Anda di halaman 1dari 4

“Salah satu kunci kesihatan seseorang adalah dalam keupayaannya untuk

memastikan amalan pemakanannya dijaga dan mengikut prinsip-prinsip pengambilan


yang betul”

Kesihatan merupakan aset yang terpenting bagi manusia dan salah satu faktor yang
mempengaruhi kesihatan seseorang adalah melalui pemakanannya. Menurut Shariff et al.,
(2008), tabiat makanan yang tidak sihat akan menjadikan kita tidak sihat. Jadi kita perlulah
mengamalkan tabiat makan yang sihat dan seimbang serta mengikut saranan pakar nutrisi
untuk menjadi lebih sihat. Hal ini kerana menurut salah satu fakta yang diterima oleh
masyarakat pada hari ini ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang merupakan asas
kesihatan. Takrif pemakanan yang seimbang ialah pengambilan yang cukup bagi setiap
nutrien yang diperlukan dan penggunaan yang betul bagi setiap kelas makanan untuk
pertumbuhan, pemulihan dan fungsi badan (Baysal, 2002).

Pemakanan seimbang ini kita boleh rujuk menerusi piramid makanan kerana ia
membantu dalam pengurusan diet kita. Makanan diletakkan pada aras yang berlainan di
dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2011). Seperti yang kita tahu bahawa piramid makanan ini berbentuk piramid di
mana ia berbentuk besar di bawah dan kecil di atas. Di dasar piramid makanan ini
terletaknya makanan yang mempunyai nutrien yang tertinggi manakala di puncak piramid ini
terletaknya makanan yang mempunyai nutrien yang terendah. Jumlah amaun makanan
yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu. Piramid makanan ini terbahagi kepada
empat peringkat iaitu karbohidrat, vitamin, protein dan lemak. Jenis makanan harus dipilih
dari setiap aras piramid mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak
adalah daripada dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu
diambil dengan amaun paling sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti


yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak,
2001. Amalan pemakanan selalunya dibentuk semasa kanak-kanak lagi dan pengambilan
pada waktu ini jarang berlaku secara baik dan sistematik. Hal ini kerana pada peringkat ini
amalan pemakanan kanak-kanak dipengaruhi oleh tabiat pemakanan yang diamalkan oleh
orang di sekeliling mereka iaitu keluarga, rakan-rakan dan media (Suriah et al, 2000).
Amalan pemakanan pada usia kanak-kanak ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi sistem pertumbuhan dan tumbesaran mereka. Hal ini disebabkan oleh, pada
usia kanak-kanak mereka memerlukan nutrien yang cukup bagi keperluan fisiologi dan
pertumbuhan mereka.
Antara jenis keperluan makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak yang pertama
ialah Karbohidrat. Ia penting untuk membekalkan tenaga pada badan. Tanpa ia kita akan
merasa cepat letih. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Hal ini kerana karbohidrat dapat membekalkan
tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan dan melakukan aktiviti seharian mereka.
Kanak-kanak yang aktif sangat memerlukan karbohidrat kerana makanan seperti ini dapat
membekalkan tenaga kepada mereka. Menurut Derek (1996), karbohidrat kompleks
membolehkan seseorang itu memperoleh simpanan tenaga ketika ketiadaan tenaga. Jadi,
keperluan karbohidrat ini bergantung kepada aktiviti seharian mereka. Contohnya, semakin
banyak gerakan ataupun aktiviti seseorang itu, maka semakin tinggilah karbohidrat yang
diperlukan. Antara sumber karbohidrat yang dapat diperoleh ialah nasi, roti, ubi kayu,
keledek, kentang dan mihun.

Seterusnya, keperluan makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah vitamin


iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin diperlukan dalam amaun yang kecil sahaja
maka ia sering disebut sebagai mikronutrien (Rajikin et al., 1997). Serat dalam diet
pemakanan membantu penghadaman dan mengelakkan daripada sembelit. Air juga amat
penting untuk badan bagi menghindarkan penyakit itu menyerang kesihatan tubuh badan
kita. Vitamin C daripada buah-buahan dan sayuran penting untuk penjagaan mata, kulit,
gusi dan boleh mengekalkan kecerdasan tubuh. Manakala vitamin A sangat penting dalam
penglihatan, pertumbuhan, pembiakan normal dan pertumbuhan tisu (Kathleen & Escott-
Stump, 1996). Zat galian pula berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yg
diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Perkenalkan
kepada kanak-kanak kepada buah-buahan yang berwarna warni seperti strawberi, buah
delima, dan kiwi kerana kesemuanya mengandungi antioksidan dan zat-zat lain yang baik
untuk kesihatan.

