipotamia oleh Agatha Cristie. 5 Manakala
eksploitasi arkeologi dalam bidang perfileman tempatan pula dapat dilihat melalui
filem Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa pada asalnya
merupakan sebuah karya agung Melayu terpenting dalam meriwayatkan sejarah asal
usul negeri Kedah dan salasilah keturunan kesultanan Kedah. 6 Hikayat ini telah
difilemkan pada tahun 2011 dan diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh
Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU). Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman
Hughes, Datuk Haji Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi
dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong
Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

5 “Pengenalan Dan Sejarah Arkeologi”https://arkeologi.usm.my/images/nota/101/uaw101%20pengenalan%20


dan%20sejarah%20arkeologi.docx (diakses pada 3 Mei 2019)
6 Mohamed Nazreen Shahul & Md. Salleh Yaapar, Adaptasi Teks Hikayat Merong Mahawangsa Kepada Filem
Dlam. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8 (2), 2015, Hlmn 202

2
Bentuk eksplotasi arkeologi dalam filem ini adalah dari segi penemuan tapak di
mana berlakunya peristiwa penting dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Bentuk
penceritaan dalam filem tersebut juga digambarkan berdasarkan apa yang telah
ditafsirkan oleh ahli arkeologi berdasarkan penemuan arkeologi yang berkaitan
dengan sejarah negeri Kedah. Secara ringkasnya, sebelum munculnya Kesultanan
Melayu Melaka pada hujung kurun ke-14 Masihi, telah wujud kerajaan awal di
Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan-kerajaan tersebut berkembang sebagai kota
pelabuhan bebas di sekitar kawasan lembah sungai utama semenanjung,
kebanyakannya menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan China.
Nama dan gambaran mengenai kerajaan tersebut diketahui berdasarkan rekod Cina,
India dan Arab. Contohnya, kerajaan Ch’ih-T’u (Tanah Merah), Chi-La-Tan (Kelantan),
Ting-Chia-Lu (Terengganu), Tan-Tan (Besut), Ko-Lo (Muar), Langkasuka (Pattani) dan
Fo-Lo-An (Kuala Berang). Satu daripadanya merupakan kerajaan Kedah Tua.
Keberadaannya dibuktikan dengan pelbagai penemuan arkeologi di Lembah Bujang
yang telah menarik minat ramai pengkaji.7 Terdapat banyak lagi contoh pembikinan
filem yang terhasil daripada eksplotasi arkeologi seperti Lara Croft: Tomb Raider,
Indiana Jones: The Lost of The Ark, The Mummy, dan Filem Night At The Museum.

2.2 BIDANG PELANCONGAN

Arkeologi dalam bidang pelancongan merupakan salah satu bentuk eksploitasi


arkeologi dalam bidang komersial. Tapak-tapak arkeologi yang telah diteroka dijadikan
kawasan pelancongan untuk masyarakat luar. Tapak arkeologi tersebut akan
diwar-warkan kepada orang ramai melaui pelbagai media atau platform. Hasilnya,
tapak tersebut mendapat kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada
dari dalam dan luar negara. Eksplotasi ini telah membantu dalam meningkatkan
pendapatan negara dari segi bidang pelancongan. Ramai pelancong tidak kira dari
dalam atau luar negara yang berminat untuk mengunjungi tapak-tapak arkeologi
dengan lebih dekat. Selain untuk menambah pengetahuan mereka, ia juga bertujuan
untuk beriadah dan melawat tempat-tempat baru bersama keluarga.

7 “ Misteri Kerajaan Melayu Kedah Tua” http://www.utusan.com.my/rencana/utama/misteri-kerajaan-melayu


-kedah-tua-1.488162 (dicapai pada 13 April 2019)

3
Sebagai contoh, antara tempat yang boleh dikunjungi untuk pelancongan arkeo
ialah Tapak Warisan Dunia Arkeologi Lembah Lenggong (Perak), Tapak Arkeologi
Sungai Batu (Kedah), Kota Johor Lama (Johor), Tapak Arkeologi Candi Batu Pahat,
Merbok (Kedah), Tapak Arkeologi Kota Melaka, Bandar Hilir (Melaka), Gua Niah
(Sarawak), Bukit Tengkorak, Semporna (Sabah), Tapak Arkeologi Gua Bewah
(Terengganu), Tapak Arkeologi Gua Senyum (Pahang) dan Agup Batu Tuluk-
Pengebumian Keranda Balak, Kinabatangan (Sabah).8 Lokasi-lokasi ini sering menjadi
tumpuan para pelancong untuk dikujungi mereka. Hal ini secara tidak langsung
merupakan eksplotasi arkeologi dalam industri komersil atau lebih spesifik dalam
bidang pelnacongan.

