Anda di halaman 1dari 50

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019

KERTAS 2 KOMSAS
SET 1 – (JOHOR 2019)
Soalan 2(d) – Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan

Abdul Ghaffar Ibrahim


Takkan Hilang, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud aku bahas isu onak.
[2 markah]
(ii) Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup, sebaliknya pembaca wajar mendekatkan diri kepada Tuhan.
Pada pandangan anda, selain mendekatkan diri kepada Tuhan, apakah pendekatan-pendekatan yang boleh diambil agar
kehidupan lebih bermakna?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan dalam rangkap pertama dan satu persoalan dalam rangkap keempat sajak tersebut.
[4 markah]
MUKA SURAT 201 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud aku bahas isu onak
Penyajak cuba memikirkan cara mengatasi masalah 2
Penyajak mengatasi masalah 1

(ii) Pendekatan- pendekatan lain


P1 memilih rakan yang baik 1
P2 membaca bahan ilmiah 1
P3 meluangkan masa bersama keluarga 1
P4 menyertai aktiviti kebajikan 1
P5 mendampingi orang berilmu 1
P6 mendapatkan nasihat daripada orang yang 1
berpengalaman

(iii) Persoalan rangkap 1


P1 Persoalan kepentingan merancang kehidupan. 1+1
Penyajak telah membuat pelbagai perancangan yang
akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah.
P2 Persoalan melepaskan diri daripada kesusahan 1+1
hidup.
Penyajak merancang untuk membebaskan dirinya
daripada kesusahan yang dihadapinya.

Persoalan rangkap 4
P1 Kepayahan dalam mengawal hawa nafsu 1+1
Penyajak yang merasakan dirinya hebat akhirnya
terpedaya dengan hawa nafsu.
P2 Keinsafan setelah melakukan kesalahan 1+1
Penyajak cepat insaf/ tersedar atas kesalahannya.
Penyajak mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak
terpedaya lagi.
MUKA SURAT 202 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 2 – (SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Tradisional
Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga
tangan dan kakinya.
[2 markah]
(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberikan gambaran betapa pentingnya
kita menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pendapat anda, apakah kesannya jika seseorang tidak menjaga tutur katanya?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap 5 dan satu pengajaran dalam
rangkap 7 berdasarkan gurindam di atas.
[4 markah]
MUKA SURAT 203 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keabaikan:
P1 tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama / 1
undang-undang.
P2 tidak mengambil hak orang lain / yang bukan milik kita. 1
P3 tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat 1
maksiat.
P4 tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji. 1
P5 sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk 1
perkara membawa kebaikan / manfaat.
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii) Kesan-kesan tidak menjaga pertuturan.
P1 menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / 1
pergaduhan.
P2 merosakan / memutuskan hubungan / silaturahim. 1
P3 dibenci / dimusuhi oleh orang lain. 1
P4 kekurangan / ketiadaan kawan. 1
P5 imej diri tercemar / tidak hormat. 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Satu pengajaran rangkap 5 dan rangkap 7 :
Rangkap 5
P1 Kita hendaklah mengawal nafsu makan / kita 1+1
janganlah makan sehingga kenyang.
Penyajak menasihati agar kita mestilah mengawal nafsu
makan agar tidak melakukan perbuatan yang tidak
senonoh.
Kita janganlah makan secara berlebih-lebihan kerana
boleh menyebabkan kita melakukan perbuatan yang
tidak baik.
Rangkap 7
P2 Kita mestilah menjaga pergerakan. 1+1
Penyajak menyarankan agar kita mestilah menjaga
perjalanan agar tidak pergi ke tempat-tempat dilarang
oleh agama.
MUKA SURAT 204 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 3 – (JPN KELANTAN 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagal kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang kesakitan
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta alasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah perasaan yang dialami oleh penyajak?
[2 markah]
(ii) Yang tua dihormati,
Yang muda disayangi.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan golongan muda menghargai warga
emas?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran berdasarkan sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 205 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Perasaan yang dialami oleh penyajak:
P1 Kesunyian 1
P2 Tersisih 1
P3 Kasih akan anak 1
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii) Langkah-langkah:
P1 ibu bapa menjadi sur teladan 1
P2 pihak sekolah menerapkan nilai murni terhadap warga 1
emas
P3 kerajaan mengadakan kempen menyayangi warga emas 1
P4 pihak swasta menganjurkan program menghargai warga 1
emas
P5 media massa menyiarkan rancangan/dokumentari 1
tentang
kehidupan warga emas
(Langkah yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Dua pengajaran berdasarkan rangkap sajak:
P1 Kita janganlah mengabaikan ibu bapa apabila mereka 1+1
sudah tua
agar mereka tidak kesunyian.
P2 Kita hendaklah bertanggung jawab menjaga kedua-dua 1+1
ibu bapa
setelah mereka tua agar mereka tidak berasa sedih.
P3 Kita perlulah tabah menghadapi cabaran pada masa hari 1+1
tua agar
tidak berasa kecewa.
P4 Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa 1+1
mendoakan
kesejahteraan mereka.
(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

MUKA SURAT 206 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 4 – (JPN MELAKA 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagal kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang kesakitan
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta alasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga, apakah harapan penyajak terhadap anaknya?


