Anda di halaman 1dari 2

Teori nilai akhlak konfusianisme – Ren yi

Konfusius merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme. Beliau adalah orang yang
memperkembangkan dan mewarisi pandangan nilai akhlak dan budaya peradaban serta muzik
pada zamn Zhou Barat. Ideologinya dikembangkan pada akhir zaman Chun qiu sampailah ke
zaman Zhang Guo oleh Konfusius, engzi dan Xunzi

Konsep nilai mereka mempunyai persamaan iaitu nilI liran Konfusianisme berlandas kepada
akhlak Ren yi (Kemanusiaan dan keadilaan)

Pandangan nilai akhlak Ren Yi dari aliran Konfusianisme telah menunjukkan orang budiman
merupakan ukuran yang teratas. Orang yang mempunyai sikap kasih sayang tidak dapat
mengatasinya. Mengzi pula membicarakan kemanusiaan adalah manusia dan Xuni pula
menyatakan manusia memiliki nyawa, kehiduan, pengetahuan, dan keadilan.

Nilai yang paling tinggi dalam akhlak adalah Ren Yi. Akhlak Ren yi merupakan sifat asas
manusia dan ini merupakan asas manusia sebagai manusia. Mengi memperkatakan Ren
merupakan hati manusia, Yi merupakan jalan manusia.

Sekiranya manusia memiliki akhlak yang tinggi iaitu perikemanusiaan itu adalah cintakan
manusia bukan sahaja terbentuk pada spiritual yang riang, harmoni, aman dan tetap berjiwa
besar.Selain itu, ia akan melaksanakan nilai indah, bijaksana dalam mencari ilmu keindahan,
mereka perlu menggunakan kemanusiaan untuk mempertahankan kebijaksanaan

Teori nilai kepentingan Moisme


Mozi merupakan pengasas aliran Moisme. Beliau telah memetik sesetengah konsep nilai dari
Konfusius seperti nilai Yi. Dia mengemukakan tafsiran baru tentang konsep Yi aiatu
mempunyai makna kpentingan. Yi boleh menguntungkan manusia oleh sebab itu dia
menyatakan Yi itu adalah kpentingan

Beliau mengemukakan pandangan nilai, kasih sayang, menukar kepentingan untuk


menerangkan pandangan nilainya yang mengutamakan Yi dan mengutamakan kepentingan.

Fungsi dan kewujudan nilai:

a) Terhadap survival manusia


Keperluan yang paling asas pada manusia adalah survival. Maka segala keperluan
utama untuk memnuhi kepeluan ini sepeti kepentingan pakaian, dan makanan
b) Perhubungan di antara kepentingan dengan akhlak Ren Yi
Kepentingan merupakan asas dalam akhlak Ren yi. Segala prinsip akhlak yang paling
tinggi seharusnya berlandaskan kepentingan orang dan masyarakat. Sekiranya
kepentingan manusia , negara, rakyat,dan seluruh alam diabaikan
c) Terhadap pentadbiran negara
Mozi menganggap negara kaya mementingkan rakyat merupaan lambang asas pada
pemerintahan kebajikan . Sekiranya setiap dan kerajaan yang mengutamakan aktiviti
dan dasar pemerintahannya, terhadap ketiga tiga perkara iaitu kepentingan atas adalah
langit, kepentingan pertengahan adalah hantu dan kepentingan bawah adalah manusia

Teori nilai kuasa aliran legalisme (Fa)

Aliran legalisme merupakan wakil pemikiran kuasa kebangkitan di zaman Chunqiu


dan Zhang Guo. Pemikiran ini sesuai dengan kebangkitan pelbagai negara pengerang
dalam sistem feudal dan juga perkembangan kelahiran perhubungan tanah feudal.
Aliran legalisme merupakan aliran yang menekankan kepada kuasa undang undang
dan kaedah

Aliran legalisme menganggap sifat manusia adalah buruk. Perubahan masyarakat


menyebabkan perubahan prinsip oleh itu beliau membicarakan dari aspek
pembangunan perundangan.

Aliran legalisme membicarakan persoalan nilai, lebih menekankan pada wilayah


politik. Dalam perlaksanaan nilai adalah mengandungi pada kuasa raja
Aliran legalisme membicarakan n ilai kuasa raja iaitu raja, autoriti, perundangan dan
kaedah. Dalam sejarah pemikiran Cina terbahagi kepada perkara penting seperti :

-Raja merupakan nilai yang paling tingii dalam kalangan manusia


-Kuasa adalah alat dan modal untuk mentadbirkan seluruh alam dan mentadbir
pembesar-pembesar dan rakyat
-Sistem perundangan merupakan perkara yang paling berharga dalam mntadbirkan
masyarakat.
-Autoriti merupakan alat untuk mengawasi pembesar

Anda mungkin juga menyukai