Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Budaya ini muncul
akibat proses manusia menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Manusia sebagai
makhluk yang dianugerah akal fikiran akan bertindak balas dengan persekitarannya. Dalam
proses penyesuaian inilah manusia akan menerbitkan satu gaya hidup yang bersesuaian
dengan tuntutan persekitaran. Gaya hidup ini kemudiannya diterjemahkan melalui beberapa
cara dan bentuk sama ada bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar atau yang tidak
dapat dilihat dengan jelas. Gaya hidup inilah yang disebut sebagai budaya.

Kebudayaan atau seni budaya Melayu pada asasnya mempunyai dua perkara
pentmg iaitu elemen teras sebagai tiang seni jati diri bangsa Melayu dan elemen luaran
yang terpancar melalui pertuturan, tingkah laku, budaya-benda seperti kraf dan seni bina,
kesusasteraan serta bentuk-bentuk seni persembahan atau seumpamanya.

Menurut Anwar Din (2008), elemen teras bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah
agama Islam manakala elemen luaran ini berkisar dan terhasil sama ada dalam lingkungan
masyarakat Melayu itu sendiri atau dipengaruhi oleh budaya-budaya luar yang dibawa oleh
masyarakat lain yang menyerap masuk di rantau nusantara ini.

Kebudayaan masyarakat Melayu berbeza dengan masyarakat lain walaupun wujud


apa yang diperkatakan ciri-ciri keuniversalan. Hal ini kerana sesuatu budaya itu akan
berkembang mengikut kesanggupan masyarakatnya. Dalam budaya Melayu, terdapat unsur
budaya yang dipadankan akibat berlakunya pertembungan dengan pengaruh-pengaruh luar
sama ada bagi mengisi kekosongan atau sebagai alternatif bagi menokok tambah yang
sedia ada. Budaya Melayu juga dipengaruhi oleh pengalaman terhadap budaya-budaya lain
hasil daripada pengalaman seharian dalam asimilasi dan akomodasi dalam pergaulan.

Justeru, tugasan Kebudayaan Melayu (BMM 3142) ini dilaksanakan adalah untuk
mengenal pasti dan menilai unsur budaya Melayu yang terdapat dalam bahan bukan sastera
iaitu filem sebagai memenuhi kriteria penilaian bagi kursus ini.
2.0 KONSEP BUDAYA

2.1 Definisi dan Konsep budaya

Budaya selalu disempitkan pengertiannya. Masyarakat menganggap kebudayaan hanyalah


merujuk kepada tarian, permainan tradisional dan majlis-majlis kesenian. Sebenarnya
pengertian kebudayaan itu adalah sesuatu yang lebih luas yang merangkumi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam,
teknologi dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang dikongsi oleh ahli sesebuah
masyarakat (Edward B. Taylor,1871) .

Menurut Anuar Ramli (2014), perkataan kebudayaan bermaksud tamadun,


peradaban atau kemajuan fikiran. Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar
kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah
“budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya”
bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya
apa yang digerakkan oleh budinya.

Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat, kepercayaan sikap, nila dan idea
yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-satu kumpulan. Fungsinya adalah
menyediakan cara semula jadi untuk ahli organisasi atau masyarakat melakukan sesuatu
perkara.

Menurut Ahmad Fawzi & Abdul Rahman (1996), mentakrifkan budaya sebagai
warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai kepercayaan, pengetahuan, norma
dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat.

Menurut Zainon Ismail (2003) pula, budaya adalah merujuk kepada keseluruhan
sistem dan gaya hidup sebuah masyarakat yang bertamadun.

A.L. Kroeber dan Clyde Kluckhohn (1952) pula mentakrif kebudayaan sebagai pola
tingkah laku dan idea yang bersifat implisit dan eksplisit. Implisit ialah pola tingkah laku yang
tidak dapat dilihat dengan nyata dan jelas serta memerlukan tafsiran lanjut untuk
memahaminya seperti ideologi, adat resam dan lain-lain. Eksplisit pula ialah perlakuan yang
boleh dilihat secara langsung seperti cara makan dan cara berpakaian.