2.3 SALVAJ KOMERSIAL KAPAL KARAM

Projek survei dan salvaj kapal karam merupakan salah satu usaha Jabatan Warisan
Negara (JWN) dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan kebudayaan
bawah air negara melalui peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005,
Bahagian IX seksyen 61–66. Justeru, satu usahasama telah dibentuk bagi
merealisasikan hasrat murni ini dengan mewujudkan satu gerak kerja yang dikendali
oleh tenaga professional tempatan yang mahir dalam bidang maritim dan teknologi
mengesan kapal karam bersejarah bagi mencari, mengkaji dan mendokumentasikan
segala bukti sejarah yang masih terdampar di dasar laut.9

Projek survei dan salvaj kapal karam Selat Melaka merupakan salah satu usaha
Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan
kebudayaan bawah air negara melalui peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan
2005, Bahagian IX seksyen 61 – 66. Justeru, satu usahasama telah dibentuk bagi
merealisasikan hasrat murni ini dengan mewujudkan satu gerak kerja yang dikendali
oleh tenaga professional tempatan yang mahir dalam bidang maritim dan teknologi
mengesan kapal karam bersejarah bagi mencari, mengkaji dan mendokumentasikan

8“Tempat Pelancongan Arkeologi Yang Menarik” http://bldaily.my/2909/10-tempat-pelancongan-arkeologi-yang


-menarik.html (dicapai pada 13 April 2019)
9“ArkeologiBawah Air; Projek Survei Kapal Karam Bersejarah Selat Melaka” http://www.heritage.gov.my/index.
php/arkeologi/arkeologi-bawah-air/warisan-kebudayaan-di-bawah-air/projek-survei-kapal-karam-bersejarah-s
elat-melaka (dicapai pada 13 April 2019)

4
segala bukti sejarah yang masih terdampar di dasar laut Perairan Melaka. Oleh itu,
Jabatan Warisan Negara selaku peneraju utama projek bersama-sama Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berusaha menjalin
kerjasama dalam melaksanakan misi menyelamat, memulihara dan memelihara
khazanah warisan kebudayaan bawah air sebagai pelengkap sejarah negara di
samping memulakan rentak awal penggunaan sepenuhnya kepakaran tenaga
tempatan dalam pembangunan bidang penyelidikan arkeologi bawah air negara
secara sistematik dan bersepadu.10

2.4 PEMBIKINAN DOKUMENTARI

Ekplotasi arkeologi dalam pembikinan dokumentari juga semakin lama semakin


berkembang. Ekplotasi ini dapat membantu dalam menambahkan pengetahuan awam
terhadap bidang arkeologi dan tinggalan sejarah manusia dari zaman ke zaman
khususnya dokumtari yang berkenaan dengan arkeologi dan sejarah. Dokumentari
tersebut biasanya memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan dengan
tapaktapak bersejarah, tinggalan-tinggalan budaya zaman dahulu seperti artifak, dan
menjelaskan tentang perkembangan budaya manusia dari zaman dahulu sehinggalah
zaman sekarang dan pengaruhnya kepada masyarakat kini.

Sebagai contoh, rancangan dokumentari ‘Khazanah Borneo’ yang disiarkan


Televisyen Malaysia (RTM) di TV1. Bertemakan penjelajahan dan pengajian tentang
peninggalan sejarah di Sabah dan Sarawak, program ini memaparkan pengajian
peninggalan sejarah di Sabah dan Sarawak yang melibatkan banyak kesan-kesan
sejarah dari alam semula jadi dan juga dari peninggalan jajahan kolonialis serta
prasejarah. Turut dikongsikan latar belakang kajian arkeologi, nilai-nilai sejarah,
aktiviti konservasi dan usaha-usaha untuk menjadikan lokasi-lokasi ini sebagai tarikan
pelancongan. 13 episod memaparkan perkongsian tentang Kota Kinabalu, Agop Batu
Tulug, Kinabatangan, Lembah Mansuli, Lahad Datu, Tingkayu, Kunak, Gua Madai Bukit

10
Ibid

5
Tengkorak, Semporna, Kuching, Santubong, Gua Batu Sireh, Serian, Gua Niah dan
‘The Grand Old Lady’, Miri.11

2.5 PEMBUDAYAAN DAN KETAMADUANAN MANUSIA

Seperti yang telah kita sedia maklum, kebudayaan dan ketamadunan manusia
bukanlah lahir bersama-sama manusia tersebut. Ia berkembang secara berperingkat
bermula daripada sesuatu yang rinngkas sehinggalah kepada bentuk yang lebih
kompleks. Ketamadunan dan kebudayaan manusia pada masa kini adalah hasil
daripada perkembangan dan sumbangan manusia zaman prasejarah yang telah
mencetuskan dan menjadi asas kepada bermulanya tamadun manusia masa kini.
Sejarah raka cipta pada asasnya bermula jutaan tahun yang lalu iaitu daripada zaman
prasejarah lagi diikuti zaman batu dan logam dan kemudian bermulanya tamadun
manusia sekitar 500 Sebelum Masihi. Kemunculan tamadun awal inilah yang
memperlihatkan kemajuan yang menggalakkan terhasilnya pelbagai penemuan dan
reka cipta baru. Seterusnya, berlakulah pertembungan tamadun yang telah
mencetuskan proses difusi, akomodasi, dan akulturasi dalam segenap lapangan hidup
manusia waktu itu.12

