Anda di halaman 1dari 4

Bismillahir-rahmanir-rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Terima kasih, saudari Pengerusi Majlis En. Mohd Nor Azlan Shah b Man – Pengurus felda
En. Mohamad Zawawi b Sofian – YDP PIBG
Yang Berusaha Ust Nur Fauzi b Ismail, Penolong Kanan 1 Pn. Salmiah bt Othman - NYDP
En. Ahmad Razila b Abd Rahman – Ketua Kg
Yang Berusaha Ust Sulaiman b Bakar, PK HEM En. Rashid b. Alang Kasim – Ketua Peneroka
Yang Berusaha Ust Zailan b Awang, PK Kokurikulum Pn. Laila wati bt Woh – Pejabat felda

Barisan guru yang dedikasi

dan tidak dilupakan

Hujung tanjung banyak berlian


Yang dikasihi anak murid sekalian.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam
majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SK RKT BERSIA bagi Tahun 2017, dalam suasana
yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

menjadi contoh, mencurah ilmu,


tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.
Cikgu-cikgu yang dikasihi,
Pada bahu kita ini…..
yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harap
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Kita yang digelar Cikgu


dengan wajah girang terima
tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan

Lalu anak-anak yang tiada dosanya


dicalit pelbagai warna-warni
dicampur-aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abang kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warni itulah bercelaru di kepalanya
warna-warni itulah menjadi cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu

Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu


menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang
memilih warna yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya
jiwa raga, semangat nurani, malah diri
diberikan untuk mendidik anak bangsa
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
“Anak saya pintar dan rajin….
sebab itulah dia berjaya!”

Dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:


“Cikgunya malas-malas belaka …
tidak pandai mengajar….
lantas anak saya gagal!”

Cikgu, Tak apalah cikgu


semua mereka itu anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah kiranya
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah di beri
kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas
dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan gur u dalam
menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini
memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima
kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Anak-anak murid yang dikasihi,
Kerana anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar,

Hendak pandai menghargai masa,


Jangan dinanti esok lusa.

Jangan asyik berangan-angan,


Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,


Tidak hairan kalau kecewa.

Masa itu emas dan wang,


Walau sedikit jangan dibuang.

Masa berlalu terlalu pantas,


Orang yang lalai akan dicantas.
Pesan saya,
Kalau hendak tahu luasnya padang,
tanyalah belalang.
Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
tanyalah siput.
Kalau hendak tahu luasnya kolam,
tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
tanyalah yu.
Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanyalah helang.
Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Kalau hendak tahu kerasnya paku,
tanyalah tukul.
Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
tanyalah galah.
Semua orang mempunyai pengetahuan,
Semua orang boleh menjadi guru….

Namun...kami semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang, berupaya menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi 3R, hebat lakonannya
seperti Rosyam Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya seperti Ronaldo, serasi seperti seperti kata SN Usman Awang:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita
dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang
benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sang at berat
serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama
daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah
dengan wang ringgit.

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri,


Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,


Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,


Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,


Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,


Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,


Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlak


Gigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,


Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,


Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,


Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat
dihargai dan sangat disanjung tinggi.
Marilah kita,
Yang busut hendaknya jadikan bukit
Yang bukit jadikan gunung.

Yang kapas hendaknya jadikan benang


Yang benang jadikan kain.

Mata air hendaknya jadikan sungai


Lopak jadikan kolam

Tasik hendaknya jadikan lautan


Alunnya jadikan gelombang

Seinci hendaknya jadikan sekaki


Sejengkal jadikan sedepa

Semangkuk hendaknya jadikan sehidangan


Sehasta jadikan sekodi

Semayam hendaknya jadikan sebungkal


Sekuali jadikan sekawah

Sekampung hendaknya jadikan senegeri


Seuncang jadikan seguni

Secubit hendaknya jadikan sekepal


Secupak jadikan segantang

Semangkuk hendaknya jadikan setempayan


Sebuntil jadikan sekepuk

Sehari hendaknya jadikan sebulan


Sebulan jadikan setahun
Semusim jadikan sekurun
Hidup tidak selalu indah,
tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.


“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

TERIMA KASIH CIKGU.