Anda di halaman 1dari 2

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan kepenti

ngan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dib
angkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti Bahasa Malaysia sebag
ai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah
diubah suai daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauma
n sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisia
tif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan ma
syarakat?
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan s
urat-menyurat di semua jabatan kerajaan dilaksanakan dalam bahasa ibunda. Mutakh
ir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang diangg
ap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syar
ikat mereka. Sifat mementingkan diri yang menggunung dalam jiwa mereka wajar di
ibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah
bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini harus
lah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa In
ggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat berpengaruh bahasa Inggeris dalam k
ehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memad
amkan kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan tu
rut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generas
i akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'melayu'. Ironinya, usaha Memartaba
tkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat p
roaktif sebagai usaha yang berkesan demi mengatasi kemelut bahasa yang sedang di
hadapi Malaysia kini.
Tambahan lagi, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tida
k harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan B
ahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-s
ekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulka
n sifat perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalanga
n masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif menjadikan
bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntas
nya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berf
ikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara menyelur
uh.
Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat
pelbagai golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai mina
t umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Ant
arabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan deng
an usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjak
an paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia
. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa'
dalam kalangan rakyat.
Menghadapi arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lih
at sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langi
t, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patu
t dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tingg
i. Pihak Berkuasa Tempatan tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebal
iknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan ba
hawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana b
ahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat zaman kini yang berpegang teguh
dengan bahasa ibunda.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meningkatkan darja
t Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status
utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk
menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakka
n kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada
disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang i
ndah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nya
ta dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek huja
n, tak lekang dek panas'.

Anda mungkin juga menyukai