Kebudayaan adalah semua hasil ciptaan manusia yang terdiri daripada budaya
material dan bukan material. Budaya material adalah budaya yang boleh dilihat, disentuh,
dirasa dan mempunyai bentuk fizikal seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain lagi.
Manakala budaya bukan material merupakan budaya yang terhasil dalam bentuk abstrak
seperti teori, ideologi, formula dan falsafah.

Secara rumusnya, budaya boleh dianggap sebagai suatu cara hidup manusia yang
membawa kepada pembinaan tamadun sesebuah masyarakat yang diwarisi dan bersifat
dinamik.

2.2 Elemen Budaya

Budaya terbahagi kepada dua bentuk iaitu budaya material dan bukan material. Budaya
material nerujuk kepada objek fizikal yang direka atau dikongsi bersama oleh ahli
masyarakat. Dalam erti kata lain, segala hasil seni budaya yang dihasilkan oleh sesuatu
kelompok masyarakat di mana kepakarannya diwarisi sejak zaman-berzaman adalah
budaya material. Sebagai contoh, budaya material adalah seperti rumah, perahu, senjata
dan sebagainya.

Budaya bukan material pula merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi
akal, fikiran dan nilai sosial yang diterjemahkan melalui tingkah laku atau perlakuan
seharian. Budaya bukan material dapat dilihat melalui kepercayaan, adat istiadat, undang-
undang dan kesusasteraan sesebuah masyarakat.

Material:
rumah,perahu
, senjata dan
sebagainya

budaya

Bukan material
:
kepercayaan,
adat istiadat,
adat resam,
kesusasteraan
dan lain-lain

Rajah 2.2 Bentuk budaya


2.3 Ciri-ciri Budaya

Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi
amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti dan jati diri masyarakat
tersebut. Sikap, amalan dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya yang dapat
menjelaskan budaya masyarakat itu. Ciri umum kebudayaan ini terdapat dalam setiap
masyarakat sebagai pendukung kebudayaan, sehingga dimanapun juga masyarakat itu
berada akan tetap memiliki ciri khusus kebudayaannya yang membezakan dengan
kebudayaan masyarakat lain. Berikut ialah ciri-ciri umum sesuatu budaya :

2.3.1 Budaya menjadi warisan turun-temurun

Kebudayaan telah wujud semenjak manusia muncul di permukaan bumi ini yang
dikembangkan dan diteruskan atau diwariskan dari generasi ke generasi. Proses pewarisan
kebudayaan ini sejajar dengan proses belajar yang dialami manusia. Manusia sebagai
individu sejak dilahirkan mulai mengalami proses belajar yang dipersiapkan untuk dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakatnya kemudian individu akan dipersiapkan
untuk mewarisi dan meneruskan kebiasaan yang telah wujud dalam kehidupan masyarakat.
Masyarakat adalah pendukung kepada kelestarian sesuatu budaya. Sekiranya tidak wujud
masyarakat, maka sesuatu budaya itu tidak mungkin wujud. Sebagai contoh, budaya
Melayu, Cina dan India yang diamalkan sehingga kehari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu yang diwarisi secara turun-temurun.

2.3.2 Budaya bersifat dinamik

Budaya bersifat dinamis dan selalu mengalami perubahan dan perkembangan sehingga
tidak ada kebudayaan yang sifatnya statik walaupun perubahan yang berlaku berjalan
terlalu perlahan. Sebenarnya, budaya berkembang dan berubah-ubah selari dengan
perubahan masyarakat itu sendiri. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta
mempelbagaikan lagi budaya tersebut. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, cii
dan proses yang berlaku. Contohnya, rumah yang dahulunya beratap genting telah
digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan
budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara
diri kepada ekonomi kapitalis. Namun begitu, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah.