[2 markah]
(ii) Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam hidup anak-anak.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa mereka.
[3 markah]
(iii) Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 207 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Harapan penyajak terhadap anaknya:
P1 berharap anaknya mendapat keinsafan 1
P2 berharap kesedihan atas perbuatan anaknya terubat 1
P3 berharap anak-anak mempunyai perasaan kasih 1
sayang.
[maksimum : 2 markah]
(ii) Cara-cara anak membalas jasa ibu bapa
P1 sentiasa mengambil berat tahap kesihatan ibu bapa 1
P2 menanggung perbelanjaan ibu bapa 1
P3 sentiasa menziarahi ibu bapa 1
P4 mempelawa ibu bapa tinggal bersama-sama 1
[maksimum : 3 markah]

(iii) Nilai yang terdapat dalam sajak :


P1 keinsafan. 1+1
Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa tiada
yang kekal melainkan Tuhan.
P2 kasih sayang. 1+1
Contohnya, kasih sayang ibu bapa terhadap anak-
anaknya tetap tidak berubah walaupun anaknya telah
menderhaka.
P3 ketabahan. 1+1
Contohnya, ketabahan ibu bapa yang melalui
kehidupan sendiri yang tidak dihiraukan oleh anak-
anak.
P4 tanggungjawab. 1+1
Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap
anak-anaknya walaupun anaknya telah menderhaka
dengan cara mendoakan.
(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
MUKA SURAT 208 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 5 – (MRSM 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagal kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang kesakitan
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta alasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Apakah maksud baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak di atas?
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
[2 markah]
(ii) Keluarga yang bahagia menjadi idaman semua orang.
Pada pendapat anda, selain ibu bapa apakah peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mencapai hasrat tersebut?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
MUKA SURAT 209 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud baris 4 dan 5 dalam rangkap ketiga sajak
P1 Penyajak berharap/mendoakan anak-anaknya sama ada yang berbakti 1
/ baik atau yang telah melupakannya/ tidak taat.
P2 Berasa insaf / sedar akan kesilapan. 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Peranan pelbagai pihak untuk mencapai hasrat keluarga bahagia
P1 Jiran mengambil tahu / prihatin akan kebajikan keluarga yang 1
menghadapi musibah / masalah.
P2 Kerajaan/NGO menganjurkan kursus/bengkel keibubapaan. 1
P3 Kerajaan menyediakan penghargaan/anugerah kepada keluarga 1
bahagia.
P4 Media massa/media sosial mengadakan kempen/filem/iklan Sayangi 1
Keluarga Anda, Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi, Utamakan
Keluarga, drama Bisik pada Langit, filem Pulang.
P5 Guru / sekolah menerapkan nilai kekeluargaan kepada murid. 1
P6 Komuniti/masyarakat menganjurkan program hari keluarga. 1
P7 LPPKN menyediakan modul pengurusan kerjaya dan keluarga 1
kepada masyarakat.
P8 Unit kaunseling / kaunselor/ahli agama / pakar motivasi memberi 1
bimbingan/nasihat kepada keluarga yang menghadapi masalah.
(Peranan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam sajak:
P1 Persoalan kesunyian hidup pada usia tua. 1+1
Huraian : Penyajak menghadapi kesunyian hidup kerana malam yang
dilaluinya begitu sepi / ditinggalkan oleh anak-anaknya.
P2 Persoalan kasih sayang ibu / keikhlasan seorang ibu. 1+1
Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak-anaknya insaf dan
memberi kasih sayang kepadanya.
P3 Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak. 1+1
Huraian : Penyajak berasa dirinya dipinggirkan oleh anak-anaknya
kerana mereka tidak mahu menjaga dan saling menolak daripada
memikul tanggungjawab.
P4 Persoalan penderitaan ibu bapa yang diabaikan 1+1
Huraian : Penyajak menanggung penderitaan dan kesakitan seorang
diri tanpa anak-anak di sisi.

P5 Persoalan hidup dan mati ketentuan Tuhan. 1+1


Huraian : Penyajak menyatakan bahawa tiada yang kekal di dunia ini
kecuali Tuhan.
(Persoalan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
MUKA SURAT 210 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 6 – (JPN NEGERI SEMBILAN 2019)
Soalan 2(d) – Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Antologi Jaket Kulit Kijang
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki
yang mempunyai kuasa?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin dihormati dan disegani?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 211 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Perkara yang menyebabkan Sang Gembala Kuda
dianggap lelaki yang mempunyai kuasa
P1 arahannya dipatuhi 1
P2 berani menghadapi segala rintangan ketika perburuan 1
P3 bijak menggunakan tipu helah dengan berpura-pura sebagai 1
penyelamat maruah

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]


(ii) Ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam diri seorang
pemimpin agar dihormati dan disegani
P1 seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang baik 1
P2 bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina 1
P3 mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan 1
P4 mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri 1
tanpa menunggu orang lain
P5 kebolehan berkomunikasi secara berkesan 1
P6 mempunyai integriti 1
P7 mempunyai pegangan agama yang kukuh 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak


P1 Persoalan kebijaksanaan dalam memimpin 1+1
Sang Gembala Kuda menggunakan cemeti untuk kuda-
kudanya.
P2 Persoalan kepatuhan kepada ketua 1+1
Kuda patuh terhadap Sang Gembala Kuda kerana makanan
yang diberikan.
P3 Persoalan kekuasaan seorang pemimpin 1+1
Kuda tidak akan membantah arahan Sang Gembala Kuda.
P4 Persoalan penganiayaan terhadap haiwan 1+1
Setelah kuda diberi makan, Sang Gembala Kuda akan terus
menunggang kuda tanpa menghiraukan keletihan kuda
tersebut.
*(Persoalan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
MUKA SURAT 212 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 7 – (PPD TEMERLOH, PAHANG 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Moden
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

