Anda di halaman 1dari 2

KEDUDUKAN HAID SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim (Rujukan soal jawab agama mengenai darah wanita bersama Ustaz
Mansoor Al-Hafiz dalam buku Haid, Istihadah & Nifas)

Soalan no.9
Ada orang menganggap haid sebagai suatu kehinaan. Kaum wanita selalunya akan malu-malu jika
ada kaum lelaki tahu dia didatangi haid. Boleh ustaz jelaskan mengenai perkara ini?

Jawapan
Haid bukanlah satu perkara yang mendatangkan keaiban atau kehinaan bagi kaum hawa, bahkan ia
merupakan suatu tanda kebaikan yang menunjukkan seseorang wanita itu berada dalam keadaan
sihat.

Tetapi kaum Yahudi dan Nasrani memandang haid sebagai suatu perkara yang mengaibkan. Mereka
bersikap melampau dalam perkara ini. Kaum Yahudi bertindak menyisihkan kaum perempuan
mereka semasa waktu haid dengan mengasingkan tempat tinggal mereka dan tidak makan bersama-
sama mereka.

Manakala golongan Nasrani pula mengambil sikap tidak menghiraukan waktu haid. Mereka
bersetubuh dengan isteri mereka walaupun semasa waktu haidnya dan tidak mempedulikan darah
haid yang keluar.

Apabila kita melihat pandangan Islam mengenai haid, kita akan mendapati ajaran Islam adalah
sederhana dan menepati fitrah semulajadi manusia, tidak terlalu ekstrim seperti kaum Yahudi dan
tidak pula mengambil mudahseperti kaum Nasrani.

Ia dapat dibuktikan dari beberapa perkara:


(1) Para sahabat r.a telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai perkara itu, lalu
Baginda bersabda: 'Kamu boleh melakukan apa sahaja (ketika datang haid)kecuali bersetubuh'.

Menurut Syeikh Imam Muhammad Razi Fakhruddin di dalam kitab tafsirnya iaitu Tafsir Fakrur-Razi
yang lebih dikenali dengan Tafsir Kabir pada mentafsirkan ayat 222, surah Al-Baqarah:

Tatkala turun ayat tersebut iaitu mereka terikut-ikut dengan cara kehidupan orang-orang Yahudi di
Madinah. Mereka telah mengasingkan wanita ketika haid dengan cara mengeluarkan perempuan-
perempuan yang haid daripada rumah dan melakukan beberapa tindakan yang keterlaluan
sepertimana yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi.
Ada juga dikalangan mereka yang terikut-ikut dengan cara kehidupan golongan Nasrani yang tidak
ada pantang larang dalam masalah haid.

Maka tidak lama kemudian beberapa orang lelaki Arab telah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W
dan telah berkata: 'Wahai rsulullah, cuaca telah menjadi sangat sejuk sedangkan kami kekurangan
pakaian. Jika keadaan ini berterusan, keseluruhan ahli rumah (perempuan) kami yang kedatangan
haid akan mati kesejukan'.
Nabi S.A.W pun menjawab (mafhumnya): 'Aku hanya menyuruh kamu menghindarkan diri daripada
berjimak dengan isteri-isteri kamu ketika mereka kedatangan haid dan aku tidak menyuruh kamu
mengeluarkan mereka daripada rumah atau melakukan perkara-perkara lain sepertimana yang
dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani'.

Apabila orang Yahudi mendengar perkara tersebut, mereka berkata: 'Lelaki ini (yakni Nabi S.A.W)
ingin meninggalkan amalan (urusan) kita dan menyalahi kita'.

Menurut keterangan Ibnu Kathir rah.: Apabila Nabi S.A.W selesai membaca ayat 222, surah Al-
Baqarah, baginda S.A.W bersabda: 'Kamu boleh melakukan apa sahaja melainkan bersetubuh'
(...seperti keterangan yang telah lalu).

(2) Seorang perempuan yang meninggalkan sembahyang ketika haid dengan niat menjunjung
perintah Allah SWT (kerana sembahyang diharamkan ke atas wanita yang berhaid) akan diberi
ganjaran atas niatnya itu. Ini merupakan suatu kemuliaan untuk mereka

Anda mungkin juga menyukai