2.3.3 Budaya dikongsi bersama

Unsur-unsur budaya dalam sesebuah masyarakat adalah dikongsi oleh anggotanya. Ini
bermaksud setiap perlakuan yang diamalkan harus dilakukan, disokong, diiktiraf dan dirasai
sebagai milik bersama oleh semua anggota masyarakat. Budaya tidak boleh dianggap
sebagai budaya jika hanya seorang sahaja yang mengamalkannya. Budaya yang dikongsi
ini bermaksud bahawa setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.
sebagai contoh, nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat
menggemarinya. Walaupun begitu, tidak semua perlakuan yang dianggap sebagai budaya
seperti perlakuan mencuri meskipun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia
hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

2.3.4 Budaya bersifat sejagat

Semua masyarakat di dunia mempunyai budaya oleh itu menjadikan budaya itu bersifat
sejagat atau universal. Namun begitu, budaya yang dimiliki itu adalah berbeza-beza. Ia
disebabkan oleh faktor alam semula jadi, tahap penyesuaian anggota masyarakat dan
pengaruh luar yang pernah meresap dalam budaya berkenaan. Sebagai contoh setiap
masyarakat di dunia mempunyai bahasa yang tersendiri. Seperti yang dinyatakan oleh
Clyde Kluckhohn (1952) dalam karyanya Universal Categories of Culture terdapat tujuh
unsur yang terdapat di dalam semua kebudayaan iaitu peralatan, kelengkapan hidup
manusia, mata pencarian hidup, sistem sosial, bahasa, kesenian dan pengetahuan.

2.3.5 Budaya sebagai sistem perlambangan

Sistem perlambangan dalam kebudayaan boleh memberi pengertian tertentu kepada


anggotanya, difahami dan dihormati oleh anggota masyarakat yang mendokong budaya
tersebut. Sistem perlambangan dibahagikan kepada lambang (simbol) dan isyarat. Lambang
perlu dihormati sementara isyarat perlu dipatuhi. Lambang bersifat arbitrari dan mempunyai
makna tertentu mengikut kelompok masyarakat. Contohnya bendera Jalur Gemilang adalah
signifikan kepada masyarakat Malaysia. Isyarat pula merupakan objek dan perlakuan dalam
budaya yang memberikan arahan tertentu seperti menggamitkan tangan membawa maksud
mengarahkan seseorang untuk datang ke arahnya.

2.3.6 Budaya berpola dan berstruktur

Terdapat pola dan struktur dalam kebudayaan yang bermaksud kebudayaan itu mempunyai
corak dan susunan yang tersendiri. Dalam sesebuah masyarakat terdapat pelbagai struktur
seperti sistem kekeluargaan, sistem pemerintahan, sistem perundangan dan sebagainya.
Setiap sistem mengandungi polanya tersendiri. Sebagai contoh sistem kekeluargaan dalam
masyarakat Melayu terdiri daripada adat Temenggung yang bernasab bapa dan adat
Perpatih pula bernasab ibu.

2.4 Proses Budaya

Sesuatu budaya tidak akan wujud tanpa sebarang proses yang dialaminya. Budaya diwarisi
dan dipelajari daripada generasi sebelumnya. Budaya berkembang dan mengalami proses
seperti :

2.4.1 Proses Akomodasi

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang
mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat
memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Dalam perkataaan lain, akomodasi juga dikenali
sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang
bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat
baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Sebagai contoh, di Malaysia, meskipun
bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa lain
masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

2.4.2 Proses Akulturasi

Akulturasi boleh didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok
kepada satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan sesebuah masyarakat adalah
bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut mampu memberikan kelebihan
dan manfaat kepada kelompok tersebut. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya
yang positif sebagai contoh, pemakaian tali leher telah diterima oleh semua masyarakat
dunia. Walau bagaimanapun penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak
oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat seperti
pengaruh black metal dalam kalangan anak muda. Isu penolakan atau keengganan tersebut
timbul ekoran wujudnya perasaan bahawa kebudayaan asing akan menghancurkan serta
merosakkan kebudayaan asal mereka.

2.4.3 Proses Asimilasi

Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang


berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru.
Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Pertama, kelompok
masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru dengan
menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. Kedua, kelompok yang diasimilasikan
akan mengamalkan kebudayaan baru yang dicipta hasil daripada percantuman budaya
antara kelompok dengan kebudayaan asalnya. Proses asimilasi boleh berlaku apabila
golongan minoriti bersedia untuk menyerap budaya golongan majoriti dan golongan majoriti
bersedia menerima golongan minoriti tersebut.
3.0 ANALISIS ASPEK KEBUDAYAAN DALAM BAHAN YANG DIKAJI

Unsur-unsur kebudayaan melayu banyak digunakan dalam