KUDUP PERANG
Tuah Sujana

Sementara dia bergelar panglima bukanlah penjamin kukuhnya


laskar perang; yang terus-menerus pasak saksama
membajakan kezaliman-sering sesekali turut direntakan daki pendusta
mengudupkan putik dendam melekatlah selumbar sengsara
kita masih perlu berterima kasih di tiang maruah kota.
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata Andai namamu Jebat, kita masih tidak
untuk berlari dengan tangan bergari menggelarnya sebagai pengkhianat
sempat juga menadah sejambak puisi kerana kita masih menangisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya: peta keadilan yang tersiat-nun, karam
siapakah pahlawan yang asli? di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus Perang pun melecurkan lidah muslihat
ringkik kuda, gemerincing bercabang lalu bertemu bayu palsu;
pedang pusaka bertiup dan memindahkan kebenaran
dan darah yang tiba-tiba membuak pada tempatnya
di daerah angkara- perciknya mewarnakan keindahan pada hodohnya
menumbuhkan kelopak rahsia menjungkitkan amarah pada damainya
dalam keliru, tertanya-tanya kita teramat lara kita menjahit semula
tangan mana yang memenggal perca-perca bahagia- seperti perawan
leher sang pendusta? yang dibungkamkan cinta pertama.

Andai namamu Tuah, kita masih Sehingga senja tiba,


tidak mahu kita masih bertengkar
menyanjungnya pendekar paling gagah tentang siapa
kerana takhta setia terbina pahlawan sebenarnya.
di istana wangsa
Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(i) Berdasarkan rangkap 3 dan 4 sajak tersebut, nyatakan satu sebab Tuah tidak boleh digelar sebagai
pendekar dan satu sebab Jebat tidak boleh digelar sebagai pengkhianat.
[2 markah]
(ii) Pemimpin merupakan golongan yang sangat berkuasa dan berpengaruh dalam sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin untuk memastikan
keamanan negaranya.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

MUKA SURAT 213 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Satu sebab Tuah tidak boleh digelar sebagai pendekar
ialah :
P1 kesetiaannya terhadap sultan masih diragui 1
P2 pada masa tersebut banyak berlaku penipuan/ 1
pembohongan
P3 dia dibenci oleh masyarakat atas perbuatannya yang tidak 1
betul
Satu sebab Jebat tidak boleh digelar pengkhianat ialah :
P1 kesetiaannya terhadap sultan tidak berbelah bagi 1
P2 dia sanggup membunuh rakan baiknya Tuah 1
P3 dia telah dinobatkan/ dilantik sebagai pemimpin 1

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]


(ii) Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin :
P1 bijaksana/ berilmu 1
P2 berani/ perkasa 1
P3 amanah/ jujur/ bertanggungjawab 1
P4 berfikiran terbuka 1
( Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(iii) Dua pengajaran :


P1 Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang 2
sesuatu perkara supaya dapat menegakkan kebenaran.
P2 Kita mestilah bijak memilih pemimpin agar dapat memimpin 2
negara dengan baik.
P3 Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang 2
berkewibawaan agar negara kita setanding dengan negara
lain.
P4 Kita mestilah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab 2
supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni.
P5 Kita mestilah menjadi pemimpin yang amanah dalam agar 2
negara kita bebas daripada gejala rasuah.
(Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi – 1+1]
MUKA SURAT 214 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 8 – (SMK MANIK, TELUK INTAN, PERAK 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan harapan penyajak terhadap anaknya seperti yang digambarkan dalam rangkap ketiga.
[2 markah]
(ii) Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.
Pada pendapat anda, mengapakah mereka bertindak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 215 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Harapan penyajak dalam rangkap ketiga:
P1 Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada 2
yang sanggup berbakti atau yang telah
melupakannya akan diberikan keinsafan.
[maksimum : 2 markah]
(ii) Sebab anak-anak bertindak menghantar ibu
bapa mereka ke rumah orang tua-tua:
P1 Tidak mempunyai sifat tanggungjawab 1
P2 Tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa 1
P3 Terlalu sibuk dengan kerjaya 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Dua Pengajaran daripada sajak:
P1 Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan 1 +1
ibu bapa kita agar penat
lelah mereka selama ini dapat dibalas.
P2 Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita 1+1
supaya mereka tidak berasa sunyi.
P3 Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka 1+1
tua supaya kebajikan
mereka terjamin.
P4 Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di 1+1
dunia kecuali Tuhan agar kita menghargai orang di
sekeliling kita.
P5 Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain 1+1
walaupun mereka tidak
bersikap baik dengan kita supaya permusuhan
tidak berpanjangan.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 216 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 9 – (JPN PERAK 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah keluhan yang cuba disampaikan oleh warga tua dalam sajak tersebut?
[2 markah]
(ii) Ibu bapa perlu dihormati dan disayangi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati dan menyayangi ibu bapa kita?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 217 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keluhan yang cuba disampaikan oleh warga tua
P1 Keluhan warga tua yang berasa kesunyian kerana anak-anaknya
telah melupakan kasih sayingnya terhadap mereka 1
P2 Harapan agar anak-anaknya dikurniakan keinsafan terhadap
perbuatan mereka itu oleh Tuhan 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu
bapa
P1 Sentiasa menjaga kebajikan mereka agar mereka tidak berasa
terasing dan terpinggir daripada kasih saying anak-anak 1+1
P2 Menyayangi dan menghormati mereka dengan sepenuh hati dan
keikhlasan agar mereka berasa disayangi dan kehadiran mereka
diperlukan oleh anak-anak 1+1
P3 Mendengar nasihat ibu bapa 1
P4 Belajar bersungguh-sungguh 1
P5 Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa 1
P6 Bertutur / bercakap dengan sopan 1
P7 Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa 1
P8 Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong 1
[maksimum : 3 markah]
(iii) Dua pengajaran
P1 Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga
Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-
anak pada penghujung usianya. 1+1
P2 Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam
kehidupan terutamanya ketika usia tua.
Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan
oleh anak-anak dengan mencari kehidupannya sendiri serta
menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung
yang kukuh. 1+1
P3 Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan
menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan
Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk
menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan
kebahagian kepadanya/ mereka. 1+1
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 218 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 10 – (JPN PERLIS 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Antologi Sejadah Rindu,


Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua harapan penyajak.


