Anda di halaman 1dari 2

.

‫لر ِحيْم‬َّ ْ‫من ا‬ ِ ‫لر ْح‬ َّ ْ‫بِ ْس ِم الل ِه ا‬


‫س ِِّي ِدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آ ِل ِه‬
َ ‫علَى‬َ ‫سَاَ ُم‬ َّ ‫صَاَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِللَّ ِه َر‬
. َ‫ص َحا ِب ِه أَ ْج َم ِعيْن‬ ْ َ‫َوأ‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar


Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami
menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau
anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang
Berbahagia En. Fahmi Bin Hj. Nazirin
yang akan bersara, menamatkankan
perkhidmatannya. Moga baginya selepas bersara
nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan
bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya
FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya
dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala
jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau
limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul
tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin yang
sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan,
dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami
meneruskan perjuangan sebagai seorang insan
pendidik.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-
hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami
Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di
akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini
sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah
perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
َ‫ َول‬،‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.‫ط ُر ْودًا َولَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َولَ َم‬
َ ‫ت َ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْينَا َولَ َم َعنَا َولَ َم ْن َيتْ َبعُنَا‬
ِ.‫اب النَّار‬ َ َ‫سنَة ًَوقِنَا َعذ‬ َ ‫سنَة ً َوفِي األ َ ِخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْم ُد ِللَّ ِه َر‬،‫سلَّ َم‬
‫ب‬ َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫صلَّى الله ُ َعلَى‬ َ ‫َو‬
. َ‫العَالَ ِميْن‬

Beri Nilai