Anda di halaman 1dari 5

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam
pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran
pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini
terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Dalam ujian Psikometrik, calon-calon dikehendaki menjawab item-item


yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan
sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin
dan kejujuran.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan
‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3
pilihan jawapan (Ya atau tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau
Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat
Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana
anda menjalani hidup harian.

Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan
persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya.

1
Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia
menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri
sahaja yang betul. Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani
mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima
orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra,
bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya
dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat
menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang
lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak-agak dalam tindakan,
perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat
positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam. Apa yang
anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana
negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab
soalan ujian Psikometrik.

Penelitiannya terutama pada:

Pembuatan alat dan prosedur pengukuran, dan Pembangunan dan


penyempurnaan pendekatan teori terhadap pengukuran.

Sebahagian besar daripada kerja awal secara teori dan terapan dalam
psikometrik dilakukan dalam usaha mengukur kecerdasan. Konsep kunci
tradisional dalam teori ujian klasikal adalah reabiliti dan kesahihan. Alat
ukur yang reliabel melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara
ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

2
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan
personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi,
kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Tips Menjawab Ujian Psikometrik PTD

[+] Menjawab dengan jawapan cerminan positif

[+] Menolak "aura" negatif dalam memberi jawapan

[+] Berfikiran positif "menerima kritikan dan pandangan" orang lain.

[+] Jawapan anda merupakan refleksi diri anda

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah;
“Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju
arah yang positif atau arah yang negatif!’.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik:

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju

B. Tidak setuju

3
C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi


masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

4
7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan
perkara yang baik juga.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya
kerana dia merupakan rakan baik saya.

A. Setuju

B. Tidak setuju

C. Tidak Pasti

9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan
membuat sebarang aduan.

A. Ya

B. Tidak Pasti

C. Tidak

10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan

A. Ya

B. Tidak

C. Tidak Pasti

TAMAT