[2 markah]
(ii) Kasih sayang amat penting dalam hubungan kekeluargaan.
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 219 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Dua harapan penyajak
P1 anak-anak menziarahinya/menjenguknya 1
P2 anak–anak insaf atas perbuatan mereka yang
mengabaikannya 1
P3 anak-anak menjadi penawar/pengubat kedukaannya
[maksimum : 2 markah]
(ii) Hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih
sayang
P1 menjaga emosi ahli keluarga
P2 mengelakkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial
P3 mengukuhkan hubungan/silaturahim
P4 membentuk keluarga yang harmoni/bahagia
P5 mengelakkan konflik keluarga
P6 memupuk sikap saling menghormati
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Dua pengajaran
P1 Kita mestilah menziarahi ibu bapa sekiranya tinggal
berjauhan. (R1)
Huraian : Penyajak mengharapkan anak-anaknya datang
menziarahinya kerana dia berasa terlalu sunyi. 1+1
P2 Kita mestilah menjaga ibu bapa ketika mereka sakit.
(R2)
Huraian : Penyajak menyatakan bahawa anak-anaknya
melepaskan tanggungjawab untuk menjaganya. 1+1
P3 Kita mestilah insaf bahawa kehidupan kita hanyalah
sementara dan Tuhan yang kekal abadi. (R3)
Huraian : Penyajak sedar dan insaf bahawa kehidupan ini
hanya sementara dan hanya Tuhan yang kekal. 1+1
P4 Kita mestilah mendoakan anak-anak supaya mereka
sentiasa melakukan kebaikan. (R3)
Huraian : Penyajak sentiasa mendoakan anak- anaknya
agar diberi keinsafan. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi]

MUKA SURAT 220 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 11 – (JPN PULAU PINANG 2019)
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian

meredah onak di rimba perburuan


meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana dia
melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya dia
lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman, Istimewa,


2012 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Siapakah “aku” berdasarkan sajak tersebut?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penganiayaan terhadap haiwan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.
[4 markah]

MUKA SURAT 221 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) “Aku” berdasarkan sajak:
P1 seorang penyelamat maruah 1
P2 seorang yang berjuang atas dasar kebenaran 1
P3 seorang yang menentang kebobrokan/penyelewengan 1
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) Peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penganiayaan terhadap haiwan:
P1 pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang ketat/tegas/
mengenakan hukuman berat kepada mereka yang melakukan penganiayaan
haiwan 1
P2 menubuhkan agensi khas/badan/NGO Perlindungan Haiwan mengatasi
masalah ini (seperti SPCA) 1
P3 masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa tentang kejadian penganiayaan
haiwan 1
P4 pihak media massa mewara-warakan mesej tentang sifat ihsan / belas kasihan
terhadap haiwan 1
P5 pihak sekolah menyedarkan para pelajar tentang masalah penganiayaan
haiwan/cara-cara mengatasi 1
P6 ibu bapa menasihati anak-anak daripada terlibat dalam sebarang tindakan
penganiayaan haiwan. 1
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak:
P1 Kita mestilah berani menghadapi pelbagai rintangan tanpa mudah
berputus asa
Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu. 1+1
P2 Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan tugasan. Sebagai
contohnya, sang gembala kuda sangat gigih dalam melaksanakan tugasnya
memburu kuda-kuda liar / demi memastikan kuda-kudanya dikandangkan. 1+1
P3 Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi
keharmonian sesebuah organisasi
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
P4 Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan
baik dan sempurna
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang. 1+1
P5 Kita hendaklah berjuang demi kebenaran-misalnya penyajak berjuang
atas kebenaran demi menentang semua kebobrokan misalnya penyajak
berjuang menegakkan keadilan daripada sebarang kebobrokan 1+1
P6 Kita hendaklah berani menghadapi halangan/kesukaran dalam
mengendalikan sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Contohnya Sang Gembala Kuda sanggup meredah onak ketika memburu kuda 1+1
P7 Kita haruslah bersikap tegas ketika menjalankan tugas - Misalnya Sang
Gembala Kuda mampu mengawal kuda-kuda kerana dia bersikap
tegas/Sang Gembala Kuda menggunakan kuasa yang ada padanya dan
sesekali menggunakan suaranya yang kuat untuk menakutkan kuda-kuda
itu. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi (1+1)]
MUKA SURAT 222 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 12 – (PENANG FREE SCHOOL 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd. Antologi Sejadah Rindu

(i) Berikan maksud frasa disirami benih keinsafan.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu bapa tua yang
uzur ?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[4 markah]

MUKA SURAT 223 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud frasa disirami benih keinsafan.
P1 diberikan kesedaran /menimbulkan /melahirkan kesedaran /
memutikkan kesedaran 2
[maksimum : 2 markah]
(ii) cara-cara seorang anak yang bekerja dapat menjaga ibu
bapa tua yang uzur
P1 mengupah pengasuh/orang gaji/pembantu/jururawat untuk
menjaga
1
P2 tinggal bersama-sama dengan mereka / mengajak tinggal
bersama-sama 1
P3 meminta isteri/anak-anak bergilir-gilir menjaga ibu bapa uzur 1
P4 menempatkan mereka/ibu bapa di pusat penjagaan orang tua
uzur pada waktu bekerja 1
P5 mengambil cuti tanpa gaji (atau cuti lain) untuk menjaga ibu
bapa 1
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 3 isi]

