Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN PERSATUAN KADET POLIS (PKP)

TAHUN 2019

1. RASIONAL
Aktiviti kokurikulum Persatuan Kadet Polis (PKP) kolej perlu mengikut sukatan
skim latihan yang ditetapkan Ketua Polis Negara di mana ia merangkumi pengetahuan
am kepolisian. Pengetahuan am kepolisian meliputi kawad kaki, syarahan undang-
undang, perkhemahan dan sebagainya. Semua pegawai kanan dan pegawai rendah
Kadet Polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan terhadap anggota bawahan
dengan lebih baik. Aktiviti ini diwajibkan untuk anggota PKP dimana mereka dapat
memenuhi syarat anggota PKP iaitu dengan melatih diri dengan menyertai aktiviti-
aktiviti latihan ketahanan diri dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspidisi,
berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri,
pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.
Aktiviti Perkhemahan Tahunan PKP kolej diadakan pada setiap bulan April setiap
tahun. Aktiviti ini disarankan untuk diadakan dengan lebih kerap supaya dapat
melahirkan pelajar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan berkhidmat untuk negara.

2. OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif perkhemahan tersebut:


2.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan berdikari.
2.2 Memupuk semangat kerjasama berpasukan dan seterusnya mengeratkan
silaturahim sesama ahli pasukan.
2.3 Mengukuhkan kemahiran kawad kaki.
2.4 Menambah pengetahuan am tentang kepolisian.

3. BUTIRAN PERKHEMAHAN
3.1 Tarikh : 26 hingga 28 April 2019
3.2 Hari : Jumaat hingga Ahad
3.3 Tempat : Kem PLKN Millennium, Beranang Kampung Kuala Pajam, 43700
Beranang Selangor.
3.4 Tempoh : 3 Hari 2 Malam
4. KUMPULAN SASARAN
Seramai 50 orang anggota Kadet Polis yang akan menyertai perkhemahan ini dengan
bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 seorang.

5. ANDAIAN-ANDAIAN HALANGAN
5.1 Peralatan Tidak Mencukupi
Peralatan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan aktiviti yang dirancang
tidak dapat berjalan mengikut yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian
program atau aktiviti tidak akan berjalan dengan lancer.

5.2 Penyertaan tidak mendapat sambutan


Pelajar tidak yakin dengan keselamatan yang diperuntukkan untuk pelajar
menyebabkan mereka kurang berminat untuk menyertai program tersebut.

5.3 Cuaca Tidak Menentu


Cuaca yang tidak dapat diramalkan boleh menyebabkan beberapa aktiviti
tergendala atau terpaksa di langkau dengan aktiviti seterusnya. Perkhemahan
juga berkemungkinan tidak dapat berjalan dengan lancar.

6. ANGGARAN BELANJAWAN

A. Anggaran Sumber Kewangan


Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Yuran penyertaan (RM 50.00 x 50 peserta) 2 500.00

2 Sumbangan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 1 000.00

3 Peruntukan Kolej 500.00

4 Peruntukan dewan makan 500.00

5 Tabung Kadet Polis 1 000.00

JUMLAH 5 500.00
B. Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Anggaran Kos (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 Pakej penginapan 3 hari 2 malam 50.00 50 2 500.00
2 Makan dan minum 30.00 50 1 500.00
3 Cenderahati 50.00 3 150.00
4 Aktiviti 25.00 50 1 250.00
JUMLAH KESELURUHAN 5 400.00

7. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Norhayati Binti Ab Wahab


Pengerusi : Pn. Ruzahriah Binti Telimik
Naib Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Jamji
Penyelaras : En. Fauzee Nordin Bin Iman
Setiausaha : Cik Fatin Farra Nadia Binti Mohd Ayub
Bendahari : Pn. Nur Laili Binti Suhaimi

8. JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGAS

BIL. NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS

 Memastikan kawasan perkhemahan berada


dalam keadaan selamat
KEM KOMANDAN
1  Memantau disiplin pelajar dan memastikan
1. Kamarul Baharin Bin Abu Bakar
setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik
 Menyelia sesi perhimpunan pagi
 Sentiasa membawa buku catatan (catat
dalam buku laporan jika berlaku sebarang
perlanggaran disiplin oleh pelajar atau ada
TIMBALAN KEM KOMANDAN
2 masalah-masalah yang timbul)
1. Fatin Farhana Binti Abdullah
 Sentiasa berhubung dengan pengarah
program / pengarah dan tahu tentang masa
setiap aktivitiyang akan dijalankan
AJK FOTOGRAFI
 Menangkap gambar setiap aktiviti bagi tujuan
3 1. Muhammad Amar Nasrul
lampiran pada laporan diakhir program
2. Hazim Bin Hamdan Bin Azli
PENGANGKUTAN
 Menyediakan pengangkutan yang sesuai dan
4 1. Muhammad Syamim Nazmi Bin
selesa untuk peserta untuk tiba ke destinasi
Shamsudin
 Memastikan tahap keselamatan peserta dan
PENJAGAAN DAN
segala peralatan berada dalam keadaan yang
KESELAMATAN
selamat digunakan.
5  Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti
1. Muhammad Harith Danial bin
rawatan yang sempurna dan mencukupi.
Mohd Radzuan
 Menyediakan jadual pengawasan dan
2. Muhammad Azri Bin July Anuar
kawalan
AJK MAKANAN & MINUMAN
 Memberi makanan dan minuan sepanjang
6 1. Nur Afiqah Binti Ardi
jadual waktu makan yang telah ditetapkan
2. Syazwanie Binti Azham
 Menyediakan hadiah untuk peserta
AJK HADIAH & CENDERAHATI
berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
7 1. Hana Amirah Binti Zainal
 Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
2. Nazieha Auna Binti Nazli
 Menyediakan lain-lain hadiah sekiranya ada.
 Mengendalikan program yang menarik dan
PENGACARA MAJLIS
menghiburkan
8 1. Khairul Imran Bin Khafizudin
 Menyampaikan maklumat dari semasa ke
2. Almy Nadia Binti Ahmad Nasir
semasa
AJK REKREASI/SUKAN  Memastikan setiap peralatan aktiviti
1. Muhammad Farhan Amin Bin disediakan dan dalam keadaan yang baik.
9
Faizol  Memastikan semua aktiviti berjalan lancar
2. Adam Asyraf Bin Jefri seperti yang dirancang
AJK PENDAFTARAN  Menyediakan borang pendaftaran program
10 1. Nazween Izdihar Binti Nazrullah untuk semua peserta.
2. Akmal Ismail Bin Amin  Menyediakan meja pendaftaran.
9. TENTATIF / JADUAL PERKHEMAHAN

HARI/ 0500- 0630- 0700- 0800- 1000- 1200- 1400- 1600- 1700- 1830- 2000- 2200- 2300-
MASA 0630 0700 0800 1000 1200 1400 1600 1700 1830 2000 2200 2300 0500

Bertolak
Pasang Ice-
Hari 1 ke
Minum khemah Rehat breaking
destinasi
Petang, Solat
Rehat Minum
taklimat maghrib Tidur
Makan Malam
Solat makan
tengah
Jungle Sarapan Latihan Latihan asar Ujian malam BBQ &
Hari 2 Ceramah hari
Trekking pagi Kawad kawad Kawad aktiviti
dan
Solat solat
Subuh zohor

Senaman pagi & Break Betolak


Hari 3 Ujian
aero Camp balik
10. STRATEGI PERLAKSANAAN

10.1 Perancangan
10.1.1 Membuat perjumpaan bersama unit kokurikulum
10.1.2 Mengusulkan cadangan perkhemahan untuk Unit Persatuan Kadet Polis
10.1.3 Menyatakan pernyataan masalah untuk mendapatkan persetujuan unit
kokurikulum.

10.2 Persediaan
10.2.1 Membuat lakaran kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan pengarah
10.2.2 Membuat perlantikan jawatankuasa dan perancangan anggaran
mencari belanjawan, ketetapan lokasi dan lain-lain
10.2.3 Mengeluarkan surat untuk penyertaan aktivit perkhemahan PKP
10.2.4 Mendapatkan kelulusan pengarah

10.3 Perlaksanaan
10.3.1 Memastikan program berjalan lancar mengikut perancangan
10.3.2 Memastikan keselamatan semua peserta dan ahli jawatankuasa yang
terlibat terjamin.

10.4 Laporan
10.4.1 Menyediakan laporan bertulis aktiviti untuk diserahkan kepada
pengarah untuk tujuan penilaian program.

11. RUMUSAN

Diharapkan aktiviti perkhemahan tahunan ini bejaya dilaksanakan dan mencapai


objektifnya dengan sokongan pelbagai pihak. Semoga para peserta memperoleh
manfaat daripada aktiviti ini dan akan meningkatkan semangat berpasukan serta
komitmen dalam bidang kokurikulum.
Disediakan oleh,

FATIN FARRA NADIA BINTI MOHD AYUB


Setiausaha Unit Persatuan Kadet Polis
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Disemak oleh,

FAUZEE NORDIN BIN IMAN


Penyelaras Program Perkhemahan
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

KELULUSAN
Permohonan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengarah bagi meluluskan aktiviti
perkhemahan tahunan yang akan dijalankan oleh Unit Kokurikulum Badan Beruniform Kadet
Polis Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Saya yang menjalankan amanah,

NORHAYATI BINTI AB WAHAB


Pengarah
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Anda mungkin juga menyukai