Anda di halaman 1dari 2

9/23/2019 MENANGANI LGBT - Utama - Utusan Online

Rencana › Utama bisik-bisik Forum Cuit Selak Kolumnis Blog Agama

CAKNA

MENANGANI LGBT
Fatihah Jamhari

MAHASISWA dan Gabungan NGO mengadakan Perhimpunan Aman menentang Seks Bebas dan Lesbian, Gay,
Biseksual & Transeksual (LGBT) di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, April 2012.
GAMBAR/UTUSAN

02 Januari 2018 12:00 PM

68

“CINTA tertinggi adalah kepada Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, iaitu
Allah SWT. Pandanglah alam dengan penuh cinta dan berjuang dengan semangat cinta.
Dengan begitu, anda akan berbalas-balasan cinta dengan Dia pemberi cinta. Cinta sejati
adalah tatkala anda memasuki gerbang maut dan bertemu Dia: ‘Almautu ayatu bi
sadiq’.” – Buya HAMKA.

Rasa kasih yang wujud secara semula jadi dalam setiap manusia adalah anugerah dan
ihsan Tuhan kepada kita. Malangnya mutakhir ini, kerap pula dipekikkan perihal budaya
tidak sihat percintaan kaum sejenis.

Isu ini teramatlah meruncing sehingga perlu diperdebatkan dalam Parlimen lewat Mac
2017. Isu perbahasan tersebut berkisar tentang penapisan filem Beauty & The Beast
yang sememangnya mempunyai unsur-unsur homoseksual nyata.

Penapisan filem-filem seperti ini harus dilakukan bagi memastikan masyarakat


mengetahui pendirian dan komitmen kerajaan dalam menangani isu Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT).

Menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka
sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap
pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan
dipelihara.

Demi penghormatan ini, pada Julai 2016 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah
mengeluarkan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT serta turut
menganjurkan program bersama golongan LGBT.

Tambahan lagi, baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri turut hadir menyantuni komuniti transgender di sekitar Kuala Lumpur.
Langkah-langkah ini seharusnya dipuji dan diteruskan untuk menambah baik taraf
hidup komuniti LBGT, selain dijadikan peluang untuk menitipkan nasihat kepada yang
memerlukan.

https://www.utusan.com.my/rencana/utama/menangani-lgbt-1.583131 1/4
9/23/2019 MENANGANI LGBT - Utama - Utusan Online

Menyantuni komuniti LBGT pula tidaklah sehingga tuntutan mereka keseluruhannya


diterima dan diberikan pengiktirafan. Perlu diimbangi di antara hak asasi harus dimiliki
semua manusia dan tuntutan-tuntutan memungkinkan kebobrokan agama, budaya dan
naratif kebangsaan. Imbangan ini harus diperhalusi sebelum konflik hak asasi
membarah dalam negara ini.

Melalui landasan Semakan Berkala Sejagat (UPR) disediakan Majlis Hak Asasi Manusia,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lewat 2013, Coalition of Malaysian NGOs in
the UPR Process (COMANGO) telah melontarkan beberapa tuntutan bagi pihak
komuniti LGBT termasuklah pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan (Akta 574) -
yang sekarang ini menjadikan perbuatan seks luar tabii sebagai suatu jenayah.

Dengan memansuhkan undang-undang yang mengharamkan perlakuan homoseksual,


gejala LGBT akan terus berleluasa tanpa kekangan dan ini akan merosakkan
kesejahteraan institusi kekeluargaan selain membawa kesan kesihatan yang merisaukan.

Pada penghujung Oktober lalu, Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan
Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mendedahkan bahawa 65 peratus kes
jangkitan HIV adalah daripada golongan LGBT.

Dapatan ini membimbangkan bukan hanya kerana isu kesihatan yang berbangkit tetapi
juga menimbulkan persoalan lebih asas lagi - adakah kesongsangan cinta sejenis boleh
dibela apabila ia merosakkan jasad dan diri serta menular sehingga merosakkan jurai
kekeluargaan dan masyarakat?

COMANGO juga mendesak agar isu orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI)
diberikan perhatian termasuklah dengan memberikan kebebasan ekspresi kepada
semua mengikut pilihan masing-masing.

Ini nyata cara halus menghilangkan nilai-nilai agama, norma-norma budaya. Tambahan
lagi, COMANGO mendukung penggunaan kata ‘gender’ yang luas bagi membuka
ruang untuk membolehkan jantina ditakrifkan mengikut social construct atau acuan
sosial. Lebih menggerunkan apabila terma inilah yang dimasukkan juga dalam
Cadangan Akta Kesaksamaan Gender, yang kini dalam proses dibawa untuk perbahasan
dalam Parlimen. Dalam Seksyen 4 Cadangan Akta tersebut, ‘gender’ ditakrifkan sebagai
“makna sosial yang diberikan kepada perbezaan seks biologi termasuk mengikut social
construct sama ada diterbitkan semula dalam amalan material atau tidak.”

Selepas menapis beberapa konsep asing yang ada dalam takrifan ini, jelas jika Seksyen
4 Cadangan Akta Kesaksamaan Gender diluluskan, negara ini akan mengalami masalah
perundangan dan perlembagaan serius dalam menterjemah maksud ‘gender’ mengikut
buram social construct.

Perlu diperhatikan bagaimana dalam Statut Rom, satu-satunya konvensyen


antarabangsa yang mentakrifkan istilah ini, ‘gender’ dimaksudkan sebagai lelaki dan
perempuan dalam konteks masyarakat.

Penulis memohon ahli-ahli Parlimen yang akan meneliti dan memperdebatkan


Cadangan Akta Kesaksamaan Gender untuk memastikan takrifan yang tidak kemas
dalam Cadangan Akta diselidiki dan dirapikan bagi memastikan tiada ruang terbuka
untuk membenarkan budaya songsang menular teguh dalam perundangan negara ini.

PENULIS ialah pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice,
sebuah NGO gabungan dalam MACSA.

Tag Berkaitan Cakna Isu Sosial Etika dan Moral Pendapat

What is your reaction? 48 votes

15% 15% 4% 6% 42% 19%

Gembira Tak Kisah Terhibur Teruja Marah Sedih

https://www.utusan.com.my/rencana/utama/menangani-lgbt-1.583131 2/4

Anda mungkin juga menyukai