(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


P1 Persoalan tentang nasib warga emas yang terbiar misalnya
‘aku’/penyajak berasa sunyi kerana tiada anak-anak datang
menziarahinya 1+1
P2 Persoalan tentang kasih sayang suci seorang ibu misalnya
penyajak mendoakan semoga anak-anak akan menjadi insaf
dan sedar akan kesalahan mereka. 1+1
P3 Persoalan tentang hidup manusia di muka bumi bersifat
sementara misalnya penyajak menyatakan bahawa semua
yang hidup akan mati kecuali Tuhan 1+1
P4 Persoalan tentang anak-anak yang tidak bertanggungjawab
menjaga ibu (bapa) misalnya mereka menolak antara adik-
beradik untuk menjaga ibu bapa 1+1
P5 Persoalan ialah kehidupan seorang tua yang kesunyian
misalnya penyajak menyatakan bahawa dia sering berada
dalam keadaan sangat sunyi tanpa anak-anaknya. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi ]

MUKA SURAT 224 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 13 – (PPD LIMBANG, SARAWAK 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan
insan moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan di masa
yang Kau tetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh ayat-
ayat cinta disusun kukuh di
sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha
Kuasa agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara

Kalam Pertama, 2013


Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya seseorang yang sudah bertaubat
tidak kembali kepada sikapnya yang dahulu?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 225 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut.
P1 Semoga ruang keampunan dibukakan kepadanya. 1
P2 Supaya dia menjadi manusia yang sentiasa taat perintah Allah dan
menghindari larangan-Nya. 1

[maksimum : 2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan
supaya seseorang yang sudah bertaubat tidak kembali kepada
sikapnya yang dahulu?
P1 menyesali perbuatannya dengan sesungguh hati. 1
P2 berusaha menghapuskan dosa-dosa yang lalu 1
P3 banyak berbuat kebajikan 1
P4 sentiasa mengelakkan diri dari melakukan kejahatan 1
P5 menyibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. 1
P6 Mendekatkan diri dengan Tuhan/berdoa 1
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
P1 Persoalan keinsafan seorang manusia yang banyak melakukan 1+1
dosa.
Contoh: Penyajak mengenang kembali segala kesalahan yang telah
dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan yang dilakukannya.
(Merekah keinsafan di hati yang beku Mengenang dosaku yang
terdahulu).
P2 Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi 1+1
dia hidup.
Contohnya, penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan sujud
kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih
Contoh : lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.
P3 Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk 1+1
memohon keampunan sebelum meninggal dunia.
Contohnya, Penyajak berharap agar segala kesalahannya
diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah
ditetapkan
Contoh : moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku di
nisankan.
P4 Persoalan ajal maut di tangan Tuhan. 1+1
Contohnya, Penyajak menyatakan bersedia sebelum meninggal
dunia pada masa yang telah ditetapkan
Contoh : sebelum saat aku dinisankan di masa yang kautetapkan.
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 3 isi]
MUKA SURAT 226 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 14 – (SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK 2019)
Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SEJADAH RINDU
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


Dewan Bahasa, Januari, 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Terangkan maksud terbuka ruang keampunan?


[2 Markah]
dunia ini hanya bersifat sementara
(ii) Berdasarkan baris sajak di atas, apakah perkara-perkara yang wajar kita lakukan sementara kita hidup di dunia ini?
[3 Markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak.
[4 Markah]
MUKA SURAT 227 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud terbuka ruang keampunan
P1 diberi kesempatan untuk bertaubat. 2
[maksimum : 2 markah]
(ii) Perkara-perkara yang wajar kita lakukan
sementara kita hidup di dunia ini?
P1 Memperbaik diri daripada kesilapan lalu
P2 Sentiasa membuat perkara baik
P3 Mendalami ilmu agama / mendekatkan diri
kepada Tuhan
P4 Memberikan pertolongan kepada golongan
yang memerlukan
P5 Membalas jasa ibu bapa
(Mana-mana idea yang relevan)
[maksimum : 3 markah]
(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam
sajak.
P1 Persoalan tentang ketaatan kepada Tuhan. 1 + 1
Penyajak ikhlas dan taat menunaikan solat
kerana sedar bahawa dunia ini tidak akan
kekal selama-lamanya
P2 Persoalan tentang keinsafan atas dosa lalu 1 + 1
yang telah dilakukan.
Penyajak telah insaf daripada kesalahan-
kesalahan yang telah dilakukannya.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 228 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 15 – (JPN SELANGOR (SET 1) 2019)
Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah doa yang dimohon penyajak daripada Yang Esa?


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang telah insaf dan bertaubat?
Cadangkan cara-cara tersebut.
[3 markah]
(iii) Tema ialah idea dasar dalam sesebuah karya. Huraikan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 229 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Doa yang dimohon penyajak daripada Yang Esa:
P1 Penyajak berdoa kepada Allah SWT agar dia menjadi
manusia yang taat. 1
P2 Penyajak juga akan mengikut segala perintah Allah SWT. 1
P3 Penyajak berharap agar dia tidak lupa bahawa hidup di
dunia ini hanya sementara. 1
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(ii) Cara-cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang
telah insaf dan bertaubat ialah:
P1 Belajar agama dengan guru-guru agama. 1
P2 Mendapatkan nasihat dari orang yang
arif/berpengalaman 1
P3 Bergaul dengan rakan yang positif 1
P4 Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid 1
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Tema yang terdapat dalam sajak tersebut ialah;
P1 Bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada perintah 1+1
agama.
Contohnya, penyajak insaf akan dosa-dosanya dan
memohon keampunan kepada Tuhan.
P2 Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya 1+1
dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang
benar kepadanya.
Contohnya penyajak bertaubat dengan mengalirkan air
mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan Allah
SWT.
P3 Penyajak yang insaf bersyukur kerana dipanjangkan 1+1
umur. Contohnya, penyajak sedar masanya semakin
suntuk dan penyajak berharap agar segala dosanya
diampunkan sebelum dia menemui ajal.
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 230 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 16 – (JPN SELANGOR (SET 2) 2019)
Soalan 2 (d) – Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku,


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan

ABDUL GHAFFAR IBRAHIM


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah nasihat penyajak kepada pembaca dalam rangkap kelapan?