Zaman kehidupan manusia iaitu pada zaman ais, mereka telahpun menghasilkan
alatan dan perkakasan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Hasil tangan
mereka mudah, sekaligus mencerminkan penerapan teknologi yang rendah tanpa
berteraskan teori sains misalnya fizik, kimia, matematik, dan biologi. Kehidupan
primitif yang mereka lalui serta faktor alam semulajadi menyebabkan manusia pada
zaman awal ini menghasilkan reka cipta dengan menggunakan pendekatan cuba dan
jaya. Selain itu, pemerhatian dan pengamatan terhadap alam memberikan ilham
dalam menghasilkan sesuatu produk yang bermakna. Peralatan memburu seperti
tulang dan batu yang ditajamkan, gua sebagai tempat berteduh dan pakaian serta api
untuk memanaskan bdan. Malah, bahasa yang mereka hasilkan untuk berkomunikasi

11 “Dokumentari Khazanah Borneo di TV1” https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/01/dokumentari-


khazanah-borneo-di-tv1-mulai-3-januari-ini (dicapai pada 15 April 2019)
12Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd. Kaharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman, Rekacipta & Inovasi Dalam
Perspektif Kreativiti, 2006, hlm 119

6
menunjukkan keperluan hidup dan bersosial hanya dpat dipenuhi menerusi pelbagai
reka cipta yang mudah.13

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan ,masih terdapat banyak jenis eksplotasi arkeologi dalam industri
komersial selain daripada apa yang telah dijelaskan. Ini menunjukkan bidang arkeologi
bukan sahaja bermanfaat dalam bidang sejarah semata-mata. Malah, ia juga memberi
manfaat kepada pelbagai bidang melalui pemanfaatan bidang arkeologi itu sendiri
dengan cara mengkomersialkan unsur-unsur arkeologi yang ada kepada umum.
Dengan itu, sekaligus ia dapat menjana pendapatan kepada sesiapa sahaja yang

13 Ibid, hlm 119-120

7
mengusahakannya. Secara umumnya, selain daripada sumbangan bidang arkeologi
dalam perkembangan pembudayaan manusia, dapat dilihat eksplotasi bidang
arkeologi ini juga bukan sahaja mendatangkan kebaikan ataupun keuntngan kepada
ahli-ahli arkeologis sahaja malah golongan lain seperti pencari harta karun ataupun
artifak kemudian dipasarkan kepada para pencinta dan pengumpul barangan antik
yang sanggup membayar sebanyak mana yang perlu demi mendapatkan artifak yang
diinginkan ataupun untuk memenuhi kehendak dan keinginan mereka. Selain itu,
eksplotasi arkeologi juga telah banyak menyumbang dalam bidang akademik dan
pengetahuan untuk memperluaskan lagi ilmu arkeologi terhadap umum melalui
pembikinan dokumentari di samping tayangan filem yang memaparkan unsur
arkeologi dan sejarah kepada penonton dalam bentuk yang lebih santai dan tidak
mempunyai tema yang begitu berat untuk difahami masyarakat.

8
Rujukan

“Arkeologi Bawah Air; Projek Survei Kapal Karam Bersejarah Selat Melaka”
http://www.heritage.gov.my/index.php/arkeologi/arkeologi-bawah-air/warisan-k
ebudayaan-di-bawah-air/projek-survei-kapal-karam-bersejarah-selat-melaka
(dicapai pada 13 April 2019)

“Dokumentari Khazanah Borneo di TV1” https://www.utusanborneo.com.my/


2019/01/01/dokumentari-khazanah-borneo-di-tv1-mulai-3-januari-ini (dicapai
pada 15 April 2019)

“Fenomena Eksploitasi Sumber Daya Arkeologi Melalui Pemanfaatan Di Bidang


Entertaiment” https://www.academia.edu/8449929/FENOMENA_EKSPLOITASI_
SUMBER_DAYA_ARKEOLOGI_MELALUI_PEMANFAATAN_DI_BIDANG_ENTERTAI
NMENT (diakses pada 2 Mei 2019)

Hajah Noresah bt Baharom. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Selangor: Dawama
Sdn. Bhd

“ Misteri Kerajaan Melayu Kedah Tua”http://www.utusan.com.my/rencana/utama/


misteri-kerajaan-melayu-kedah-tua-1.488162 (dicapai pada 13 April 2019)

Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd. Kaharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman.
Rekacipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. 2006. Penerbit UTM

“Pengenalan Dan Sejarah Arkeologi” https://arkeologi.usm.my/images/nota/


101/uaw101%20 pengenalan%20dan%20sejarah%20arkeologi.docx(diakses
pada 3 Mei 2019)

“Tempat Pelancongan Arkeologi Yang Menarik”http://bldaily.my/2909/10-tempat-


pelancongan-arkeologi-yang-menarik.html (dicapai pada 13 April 2019)

9
10

Anda mungkin juga menyukai