Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri majlis pada
malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendaki,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu,


pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu.
Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis

ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu, bekerjasama


dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan mutu Unit Uniform St John
Ambulance khususnya dan di persada arus perdana
kecemerlangan badan sukarela dalam negara amnya.

Satukanlah hati-hati kami yang hadir pada malam ini, agar


menjadikan kejayaan dan kecemerlangan sebagai matlamat
kami yang utama dan bersama .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang


diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas
ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنننا فنني النندنيا حسنننة وفنني الخآننرة حسنننة وقنننا‬


‫عذاب النار والحمد لله رب العالنمين‬

Anda mungkin juga menyukai