Di samping itu, protein juga sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Ikan dan susu
merupakan sumber asas bagi protein. Ia amat penting untuk tumbesaran badan kerana
mengandungi banyak protein dan beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya diperolehi daripada haiwan. Protein kelas kedua pula daripada sayuran.
Makanan ini juga mengandungi mineral yang berfungsi untuk menjaga kesihatan darah di
samping dapat membantu tubuh menyerap zat lain dengan berkesan. Seterusnya protein
juga penting untuk membina otot dan membaiki tisu yang rosak. Penyakit Kwasyiorkor yang
jarang ditemui di Malaysia dapat dihidapi oleh kerana kekurangan protein dalam makanan
(Rajikin et al., 1997). Namun yang demikian, lelaki lebih memerlukan protein berbanding
wanita kerana lelaki memerlukan lebih banyak protein untuk membina otot-otot baru.
Contoh-contoh protein yang boleh diambil ialah, ikan bilis, telur, susu, daging dan ikan.
Namun begitu terdapat kekuatan, kelemahan dan ancaman bagi melancarkan dan
melicinkan amalan pemakanan untuk kanak-kanak ini. Kekuatan bagi proses ini ialah
kesemua jenis makanan ini sangat berkhasiat dan memberi manfaat yang positif untuk
perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Malahan hampir kesemua makanan yang
dinyatakan di atas mudah untuk kita dapatkan sekarang kerana makanan-makanan tersebut
dijual di kedai-kedai runcit mahupun di pasar-pasar berdekatan. Seterusnya, kelemahan
bagi amalan pemakanan kanak-kanak ini ialah kemungkinan kanak-kanak yang miskin tidak
dapat makan makanan yang agak mahal seperti ayam dan daging kerana ibu bapa mereka
tidak berkemampuan untuk memberi sumber protein yang cukup untuk anak-anak mereka.
Jadi ini telah membuatkan anak mereka tidak mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk
tumbesaran mereka. Manakala ancaman bagi amalan pemakanan kanak-kanak ini ialah
selalunya kanak-kanak sekarang tidak gemar untuk memakan sayur-sayuran dan buah-
buahan dalam menu mereka seharian sedangkan makanan tersebut dapat memberi
manfaat untuk kesihatan mereka. Jadi kita sebagai orang dewasa perlulah lebih kreatif untuk
menarik minat kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan
menghidangkan makanan itu secara beraneka warna dan bentuk yang menarik. Secara
tidak langsung ia dapat menarik minat kanak-kanak memakannya.

Di dalam kehidupan seharian kita, makanan yang diambil perlulah berdasarkan


piramid makanan. Hal ini kerana dengan mengambil makanan yang seimbang dan
berkhasiat untuk keperluan seharian kita, ia dapat menghindarkan kita daripada mendapat
penyakit. Terdapat beberapa prinsip pengambilan yang betul dalam kehidupan seharian
kita. Prinsip yang pertama ialah kepelbagaian iaitu menikmati pelbagai jenis makanan
kerana ia mampu memberikan kita kombinasi tenaga dan nutrien yang berlainan. “Yang
paling penting, kepelbagaian makanan yang diambil perlu menggabungkan semua
kumpulan makanan dalam Piramid Makanan,” kata Ketua Penolong Pengarah Pemakanan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Fatimah Salim dalam
Seminar Pemakanan Wanita Bekerjaya di Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tahun
2007 yang lalu. Piramid makanan terdiri daripada empat aras yang berbeza iaitu
karbohidrat, vitamin, protein dan lemak. Menurut Fatimah (2007), lebih banyak perancangan
boleh dilakukan dengan adanya panduan Piramid Makanan. Menurut beliau lagi, sebaik-
baiknya pengambilan makanan mengikut Piramid makanan ini diambil lapan hingga 12
hidangan bagi karbohidrat seperti roti, bijirin, nasi, ubi dan pasta. Seterusnya, tiga hingga
lima hidangan bagi vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kemudian dua hingga
tiga hidangan untuk daging, ikan, ayam, itik, dan kekacang. Yang terakhir sekali ialah satu
hingga dua hidangan bagi kumpulan makanan lemak seperti telur, susu, dadih dan keju.
Jadi, dengan mengambil pelbagai jenis makanan ia dapat memastikan tubuh badan kita
mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan.

Prinsip yang seterusnya ialah kesederhanaan iaitu seseorang individu itu hendaklah
bersederhana dalam mengambil makanan bagi memenuhi keperluan sebenar tubuh badan
sahaja. Hal ini kerana, menurut Fatimah (2007) jika kita tidak mengamalkan kesederhanaan
maka sia-sialah kita makan makanan mengikut piramid makanan yang betul. Contohnya,
seseorang individu itu jarang bersenam ataupun jarang membuat aktiviti tetapi dia tidak
bersederhana dalam pemakanannya maka ini akan menyebabkan terjadinya masalah
obesiti disebabkan makanan tersebut tidak ditukarkan menjadi tenaga dan ia menyebabkan
ia tersimpan di dalam tubuh menjadi lemak.

Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua


kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan
seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika
masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit
kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita
semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Anda mungkin juga menyukai