Anda di halaman 1dari 6

BAYAN LINNAS KHAS: Umat Islam… Inilah

Nasihatku
Ditulis oleh Nadzirah
Diterbitkan: 14 Julai 2015

Mukaddimah
Doaku: Ya Allah, ampunilah dosa kami, kurniakan kami dengan hidayah,
taufiq-Mu dan satukan hati-hati kami.
Sehari dua ini kita dikejutkan dengan satu peristiwa di Plaza Low Yat di mana
terjadinya insiden. Hati kecil ini amat terguris dengan apa yang terjadi di bulan
Ramadhan al-Mubarak ini. Saya katakan ‫ِإنَّا‬ َِِّ ِ
‫لِل‬ ‫َو ِإنَّا‬ ‫ِإلَ ْي ِِه‬ َِ‫اجعُون‬
ِ ‫َر‬
maksudnya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.
Dengan menginsafi apa yang telah terjadi sehingga terlalu banyak persepsi dan
tokok tambah dan diviralkan sehingga isu sebenarnya tidak lagi jelas. Yang timbul
amarah yang membara, dan lebih parah lagi jika wujudnya provokasi serta
diheret kepada isu yang lebih luas seperti warna kulit, keagamaan dan lain-lain
lagi.
Justeru, Bayan Linnas Khas ini dinamakan dengan Umat Islam… Inilah
Nasihatku.
Semoga Bayan Linnas ini memberi banyak manfaat dan kefahaman kepada kita
dalam menghadapi situasi yang tegang dan tidak terkawal.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan


Kami dengan berat hati dan penuh kesedaran memohon kepada Ilahi dalam
menyampaikan kenyataan ini atau Bayan Linnas ini agar diikhlaskan hati kami
ِِ ُِ‫علَى ت ََو َّك ْلت‬
dalam mencari keredhaan-Nya jua. Dengan lafaz ‫للا ِبس ِِْم‬ ِِ kami nyatakan
َ ‫للا‬
begini:
 Taaruf: Allah SWT sengaja menjadikan kita pelbagai bangsa dan warna kulit.
Tujuannya:
‫اسِ أَيُّ َها يَا‬ ِْ ِ‫وبا َو َجعَ ْلنَا ُك ِْم َوأُنثَى ذَكَرِ م‬
ُ َّ‫ن َخلَ ْقنَا ُك ِْم ِإنَّا الن‬ َ َ‫ّللاِ ِع ْن َِد أ َ ْك َر َم ُك ِْم ِإ َّنِ ِلتَع‬
َِ ِ‫ارفُوا َوقَبَائ‬
ُ ‫ل‬
ِ ُ ‫شع‬ ِ َّ ‫أَتْقَا ُك ِْم‬
Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya,kami telah menciptakan kamu
daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudiam kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali.
Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa.

Ayat ini memberi faedah dan kefahaman kepada kita antaranya:


1. Tujuan pelbagai bangsa dicipta manusia untuk ‫ارفُوا‬
َ َ‫ ِلتَع‬supaya berkenalan
dalam membina Jaringan kehidupan yang sejahtera dan sama-sama
mengimarahkannya di muka bumi.
2. Kemuliaan hakiki di kalangan kita adalah yang paling ‘bertaqwa’. Itulah
penilaian sebenar di sisi Allah

 Isu Fitnah: Ia adalah perkara yang paling bahaya,. Diungkapkan dengan


lebih bahaya dan dahsyat daripada pembunuhan seperti nas Ilahi. Ingatlah
jatuh dan tumbangnya sebuah Negara apabila api fitnah merebak sehingga ia
telah menjadi ‘asas rujukan’ dan yang sebenarnya kita sedang menghirup
racun yang paling bisa yang akibatnya kebinasaan dan kehancuran. Sejarah
adalah sebaik-baik dalil dan jawapan dalam isu ini. Bacalah sejarah
keruntuhan mana-mana daulah atau negara terdahulu.
 Mudah viral: Perbuatan menyebarkan viral yang berleluasa dengan aksi-aksi
ganas, kejam, zalim dan melampau boleh mengundang perkara yang amat
buruk sehingga akan berlaku andaian, seterusnya tindakan diluar kawalan
yang sudah pasti menatijahkan perbalahan akan membenihkan api dendam
kesumat.

 Thiqah: Kepercayaan kepada pihak berkuasa dalam menjalankan tugas


dengan penuh integriti dan amanah dalam meleraikan kekusutan ini
hendaklah diberi perhatian dengan sepenuhnya.

 Waspada: Ingatlah meruntuhkan sebuah ikatan kontrak sosial dan jalinan


mahabbah amat mudah sekali sedangkan membinanya amat sukar hingga
memakan masa puluhan bahkan ratusan tahun. Justeru, janganlah kita
terperangkap dalam jerat musuh yang inginkan porak peranda terhadap
Negara kita.

 Pengorbanan Generasi Silam: Menelusuri beberapa prinsip rukun negara


yang menjadi asas pembentukan Malaysia yang tercinta ini jelas menunjukkan
sebuah harapan yang tinggi daripada nenek moyang kita yang menghuni
Negara ini. Sewajarnya dengan kita mengasihi, menyayangi dan menghormati
mereka, maka hendaklah kita mempertahankan kedaulatan Malaysia dan
amanahnya.

 Akhlak Yang Mulia: Tunjukkanlah akhlak Islam yang tinggi, terpuji dan luhur
seperti misi yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk
menyempurnakan makarimu al-akhlak. Bahkan dengannya akan zahir
ketinggian pekerti dan adab Islam seseorang muslim. Ini sudah barang
tentulah akan melahirkan suasana yang amat harmoni.

 Maafkanlah: Jadilah golongan pemaaf. Inilah ajaran Rasulullah SAW dan


pesanan Ilahi di sebut dalam banyak nas. Tidak untung kita bina sifat amarah
dan dendam. Begitu juga tidak rugi kita memberi kemaafan sekalipun jika kita
berada di pihak yang benar, bahkan ia jauh meningkatkan sifat dan watak
Islami kita dan kemuliaan kita.

 Sifat Kemanusiaan: Saat dunia yang mencabar masa kini, sifat insaniatul
insan iaitu kemanusiaan manuasia amat perlu disemak kembali krisis insani
perlu dimuhasabah kembali agar ia tumbuh subur dalam masyarakat yang
merentasi agama, warna kulit dan kepelbagaian ras. Dengannnya akan
terjawab kasih sayang dan saling menghormati serta adanya pengorbanan
yang tinggi.

 Kerasnya Hati: Seorang ulama tersohor di dunia Islam, al-Marhum Said


Hawwa pernah mengungkapkan yang cabaran terbesar bagi kita umat Islam
untuk menyahkan sifat ‘qasawah al-Qulub’, iaitu kerasnya hati. Ini kerana
dengan daki-daki maksiat dan sifat-sifat mazmumah telah menebal dan
bertapak begitu kukuh di dalam hati. Bak kata Nabi SAW ‘mudghah’ jika baik
maka baiklah seluruh jasad. Justeru, padamlah sifat ‘qasawah al-Qulub’
dengan kefahaman Islam, ilmu, amal, ikhlas dan sentiasa muhasabah diri
untuk menjadi mukmin sejati dan muslim yang unggul.

 Doa: Marilah kita berdoa kepada Allah agar Allah pertautkan hati-hati kita
dengan kesatuan dan jernihkan daripada sifat amarah, dendam kesumat dan
segala sifat-sifat mazmumah. Seterusnya digantikan dengan sifat-sifat
mahmudah dan terpuji. Buang yang keruh ambillah yang jernih dalam
melayari bahtera kehidupan ini.

 Mengambil Iktibar: Lihatlah negara-negara Islam yang berkonflik pada


masa kini sepert di Afrika dan Asia Barat, renungilah nasib mereka yang
dahulunya kehidupan mereka amat damai, kaya dan tenang. Tetapi oleh
kerana tindakan yang berkiblatkan kepada dendam kesumat dan amarah,
sebahagian besar negara mereka tidak berkesudahan dalam krisis
peperangan saudara, ekonomi yang buruk dan musnah serta kerugian yang
tidak boleh ditaksirkan, berapa billion hangus dan terbuang begitu sahaja.
Termasuklah menjadi pelarian dan terpaksa meminta ehsan daripada orang
lain. Fikir-fikirkanlah dan ambillah iktibar agar fitnah seperti ini tidak melanda
negara kita.

 Nikmat Aman: Keamanan sesebuah negara merupakan salah satu nikmat


yang mudah dilupai oleh warganegaranya. Tetapi apabila hilang daripada
kamus kehidupan, maka ketika itu segunung kesesalan akan bertapak dalam
hati-hati kita yang terluka dan duka ini. Saya sendiri pernah mendengar
luahan rakan-rakan daripada Iraq dan Syria yang menzahirkan kekecewaan
yang amat mendalam. Ingatlah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikulnya. Justeru, jalan yang terbaik ialah perliharalah keamanan dan
pertahankanlah hingga ke akhir hayat kita.
 Piagam Madinah: Rujuklah piagam Madinah atau mithaq Madinah tatkala
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke kota Madinah. Ia merupakan sebuah
pernyataaan undang-undang yang merentasi bangsa, kaum, kabilah, warna
kulit dan agama yang penuh dengan keadilan yang boleh mengekalkan
kelangsungan keharmoniaan dan keamanan.

