Anda di halaman 1dari 7

Bab 4 Langkah-langkah Mengatasi Pemanasan Global

4.1 Negara

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi meminimumkan kesan negatif
pemanasan global terhadap hidupan di muka bumi ini. Antaranya adalah:

4.1.1 Teknologi hijau

Teknologi hijau boleh didefinisikan dengan merujuk pembangunan dan


aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alm sekitar dan alam semulajadi
dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif kepada manusia.[1] Contohnya,
menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa kementerian dan mewujudkan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.[2] Melalui pendekatan
sebegini, impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar sudah
tentu dapat diminimumkan. Hal ini dimikian kerana lebih banyak
kementerian baru yang lebih proaktif telah ditubuhkan bagi mengawal
serta memantau keadaan semasa atau kualiti alam sekitar di seluruh
negara.

4.1.2 Penguatkuasaan undang-undang

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif


oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan
bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini
sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos
kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam.

Pengeluaran atau pelulusan lesen bagi tujuan pembalakan turut perlu


diminimumkan. Hal ini adalah bagi memastikan para pembalak agar tidak menyalahgunakan
permit yang mereka peroleh untuk kepentingan sendiri. Penetapan had kuantiti kayu balak
yang boleh ditebang dalam satu tahun akan dapat meminimumkan penebangan kayu balak
yang terdapat di negara ini.
4.2 Masyarakat

4.2.1 Saling memberi maklumat

Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat


dalam sesebuah negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan
memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain.
Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-
sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama
memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting
supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-
masing dalam memelihara alam sekitar.

4.3 Sekolah

4.3.1 Memberi pendidikan tentang alam sekitar

Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi


dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus
tahu akan kepentingan menjaga alam sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu
pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi sekurang- kurangnya dapat memberi
mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka
terhadap alam sekitar.

4.3.2 Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar

Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan
ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar
tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi
sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa
aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-
sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.

4.3.3 Peranan guru kaunseling

Guru kaunseling di sekolah saharusnya tidak hanya memandang berat pada


masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah sahaja. Pendedahan tentang isu-isu semasa
kepada para pelajar turut perlu dipandang serius. Contohnya, isu pemanasan global yang
semakin serius pada masa kini. Pendedahan tentang cara-cara yang bolaeh dijadikan
sebagai sumbangan bagi meminimumkan impak pemanasan global adalah penting dan
perlu diketahui oleh semua warga sekolah. Hal ini boleh dilakukan dengan menampal poster
umpamanya, mengadakan ceramah dan menganjurkan pertandingan-pertandingan
yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar sehingga ke peringkat antarabangsa. Hal
ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peri
pentingnya menjaga alam semulajadi di sekeliling kita.

4.4 Diri sendiri

Kesedaran di dalam diri tentang isu ini adalah asas kepada usaha yang akan
dilakukan oleh samada pihak sekolah, masyarakat mahupun negara. Sumbangan diri sendiri
terhadap penjagaan alam sekitar adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan usaha-
usaha pihak sekolah, masyarakat dan negara. Antara langkah atau tips yang boleh diambil
termasuklah:[3]

4.4.1 Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak
dipam secukupnya akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.

4.4.2 Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan
alat pencuci yang sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.

4.4.3 Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini
demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket
akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
4.4.4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding
lampu bilik atau lampu mentol.

4.4.5 Beli barangan yang boleh dikitar semula. Selain dapat


meminimumkan penggunaan bahan mentah untuk penghasilan barangan baru, barangan
yang boleh dikitar semula akan memberi keuntungan apabila barangan tersebut dijual untuk
dikitar semula.

4.4.6 Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi
masalah ini. Selain mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turut
akan mengurangkan ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah.

[1] Dewan Siswa, Februari, 2010, hlm 06


[2] Dewan Siswa, Februari, 2010, hlm 07
[3] http://www.squidoo.com/globalwarmingprevent

Kesimpulan

Daripada hasil kajian, dapatlah disimpulkan bahawa pemanasan global bukan lagi
merupakan satu isu yang ringan kerana isu ini banyak mendatangkan mudarat kepada
semua hidupan di muka bumi ini dan manusia adalah tidak terkecuali. Kita perlu sedar
bahawa pemanasan global bukan berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, kita perlu ingat
bahawa isu ini semuanya berpunca daripada perbuatan kita sendiri yang lebih
mementingkan keuntungan, keseronokan dan keselesaan duniawi yang berlebihan dan
sebagainya. Betul, kita tidak mampu menghalang pemanasan global daripada terus berlaku
tetapi, kita masih punya kebijaksanaan bagi mengawal isu ini daripada menjadi semakin
parah dalam jangka masa yang singkat sahaja. Oleh yang demikian, langkah yang proaktif
serta wajar perlu kita ikuti dan semua pihak harus bekerjasama serta sama-sama
berganding bahu dalam mengatasi masalah ini.

Walaupun semua langkah tersebut tampak remeh, namun seandainya semau


individu di dunia ini melakukan hal yang sedemikian, tidak mustahil pemanasan global tidak
akan memberi impak yang lebih teruk pada masa hadapan. Kita tidak seharusnya
membiarkan diri kita terus dibuai mimpi oleh keseronokan dan keselesaan hidup di dunia ini
sedangkan kita tidak mengetahui akan realitinya impak pemanasan global terhadap masa
depan generasi akan datang atau anak-anak kita. Natijahnya, masa depan anak-anak kita
akan datang terletak pada usaha dan apa yang kita lakukan pada masa sekarang.
Janganlah kita sanggup membiarkan generasi akan datang menderita dan hidup dalam
katakutan disebabkan oleh kelalaian dan sikap endah tak endah kita pada masa kini.

