Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK

TUGASAN PENDEK-KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

NAMA GURU PELATIH :CHIENG CHIN CHUONG (200911042 )

KURSUS :KURSUS DIPLOMA PERGURUAN


MALAYSIA AMBILAN NOVEMBER 2009

OPSYEN :PENGAJIAN CINA

SEMESTER :LIMA

MATA PELAJARAN : BMK

PENSYARAH PEMBIMBING
N
: ENCIK MOHAMMAD BIN HAMDAN
Pengucapan Awam
Yang berusaha pengacara majlis,
Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air
dan Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin;
Yang Berhormat Dato’ Ir. Jamlus bin Hj. Aziz,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Kerajaan Negeri
Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas,
Yang Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom,
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau;
Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin mewakili
Pegawai Daerah Tampin,
Yang Berusaha Encik Sabudin bin Hj. Sani, Pengetua SMK Jelai (F);
Yang Berusaha Tuan Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah, Pengurus-Pengurus Gugusan Felda Jelai, Ketua-ketua kampung, pemimpin-
pemimpin masyarakat dan persatuan belia, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan
puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama
dalam majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini
yang berlangsung dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’
Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang
dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB.
Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato’
terhadap kami.

Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat
menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk
melibatkan diri dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia
pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan
harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti
yang cemerlang. Saya teringat impian Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah
bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang
mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Apatah lagi,
tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai
masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin
mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.
Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya.
Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan
ke kolej atau universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini
boleh merebut peluang. Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan
dalam aspek kokurikulum. Anak-anak yang aktif dalam kokurikulum boleh
menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita
memang sudah terbukti.
Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat
kebangsaan. Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama
beberapa tahun belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat
bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak
daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik
seperti bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah
dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang
mendapat pelajaran dan dapat bergiat dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan
yang ada belum mencukupi. Pihak PIBG telah banyak menyumbang ke arah
kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai kerana kos dan
perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tidak
mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang
berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya
mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua
pihak, terutamanya daripada YB Dato’ dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya
selaku Yang Dipertua PIBG dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana
setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita .
Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh
mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-
sama dengan kita pada petang ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya
terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang
ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.
Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai