Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN UMUM KEJOHANAN

1. Seorang peserta bagi setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menyertai acara yang
dipertandingkan sama ada satu acara permainan dan satu acara balapan atau kedua-duanya sekali.

2. Setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan yuran pendaftaran seperti berikut:-

YURAN PENDAFTARAN BAGI SETIAP SUKAN :


1. Futsal : RM 60, 9 orang max setiap pasukan (6 main, 3 simpanan)
2. Bola Jaring : RM 70, 9 orang max setiap pasukan (7 main, 2 simpanan)
3. Bola Tampar (L/P) : RM 80, 12 orang max setiap pasukan (6 main, 6 simpanan)
4. Balapan & Padang : RM 10/peserta, 2 orang max peserta/permainan (100 M, Rejam
Lembing, Lempar Cakera, Lompat Jauh & Lompat Tinggi)
5. Badminton(berpasukan) : RM 30, 4 orang setiap pasukan (Single L/P, Beregu Campuran)

YURAN PENDAFTARAN PAKEJ


1. Futsal + Bola Jaring
= RM 120
2. Badminton + Balapan & Padang
= RM 60
3. Bola Jaring + Bola Tampar
= RM 140
4. Bola Jaring / Bola Tampar / Futsal + Balapan & Padang / Badminton
= RM 90
5. Futsal + Bola Jaring + Balapan & Padang / Badminton
= RM 160
6. Bola Tampar + Bola Jaring + Badminton / Balapan & Padang
= RM 180
7. Futsal + Bola Tampar + Bola Jaring
= RM 200
8. Kesemua Sukan (Futsal + Bola Tampar + Bola Jaring + Badminton + Balapan & Padang)
= RM 260

* Yuran pendaftaran tersebut termasuk sekali dengan sijil penyertaan.

*Sebarang penambahan yang ingin dilakukan perlu dimaklumkan kepada jawatankuasa


yang berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan serta berlaku sebarang masalah.

* Sebarang bantahan yang dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50. Sekiranya
terdapat sebarang masalah berkenaan dengan bantahan atau kegagalan membuat
bantahan, duit tersebut tidak akan dipulangkan kepada pihak berkenaan.

3. Setiap sekolah yang bertanding digalakkan memakai pakaian larian yang seragam bagi
memudahkan urusan penyelia peserta dan hakim kejohanan.

4. Sijil pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh pihak penganjur.


5. Sarapan pagi dan minuman akan disediakan untuk semua atlet. Walau bagaimanapun atlet
digalakkan membawa minuman sendiri memandangkan cuaca yang amat panas.

6. Sebarang bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim kejohanan setiap acara balapan
dan padang dan acara dalam permainan yang dijalankan akan dikenakan tindakan yang tegas terhadap
pasukan.

7. Makluman tambahan mengenai kejohanan akan diberi semasa mesyuarat pengurus pasukan pada
tarikh yang akan diumumkan kemudian.

8. Untuk sebarang penyertaan berhubung dengan kejohanan sila hubungi Aiman Firdaus
(0123865804) / Puan Hafilah (0122658035) / Encik Salahuddin (0172831358)

PERATURAN SETIAP ACARA

BALAPAN DAN PADANG

100 METER

1. Acara ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori Lelaki dan Perempuan.
2. Satu sekolah hanya boleh menghantar 2 peserta bagi 1 kategori sahaja.
3. Acara yang dijalankan hanya kelakayan saringan, separuh akhir dan akhir sahaja.
4. Undian bagi peserta untuk setiap lorong bagi acara ini akan dibuat oleh pihak penganjur.
5. Setiap peserta digalakkan untuk memakai kasut yang mempunyai ‘spike’ bagi acara ini bagi
memudahkan peserta..

LOMPAT JAUH/ LOMPAT TINGGI

1.Acara ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori Lelaki dan Perempuan.
2.Acara yang dijalankan dikira sebagai peringkat akhir.
3.Setiap sekolah hanya boleh menghantar 2 peserta bagi 1 kategori.
4.Setiap peserta digalakkan untuk memakai kasut yang mempunyai ‘spike’ bagi acara ini bagi
memudahkan peserta.
LEMPAR CAKERA/ REJAM LEMBING

1. Acara ini hanya untuk kategori Lelaki sahaja.


2. Setiap sekolah hanya boleh menghantar 1 peserta sahaja.
3. Acara yang dijalankan dikira sebagai peringkat akhir.

FUTSAL

1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar 2 pasukan sahaja.


2. Satu pasukan terdiri daripada 9 orang peserta. 6 orang peserta akan bermain dan 3 orang peserta
yang seterusnya sebagai simpanan.
3. Permainan yang dijalankan hanya selama 15 minit sahaja. Setiap separuh masa hanya 7 minit dan
rehat hanya 1 minit sahaja.
4. Pemain hanya dibenarkan memakai kasut futsal sahaja. Pemakaian kasut ‘boot’ dilarang.
5. Kemenangan percuma akan diberikan sekiranya pasukan tersebut tidak hadir dalam tempoh yang
ditetapkan.
6. Acara yang dijalankan dalam peringkat kumpulan, separuh akhir dan akhir sahaja.
BOLA JARING

1. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 2 pasukan sahaja.


2. Satu pasukan terdiri daripada 9 orang pemain. 7 orang peserta akan bermain dan 2 orang peserta
yang seterusnya sebagai simpanan.
3. Permainan akan berlangsung selama 15 minit sahaja. Setiap separuh masa hanya 7 minit dan
rehat hanya 1 minit sahaja.
4. Kemenangan percuma akan diberikan sekiranya pasukan tersebut tidak hadir dalam tempoh yang
ditetapkan.
5. Acara yang akan dijalankan dalam peringkat kumpulan, separuh akhir dan akhir sahaja.

BOLA TAMPAR

1. Setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar 1 pasukan sahaja.


2. Setiap pasukan terdiri daripada ahli campuran (lelaki/perempuan).
3. Satu pasukan terdiri daripada 8 orang pemain. 6 orang peserta akan bermain dan 2 orang pemain
seterusnya sebagai simpanan.
4. Permainan akan dijalankan dengan kiraan 31 mata keseluruhan.
5. Kemenangan percuma diberikan sekiranya pasukan tersebut tidak hadir dalam tempoh yang
ditetapkan.

BADMINTON

1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar 4 orang pemain perseorangan (lelaki/perempuan) dan 2


orang untuk acara beregu campuran.
2. Permainan akan dijalankan dengan kiraan 21 mata.
3. Setiap pemain diminta untuk berpakaian sukan dan memakai kasut sukan.
4. Setiap pemain dikehendaki membawa raket sendiri.
5. Acara yang akan dijalankan dalam peringkat kumpulan, pusingan kalah mati, separuh akhir dan
akhir.

Anda mungkin juga menyukai