Note: Semua artikel mengenai pemanasan global ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan di sekolah. Semua fakta adalah sahih
dan telah dirujuk dari pelbagai sumber. Dimuat naik bertujuan untuk perkongsian maklumat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan
maklumat tersebut dan juga kepada pengunjung blog...terima kasih! ^^

Posted by franny27 at 7:25 PM 1 comments


Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Wednesday, May 18, 2011


Kesan-kesan Pemanasan Global

Bab 3 Kesan-kesan Pemanasan Global

3.1 Kesan

Seperti yang kita sedia maklum, pemanasan global akan memberi kesan buruk
kepada bumi terutamanya terhadap benda hidup terutamnya manusia. Namun begitu,
mengikut kajian yang telah dibuat, pemanasan global turut memberi kesan positif tetapi
kesan negatifnya adalah lebih signifikan berbanding kesan positif dan di sini, hanya kesan
negatifnya sahaja yang akan dihuraikan.

3.1.1 Ancaman terhadap tapak warisan dan sejarah

Salah satu kesan negatif pemanasan global ialah mengancam tapak warisan
dan sejarah yang ada di muka bumi ini. Organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
untuk Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) telah menyenaraikan sebanyak 857
tapak sebagai tapak warisan dunia termasuk Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara
Gunung Mulu di Sarawak, Malaysia. Apabila pemanasan global berlaku, ini akan
menyebabkan berlakunya pencairan ais di kutub seterusnya akan meningkatkan paras air
laut dunia. Apabila paras air laut meningkat, tapak warisan terutamanya yang terletak
berhampiran pantai akan mengalami risiko tinggi untuk ditenggelami air terutamanya
apabila air pasang. Sebagai contoh, Kota Venice yang terletak di pesisiran Laut Adriatik,
terkenal dengan struktur-struktur bangunan yang dibina di atas kelong-kelong oleh arkitek-
arkitek yang mashyur pada kurun ke-5. Kenaikan aras air Laut Adriatik ini seringkali
menyebabkan kejadian banjir berlaku akibat daripada kemasukan air laut ke dalam kelong-
kelong ini. Kajian menyatakan sekiranya fenomena ini terus berlaku, Venice akan
mengalami banjir pada setiap hari.

3.1.2 Perubahan iklim dan cuaca

Selain itu, peningkatan suhu dan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera
akan mengubah iklim dan persekitaran. Hal ini demikian kerana gas yang terkandung di
atmosfera tidak akan menjadi stabil seperti beribu-ribu tahun dahulu. Akibatnya, biodiversiti
hidupan di muka bumi ini akan terjejas. Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu, yang
kaya dengan spesies tumbuhan dan haiwan pastinya akan berhadapan dengan
perubahan iklim kesan daripada pemanasan global.

3.1.3 Pengasidan air laut

Seterusnya, seperti yang kita ketahui, punca utama pemanasan global


adalah disebabkan oleh kandungan gas karbon dioksida yang terlalu banyak hingga boleh
memerangkap haba. Gas karbon dioksida ini turut mengancan hidupan marin apabila gas
karbon dioksida yang berlebihan ini terlarut di dalam air laut. Gas karbon dioksida pada
dasarnya bertindak mengawal kandungan asid didalam laut pada keadaan yang normal
namun, apabila kandungan gas ini meningkat, proses asidifikasi air laut turut akan
meningkat dan pada satu tahap akan menyebabkan air laut menjadi terlalu berasid.
Kandungan asid yang terlalu tinggi dalam lautan akan membahayakan organisma yang
berlindung di dalam cengkerang kalsium karbonat seperti terumbu karang, pelbagai jenis
siput dan kerang serta beberapa spesies plankton. Menurut seorang saintis dari
Universiti Miami, Christoper Langdon, pH purata lautan sudahpun mengalami penurunan
sebanyak 0.1 unit pH sejak bermulanya Revolusi Industri. Para saintis berpendapat bahawa
jika tiada tindakan yang diambil, pH air laut akan mengalami penurunan secara purata
sebanyak 0.3 pada tahun 2100. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan yang teruk ke
atas hidupan yang memerlukan kalsium karbonat sebagai cengkerangnya. Molekul karbon
dioksida yang terlarut akan bertindak balas dengan kalsium karbonat yang terdapat pada
cengkerang hidupan marin. Tindak balas ini akan menghasilkan asid karbonik yang
menjadi punca utama kepada penurunan pH air laut.

3.1.4 Penyakit
Selain itu, terdapat juga beberapa kesan negatif lain akibat pemanasan
global. Contohnya, peningkatan suhu dunia yang semakin bertambah akan mengundang
kepada peningkatan risiko penyakit berjangkit terutamanya di kawasan Afrika. Hal ini
disebabkan oleh pemanasan global yang menyebabkan kemarau sering berlaku dan akan
memudahkan penyakit merebak. Selain itu, ketiadaan air yang cukup akan menyebabkan
tanaman tidak subur dan akibatnya mereka akan tiada sumber makanan untuk dimakan
sekali gus menyebabkan kebuluran berlaku.

3.2 Kesimpulan

Natijahnya, seluruh lapisan masyarakat harus sedar akan bahayanya atau kesan
buruk yang akan menimpa sekiranya isu pamanasan global masih terus dipandang ringan
sahaja. Hal ini demikian kerana tidak seorang pun di dunia ini yang tahu dan dapat meramal
dengan tepat apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sekiranya isu ini terus dipandang
ringan, kesan buruk yang lebih serius daripada apa yang telah sedia terjadi pada hari ini
berkemungkinan besar akan menjadi bertambah parah lagi.

Anda mungkin juga menyukai