Anda di halaman 1dari 3

DOA SEMPENA HARI GURU

‫الر ِحي ِْم‬َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬


‫علَى آ ِل ِه‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقي َْن َوال‬, ‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫هلل َر‬
َ
‫ص َحا ِب ِه أجْ َم ِعي َْن‬
ْ ‫َوأ‬َ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2019 peringkat Sekolah sk RKT BERSIA pada pagi
yang berbahagia ini dengan tema :
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah
ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah
sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang
luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-
guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang
sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

‫ َوال َ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ َ ‫َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬
Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai
wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di
sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: OBOR
HEMAH MENYINARI PERTIWI dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan
sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid
yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita
amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak
pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga
kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua.
Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru
karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.