Anda di halaman 1dari 2

Rentap Wira Sarawak

Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua
orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Skrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan
penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan yang
dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan
Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Skrang kerana
bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun . Keluarga Brooke juga
menghapuskan amalan memburu kepala dalam kalangan kaum Iban.

Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang. Dalam serangan itu, seorang
pegawai British, Alan Lee terbunuh. Pada 1853, Rentap diserang balas oleh pasukan askar British tetapi
beliau dapat melarikan diri dan menubuhkan kubu baru di atas Bukit Sadok.

Kubu ini sangat kuat dan teguh serta dilengkapi dengan selaras meriam besi yang besar. Pihak
Brooke menyerang kubu tersebut pada 1854 dan 1857 tetapi gagal menawannya. Pertempuran sengit
berlaku lagi pada tahun 1861 kerana Charles Brooke menyerangnya lagi dengan sebuah meriam tembaga
yang dinamakan Bujang Sadok dari Kuching.

Kubu Rentap akhirnya berjaya ditembusi dan beliau melarikan diri ke dalam hutan. Beliau menetap
di Sungai Entabai dan meninggal dunia di sana. Perjuangannya untuk mempertahankan cara hidup orang
Iban menemui kegagalan. Keluarga Brooke mengukuhkan kuasa mereka di Sarawak dan mengubah tradisi
hidup penduduk peribumi. Kisah yang lebih terperinci adalah Rentap merupakan salah seorang pemimpin
penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

5
Penentangan Rentap di Sarawak

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan
British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang
Iban yang tinggal di ulu Sungai Skrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang
pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-
ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi
ketua-ketua tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan
memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama
pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh
orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat
pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan
lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan
Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah
membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap
terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun
angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan sebilangan pengikut berundur dan
membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki
kerana diperkuatkan oleh sebatang meriam yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai
dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun
pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah
meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar
oleh kerajaan Brooke pada 20 Oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian
Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan.
Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap
merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke
sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh
kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya

Anda mungkin juga menyukai