 Erti Puasa: Perliharalah adab puasa. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW dalam
hadis yang sahih:
َ ‫ثِ فَال أ َ َح ِد ُك ِْم‬
‫ص ْو ِِم يَ ْو ُِم كَانَِ ِإذَا‬ ْ ُ‫ يَ ْرف‬، ‫ يَ ْسخَبِْ َوال‬، ‫ن‬
ِْ ِ ‫سابَّ ِهُ فَإ‬ ِْ ُ‫ فَ ْليَق‬: ‫صائِمِ ْام ُرؤِ ِإنِي‬
َ ِ‫ل قَاتَلَ ِهُ أ َ ِْو شَات َ َم ِهُ أ َ ْوِ أ َ َحد‬ َ
Maksudnya: Jika sekiranya salah seorang daripada kamu sedang berpuasa,
maka jangan dia melakukan perbuatan rafath (tidak baik), bertempik dan jika
seseorang memakinya atau mencelanya atau memeranginya maka hendaklah dia
berkata : Sesungguhnya aku berpuasa.
Riwayat al-Bukhari (1805)

Berdasarkan hadis ini, antara faedah yang dapat di ambil:-


 Memelihara adab adab puasa
 Tidak membuat perkara yang membatalkan pahala puasa
 Jangan bergaduh dan bertengkar
 Bahkan sekalipun diajak bertengkar atau dicaci nista, maka katakanlah ‘Aku
sedang berpuasa’ sebanyak dua kali.
Kesimpulan, marilah kita sebagai pengikut setia Rasulullah SAW yang menjadikan
qudwah dan uswah hasanah untuk kita katakan: Sesungguhnya aku berpuasa.
Semoga berkat mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW memberi kepada kita
cahaya kefahaman Islam yang sebenarnya.
 Sebuah Nasihat: Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada guru kami, Syeikh
Muhammad Said Ramadhan al-Buti katanya: “Di sebuah taman, terdapat
pelbagai pohon kayu, ada yang besar dan ada yang kecil. Mereka hidup dalam
keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba pada suatu hari, jatuh sebilah mata kapak
menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam ketakutan. Ini
kerana supah pasti mereka semua akan ditebang. Akhirnya, mereka bertemu
dengan pohon yang paling tua dan mengadu akan hal tersebut. Lantas pohon
tua yang mempunyai banyak pengalaman itu berkata: ‘Jangan takut dan
jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu
selama kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk
dijadikan hulu kapak.”
Itulah mesej yang jelas betapa perlunya kesatuan ummah ditegakkan
terutamanya kesatuan hati atau rabitah al-qulub.

 Salam Kemaafan: Dalam hari-hari terakhir Ramadhan yang penuh


keberkatan ini terwujudnya ‘malam qadar’ nilainya lebih baik daripada seribu
bulan dan juga hanya beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Idil
Fitri, hari kemenangan kita dalam mengekang nafsu dan selesainya
‘mukhayyam tarbawi Ramadhan’ yang menatijahkan Maka marilah kita
menghulurkan salam kemaafan dan kita namakan ‘salam perdana’ untuk
kesatuan ummah dan perpaduan masyarakat Malaysia yang menatijahkan
‘Negara Malaysia Yang Aman Damai lagi Harmoni dan masyarakat yang
berkasih sayang’. Semoga usaha yang murni dapat kita realisasikannya.

Akhir kata: saya mengambil kesempatan ini dengan rendah diri


memohon maaf kepada semua pihak atas tulisan yang mungkin mengguris
perasaan dan jiwa kita. Tetapi sebagai menunaikan amanah Ilahi yang menyebut
‫ص ْوا‬ ِِ ‫ص ْوا ِب ْال َح‬
َ ‫ق َوت ََوا‬ َ ‫ْر َوت ََوا‬ َّ ‫ ِبال‬yang membawa maksud: Dan mereka sentiasa berpesan-
ِِ ‫صب‬
pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Inilah yang
menyelamatkan kita daripada kerugian seperti nas Ilahi. Sekali lagi saya
tegaskan kepada Umat Islam, inilah nasihatku.
Maaf zahir batin, semoga Allah terima ibadat puasa kita dan marilah kita
mensyukuri atas pelbagai kurniaan nikmat-Nya pada hari kebesaran ini. Amin.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
7.20 pagi, Lapangan Terbang Labuan.
14 Julai 2015 bersamaan 27 Ramadan 1436H

Anda mungkin juga menyukai