[2 markah]
(ii) Pada zaman globalisasi, peranti elektronik semakin meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam mendepani era globalisasi?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 231 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Apakah nasihat penyajak kepada pembaca dalam rangkap
kelapan?
P1 tidak mensia-siakan hidup 1
P2 mendekati Tuhan 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Pada zaman globalisasi, peranti elektronik semakin


meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada
pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh
masyarakat dalam mendepani era globalisasi.
P1 Fitnah/ berita palsu berleluasa 1
P2 Jenayah siber/ Buli siber/ Penipuan 1
P3 Pengaruh barat 1
P4 Pengaruh hedonisme 1
P5 Meningkatkan masalah sosial 1
P6 Pencemaran bahasa/ bahasa rojak/ bahasa slanga 1
[maksimum : 3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di
atas.
P1 Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar 1+1
tidak terus terpedaya.
Penyajak cepat insaf akan kesalahannya dan tidak akan
mengulangi kesilapannya yang lalu.
P2 Kita mestilah berani dalam menempuh cabaran agar dapat 1+1
mempersiapkan dirinya untuk kehidupan mendatang.
Penyajak berani menghadapi rintangan yang memburuk-
burukkannya.
P3 Kita mestilah rasional dalam membuat keputusan supaya 1+1
kehidupan tidak tersasar.
Penyajak rasional dalam menentukan pendekatan yang terbaik
bagi menangani sesuatu masalah.
P4 Kita mestilah berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak 1+1
mudah diperdaya.
Penyajak berhati-hati daripada dirinya dipermain-mainkan.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 232 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 17 – (JPN SELANGOR (SET3) 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ku cari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta abadi atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

TEO WEI SING


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata jangan terpegun dalam rangkap akhir sajak tersebut.
[2 markah]
(ii) Kesibukan bekerja telah menyebabkan anak-anak menjadi renggang dengan ibu bapa mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang terlalu sibuk
dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-
dua ibu bapa mereka?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
MUKA SURAT 233 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud rangkai kata jangan terpegun
P1 Usah terkaku 2
[maksimum : 2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh
dilakukan anak-anak yang terlalu sibuk dengan
kerjaya dan tanggungjawab masing-masing untuk
membalas jasa ibu bapa mereka? Cadangkan usaha-
usaha anda.
P1 Menghormati / menyayangi ibu bapa 1
P2 Meluangkan masa untuk berkomunikasi/ menziarahi ibu
bapa. 1
P3 Menyediakan keperluan hidup yang lebih selesa. 1
P4 Memberi hadiah hari lahir, tarikh/ hari istimewa ibu bapa 1
[maksimum : 3 markah][ Isi cukup : 2 isi]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di
atas.
P1 Persoalan kehidupan warga tua yang mendambakan 1+1
kasih sayang anak-anak.
Contoh, ibu bapa yang sudah tua yang tinggal berjauhan
dengan anak-anak mengharap anak anaknya datang
menjenguknya.
P2 Persoalan kealpaan anak-anak menunaikan 1+1
tangungjawab kepada ibu bapa.
Contoh, anak-anak alpa terhadap tanggungjawab
masing-masing untuk menjaga ibu bapa sehingga
mengharap sesama sendiri yang akhirnya ibu bapa
terabai.
P3 Persoalan kasih sayang ibu bapa yang tiada 1+1
sempadan terhadap anak- anak.
Contoh, penyajak terus berdoa agar anak-anaknya insaf
atas perbuatan mereka yang meminggirkannya.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 234 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 18 – (JPN TERENGGANU (SET 1) 2019)
Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud menentang semua kebobrokan.


[2 markah]
(ii) Kuda merupakan antara binatang ternakan yang dipelihara oleh rakyat di negara kita.

Pada pendapat anda, selain menyediakan makanan, apakah keperluan-keperluan lain yang perlu disediakan oleh
seseorang yang memelihara binatang ternakan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

MUKA SURAT 235 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud menentang semua kebobrokan
P1 melawan segala perkara yang boleh merosakkan / tidak
baik 2
P2 menentang segala perkara yang boleh merosakkan /
tidak baik 1
P3 melawan semua kebobrokan 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Keperluan-keperluan lain
P1 kandang / tempat tinggal
P2 rawatan kesihatan / perubatan
P3 kawalan keselamatan
P4 kasih sayang / perhatian
P5 pasangan / teman
[maksimum : 3 markah][ Isi cukup : 2 isi]
(iii) Nilai dalam sajak
P1 Tanggungjawab. 1+1
Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda
tunggangannya dengan mengurus makan dan minum
secara baik.
P2 Kepatuhan / Ketaatan / Kesetiaan. 1+1
Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan
penjaga kuda
P3 Keberanian. 1+1
Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai
kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda
itu.
P4 Ketegasan. 1+1
Sang gembala kuda tegas dalam menguruskan kuda-
kudanya
P5 Ketabahan. 1+1
Sang gembala kuda tabah mengharungi pelbagai
cabaran semasa berburu.
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 236 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 19 – (JPN TERENGGANU (SET 2) 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ku cari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta abadi atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan rangkap pertama di atas, apakah keluhan penyajak?
[2 markah]
(ii) Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa dalam hidup kita.
Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang patut anda lakukan untuk membalas jasa kedua-dua
ibu bapa?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]
MUKA SURAT 237 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keluhan penyajak
P1 kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi 2
P2 keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya 1
P3 tiada sesiapa yang datang menziarahinya 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa


P1 Sentiasa mentaati perintah ibu bapa / menghormati ibu
bapa 1
P2 Menghadiahkan kejayaan dalam hidup kepada mereka 1
P3 Memelihara dan menjaga mereka apabila ibu bapa kita
tua / sakit 1
P4 Membantu mereka melakukan sesuatu perkara 1
P5 Sentiasa menziarahi mereka 1
P6 Berusaha memenuhi keinginan mereka / menyediakan
tempat tinggal / kemudahan 1
P7 Memberikan hadiah kepada mereka 1
P8 Mendoakan kesejahteraan mereka 1
[maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup : 2 isi]

(iii) Nilai dalam sajak


P1 Nilai ketabahan. 1+1
Contohnya, penyajak tabah mengharungi kehidupan
seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-
anak
P2 Nilai kasih sayang. 1+1
Contohnya, penyajak tetap menyayangi anaknya
walaupun anaknya itu tidak mempedulikannya
P3 Nilai keinsafan. 1+1
Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal
hanyalah Tuhan.
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 238 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 20 – (YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ku cari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta abadi atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

Antologi Sejadah Rindu


Pekan Ilmu Sdn. Bhd

(i) Berikan maksud “cinta dalam rahim dilupai”.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan anak-anak yang mempunyai kerjaya dapat membalas jasa dan
pengorbanan ibu bapa mereka?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 239 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud “cinta dalam rahim diupai” ialah
P1 Perasaan sayang yang tersemai sejak di dalam kandungan telah
dilupakan 2
P2 Perasaan sayang terhadap anak kandung telah dilupakan 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Pendapat saya, tindakan anak-anak yang mempunyai kerjaya


dapat membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka ialah
P1 anak-anak hendaklah sentiasa mentaati perintah ibu bapa. 1
P2 anak-anak haruslah mengirimkan wang kepada ibu bapa 1
P3 anak-anak perlulah sentiasa bertanya khabar ibu bapa mereka
walaupun kesibukan dengan kerja. 1
P4 jika ada kelapangan waktu, anak-anak sewajamya pulang ke
rumah ibu bapa untuk melawatnya 1
P5 anak-anak mestilah menjaga ibu bapa sekiranya mereka sakit 1
2 isi sahaja. Terima juga pendapat yang lain.
[maksimum : 3 markah]
(iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ialah:
P1 Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan 2
kesejahteraan mereka kerana mereka telah banyak berkorban
untuk kita
P2 Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi 2
mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
P3 Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka 2
selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa
menjenguk mereka.
P4 Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri 2
supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun
sewaktu tua.
P5 Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa 2
kita gar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
P6 Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan 2
menjaga kebajikan ibu bapa demi menyejahterakan serta
membahagiakan mereka.
Jawab 1 isi = berikan 1m(sekiranya tiada huraian)
Jawab 2 isi = beri 4m(jawapan lengkap dengan huraian)
Terima pengajaran yang lain
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 240 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 21 – (PPD KOTA MARUDU, SABAH) 2019)
Soalan 2 (d) - Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI


Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
ku cari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta abadi atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

Antologi Sejadah Rindu


Pekan Ilmu Sdn. Bhd

(i) Gambarkan keadaan hidup penyajak sebagai seorang tua berdasarkan sajak.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir anak meminggirkan ibu bapa
mereka?
[3 markah]
(iii) Nyatakan dua nilai kemanusiaan yang terkandung dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 241 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Gambaran keadaan hidup penyajak sebagai
seorang tua berdasarkan sajak
P1 Kesunyian 1
P2 tidak dipedulikan oleh anak-anaknya 1
P3 menderita kesakitan 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) faktor-faktor yang menyebabkan segelintir anak
meminggirkan ibu bapa mereka
P1 Kurangnya didikan ibu bapa dari segi moral dan
agama 1
P2 Terikut budaya barat yang negatif 1
P3 Lebih mementingkan materialistik dalam menjalani
kehidupan 1
[maksimum : 3 markah]
(iii) Dua nilai kemanusiaan yang terkandung dalam
sajak tersebut
P1 Nilai kasih sayang – 1+1
kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap
utuh walaupun anaknya itu melupakannya.
P2 Nilai ketabahan – 1+1
tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan
kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
P3 Nilai keinsafan – 1+1
penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal
hanyalah Tuhan.
P4 Nilai tanggungjawab – 1+1
sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-
anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan
keinsafan.
***lain-lain jawapan boleh diterima mengikut budi bicara pemeriksa
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 242 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 22 – (PPD BARAM, SARAWAK) 2019)
Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas dosa-dosa yang lalu kepada
Tuhannya.
[2 markah]
(ii) Dalam 2 baris terakhir sajak, penyajak menyatakan harapan agar dirinya tidak lupa bahawa dunia ini bersifat sementara.
Pada pandangan anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[4 markah]

MUKA SURAT 243 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas
dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya
P1 Diam dan mengenang dosa lalu 1
P2 Mengalir air mata/menangis sambil bersujud kepada
Tuhan 1
P3 Melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan (dengan
sebak) 1
P4 Berdoa/memohon ampun kepada Tuhan 1
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) Kesan-kesannya jika seseorang manusia itu
sedar
bahawa dunia ini bersifat sementara
P1 Berusaha mendekatkan diri kepada Tuhan 1
P2 Tidak melakukan perkara yang ditegah oleh
agama/Tuhan 1
P3 Melakukan amalan yang
aik/bersembahyang/bersedekah/dsb 1
P4 Tidak terlalu bersifat kebendaan/materialistik 1
*Jawapan lain yang sesuai diterima
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) persoalan yang terdapat dalam sajak ini:
P1 Persoalan keinsafan atas segala dosa lalu yang 2
menghantui hidup [1m].
Sebagai contoh, penyajak bersujud untuk melafazkan
taubat dan memohon keampunan daripada Pencipta.
[1m]
P2 Persoalan keikhlasan dalam memohon keampunan 2
daripada Pencipta [1m].
Sebagai contoh, penyajak memohon keampunan
daripada Pencipta dengan bersaksikan air mata
keinsafan. [1m]
MUKA SURAT 244 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 23 – (SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SE-MALAYSIA) 2019)
Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Pekan Ilmu Sdn. Bhd


dalam antologi Sejadah Rindu,

(i) Nyatakan sebab-sebab aku mengeluh kesunyian?


[2 markah]
(ii) Terdapat segelintir anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab anak-anak pada masa ini mengabaikan tanggungjawab
terhadap ibu bapa?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam rangkap 2 dan satu persoalan dalam rangkap 3 sajak
tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 245 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Sebab
P1 berasa kesepian 1
P2 kehidupan yang tidak berubah 1
P3 tiada sesiapa yang datang menziarah atau menjenguk 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Sebab-sebab
P1 tinggal berjauhan dengan ibu bapa 1
P2 kos sara hidup yang semakin tinggi 1
P3 sibuk dengan kerjaya 1
P4 sibuk menguruskan hal keluarga sendiri 1
(Jawapan lain boleh diterima)
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Persoalan
Rangkap 2:
P1 Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh 1+1
anak-anak
Contoh: Anak-anak tidak sanggup menjaga ibu bapa
yang sudah tua.
P2 Persoalan pengorbanan ibu bapa terhadap anak- 1+1
anak
Contoh: Penulis berasa kecewa terhadap anak-anak
yang melupakan ibu yang mengandungkannya.
Rangkap 3:
P1 Persoalan harapan ibu bapa terhadap anak-anak 1+1
Contoh Penulis berharap agar anak-anaknya insaf akan
kesilapan yang telah dilakukan
P2 Persoalan tentang hidup dan mati ialah ketentuan 1+1
Tuhan
Contoh: Penulis mengingatkan setiap yang bernyawa
akan mati dan tiada yang kekal abadi
[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 2 isi (P+H)]
MUKA SURAT 246 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 24 – (PPD SEMPORNA, SABAH 2019)
Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Moden
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan dua keinginan penyajak sebelum dia meninggal dunia?
[2 markah]
(ii) Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa

Empat baris sajak di atas menjelaskan bahawa penyajak memohon kepada Tuhan agar dirinya menjadi insan yang taat
kepada Tuhan. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu harus mentaati Tuhan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 247 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Dua keinginan penyajak sebelum dia meninggal dunia:
P1 Tuhan menunjukkan jalan ke arah kebenaran 1
P2 Semoga ruang keampunan dibukakan untuknya 1
P3 Semoga segala kekurangan yang ada dalam dirinya dapat
dibaiki 1
P4 Semoga tuhan memberi peluang kepadanya untuk menjadi
insan yang taat akan perintah penciptanya 1
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2isi]
(ii) Seseorang itu harus mentaati Tuhan:
P1 Supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang dimurkai Tuhan. 1
P2 Supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara
/ tindakan. 1
P3 Supaya memperoleh ketenangan jiwa dan sentiasa berfikiran
terbuka. 1
P4 Supaya dapat menjalani kehidupan dengan hati tenang 1
P5 Supaya hidup sentiasa dalam peliharaan Tuhan. 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) Nilai yang terdapat dalam sajak:
P1 Nilai keinsafan 1+1
Penyajak menginsafi / bertaubat atas dosa-dosanya yang
terdahulu dan memohon keampunan daripada Tuhan.
P2 Nilai ketaatan/nilai kepercayaan kepada Tuhan 1+1
Penyajak taat kepada perintah Allah SWT/Tuhan dan berharap
agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya. / Penyajak
meyakini bahawa Tuhan telah menetapkan kematian seseorang.
P3 Nilai keikhlasan/kesungguhan 1+1
Penyajak benar-benar ikhlas mengharapkan pengampunan
daripada Tuhan/Pencipta sehinggakan dia menitiskan air mata.
P4 Nilai kegigihan 1+1
Penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan
daripada Tuhan sebelum dia meninggal dunia
(Nilai lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 2]
MUKA SURAT 248 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SET 25 – (RAMALAN CIKGU TAN CL 2019)
Soalan 2(d) - Petikan Gurindam
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga
tangan dan kakinya.
[2 markah]
(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita
menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 249 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Kebaikan:
P1 Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama 1
/ undang-undang
P2 Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya 1
P3 Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat 1
maksiat
P4 Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji 1
P4 Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk 1
kebaikan
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2isi]
(ii) Kesan tidak menjaga pertuturan:
P1 Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan 1
/ pergaduhan
P2 Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim 1
P3 Dibenci / dimusuhi oleh orang lain 1
P4 Kekurangan / ketiadaan kawan 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) Dua persoalan
P1 Persoalan kepentingan menjaga pancaindera 2
Contoh: diri disayangi dan dihormati
P2 Persoalan berhati-hati apabila menggunakan 2
pancaindera
Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam
kegiatan tidak bermoral.
P3 Persoalan melakukan sesuatu secara keterlaluan 2
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai
keburukan.
P4 Persoalan Tanggungjawab mengelakkan diri 2
daripada musibah / perkara keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu
menjaga maruah diri dan keluarga.

MUKA SURAT 250 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)